Kunjungan Datuk Seri Mohammad Nizar Ke Wisma F.A.M

Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin

Dari kiri: Dato Azzuddin Ahmad dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin

Bertempat di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (F.A.M) Kelana Jaya, Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin telah membuat kunjungan hormat menemui Setiausaha Agong persatuan tersebut iaitu Dato Azzuddin Ahmad bagi membincangkan secara lanjut status skuad seladang pada saingan Liga Malaysia musim 2010 nanti.

Menurut sumber lalu, pasukan Perak adalah antara negeri yang “bermasalah” dalam menyelesaikan tunggakan gaji pemain dan caruman Pekerja (KWSP) serta Cukai Pendapatan (LHDN) selain dari pasukan seperti Pulau Pinang, Melaka, Shahzan Muda dan Pahang.

Ditemui sejurus selepas kunjungan itu, Presiden PAFA menyatakan rasa gembira dengan pertemuan tersebut dan menyatakan rasa terima kasih atas layanan mesra dan kesudian pihak F.A.M melalui wakilnya Dato Azzuddin Ahmad mendengar penjelasan dari Perak FA.

“Perbincangan berjalan cukup baik antara saya dan Setiausaha Agong F.A.M (Dato Azzuddin Ahmad) dan PAFA berjanji akan cuba sedaya upaya dan sebaik mungkin untuk mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh F.A.M” jelas beliau kepada wakil SDN.

“Sebagai Presiden PAFA adalah menjadi tanggungjawab saya dalam memastikan pasukan Perak diuruskan dengan baik dan dapat beraksi pada saingan Liga Malaysia musim 2010 nanti, Insya’Allah” ujar beliau penuh harapan.

Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin

Dato Azzuddin Ahmad ketika disoal wakil SDN menyatakan bahawa kedatangan Presiden PAFA adalah dengan hasrat mencari jalan untuk memenuhi segala syarat yang ditetapkan oleh F.A.M untuk pasukan Perak mengambil bahagian pada musim 2010 nanti.

“Saya telah pun memberikan segala butiran yang perlu termasuk memberikan penekanan tentang tarikh tutup pada 30 November ini dan Dato Seri Mohammad Nizar berjanji untuk menyelesaikan permasalahan tersebut secepat mungkin” katanya.

“Kita tidak boleh berganjak lagi dari tarikh tutup yang ditetapkan kerana ini adalah kali kedua tarikh tersebut dilanjutkan. Kita telah pun kesuntukan masa untuk menyediakan jadual pertandingan dan mengatur perancangan selanjutnya untuk tahun 2010 nanti” tegasnya.

Likes(0)Dislikes(0)

26 thoughts on “Kunjungan Datuk Seri Mohammad Nizar Ke Wisma F.A.M

  1. sunrise

    salam.....

    Alhamdulillah,syukur kerana PAFA sebenarnya masih lagi memiliki seorang presiden yang bertanggungjawab demi memastikan pasukan Perak akan terus beraksi dalam saingan liga Super tahun hadapan.

    Diharapkan kepada semua penyokong penyokong setia skuad Seladang tidak akan terpedaya segala cerita yang direka khas selama ini. Segala persoalan dan soalan yang tertanya tanya disetiap bibir kita kini terjawablah dengan sejelas jelasnya dimana Dato Seri Ir Haji Mohammad sendiri mengadap demi menyelesaikan segala masalah yang dilakukan oleh pihak terdahulu.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi

    Salam..

    So? Sekarang macam mana? Ada Sape2 lagi yang nak pertikaikan kewibawaan Presiden PAFA? Sape lagi? Ada sape2 lagi yang nak templak ke tempeleng ke?

    Kami sentiasa dibelakang PAFA. Tidak kiralah siapa pun kepala nya. Ini membuktikan kebertanggungjawaban Presiden dalam melaksanakan amanah yang dipikul beliau. Memang selama ni pun memang beliau bertanggungjawab. Cuma ada suara-suara nakal yang bergurau, paksa buat EGM, desak lepas jawatan.

    Lupakan, saya sayang Perak..So, teruskan menyokong. SKOR YOB SKOR!!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. sheeryob

      teman setuju benor dengan pendapat shidi...kita mahukan pemimpin yang berwibawa dan bertanggungjawab seperti beliau.semoga PAFA segera menyelesaikan masalah tersebut dan dapat menyertai LIGA M 2010.

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. Lee Jr

    Salam,

    Ahli2 gabungan sibuk nak suh wat EGM..Takde bende lain..Sape yang deme nak tak tau la..Ape2 pun,teman salute kat Mr Presiden yang cube mencari penyelesaian untuk menyelesaikan kemelut hutang PAFA.Semangat macam ni yang kite mahukan untuk menjadi Presiden.Walau ape pun yang terjadi jasa Dato Seri sangat2 teman hargai..

