TM Piala Malaysia – Kumpulan C – Perak Vs My Team (result)

TM Piala Malaysia

Selasa 6 Oktober 2009
Stadium Perak
8:45PM

Perak 6 – 1 My Team

Seladang mengamuk kali ini dengan menjadikan pasukan bermasalah My Team sebagai mangsa apabila membelasah mereka dengan keputusan 6 – 1 di Ipoh pada perlawanan keempat TM Piala Malaysia 2009 malam tadi.

Perak bermula garang apabila melancarkan beberapa siri gerakan serangan seawal 5 minit pertama permainan dan hasilnya pada minit ke 7 separuh masa pertama, Razali Umar berjaya menjaringkan gol pertama pasukan hasil hantaran lambung Azrul Hazran.

Tersentak dengan gol tersebut My Team membuat serangan balas namun tidak berjaya menembusi benteng Perak dan kealpaan mereka dihukum Razali Umar yang bertindak bijak melorongkan bola kepada Azrul Hazran untuk gol ke 2 Perak pada minit ke 18.

Pasukan Perak terus menggandakan asakan dan berjaya menghasilkan gol ketiga pada minit ke 31 yang dijaringkan oleh pemain pertahanan, Mohd Hafiszuan hasil kerjasama antara beliau bersama Razali Umar dan juga Arsyah Ayob.

Ketika permainan telah sampai kepenghujung separuh masa pertama, My Team berjaya mencipta jaringan melalui pemain yang baru dimasukkan menggantikan Azmi Muslim iaitu Depan Sakwati untuk merapatkan jurang jaringan kepada 3 – 1 pada minit ke 44.

Selesai rehat separuh masa pertama, Perak menambah jaringan kepada 4 – 1 apabila Razali Umar sekali lagi meledakkan gol keduanya malam itu hasil hantaran pendek Arsyah Ayob pada minit ke 48 separuh masa kedua.

Syazwan Roslan masuk menggantikan Arsyah Ayob pada minit ke 69 dan berjaya menjaringkan gol ke 5 pada minit ke 70 selepas mudah menolak masuk bola hantaran A. Varathan yang pantas berlari dari tengah padang ke dalam kotak penalti pasukan My Team.

Pada minit ke 78, Perak berjaya menambah derita My Team apabila menjaringkan gol ke 6 pasukan melalui sepakan percuma Noor Hazrul dari sebelah kanan luar kotak penalti My Team setelah Nazri Kamal dikasari.

Kesebelasan Utama:

Megat Amir Faisal (PG)
K. Puvinderan
Hafiszuan
Nor Hazrul
A. Varathan
Mohd Nazri Kamal (K)
Azrul Hazran
Isma Alif – 2
Khalis Ibrahim (B20) – 3
Arsyah Ayob – 1
Razali Umar

Pertukaran:

Syazwan – 1
Hafis Abdul Rahman – 2
Khairul Izzat – 3

Keputusan Perlawanan Lain 6 Oktober 2009:

Kumpulan A

Perlis 5 – 0 Melaka
Plus FC 3 – 1 Pahang

Kumpulan B

Terengganu 7 – 0 Sarawak
Negeri Sembilan 1 – 0 Johor

Kumpulan C

Johor FC 4 – 0 Kuala Lumpur

Kumpulan D

Selangor 4 – 1 Sabah
Kuala Muda 3 – 0 PDRM

Kumpulan E

ATM 0 – 3 Kedah
Kelantan 2 – 1 Pulau Pinang

Likes(0)Dislikes(0)

34 thoughts on “TM Piala Malaysia – Kumpulan C – Perak Vs My Team (result)

  1. san

    salam, selain kematangan para pemain muda Perak tunjukkan, permainan longlai My Team turut menjadi faktor utama kemenangan Perak pada malam ini. Masalah dalaman mereka hadapi nyata dilihat ketika diatas padang, apapun pujian harus diberikan kepada pemain Perak yang bersungguh-sungguh untuk mencari gol.

    Sikap pemain yang tidak mementingkan diri pada perlawanan ini wajar diberikan pujian kerana dengan itu kita mampu menang besar pada malam ini. permainan bersih yang ditunjukkan Perak amat membangggakan penyokong setia dan insyallah akan lebih ramai turun ke stadium selepas ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. satorare

    Salam..
    Sekalung tahniah diucapkan kepada anak muda Perak kerana berjaya menjinakkan lawan dengan jaringan yang besar. Satu peningkatan yang baik. Kehadiran penyokong pada malam ini juga agak memberangsangkan. Nyata penyokong-penyokong Perak tidak pulang hampa malam ini karana disajikan dengan jumlah gol yang agak besar. Diharapkan momentum kemenangan ini dapat diteruskan.

