TM Piala Malaysia – Kumpulan C – Perak Vs Johor FC (review)

TM Piala Malaysia

Selasa 13 Oktober 2009
Stadium Perak
8:45PM

Perlawanan terakhir Perak menentang Johor FC pada kempen TM Piala Malaysia 2009 untuk kumpulan C bolehlah dianggap sebagai perhitungan hidup dan mati kerana mereka perlu untuk mencatatkan kemenangan bagi melayakkan diri ke peringkat suku akhir.

Pasukan Johor FC yang mendahului kumpulan C dengan 12 mata hanya perlu mencatatkan keputusan seri untuk layak ke peringkat seterusnya manakala pasukan Perak pula terpaksa menunggu keputusan lain-lain venue sebelum mampu mengesahkan tempat ke suku akhir.

Sewajarnya Perak perlu berusaha sendiri tanpa mengharapkan ehsan keputusan pasukan lain bagi menempatkan diri ke peringkat suku akhir pertama yang akan bermula pada 20 Oktober 2009 manakala pusingan kedua suku akhir pula pada 24 Oktober 2009.

Penjaring terbanyak Perak, Razali Umar pasti menjadi sandaran utama M. Karuthu untuk mendapatkan 3 mata penuh selain sokongan berterusan dari jentera tengah pasukan yang perlu lebih proaktif membuat hantaran yang berkualiti kepada barisan serangan.

Barisan pertahanan juga perlu memperkemaskan benteng mereka yang sejak akhir-akhir ini agak rapuh. Perak dijangka mengekalkan barisan yang sama sewaktu menentang Kuala Lumpur tempohari dan jika berlaku perubahan sekalipun hanyalah pada pemain gantian.

Semoga stadium Perak bergema lagi dengan sorakan penonton yang datang memberikan sokongan padu kepada para pemain. Mengikut info yang diterima, RTM akan menyiarkan perlawanan ini secara tertunda pada pukul 12:30 malam di saluran 1.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

38 thoughts on “TM Piala Malaysia – Kumpulan C – Perak Vs Johor FC (review)

    1. ayop

      salam semua ayop hulurkan....

      tahniah pada Razali dan junior-junior lain dalam tim Perak kerana sampai ke tahap ini...belum sampai ke suku akhir ,ayop dah hulurkan tahniah buat kalian.. itu tanda nye ayop menghargai kesungguhan kalian dalam mertabatkan negeri Perak sebagai kuasa bolasepak Malaysia.

      kalahkan Johor FC!!!!!! tumbangkan keangkuhan mereka!!!!!.... ganyang mereka,,

      buktikan Perak mampu, buktikan Perak KUASA BOLASEPAK MALAYSIA......kejor yop kejor....
      SKOR YOP SKOR....

      '' bismillah hi waala barakatillah "

      Likes(0)Dislikes(0)
  1. khairol

    salam..

    di harap pemain Perak dapat menggunakan kesempatan yang ada sebaik mungkin. dari congakan matematik memang memeningkan kepala. apakan daya formatnya telah di tetapkan FAM.

    teman masih percaya kepada sejarah skuad 2000 tanpa pemain import akan berulang tahun ini. jadikan tradisi ini untuk Perak menjulang piala tradisi kebanggaan Malaysia.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. cikguazwan

    salam...

    Mengikut sumber-sumber yang teman perolehi, Azraai Khor (jurulatih kedah) amat optimis pasukan bimbingannya mampu layak ke suku akhir. dia terlupa agaknya yang Kedah esok akan saling 'berbunuhan' dengan P. Pinang. tapi yang menarik di sini, katanya dia yakin layak dengan kemenangan ke atas P. Pinang dan juga kekalahan Perak kepada Johor FC. (salah satu pasukan yang dijangkanya akan tumbang dan memberi laluan kepada pasukannya)...hmm menarik....

    teman pun ada rasa nak tergelak baca komen yang mengatakan bahawa dia positif Kedah boleh layak tanpa bantuan pasukan-pasukan lain. walhal hakikatnya memang Kedah memerlukan bantuan pasukan lain untuk layak. mungkin hanya nak sedapkan hati dia kot yang sedang gundah gelana.

    namun, lupakan Azraai dengan komen-komennya. kita ada misi lagi penting. yang turut boleh menutup mulut Azraai tu. perlawanan getir malam esok perlu diterjemahkan dengan kemenangan. teman menjangkakan bilangan penonton mungkin akan bertambah, namun jika menang lagi, pada peringkat suku akhir (jika kita menjadi tuan rumah pusingan pertama), kehadiran penonton mungkin berlipat kali ganda.

    justeru itu, teman amat berharap pemain-pemain muda kita TIDAK mengulangi dua persembahan layu menentang Kuala Lupur sebelum ini. teman juga amat kepingin melihat corak bermatian-matian ditunjukkan; mengejar hantaran, bersaing merebut bola, ada 'nafsu' melakukan percubaan, mengekang dan menutup ruang kepada pemain Johor FC. jangan terlalu mudah menyerahkan bola kepada pemain lawan setelah bersusah payah mendapatkannya. itu kelemahan ketara yang teman dapat saksikan.

