Abdul Jamil Othman | Khidmat Ahli Majlis Ditamatkan

Abdul Jamil Othman

Dari kiri: Abdul Jamil Othman, Azizan Hashim dan M. Karuthu

Rentetan dari artikel “Jamil disingkir dari majlis Pafa” yang disiarkan oleh sebuah akhbar arus perdana hari ini, pihak SDN telah cuba mendapatkan maklum balas secara terus daripada Setiausaha Kehormat PAFA, Tuan Haji Anuar Hashim untuk pengesahan lanjut.

Menurut beliau, penamatan khidmat Abdul Jamil Othman sebagai Ahli Majlis PAFA adalah di bawah bidang kuasa Presiden kerana beliau (Jamil Othman) adalah salah seorang dari 5 ahli majlis yang dilantik secara terus oleh Presiden dan bukannya dari mesyuarat Ahli Majlis PAFA.

“Sesiapa sahaja yang menerima perlantikan secara terus dari Presiden sebagai Ahli Majlis boleh ditamatkan khidmat tanpa sebarang sebab jika ada arahan sedemikian dari Presiden. Kita juga tidak pernah dan tidak perlu memberikan sebab penamatan khidmat beliau” jelasnya lagi.

“Dengan penamatan khidmat selaku Ahli Majlis kita berharap Jamil Othman dapat memberikan tumpuan penuh selaku Presiden kepada Kelab Penyokong Bolasepak Perak dan memperbaiki persatuan tersebut yang kurang berfungsi musim lalu” tambah Tuan Haji Anuar Hashim.

Likes(0)Dislikes(0)

22 thoughts on “Abdul Jamil Othman | Khidmat Ahli Majlis Ditamatkan

  1. sunrise

    salam..

    Tahniah diucapkan kepada saudara Jamil yang berjaya menjadi ahli majlis yang pertama disingkirkan atau ditamatkan perkhidmatan sebagai ahli majlis PAFA 2009.

    Betapa gembiranya kami diseluruh negeri mahupun diseluruh dunia warga negeri Perak kerana dengan ketiadaan saudara Jamil maka PAFA kembali dalam keadaan yang diredhai oleh Allah swt.

    Diharapkan selepas ini kesemua yang memegang jawatan didalam PAFA dapat melakukan tugas dengan niat kerana ALLAH SWT.Barulah rezeki itu diberkati oleh yang Maha Kuasa dan Yang Maha Esa lagi Maha Penyayang

    Likes(0)Dislikes(1)
  2. syidi

    Salam..

    Tak de rezeki yob nak buat macam mana. Tak pe, En. Jamil boleh terus berjuang dengan mengepalai Kelab Penyokong kita yang dah macam hidup segan mati tak mahu. Orangnya ramai, ramai sangat tapi mamcam liat nak bersatu.

    So, En Jamil, lakukan sesuatu yang bukan untuk diri sendiri, sebaliknya untuk kami@kita. Tumpukan pada amanah yang diberikan. Jangan sakitkan kepala fikirkan hal orang lain. Hidup Kelab Penyokong Perak!

    Likes(0)Dislikes(0)
        1. syidi

          Molek Inang Tari Bersanggul,
          Tersadung tumit tercium dinding,
          Yang Berat2 samalah kita Pikul,
          Ringan pulak sama2 kita jinjing.

          Likes(0)Dislikes(0)
  3. anip

    Salam.

    Lebih baik Tuan Jamil member tumpuan kepada Kelab Penyokong yang lebih "memerlukan" beliau. Jangan putus asa untuk kemajuan bola sepak Perak!!! Ingat...Kemajuan bola sepak...

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. Lee Jr

    Salam,

    Eloklah kiranya Tuan Jamil tumpukan perhatian pada Kelab Peminat Perak. Kami semua akan membantu Tuan Jamil. Teman akan sediakan wanita2 cantik dan seksi untuk Cheerleader Kelab Peminat Perak..Anip akan sediakan bas.Chuck akan menguruskan makanan.Syidi akan sediakan letupan untuk meriahkan stadium.Abg Mie akan terus mengemudi paluan gendang dengan lagu2 terkini dan mungkin akan memalu gendang dengan Steve Thornton.Aktiviti2 menarik untuk kelab peminat akan diadakan.. Marilah..

    Likes(0)Dislikes(0)
      1. abgmie

        salam adik adikku...jangan la mengharap pada teman yang hina ni,,,tahun depan teman dah tak bersama perak lagi...teman pun nak berhijrah ke pulau pinang.tapi teman tetap akan mengikuti perkembangan bola sepak perak negeri kesayanganku...insyallah lepas dua tahun teman ada balik,bagi le kepada mereka yang lebih bagus dan hebat untuk mengetuk gendang ni...bak kata Tun Mahathir dulu..."dah lama dah..."buat ahli majlis yang ditamatkan perkhidmatan atau lebih tepat lagi di pecat,teman rasa elok le mike jaga kelab elok elok sebelum kelab peminat pula pecat mike....

        Likes(0)Dislikes(0)
  5. abgmie

    Salam .....
    buat semua keluarga SDN ...teman nak bagi pendapat le...teman pun AJK kelab peminat,ada pro dan kontra nya saudara J kita dipecat.yang baiknya dapatla dia meneruskan usaha menaikkan kembali kelab peminat sebagai kelab yang di segani dan dihormati dimalaysia...ni bila orang tanya kelab ni masih ujud ke tak? dideme kate masih ujud sebab adanya teman dengan adik beradik teman yang tak tahu letih walaupun dapat elaun RM15 je(pukul gendang).

    Yang tak baiknya hubungan rapat antara pihak pengurusan dengan kelab akan menjadi renggang ataupun teramat jauh, kepada semua termasuk sahabat baik teman SUNRISE,jangan la terlalu berlebih dalam mengeluarkan kata-kata,hidup ni ibarat putaran roda,kita tak tahu masa bila kita akan berada di bawah. Mana tahu satu hari mike perlukan bantuan orang,pepatah ada berkata sebab pulut santan binasa..........jadi ambil jalan mudah..jangan la kita berseronok dengan musibah yang menimpa saudara J.memang betul saudara J ni ada masalah...tapi kita tunggu dan lihat,EGM kelab pun tak buat lagi,tapi bagi teman bior la...tu masalah dia,kepada semua nak bagi pandangan tu tak salah tapi jangan serang peribadi seseorang okey...teman minta maaf le kut kut ada yang terkurang atau terlebih dalam komen ni...salam PERAKIAN....

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. sunrise

      salam...

      Teman nak tegur la sikit kepada abgmie.....mike dibelakang je nak hentam orang tapi tak berani nak hentam didepan depan.Teman nie dah cukup besabor lama sangat sehinggakan nama SDN diburuk burukkan oleh si saudara Jamil nie.
      Teman berkata yang benar dan tepat inilah masa teman nak beri kata kata kepada sidia dengan lebih lancang kerana teman tak boleh nak anggap dia sebagai manusia yang berhati perut.

      Adakah manusia sebegini rupa harus kita menapis kata kata. Sememang tidak dinafikan setiap makhluk Allah dimuka bumi ini tidak sentiasa berada diatas,tetapi harus diingat jangan sesekali kita membusukkan sesebuah organisasi ataupun seseorang itu.

      fikir fikirkanlah wahai abgmie dimana mike tuer dah lama berada dibawah jagaan beliau,sehinggakan mike and the gang tidak dibenarkan untuk bermain irama di stadium

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. abgmie

        salam buat sahabat ku sunrise,teman tau mike marah sangat pada Jamil,tapi kita ni bukan maksum yang tak terlepas dari dosa dan melakukan kesilapan.mike pun tau teman pernah dihalang dari mengalunkan gendang satu masa dulu....tu la teman nak bagitau disini,sedangkan teman pun boleh bersabar ni kan pula mike yang lebih tinggi ilmu agama dari teman yang hina ni...biorkan le dia nak kata apapun janji SDN tetap mantap dan terkenal diseluruh mata peminat dan penyokong bolasepak Perak.tujuan kita nak majukan SDN dan perkenalkan SDN KV dimata penyokong di Perak.buat mike sunrise kalau teman ada terlebih ayat disini teman minta maaf le...salam Perakian

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. san

          komen secara berhemah, semangat persaudaraan antara kita jangan dipinggirkan.. bersatu kita maju, jgn kerana emosi kita lupa segala galanya.

          Likes(0)Dislikes(0)
        2. sunrise

          salam....

          Kepada ABGMIE teman tak berapa bekenan la dengan mike nie, dibelakang mike kata lain tapi didepan mike kata lain, tolonglah teman merayu jangan jadi lalang yang tak berfaedah tue.

          Likes(0)Dislikes(0)
        3. abgmie

          suka hati mike le sunrise...teman tau mike macam mana,jangan sebab teguran teman hari tu mike dan teman tak sehaluan,kita masih ada agenda untuk menaikkan SDN KV.apa pun teman minta maaf kalau tersindir atau mengecikkan hati mike...salam...///

          Likes(0)Dislikes(0)
        4. syidi

          Tengok betapa akrabnya kita dalam SDN, bior kelahi sikit-sikit, mengeratkan lagi persahabatan kan...

          Dah dah Abg Mie & Sunrise...Cukup..Peace:)

          Likes(0)Dislikes(0)
        5. Lee Jr

          Salam..

          Jangan la kelahi2..cukup la tu..Sunrise kuar pendapat die,abgmie jangan bangkang dan macam tu la sebaliknya..kalo berbangkang2 jadi melarat..hati jadi panas.sunrise tu org mude,darah mude ni memang cepat panas.abg mie kena paham je.lagipun abg mie kan ade adik2,abg mie pun mesti paham perangai orang mude.gado pasal jamil lak tu..haru.salam balik.
          Babab kang.
          Kita dah macam adik beradik..main same2,nyembang same2..jangan pasal orang lain,kita tak sehaluan.

          Peace..

          Likes(0)Dislikes(0)
    1. abgmie

      salam razlan.....

      Teman setuju bebenor cadangan mike tu, sebab ada antara kita dalam SDN ni pun yang tak berapa gemor dengan kelab peminat, ape kata kita tubuhkan satu kelab lain yang dinaungi oleh SDN, baru la kita tahu kewibawaan kita, kalau tak kita asyik nampak salah orang aje betul tak?kepada kaum kerabat dalam SDN jangan le pulok tak jadi ahli kelab baru tu nanti,teman setuju kalau penubuhan kelab penyokong atau peminat baru ni,bagi teman calon presiden dah ada cuma penubuhan tu harus la mengikut landasan yang betul....salam perakian,,,

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. razlan

        salam abgmie,

        jika beno terjadi ada kumpulan penyokong yg baru, teman nak cadangkan, sesiapa yg memohon masuk, kena ada aku janji... "saya berjanji bahawa kemasukan saya ini hanyalah untuk menyokong pasukan bolasepak perak dan untuk mengeratkan silaturahim di antara penyokong2. bukan untuk kepentingan diri sendiri atau mempunyai motif yg lain."

        hahahahaha

        Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.