    Sekiranya Perak boleh melakar kemenangan ataupun seri dengan Kuala Lumpur untuk perlawanan akan datang, teman menjangkakan kehadiran penyokong ke stadium Perak akan bertambah. Berita kemenangan malam ini juga sudah pasti akan melonjakkan semangat penyokong Perak untuk hadir ke stadium menyaksikan sendiri pasukan Perak beraksi. Namun apa yang membimbangkan teman sedikit ialah pemain muda Perak mungkin sedikit gugup untuk berhadapan dengan ribuan penyokong Perak yang hadir dengan penuh harapan. Kita sedia maklum penyokong sudah tentulah mengkritik atau mengutuk pemain sekiranya bermain tidak pada tahap sebenar. Ini semua ilusi teman. Diharapkan keadaan menjadi sebaliknya.

    *Semasa balik dari stadium Perak, jelas terpancar wajah kegembiraan penyokong-penyokong Perak. Agaknya sudah lama situasi begini teman tiada dapat lihat.
    *Kepada pemain, masih banyak yang perlu diperbaiki. All the best Perak

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. azharz

    saya impikan Perak dgn barisan muda ini akan dapat masuk ke FINAL ...Ayuh buktikan bahawa barisan muda ini mampu bermain walaupun ada cabaran dan masalah yang berliku.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. winazza

    Tahniah buat pemain Perak dan barisan jurulatih. Juga kepada penyokong yang tak jemu menyokong pasukan tak kira ketika naik atau turun..teruskan sokongan kita yang tak berbelah bahagi..

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. anip

    Salam.

    Tahniah!!! Kalian memang mampu mengubahnya. Rata-rata para penyokong berpuas hati dengan permainan yang kalian tunjukkan. Walaubagaimana pun perjalanan masih panjang, layak ke akhir lebih utama.

    9 gol dari 4 perlawanan di samping hanya bolos 2 gol sahaja menunjukkan kalian memang mempunyai potensi yang amat besar. Kalian memang boleh berjaya. Syabas!!!

    Teruskan usaha. Tetapkan fokus. Kejor Yob Kejor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. sunrise

    salam

    Tahniah kerana pasukan Perak berjaya mengutip mata yang amat berharga dan jaringan yang amat besar dalam musim ini. Jelas dan amat ketara Dimana Pemain pemain menunjukkan kesungguhan untuk menembah tiket ke slot suku akhir Piala Malaysia musim 2009. Diharapkan kecemerlangan ini akan terus dipamerkan melalui perlawanan akan datang.Man of the match pada malam perlawanan ialah Megat Amir penjaga gol pasukan walaupun ada kalanya beliau melakukan beberapa kesilapan.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. bobiNHo84

      salam...

      Tahniah kepada pasukan perak yang telah memberikan persembahan yang bertenaga..Teman harap dengan kemenangan ini para pemain perak tidak cepat lupa diri dan memberi persembahan yang konsisten.

      Jumlah jaringan yang besar adalah kerana sikap tidak tamak para pemain..itu salah satu sikap yang perlu diberi pujian..
      Akhir sekali kepada sunrise, pada pendapat teman Man Of The Match adalah Razali Umar Kandasamy..beliau telah menjaringkan 2 gol selain menjadi arkitek kepada 2 gol lagi.

      Teman bukan nak manyangkal pendapat saudara sunrise, tapi yang BENAR TETAP BENAR...

      Wassalam...

      Likes(0)Dislikes(0)
  7. gerak_khas_09

    ASSALAMUALAIKUM....

    Diharapkan pemain Perak terus melakarkan kemenangan selepas ini demi menyelamatkan Pasukan Perak menimpa Aib.

    Walaupun Berjaya memenangi perlawanan Kali ini,jelas yang teramat sekali dimana Pemain Pemain kerap kali berterabur dan tidak berada diposisi yang tepat. Seandainya corak dan gaya permainan sebegini rupa diteruskan diperlawanan yang mendatang maka tidak mustahil Pasukan Perak Akan sukar untuk menghadapi perlawanan Dengan Keputusan Kemenangan.