    insyaAllah dengan berkat doa dan sokongan penyokong setia Perak, kita akan memastikan Johor FC pula yang menanti keputusan perlawanan lain malam esok.(tak lupa juga kepada En Azraai Khor)

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. satorare

      Nampaknya Azrai Khor begitu yakin Perak akan dikalahkan oleh Johor Fc.. Ini lah yang perlu dibuktikan oleh anak muda Perak. Tidak kisah lah mana-mana pihak pun yang mahu memandang rendah terhadap keupayaan pasukan Perak, namun anak-anak muda ini perlu buktikan sesuatu terutamanya kepada Azrai Khor. Berjuanglah bermatian-matian wahai anak muda Perak. Ingatlah esok penyokong Perak akan menjadi pemain 12 pasukan seperti mana yang dikhabarkan di Stadium Cheras tempohari.

      Kepada Azrai Khor..
      Janganlah begitu angkuh. Mampukah Kedah untuk menewaskan pasukan Pulau Pinang? Kedah bukanlah satu pasukan yang begitu ditakuti seperti satu ketika dahulu. Sang Kenari belum tentu boleh terbang tinggi....

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. san

      Dari Lembah Klang ke Lembah Kinta,
      Singgah sebentar di pekan Bidor,
      Dulu ade Repasi dan Keita,
      Sekarang ada Razali tornado.

      Dulu ade Liew Kit Kong,
      Main kejap sudahlah blah,
      Shebby kata Perak takde penyokong,
      Jom kite buktikan dia salah.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. chuck

        Salam...

        erm..betul tu San..

        Sherbie kata Perak takde penyokong dan itu yang dimaksudkan oleh beliau dengan sokongan komersil yang lemah/kurang.

        Prediction Sherbie:Perlis dan Kedah

        Alasan:kedudukan M-league baik dan tak jauh dari pasukan tangga teratas selain mempunyai sokongan komersil yang begitu baik.Selain Perak hanyalah sebuah pasukan yang baru dibina dan tidak mempunyai sokongan KOMERSIL(PENYOKONG) yang hebat.

        Gamaknya sudahkah En.Sherbie kita ni berpikir panjang?Tak sedarkah dia Perak dan Selangor cukup dikenali dari segi fansnya?

        Sebenarnya agak terasa gak dan tersentuh gak rasanya bila ada pihak lain yang judge diri kita sebegitu rupa.

        Bukanlah nak kata amik pusing sangat dengan cakap-cakapnya tu,tapi as a patriotik person memang ianya agak keterlaluan.

        Wahai muda-mudi owh harapan Perak tuntutla segala kata-kata En.Sherbie tu dan buktikan yang kita juga bermaruah serta masih mengekalkan sejarah bolasepak yang masyur.

        Janganlah sampai terbujur digelanggang sendiri malamni.

        Kami pohon doa Perak berjaya malamni-insyallah...Amin.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. syidi

          Tambahan, Shebby tu memang jealous dengan Perak. Dia punya Tim Impian kena titik teruk. Lagipun dia kan sibuk dengan Liga Luar negara yang lebih 'berprestij' kata dia la..bukan dia sayang sangat bola kat Malaysia ni, asyik mengkritik mengkritik mengkritik dari dulu sampai sekarang..habuk pun tarak!

          Likes(0)Dislikes(0)
        2. anip

          Shebby tu !@$#. Orang !@#$ macam tu tak payah dilayan. Setakat nak bagi komen tanpa pergi ke stadium melihat sendiri baik tak payah. Mak teman pun boleh bagi komen.

          Likes(0)Dislikes(0)
        3. YB Post author

          Hahahahha, patutnya suruh wartawan akhbar tabloit hat tak berapa nak laku tuh buat cerita lagi:

          Shebby Jangan Ganggu Urusan Kami

          Wahahahhahha.....mampuihhhhhhh melayan kome ni

          Likes(0)Dislikes(0)
      2. ayop

        dari Jeliang bawak ke Karai,
        mencari umah anak cik lanang,
        jangan di gentor cabaran Shebby dan Azrai,
        yang patut di pikior cara nak menang.

        mencari umah anak cik lanang,
        terlajak sampai ke Kanthan,
        moga Perak mencapai kemenangan,
        agar dapat balas segala umpatan,

        terlajak sampai ke Kanthan,
        cari papan tanda sebagai arah,
        semangat pahlawan anak jantan,
        pantang undur sebelum kalah

        Likes(0)Dislikes(0)
  3. addy

    Salam,

    Saya yakin pasukan Perak akan ke suku jika mereka bermain dengan penuh bersemangat. Sudah pasti Johor FC akan memberi kawalan yang ketat kepada penyerang berbisa kita "The Tornado".

    Jadi tunjukkan lah belang anda yang sebenar. Jika di gelanggang lawan Perak boleh mengatasi Johor FC dengan 2 gol. Tidak mustahil jaringan yang lebih besar mungkin akan terjadi pada malam selasa ini.

    Pemain-pemain tengah perlulah lebih berusaha untuk membantu barisan hadapan. