Futsal | Latihan & Pemilihan SDN KVU – 31 Oktober 2009 (report)

Logo | seladang.net

Pihak pengurusan SDN serta semua warga kerjanya amat berbesar hati dengan kejayaan penganjuran buat julung kalinya sesi latihan futsal SDN KVU (Kinta Valley Utara) yang diadakan bertempat di Sports Planet Menglembu, Ipoh pada hari Ahad 31 Oktober 2009 yang lalu.

Majlis selama 2 jam ini bermula pada pukul 9.00 malam dengan kehadiran jemputan istimewa iaitu Penolong Jurulatih Perak Musim 2009, saudara Raja Azlan Shah bersama keluarganya.

Pihak pengurusan SDN melahirkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada saudara Raja Azlan Shah atas kesudian beliau dan keluarganya untuk meluangkan masa merasmikan sesi latihan skuad futsal SDN KVU yang pertama ini walaupun kami difahamkan beliau terpaksa “berkejar” pulang ke Ipoh selepas menyelesaikan urusan “keluarga” di Lembah Klang.

Terima kasih juga kepada Ketua Aktiviti SDN KVU, saudara Yashurr Yazurry dan pembantu beliau saudara San yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini baiknya dengan jamuan ringan dan hadiah cenderamata berupa jersi SDN kepada 10 pemain pertama yang hadir.

[slideshow=12]

Senarai Pemain Yang Hadir:

  1. Yashurr Yazurry (Ketua Aktiviti)
  2. San (Pembantu Ketua Aktiviti)
  3. Sunrise
  4. Anip
  5. Chuck
  6. Sdarerepasi
  7. Abgmie
  8. Lee jr
  9. YB
  10. Syidi
  11. Taufiq
  12. Paeh93
  13. Nazrin
  14. Farez
  15. Nahri
  16. Nazirul

Ucapan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah menghadirkan diri pada sesi latihan tersebut dan semoga aktiviti futsal ini dapat dijalankan secara rutin pada masa mendatang untuk mengeratkan lagi tali persahabatan antara kita semua.

“Terima Kasih, Kome Semua Memang Terbaik”

Likes(0)Dislikes(0)

27 thoughts on “Futsal | Latihan & Pemilihan SDN KVU – 31 Oktober 2009 (report)

  1. Yashurr Yazurry

    Salam..

    Terima Kasih diatas kehadiran sahabat SDN semua...
    InsyaAllah.. kita akan berjumpa lagi dimasa yang akan datang..

    KVU Mantap!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. Yashurr Yazurry

      Jutaan Terima Kasih juga buat Coach Raja Azlan Sekeluarga
      diatas kesudian hadir (walaupun penat memandu tak hilang lagi)

      Juga, Thanks to San... banyak dapat support dari san..
      Teman senang kerja dengan mike...
      (Nasib baik court bumbung biru teman tak booking) haha..
      Tak lupa juga pada sunrise sedikit sebanyak memberi idea
      yang amat bernas untuk menjayakan aktiviti pada malam itu.

      Segala kekurangan yang terdapat semasa aktiviti dijalankan
      teman dahului dengan kemaafan..

      Kome Memang Mantap!!

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. abgmie

    salam...aktiviti ni memang berjaya,Teman rasa pihak SDN patut memperbanyakan lagi aktiviti seperti ini.bagi yang dah bagi nama tapi tak datang maaf le...teman rasa webmaster harus jalankan tanggugjawab anda..*(ban)..pas ni teman nak SDN buat aktiviti bersama Pemain Perak pulak.teman gerenti mesti meletup punya....apapun kepada yang hadir hari tu teman ucapkan syabas kerana menyakinkan orang orang diluar sana yang SDN memang wujud dan mantap di Perak ni.. bersatu kita naikkan nama SDN dimata mereka yang kata SDN ni satu komuniti yang dipengaruhi...akhir kata....semoga SDN akan lebih Mantap dan berjaya....perak 4 ever......we all perakian...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Yob, yang dijanjikan udah ditunaikan, pada yang kasi nama tapi last minit tak datang atas apa sebab sekalipun telah pun teman "BAN" dari web ini.

      Insya Allah bulan Jun 2010 nanti bukak balik register tu nanti.

      PS: Moralnya kalau nak join nyembang tu takpe, tapi jangan buat giler, orang tau siapa kome, tinggal lagi kome je pelupa siapa yang kome hadap skang ni, kah kah kah

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. sunrise

    salam...

    Terima kasih diatas kesudian Coach Raja Azlan Shah Merasmikan Futsal SDNKV(U). Tahniah juga kepada saudara yashurr dan saudara San kerana melakukan aktiviti ini dengan penuh cemerlang dan jayanya. Diharapkan aktiviti ini dapat dilakukan lagi demi merapatkan ukhwah antara ahli. Penghargaan yang tidak terhingga harus kita berikan kepada Syidi,Taufiq dan Yb kerana sanggup menghadirkan diri walaupun mereka ini menetap di kuala lumpur,tidak lupa juga kepada saudara Chuck,Lee jr dan Anip sanggup merempuhi perjalanan yang jauh demi menjayakan aktiviti ini.