    Diharapkan M.Karuthu dapat melakukan sesuatu dan dapat Memantapkan Pasukan Demi Impian Penyokong Penyokong Setia.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. pachenko

    Adakah kemenangan besar Perak malam tadi memberi isyarat yang pasukan Perak dalam landasan untuk kembali ke landasan yang betul??

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. syidi

    Salam..

    Semuanya kerana kesungguhan pemain. Tahniah. Memang sukar untuk menyekat kemaraan Razali. Pasukan lain harus berwaspada selepas ini. Perak bukan sahaja ada penyerang berbisa malah ada pemain bertubuh kecil 'berkaki emas'.

    Tentu penyokong-penyokong Perak tahu siapa yang saya maksudkan. Pakar sepakan percuma Perak yang banyak menjaringkan dari sepakan percuma.

    Diharap kecemerlangan semalam memadamkan 'badi' stadium Ipoh yang kononnya menjadi penghalang untuk beraksi baik. Untuk menang tiada alasan. Seperti yang saya katakan sebelum ini, teruskan perjuangan, bermain dengan baik tidak bermakna jika kalah, tapi lebih manis jika bermain baik diiringi dengan kemenangan seperti semalam.

    Sedikit Tahniah buat kalian. Perjalanan masih jauh. Keep It Up!

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. taufiq

    Salam...

    Tahniah buat pasukan perak kerana berjaya menewaskan lawan dengan satu jaringan yang cukup besar. Teman percaya kejayaan ini adalah disebabkan oleh kesungguhan pemain dan percaturan yang teman rasa menjadi. Faktor penyokong juga memainkan peranan dalam kejayaan ini memandangkan hampir tiga ribu penyokong yang membanjiri stadium. Dengan sokongan seperti ini teman harapkan stadium Perak kembali ceria dan riuh rendah penyokong kita..

    Apa pun teman harap perlawanan yang akan datang akan lebih mantap dan dapat mencipta kejayaan.

    Skor Yob skor...We are Perakian...

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. AbUrN

    salam

    Tahniah pasukan Perak atas kejayaan yang memberangsangkan malam tadi. Tak rugi teman pergi ke stadium Ipoh mlm tadi. Cuaca pun baik.

    Teman harap Perak layak ke final Piala Malaysia tahun nie. Harap permainan malam tadi dapat dikekalkan bagi mengharungi pasukan lain yang akan datang. Teman puas hati pada tahap permainan Perak malam tadi, cuma ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaki. Terutama sekali peluang-peluang yang baik di hadapan pintu gol lawan yang gagal disempurnakan dengan baik, kalau tidak Perak boleh menang dengan jaringan yang lebih banyak lagi.

    Apa-apa itu tahniah pasukan Perak,jangan asyik dibuai mimpi kemenangan malam tadi, teruskan perjuangan anda.

    All the best

    Kejor Yob Kejor

    Skor Yob Skor

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. YB

    Misi dah tercapai, jumlah gol pun memberangsangkan. Tapi yang paling penting menang dan dapat 3 mata. Kemenangan ini pun dibantu oleh keadaan pasukan My Team yang bermasalah dalaman.

    Tapi walaupun begitu kalau ada peluang memang My Team cuba juga nak menjaringkan gol bila benteng pertahanan kita terleka.

    Bilangan peluang semalam memang cukup banyak, kalau boleh jadi gol semua peluang tu mau Perak menang 12 biji gol atau lebih semalam.

    Yang penting pemain fokus dan semuanya terpulang pada mereka sendiri samada nak dapatkan kemenangan atau main sambil lewa dan akhirnya kita kalah.

    "Mereka boleh menang kalau mereka mahu"

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. addy

    Salam..

    Tahniah diucapkan kepada pemain-pemain Perak kerana dapat menumbangkan My Team dengan jaringan yang agak besar. Bagi saya kalaulah prestasi sebegini dapat diteruskan dalam perlawanan menentang Kuala Lumpur dan Johor FC nanti, saya yakin Perak tidak mustahil akan menjulang Piala Malaysia kali ini dengan pemain muda. Semangat juang yang sebeginilah yang perlu ada pada setiap pemain jika ingin menjulang piala paling berprestij di Malaysia.

    Skor Yob Skor.