    TAKBIR!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. zul_united

    Salam....

    Dengan pertemuan Y.A.B Presiden PAFA dengan Setiausaha Agung F.A.M ini,telah menunjukkan adanya sedikit jalan penyelesaian.Malah,jauh di sudut hati,teman begitu yakin,pasukan Perak tetap akan bermain dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan.Teman juga yakin,bahawa pihak PAFA melalui Tuan Presidennya akan berjaya menyelesaikan kemelut yang melanda PAFA sebelum tarikh yang ditetapkan,iaitu sebelum 30 November ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. paeh93

    salam..

    Dengan petemuan YAB Dato' Seri IR Nizar Jamaluddin dengan setiausaha FAM ini menunjukkan tuan presiden seorang yang bertanggungjawab.. Beliau telah sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah kewangan PAFA walaupun si zambry tak nak tolong.

    sape lagi yang nak pertikai kewibawaan beliau?? jangan mudah terpedaya dengan puak- puak J tu.. deme semua nak menjatuhkan YAB presiden. mereka ni semua puak- puak zambry. Merekan beria-ia untuk mengadakan EGM. Usah hirau puak- puak deme ni..

    Kepada YAB Presiden, pecatlah ahli majlis yamg tidak bertanggungjawab seperti si J tu.. mereka inilah yang menghancurkan PAFA.

    renung-renungkan..
    SKOR YOB SKOR....

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. abgmie

    salam...
    allahuakbar..... kome tak terharu ke,tengok perjuangan DS nizar ni,menitis ayor mata teman yob,tengok beliau bersemangat nak pastikan seladang beraksi di dalam liga tahun depan,tapi yang teman sangat sangat dukacita apabila ada ramai ahli gabungan dalam PAFA yang tak tahu nak hargai pengorbanan ini,macam mana lagi yang deme nak?hutang orang DS yang cuba nak tolong selesaikan,buat mekome yang nak sesangat DS letak jawatan ingat le,mana ada mahluk diatas muka bumi ni yang nak bayor hutang kalau bukan dia sendiri yang buat,ini la contoh terbaik seorang presiden,bukan teman mengada,tapi sebagai orang yang dah lama dalam peminat dan penyokong dalam pasukan, teman rasa MB dan kerajaan negeri hari ni harus le buka mata,lupakan politik demi kemajuan dan masa depan bola sepak negeri Perak,bantu le PAFA dan bukannya menyalahkan orang tu dan orang ni,ingat la setiap kali kita menunding jari kearah orang hanya satu kearah orang itu,lagi empat kearah kita.

    ayuh semua kita kembalikan maruah bola sepak negeri kita.

    Perak dihatiku selamanya............

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. YangIkhlas

    Adalah menjadi harapan yang tinggi para peminat bolasepak Perak agar DS Nizar sebagai Presiden bersama Timbalan dan Ahli Majlis PAFA yang lain dapat berusaha untuk mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan FAM agar penyertaan pasukan Perak dalam Liga Malaysia 2010 tidak terjejas.

    Penyelesaian kemelut kewangan yang melanda pengurusan PAFA diharap akan berjaya diselesaikan sebelum tarikh akhir yang ditetapkan iaitu 30 November ini. Ini amat penting untuk mengelakkan berlakunya sejarah yang memalukan jika pasukan bolasepak Perak didapati tidak layak untuk menyertai Liga Malaysia tahun hadapan. Jika ini berlaku, pihak-pihak yang terlibat perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas nasib malang yang menimpa bolasepak Perak.

    Sama-samalah kita berdoa agar semuanya akan kembali pulih dan kegemilangan bolasepak Perak akan dapat dikembalikan ke tempat asalnya di persada arena bolasepak tempatan.

    Likes(0)Dislikes(0)
        1. YangIkhlas

          Takpe le Lee Jr....paeh93 nak lepas geram dia.

          Betul le seperti paeh93 katakan, ramai ahli majlis mahu menjatuhkan Tuan Presiden. Dalam situasi begini mesti ada sesuatu yang berlaku menyebabkan penolakan ahli majlis terhadap Presidennya. Yang terbaik DS Nizar harus bersemuka dan bermesyuarat bersama Timbalan dan semua ahli majlis yang lain untuk menerangkan perancangan beliau untuk mengatasi masalah kewangan ini. Jangan buat keputusan dan tindakan dengan membelakangkan Timbalan dan ahli majlis yang lain.