    Diharapkan perhubungan yang baik antara kita semua akan dikekalkan demi membuktikan semangat PERAKIAN diteruskan

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. syidi_black

    Salam.

    Saya berbangga kerana SDN maju selangkah lagi dalam usaha mengukuhkan komuniti ini walaupun tujuan asal kita adalah untuk menyokong pasukan kesayangan Perak Darul Ridzuan.

    Aktiviti sebegini akan diteruskan dari masa ke semasa untuk mengeratkan lagi hubungan sesama kita.

    Saya berasa puas bermain setelah bermain sehingga titisan peluh yang terakhir di samping adik-adik kita yang mempamerkan aksi dan kemahiran yang berkualiti. Untuk ahli-ahli SDN KVU yang hadir pada hari berkenaan, teruskan usaha, tingkatkan kerjasama dan mantapkan kecergasan dalam memastikan tim Futsal SDN menjadi sebuah tim yang digeruni suatu hari nanti.

    Terima kasih juga kepada Coach Raja Azlan dan keluarga yang sudi hadir untuk merasmikan majlis, dan sudi menunggu sehingga tamat permainan. Dengan kehadiran Coach, ianya memberi sedikit sebanyak semangat untuk kami terus menyayangi pasukan Perak dan terus memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi.

    TAHNIAH kepada semua! KOME MEMANG BEST YOB!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. Lee Ferdinand

    Salam,
    Teman puas hati dengan program futsal minggu lepas.Teman dapat berjumpa dengan ahli-ahli SDN yang belum teman jumpe. Dapat cenderamata dari SDN lagi.Teman bersemangat main malam tu,coz teman tengok semua hepi dan bersemangat. Macam dah lame kenal.Terima Kasih jugak pada Raja Azlan Shah yang sporting dan sudi lepak lame mase program tu.

    MEMANG BEST!! HOYEE!HOYEE!
    P/S:Teman hangin dengan penyamaran Chuck.Teman dengan anip slumber kutuk-kutuk die walhal dia kat depan kitorang.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi_black

      hehe..chuck datang awal lepas tu keluar balik selisih dengan teman, dia senyum-senyum je ingat kan sape. Alih-alih bila orang dah semua ada tiba-tiba dia buat macam baru sampai..dah tak dapat cenderahati, kan rugi tu.

      Whatever pun, Lee, mike memang best jadi keeper. Teman punya andaian betul yang mike boleh jadi keeper dengan baik. hehe..

      Likes(0)Dislikes(0)
        1. sdarerepasi

          itulah,,,chuck lepak sekali sebelah teman dengan anip,,,,dia boleh cakap kawan dia ada friendly dengan team kemaman fc....teman pun percaye la..lakonan yang menarik Chuck..

          Likes(0)Dislikes(0)
    2. YB

      Eleh,,teman dah tau Chuck duduk kat kerusi tu, itu yang teman tepuk bahu dia tu, tapi dia buat selambe je. Tinggal lagi kome2 je yang tak perasan apasal ada sekor mamat melepak situ sorang2, hahahahha

      Buat Chuck, jangan simpan dalam hati nanti mike yang rugi, huhuhuhu... SDN memang best woooo.....hahahaha

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. chuck shevchenco

        Salam..

        Kepada semua yang ter-Ranjit or terkena tempiasnya,teman mohon ribuan kemaafan dari hujung rambut sehinggalah ke hujung jari-jemari kaki ini.

        Semoga dari situ keserasian kita untuk ke stage seterusnya akan bertambah baik.Jika sebaliknya,teman mohon maaf.k

        P/S:- Ambik ler sorang sikit bekal/cenderakaseh dari teman tue.Untuk kita saling ingat mengingati nanti.

        Salam Qaulan...

        Likes(0)Dislikes(0)
  6. anip

    Salam.

    Terima kasih banyak- banyak atas penganjuran futsal kali pertama ini. Memang best!!! Semoga diteruskan lagi aktiviti sebegini dan dipelbagaikan lagi aktiviti pada masa akan datang.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. paeh93

    assalamualaikum...
    paeh dan kawan- kawan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana menganjurkan latihan futsal di daerah teman.. terima kasih sebab suruh kita bayar harga diskaun saja.. hehe.. lepas ni anjurkan lagi.. kita semua tak sabar nak tunjuk kekuatan sebenar kami.. apa- apa pun, bihun goreng tu sedap..

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. sdarerepasi

    salam...................

    firstly,,,tahniah buat abang yashurr yazurri dengan sparringnye iatu san kerana telah menjayekan pertemuan yang bermakne buat kite semua...........diharapkan SDN dapat dapat meneruskan usaha yang lebih pada masa akan datang,
    buat semua member yang join,,,korang memang best..salute ket korang semua.
    tapi terkilan sikit sebab tak dapat nak sembang lama sikit atas sebab ada komitmen lain,
    apa apa pun,,,,SDN memang Best.
    Tahniah semua.
    salam.

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. YB

    Salam semua...........