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. zizou85

    Saya mengharap agar penyokong perak tidak begitu optimis dengan meletakkan harapan menggunung terhadap pasukan Perak tahun ini. Pasukan ini terlalu muda dan tidak mempunyai pengalaman. Desakan, tekanan, kritikan, cemuhan melampau yang sememangnya terkenal di kalangan penyokong Perak menjadi satu trend yang amat mengerikan dan jumlah penyokong yang sedikit menjejaskan kantung PAFA antara elemen yg menyumbang kepada kejatuhan moral pasukan muda Perak tahun ini.

    Namun begitu, saya tetap mempunyai 1 impian yg sama seperti mana-mana penyokong setia Perak yang lain iaitu melihat pasukan kebanggaan kita ini menjulang Piala Malaysia yang telah lama kita idamkan. Saya melihat betapa besarnya potensi beberapa pemain muda seperti Hafizuan, Razali Umar dan Nazri Kamal yang berkebolehan tinggi menjulang semangat dan memacu semula kegemilangan bolasepak Perak yang cukup hebat sewaktu era penghujung 90an sehingga tahun 2007.

    Saya meramalkan jika Perak mampu mara sekurang-kurangnya ke SemiFinal Piala Malaysia 2009, ia merupakan pencapaian yang sudah cukup membanggakan.

    Tahniah di atas kemenangan 6-1 ke atas Myteam, dan diharapkan pemain-pemain terus berusaha meningkatkan prestasi dan potensi masing-masing. Perjuangan anda semua masih terlalu jauh.

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. sdarerepasi

    tahniah kepada barisan muda kite,,,berjaye juga menampilkan permainan yang boleh dipuji,,,selepas ini jangan toleh kebelakang lagi,,teruskan aksi seperti malam tadi,,diharap dengan menentang pasukan yang hebat pun boleh beraksi baik dan mendapat 3 mata,,penonton juga diharap dapat memeriahkan lagi stadium Perak,,,,skor yop skor

    Likes(0)Dislikes(0)
  16. mofisa

    ya..saya sokong komen yg bernombor 9. & 10. sebab mereka ialah sepupu saya...hehe.
    KEJOR YOB KEJOR!!!
    moge Perak masuk final PM 2009

    Likes(0)Dislikes(0)
  17. cikguazwan

    Pada awalnya, teman ada juga rasa nak ke stadium malam semalam. tapi bila dikenang kembali corak permainan ketika melayan Kuala Lumpur, teman rasa baik teman 'berjimat cermat'. apapun seperti rakan-rakan lain, tahniah teman ucapkan.

    walaubagaimanapun, bagi teman, keputusan semalam masih tidak begitu meyakinkan teman. bak kata zizou di atas, pasukan ini terlalu mentah. prestasi mereka berdasarkan satu demi satu perlawanan yang ditempuhi. nak menjangkau ke tahap konsisten, teman rasa belum lagi.

    justeru, janganlah kita penyokong-penyokong setia Perak terlalu memasang impian tinggi melihat mereka ini ke final. kita hadap dulu satu-satu perlawanan. bagi teman, jika layak ke suku akhir dah satu kejayaan, dan jika mampu ke separuh akhir pula, dah dikira satu bonus yang teramat bernilai.

    yang penting, SOKONG TETAP SOKONG!!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. bobiNHo84

      salam...

      Saudara cikguazwan, teman rase mike ni bukanlah penyokong setia Perak yang sebenar, teman rase mike ni jenih Perak menang baru nak ke stadium..ye dak????

      Kalau dah minat, duit bukan ukuran saudara..yang penting sokongan yang tak berbelah bahagi..menang kalah adat permainan laa yop..kalau nak menang je, mane maunye..teman harap cikguazwan datangla stadium ye..datanglah kerana sayang pasukan Perak bukan kerana datang bile Perak menang sahaja..

      Sokongan moral perlu bagi pemain muda ini...

      Wassalam...