          Semua pihak dalam PAFA perlu bersangka baik dan bulatkan tekad untuk kemajuan bolasepak Perak. DS Nizar juga jika perlu memohon bantuan Kerajaan Negeri perlu memaklumkan kepada semua ahli pasukan pengurusan PAFA agar tidak timbul membuat keputusan secara sendirian sahaja. Saya pasti jika permohonan dibuat hasil dari mesyuarat PAFA, DS DR.Zambry tidak akan menolak permohonan PAFA ini.

          Bolasepak dan politik adalah dua perkara yang amat berbeza pendekatan dan keperluan dan diharap kedua-dua pihak dapat membezakannya.

          Likes(0)Dislikes(0)
  8. anip

    Salam.

    Di dalam diam beliau melaksanakan tugas dengan penuh berhemah. Inilah yang dikatakan diam-diam ubi berisi. Bukan sekadar bising tak henti-henti tetapi habuk apa pun tarak.

    Teruskan usaha.
    Kejor Yob Kejor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. alipz

    Salam...

    Ini yang kami mahu. Inilah ciri-ciri pemimpin yang sebenar. Walaupun di tekan oleh pihak2 tertentu supaya melepaskan jawatan DS Nizar tetap dengan pendiriannya. Ini tidak.. Ada masalah jer.... EGM.. tak habis2 dengan EGM... Ada masalah sama-sama pikul... Bukan cari jalan mudah jer untuk selesaikan masalah... Yang ada banyak duit tu bantulah.. ini tidak bising jer lebih... ceh..

    Yob 4ever!!!

    Teman Rindukan Laungan 'Ipoh Mali Talak Sombong'...

    Perak Darul Ridzuan....
    Negeri Indah Permai....

    PeaCe 4ever...

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. myo abol as

    Salam...

    Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada tuan presiden Dato' Seri Nizar diatas usaha dan tanggungjawab beliau dalam memastikan pasukan Perak tidak tercicir dari saingan liga musim depan.

    Sudah terang lagi bersuluh pula bahawa dato' seri memang berusaha keras dalam menyelesaikan kemelut 'lapuk' ini dari terus menghantui pasukan dan pihak pengurusan. Maka tidak perlulah lagi sesiapa di sini mahupun di luar sana cuba untuk mempertikaikan tentang peranan dan tanggungjawab beliau. Kalau ada sekalipun sudah nyata di sini ianya lebih kepada soal kepentingan individu atau kroni-kroni tertentu.

    'ORANG LAIN YANG BERAK, ORANG LAIN YANG BASUH...', bukan senang yob nak cari orang yang sanggup menutup aib orang lain. Nak bukak aib orang memang senang tapi nak cari orang yang sanggup bertanggungjawab terhadap kesalahan orang lain tidak semudah itu. Besar pahalanya disisi tuhan.

    Teman harap jugak agar pihak media, samaada media cetak atau elektronik boleh menyiarkan berita baik ini kepada umum khususnya buat penyokong-penyokong pasukan Perak. Dengan cara ini juga sedikit sebanyak dapat mengubat kerisauan peminat-peminat malah boleh membersihkan nama tuan presiden kita. Pada pihak media pulak, jangan jadi macam lalat atau lalang... rajin-rajinlah mencari berita yang sahih dan benar daripada melemparkan fitnah sesama manusia.

    Kepada individu-individu di dalam PAFA kini, sudah-sudahlah... berentilah daripada jadi penjilat. Jangan cemarkan maruah diri seindiri. Yang mana hulur lebih, yang itu kome jilat sampai kering...

    Teman ulang balik perumpamaan ini...
    'ORANG LAIN YANG BERAK, ORANG LAIN YANG BASUH..'

    Terima kasih sekali lagi kepada Dato' Seri Nizar Jamaludin.

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. razlan

    salam jumaat,

    semalam, selepas perjumpaan dengan Setiausaha Agung FAM, Datuk Seri Ir Nizar telah mempelawa YB dan teman untuk minum-minum petang. selama hampir 30 minit kami berdialog dengan Datuk Seri dan PA beliau En. Meor. Memang nampak kesungguhan Datuk Seri untuk memastikan Perak dapat bertanding untuk Liga Malaysia 2010. Berbagai kisah telah dikongsi bersama namun, minta maaf, teman tak boleh tulis di sini.

    teman cuma nak cakap satu jer kepada semua peminat bolasepak dan rakyat negeri Perak:
    lupakan lah sengketa dan agenda 'politik' masing-masing, marilah sama-sama membangunkan sukan negeri Perak, terutamanya sukan bolasepak. tak akan kemana sukan kita jika mana-mana pihak ingin menjatuhkan pihak lain serta sentiasa bermusuhan. niat ikhlas di hati tu mesti ada untuk memastikan kemajuan bolasepak Perak.