    Mula2 teman nak ucap terima kasih bebanyak pada Yashur dan San selaku penganjur untuk majlis ni. Yang kedua teman nak ucap berbilion terima kasih pada Coach Raja, isterinya Kak Kay dan anaknya sebab bersusah payah menghadiri majlis yang tak seberapa ni walaupun berada di Lembah Klang pada petang tersebut.

    Seterusnya ucapan terima kasih pada rakan2 dari lokasi yang jauh2 macam Chuck (Teluk Intan), Anip (Kulim), Lee (Ampang/Parit), Syidi/Taufiq (Pantai Remis/Gombak) dan rakan2 lain yang turut sama memeriahkan majlis ini.

    Terima kasih sekali lagi kepada saudara San untuk sponsorship jersi SDN malam tu. Baju yang ringan dan ringkas untuk kegunaan bersukan macam berfutsal ni.

    Kalau ada rezeki kita join futsal SDN KVU lagi...

    Terima Kasih
    YB

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. san

    salam, maafkan lewat sikit bg komen. byk kerja la..

    pertama sekali terima kasih kpd yb kerana benarkan anjuran ini diberi nama atas SDN (seladang.net)

    setelah persiapan selama 2 minggu lebih awal, san mohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan, seperti air tak cukup ke, sesi memanaskan badan tak teratur ke.. dan perjumpaan san dgn yashurr cuma dibuat 2 hari sebelum hari tersebut kerana komitmen lain yang ada. dan perjumpaan san dgn sunrise untuk menempah court, terima kasih pada sunrise.

    jutaan terima kasih pada coach raja azlan dan keluarga yang menghabiskan masa 2 jam disana walaupun masih penat pulang dari lembah klang.

    terima kasih pada rakan-rakan yang bagi san sudah seperti abang dan adik.. mike semua memang best.. selama ni kite berlawak jenaka dalam alam maya sahaja. tapi hari tersebut realiti menjelma..

    san harap seladang.net ini terus menjadi platform untuk peminat bolasepak perak bersatu kerana kita semua sayangkan bola sepak perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. chuck shevchenco

    Salam..

    Tahniah!!!

    Kepada seluruh warga SDN yang terlibat.Juga tidak dilupakan En.Raja Azlan shah serta keluarga kerana turut hadir memeriahkan lagi majlis yang sudahpun meriah tu.hehehehe...

    Cuma sesetengah ahli SDN macam terkedujer nak menyapa antara satu sama lain.Mungkin kerana masih lagi malu-malu kucing.hehehe..

    Grand Total=Meriah

    P/S:- Sebenarnya tak lalu pas main makan tue..tapi cam rasa nak tambah lagipun ade sebab bihun tue memang MANTOP selain rakan-rakan yang baharu yang sempoi tapi agak pemalu.hehehehe

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. chuck shevchenco

    Seikhlasnya,Organizer memang manage program dengan baik.

    Kena plak dapat t-shirt dan bihun goreng yang enak tue,teman berani letak kelas 'A' untuk organizer serta ahli lain yang terlibat.

    Terkenang-kenang pulak teman bihun tue..tak puas hati plak rasanya tak tambah hari tu.boleh repeat lagi tak?hehehehe...

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. gerak_khas_09

    assalamualaikum.....

    Saya tidak dapat langsung mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh SDNKVU diatas sebab urusan kerja yang tidak menentu, malah saya sudah lama sangat tidak berkesempatan melayari laman ini. walaubagaimanapun diucapkan tahniah kepada semua yang berjaya menjayakan aktiviti yang berfaedah sebegini rupa,sikap sebegini harus kita pupuk kan agar setiap insan mempunyai satu sifat kasih sayang yang mendalam

    Saya berbangga dengan dan semua kerana berjaya membuatkan hati bekas penolong jurulatih perak iaitu RAJA AZLAN SHAH sudi merasmikan aktiviti yang anda sendiri jayakan.Insyaallah seandainya diberi rezeki untuk saya mengekori aktiviti sebegini rupa maka saya akan bersama-sama anda.

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. abgmie

    Salam buat semua adik beradik keluarga SDN,tak kira di mana saje mekome semue berade...Teman ni memang le tak teror main Futsal...tapi atas semangat dan juga rasa teruja teman kepada keluarga SDN ni teman bantai juge malam tu....Teman ada satu cadangan(tu pun kalau mekome semue setuju le...)ape kate kita ada kan majlis bacaan yassin pulak bersama sama dengan skuad perak...mana le tau dibuka kan pintu rezeki kita mampu beraksi dengan lebih cemerlang tahun depan.dan masalah yang team hadapi sekarang mampu diatasi dengan izin ilahi..

    Teman tak le teror bab nak nguruskan majlis ni...hari tu pun ada orang kata teman penipu la tak boleh harap la,tapi sekadar nak bagi idea yang tak sebernas orang tu teman rasa elok kita buat.bior deme yang udah lama dengan stadium perak ni sedar bahawa SDN adalah komuniti rasmi buat penyokong dan peminat seladang.bersukan tu memang le baik tapi bab agama ni teman rasa kita perlu juga...akhir kata mike semua pikior le sendiri,baik ke tak idea teman ni....

    perak tetap dihati....amin....

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.