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. cikguazwan

        yob...buat pengetahuan mike, teman ni sejak dari umur 5 tahun sudah dibawa ke stadium...sejak zaman sekolah sampai la ke zaman berumah tangga teman tetap ke stadium...jadi janganlah senang hati nak jatuh hukum teman ni bukan penyokong setia...

        cuba mike baca balik apa yang teman tuliskan sebelum ini.cuba bezakan antara kritikan membina atau kritikan membunuh...teman bercakap berdasarkan realiti tahap permainan kita...tipu jika dikatakan teman tak nak pasukan kita ke final, tapi teman bercakap pasal corak permainan dan tahap yang kita ada...masih tidak meyakinkan yob...terima lah hakikat...tapi yang penting, MACAM YANG TEMAN KATAKAN...SOKONG TETAP SOKONG...macam la teman ni tak menyokong langsung

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. syidi

          Relaks..Perkara kecik je kan? Kita serumpun satu matlamat. So? Mari kita sama-sama sokong dengan tidak berbelah bahagi.

          Sayangi Perak Darul Ridzuan..

          Likes(0)Dislikes(0)
        2. cikguazwan

          betul tu...buat saudara bobinho, kita punya matlamat adalah SATU, melihat pasukan kita berjaya. justeru, yang penting, sokongan kita yang tidak berbelah bahagi walau mungkin berlainan cara.

          Likes(0)Dislikes(0)
    2. YB

      Ala pada teman tak kisah pun samada penyokong masa menang ke masa kalah ke yang penting penyokong juga. Susah nak cari penyokong yang saja nak buang duit tengok pasukan asyik kalah saje.

      Lainlah kalau ada player dalam tu sedara mara, mungkin dia boleh datang tengok. Ini hakikat yang kita semua kena terima termasuk pihak pengurusan dan pemain sendiri.

      Jangan pertikaikan hak penonton takmo datang stadium sebab asyik kalah. Takde sape nak buang duit tengok pasukan kalah dan main cara tak bermaruah.

      Apa yang pasukan, pengurusan dan pemain perlu buat ialah berusaha sehabis cemerlang untuk memastikan kemenangan dan ganjarannya pasti kedatangan penonton melimpah ruah macam zaman kegemilangan Perak suatu masa dahulu.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. chuck

        Salam..

        Pada teman,kapirnya seseorang tu bukan kita yang menghukumnya..Apatah lagi para ustaz dan ulama..Bukan tugas dan tanggungjawab deme.

        So,kesimpulanya sekuat dan sedalam mana pior sokongan seseorang individu tu pada pasukan bukan kita yang menilainya Yop.Deme sendirijer yang tau.

        Bob,miker koje kat Jabatan Agama Islam,takanlah begitu mudah miker nak jatuh hukum?

        Teman bukan niat nak melagakan sesapa,tapi bersamalah kita bersatu(unity)bukanya berkelahi mencari silap dan salah orangjer.

        Moh sama-sama kita meriahkan stadium pasni.Ok?

        Likes(0)Dislikes(0)
  18. belanak

    Salam

    Sekalung tahniah buat pemain serta penyokong Perak. Berkat kesungguhan serta fokus dalam permainan, kita beroleh kejayaan 3 mata yang amat berharga.

    Tidak kira berapa banyak gol dan yang pasti 3 mata berharga amat diperlukan untuk menjarakkan diri antara pasukan lain dalam Kumpulan C.

    Jaringan yang besar adalah satu bonus kepada kesungguhan setiap para pemain serta dapat menggembirakan kami selaku penyokong Skor Yob Skor.

    Cuma harus diingatkan serta tidak mudah alpa dan lalai, perjalanan kita masih jauh lagi. Jangan mudah kalah dan jangan bermain sambil lewa akibatnya merana!

    Teruskan perjuangan kalian dan pastikan kita tidak alpa serta lalai. Kemenangan kalian adalah bonus untuk semua! Semoga berjaya dan tahniah!

    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Apa yang penting... KERJASAMA!

    Likes(0)Dislikes(0)
  19. abgmie

    Salam

    Pertama sekali syabas buat team sebab menang besar

    kedua, maaf le kalau ayat teman ni tak berapa sedap untuk kome yang selalu tengok bola, tapi asyik nak mengutuk aje.Teman ni memang masa perlawanan tak berapa nak sibuk hal orang, (al- maklum le teman sibuk dengan bebudak teman) tapi yang teman tak puas hati ni, dah 3 perlawanan di Ipoh.Teman tengok yang datang menyaksikan bolasepak ni bukan nak bagi semangat, yang diorang tau hentam pemain. Kesian le kat deme. Kome juge kata deme tu bebudak lagi..walaupun menang besar tapi yang lepas sebiji gol tu juga yang jadi bahan kome nak mengutuk pemain.

