Posted in Umum on November 23rd, 2009 41 Comments »
Pengirim: Izham Irwan
Tarikh Email: November 21, 2009 10:31:14 PM
Presiden Persatuan Bolasepak negeri Perak (PAFA) Dato’ Seri Ir Mohd Nizar Hj Jamaludin sepatutnya diberi ruang dan peluang untuk menangani masalah yang dihadapi oleh PAFA dengan FAM. Ini kerana hutang yang ditanggung oleh PAFA adalah hutang yang berpunca dari pengurusan PAFA pada tahun 2006 hingga 2008 yang lalu.
Tidak perlu Nizar melepaskan jawatannya, sedangkan masih ada ruang untuk mengatasi masalah tersebut walaupun terdapat pihak yang mempunyai agenda politik mendesak beliau berbuat demikian. Kita perlu faham bahawa masalah dengan FAM hanyalah merupakan cadangan dari Jawatankuasa Pertandingan kepada Jawatankuasa Eksekutif FAM dan belum di putuskan secara muktamad.
Sebagai Presiden yang bertanggungjawab, Nizar tidak akan membiarkan perkara tersebut berlarutan, walaupun beliau boleh berbuat demikian. Pujian harus diberi kepada Nizar, kerana sepanjang penglibatan beliau dalam PAFA, tiada hutang… Continue reading
Posted in Umum on November 19th, 2009 26 Comments »

Dari kiri: Dato Azzuddin Ahmad dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
Bertempat di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (F.A.M) Kelana Jaya, Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin telah membuat kunjungan hormat menemui Setiausaha Agong persatuan tersebut iaitu Dato Azzuddin Ahmad bagi membincangkan secara lanjut status skuad seladang pada saingan Liga Malaysia musim 2010 nanti.
Menurut sumber lalu, pasukan Perak adalah antara negeri yang “bermasalah” dalam menyelesaikan tunggakan gaji pemain dan caruman Pekerja (KWSP) serta Cukai Pendapatan (LHDN) selain dari pasukan seperti Pulau Pinang, Melaka, Shahzan Muda dan Pahang.
Ditemui sejurus selepas kunjungan itu, Presiden PAFA menyatakan rasa gembira dengan pertemuan tersebut dan menyatakan rasa terima kasih atas layanan mesra dan kesudian pihak F.A.M… Continue reading
Posted in Umum on November 18th, 2009 38 Comments »

Sesi latihan bolasepak skuad seladang pada 17 November 2009 telah dilangsungkan di Stadium Perak, Ipoh dengan beberapa lagi muka baru menyertai latihan petang semalam.
Dijangka Perak akan membuat perlawanan ujian menentang pasukan PCRC (Perak Chinese Recreation Club) bertempat di Padang PCRC pada pukul 5 petang hari ini (Rabu 18 Nov).
Senarai Kehadiran:
- Arif Fazlie
- Fauzi Ariffin
- Isma Alif
- Nazri Kamal
- Shafuan Adli
- Mohd Hafiszuan
- Hafiz Abdul Rahman
- Syazwan Roslan
- Benedict Martin
- Shahrizal Saad
- R. Kartigesu
- K. Nanthakumar
- Chan Wing Hoong
- Noor Hazrul
- Wan Azwari Wan Nor
- Mohd Aliff Hafifi
- Hafizi Awang
- Farid
- Kamarul Effandi
Posted in Umum on November 17th, 2009 12 Comments »

Bertempat di Padang Kompleks Sukan MBI (Ipoh) telah berlangsung sesi latihan bolasepak untuk skuad seladang yang dikendalikan oleh ketua jurulatih Perak yang baru dilantik iaitu Raja Azlan Shah bersama pembantu beliau Abu Bakar Fadzim.
Sebanyak 2 sesi latihan diadakan iaitu pada sebelah pagi dan petang yang melibatkan beberapa pemain yang dikekalkan dari musim lalu kerana masih mempunyai kontrak serta pemain-pemain baru yang ingin mencuba nasib bersama pasukan Perak musim hadapan.
Senarai Kehadiran:
- Arif Fazlie
- Fauzi Ariffin
- Isma Alif
- Nazri Kamal
- Shafuan Adli
- Mohd Hafiszuan
- Hafiz Abdul Rahman
- Syazwan Roslan
- Benedict Martin
- Shahrizal Saad
- R. Kartigesu
- K. Nanthakumar
- Chan Wing Hoong
- Noor Hazrul