TM Piala Malaysia – Kumpulan C – Perak Vs My Team (review)

TM Piala Malaysia

Selasa 6 Oktober 2009
Stadium Perak
8:45PM

Kemenangan keatas pasukan Johor FC dengan jaringan 2 – 0 di Pasir Gudang tempohari, seharusnya menjadi pemangkin untuk para pemain mencatatkan kemenangan mutlak ke atas pasukan My Team pada perlawanan keempat TM Piala Malaysia 2009 malam esok.

Ketika di Kelana Jaya, Perak menewaskan My Team dengan jaringan tunggal Razali Umar walaupun terlepas beberapa peluang keemasan untuk menambah gol.

Setakat ini Perak tewas sekali ketika beraksi di tempat sendiri sewaktu menentang pasukan Kuala Lumpur. Yang lebih menyedihkan ketika itu pasukan lawan hanya beraksi dengan 10 orang pemain untuk sepanjang tempoh separuh masa kedua berlangsung.

My Team difahamkan mengalami masalah dalaman yang agak serius di mana pemain-pemain mereka dilaporkan tidak menerima gaji sejak 3 bulan yang lalu rentetan masalah kewangan dan penajaan yang dihadapi oleh pihak pengurusan mereka.

Sewajarnya pemain-pemain Perak dapat mengambil iktibar dengan keadaan ini untuk beraksi lebih baik memandangkan setakat ini pihak pengurusan Perak tidak pernah gagal melunaskan gaji mereka walau ada kalanya terlambat dari tarikh sepatutnya.

Untuk perlawanan kali ini, mungkin tidak banyak perubahan yang akan dilakukan memandangkan prestasi barisan yang diturunkan ketika menentang Johor FC tempohari agak baik cuma perlu sedikit sahaja lagi penyesuaian di kalangan pemain di barisan tengah.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

15 thoughts on “TM Piala Malaysia – Kumpulan C – Perak Vs My Team (review)

  1. anip

    Salam.

    Jangan diulangi prestasi yo-yo kalian. Kalian mampu mengubahnya. Kalian dibayar untuk bermain bola. Bermainlah bersungguh-sungguh. Ada saluran bagi meluahkan apa yang tidak puas hati bukannya dengan prestasi menyakitkan hati.

    Kejor Yob Kejor!!!
    Skor Yob Skor!!!
    Kejor Yob Skor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. cikguazwan

    Salam...

    Jangan kalah dah la yop! seri pun dah dikira satu kekalahan juga. diharap pemain-pemain tolonglah main dengan lebih 'berpedoman'..bukannya bermain dengan mentaliti 'asalkan lepas' ...apa maksudnya tu? fahamkanlah sendiri ye...

    selamat maju jaya.....??!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB Post author

      Kelakar jugak tengok posting mike ni yob, tapi betul cakap mike tu, mentaliti main "ASALKAN LEPAS" sejak dulu dah ada cuma tahun ni lebih sikitlah stail tu, hahahaha.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. syidi

        Salam.

        Teman nak tambah sikit je. 'Asalkan Lepas' = Melepaskan Batuk Ditangga'. Buangla sikap macam tu yob, anggap setiap perlawanan adalah perlawanan akhir.

        Likes(0)Dislikes(0)
  3. annalakatihey

    Salam

    Harap main betoi2 le game ni, jangan cicir mata...
    jenuh weh, ape yang awok tengok, Perak ni suka ambik jalan susah.. last2 minit nak kejor balik mata.. susah le yob.. awal2 game ni le nak kumpul mata..

    all the best yob

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. sunrise

    salam..

    Diharapkan Pasukan Perak tidak akan mengecewakan lagi Penyokong Penyokong Di laman Sendiri Setelah beberapa kali Tewas di laman Sendiri Termasuk Dalam Saingan Liga Super Musim Ini Dan Musim Lepas. Diharapkan Juga M.Karuthu dapat melakukan Satu Strategi Yang Tepat,Janganlah Asyik Melakukan Satu Strategi Yang Memenatkan.Kepada Ketua Pasukan Nazri Kamal Dapat melakukan sesuatu demi memastikan pasukan sentiasa dapat melakukan gerakan yang menarik,jangan terlalu asyik menyerang kerana adakalanya rakan rakan dibawah kerap kali meninggalkan posisi. Kepada penyokong penyokong dipersekitaran Ipoh marilah kita semua datang memberi sokongan yang teramat padu terhadap pasukan janganlah pula kita cepat mengalah yakinlah dengan pemain pemain sedia ada

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. AbUrN

    Harap pemain-pemain Perak bermain baik mlm ni, mungkin beribu penyokong Perak akan membanjiri stadium Ipoh kali ni ,jgn hampakan penyokong-penyokong setia "kejor yob kejor". Semenjak dua tiga hari ni musim hujan lebat di Ipoh,harap mlm ni dalam cuaca yang baik....amin

    Selamat Maju Jaya

    All the best

    Kejor yob kejor

    Skor yob skor

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Padang basah ibarat nikmat untuk pemain-pemain Perak sebenarnya. Harap-harap apa jugak keadaan Perak akan catat kemenangan malam ni. 'Regardless Weather and Terrain' Skor Yob Skor!

      Likes(0)Dislikes(0)
  6. syidi

    Salam..

    Berdasarkan kenyataan penulis di atas, sudah semestinya Myteam akan gandakan usaha untuk mengekang kemaraan Perak dengan memperkukuhkan pertahanan dan cuba mengunci pergerakan Razali Umar walaupun pada hakikatnya mereka tidak mampu.

    Jelas, peluang untuk barisan tengah bergerak ke hadapan adalah terbuka tapi tidak lah sebebas yang diharapkan, hanya kreativiti yang dapat mengubah corak permainan untuk meneutralkan pertahanan lawan.

    Pada saya, kita sudah menang malam ini. Jadi, zahirkan segalanya. Kemenangan ke atas Johor FC tempoh hari sudah cukup untuk membuka mata pasukan agar berhati-hati dengan barisan muda Perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. gerak_khas_09

    assalamualaikum.

    Tahniah kepada semua pemain pemain yang berjaya menewaskan pasukan Johor FC ditempat lawan untuk dua kali berturut turut

    Diharapkan Malam Ini Sekali Lagi Mengecapi Kemenangan Demi Penyokong Penyokong Setia Dilaman Sendiri,Agar Stadium Ipoh Kembali Bingit Dengan Keriuhan Penyokong-Penyokong Yang Telah Sekian Lama Menyepi Dirumah.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. sdarerepasi

    diharapkan malam nie youngers team Perak dapat meningkatkan lagi prestasi,,biarlah pengkritik cakap ape pun,,yang penting maruah pasukan Perak mesti dijage..........bak kata pepatah inggeris,,,,,wonderkid with right guidance can be a world class..semua pihak fikirkan...salam..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.