    Teman ikut pasukan ni dah lama. Dari liga semi pro lagi. Sebelum nak mengutuk muhasabah la diri dulu, tanya la pada diri kome yang suka mengutuk tu, apa sumbangan kome pada pasukan, dah menang pun kena kutuk lagi ,Teman bukan apa kita ni penyokong setia, jadi buktikan kan le. Cukup le dulu....kepada pasukan yob.main le bersungguh-sungguh. Teman tau bebudak yang ada dalam team hari ni semuanya adalah bebudak yang memang boleh meningkat lagi. Akhir kata dari teman...

    'Bior tangan hancor,
    jangan team lebor'

    skor yob skor..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Mulut orang yob memang macam tu. Memang susah nak ajar mulut ni diam. Biarkan deme, lama-lama nanti deme akan malu sendiri. Macam la deme pandai sangat main, cuba suruh deme yang mengutuk masuk padang main, pemain semua naik duduk kat tempat penyokong, mau menggelupor yob.

      Oleh yang demikian, pedulikan, anggap deme yang mengutuk tu 'kambing' yang terkena hujan mengembek tak tentu hala. Golongan ni akan sedar dengan sendirinya nanti.

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. YB

      Yup, teman akui benda nih memang ada berlaku terutama belah2 grandstand sana. Masa menang 6-1 ni pun ada fans yang maki hamun jugak. Orang macam ni tak siuman sebenarnya. Mungkin dia perlukan "PERFECTO" yang melampau-lampau.

      Apa tindakan kita pada orang yang "TAK SIUMAN"?

      Pendapat teman kita biarkanlah dia hidup dalam dunia dia sendiri. Dunia dia sentiasa "SEMPURNA" sampai orang di "dunia sebenar" tengok dia dah tak "SEMPURNA".

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. abgmie

        teman setuju benar dengan YB.dah dapat mengutuk pemain cukup le.Ni dengan bebudak teman yang tangan hancur pun depa nak hentam...Nasib bebudak teman pun dah profesional sekarang,,,kalau tidak kayu dalam beg boleh terbang....bukan nya ape, pemain Perak ni dah macam adik-adik teman je.teman tak macam 10 tahun dulu...setakat trak FRU tu dah pernah teman naik.Jadi ape-ape pun kepada si pengutuk dan pemaki ingat le kita datang stadium untuk menonton perlawanan bolasepak.kalau nak cakap bebukan kat pemain baik duduk kat rumah lagi bagus....semoga sabtu ni milik kita lagi...insyalah teman akan sampai dengan bebudak teman...skor yob skor

        Likes(0)Dislikes(0)
  20. chuck

    Salam..

    Tahniah pada skuad Yop atas kemenangan bergaya tempoh hari.

    Dalam gembira kaki melangkah keluar stadium terpalit jugak rasa sedih yang menghimpit dada.

    Dahulu lorong/terowong ini pernah riuh-rendah dengan sorakan penonton tapi kini ianya sepi-kosong.

    Rumpai-rumpai liar mulai tumbuh meliar diserata kawasan stadium.

    Terasa seperti dahulunya ianya amat sesak dan hebat tapi kini ianya dibiarkan sepi dan usang.

    Sedih...sedih sangat...

    seperti sebuah kerajaan dan sejarah yang begitu hebat penah wujud berdekad lamanya dahulu.

    Adakah sejarah bolasepak kita begitu hebat dahulu??Antara persoalan yang bermain dibibir setiap anak kecil yang baru melangkah masuk ke stadium yang penuh keramat kita ini.

    Ayuhla rakan-rakan..ayuhla teman..sumernya kita yang mencoraknya..jangan biarkan sejarah dan tradisinya terus berkubur seperti itu...

    Likes(0)Dislikes(0)
  21. razlan

    salam,

    tahniah atas kemenangan tempoh hari. hanya satu pinta penyokong2 pasukan supaya Perak layak sebagai juara kumpulan c, bukan sebagai naib juara

    Likes(0)Dislikes(0)
  22. exianaron

    salam,,

    berita kemenangan besar dengan My Team memang best la... walaupun tak dapat tengok live mahupun di kaca tv.. tapi sokongan kat seladang sentiasa ada...

    semoga malam nie Perak menang dgn KL dan ada tunjuk kat TV1 baru la dapat tengok streaming.. hehehe

    Kejor Yob Kejor~~

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.