    jika hati baik, maka perjuangan kita akan diredhai olehNya dan Dia akan mempermudahkan kerja kita. janganlah memegang jawatan kerana inginkan balasan dari segi projek jutaan ringgit (yang hanya akan menguntungkan diri sendiri sahaja). Pegang jawatan kerana ingin melakukan perubahan dan kemajuan.

    teringat kata-kata salah seorang khalifah (maaf, teman dah lupa yang mana satu), "jika saya berbuat baik, ikut lah saya. jika saya membuat sesuatu yang mungkar,tegur-tegurkan lah saya."

    maaf jika ada terkasar bahasa atau jika kata-kata di atas membuat seseorang 'terasa'. tapi, teman hanya bercakap yang benar.

    wasalam

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Salam Razlan,

      Memang betul apa mike katakan tu, masuk ni dah 3 kali teman dengar balik rakaman perbualan kita semua masa minum2 di restoran tu.

      Antara qoute Datuk Seri Nizar yang paling teman ingat sekali ialah bila dia kata:

      "Saya pernah beritahu pada Datuk Seri Zambry, kalau dia bantu PAFA dengan bantuan kewangan yang dapat nama baik beliau (Datuk Seri Zambry), yang orang ramai akan pandang mulia dan hormat pun dia bukan saya. PAFA ni bukan saya punya atau mana-mana parti politik punya, persatuan ni Negeri Perak punya."

      Pada semua kita renung-renunglah kata2 Datuk Seri Nizar ni sebaiknya. Teman dari dulu memang tidak pernah menyebelahi mana2 pihak.

      Likes(0)Dislikes(0)
  12. khairol

    salam,

    di sebalik kepayahan pasti ada penyelesaian,

    di sebalik kesusahan pasti ada bantuan,

    di sebalik tekanan pasti ada cabaran,

    di sebalik PAFA, kami bangga dengan datok seri nizar presiden.

    terima kasih atas usaha presiden PAFA buat bolasepak perak. kami penyokong amat terharu.

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. doyan

    semoga kemelut ini akan segera tamat n perdamaian pula yang akan berlaku.Sukan bolasepak di perak ini sebenarnya kegemaran kebanyakan rakyatnya.Jadi...dengarlah suara rakyat Perak iaitu Kami ingin melihat skuad Perak dalam liga super 2010.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. gerak_khas_09

      assalamualaikum

      perdamaian tidak akan kita temui selagi ada dalang dan jalang di Perak ini,cukuplah kita lihat dalam akhbar ada sajer cerita dikeluarkan oleh insan insan yang tidak punya maruah diri.

      Kerje diorang nie sama macam anjing kurap kat tepi jalan

      Likes(0)Dislikes(0)
  14. pakdin kk

    salam

    teman sokong yob2 semua, memang kita patut salute mr presiden Datuk Seri Ir Nizar atas usaha2 beliau untuk pastikan team kita tak tercicir dari MSL tahun depan. tapi teman risau..mampukah Mr Presiden selesaikan bebanan hutang sepertimana yang tuntut dari pihak FAM.

    teman yakin andainya Datuk Seri Ir Nizar masih menerajui kerajaan Perak, segala masalah yang ditinggalkan oleh kepimpinan PAFA yang terdahulu mampu beliau selesaikan atau setidak2nya dapat dikurangkan. tapi apakan daya kerjasama yang sepatutnya dihulurkan oleh pihak kerajaan negeri dibawah pimpinan Datuk Seri Zamri tidak diperolehi.

    demi meyelamatkan bolasepak Perak..teman ada berfikir, bagaimana andai kita sama2 turut membantu dengan membuat memorandum rayuan kepada pihak kerajaan negeri. andaikata cara ini tidak berkesan mungkin ada cara lain yang boleh kita fikirkan bersama.

    sesungguhnya segala yang baik datang dari Allah
    sedangkan yang buruk dari manusia sendiri

    terima kasih

    salam

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. gerak_khas_09

    Assalamualaikum.....

    Diharapkan selepas ini,takder lagi keluar mengenai artikel yang merapu rapu diakhbar.

    Kepada insan insan yang tidak punyai harga diri,anda haruslah membantu bukan untuk menghentam suruh buat EGM la suruh letak jawatanla.

    Kalau kome yang kat luar sana gila sangat kat jawatan Presiden tunggulah sampai tempoh masa nye nanti.

    Buat sesuatu tindakan tue gunakan akal bukan gunakan kepala lutut

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.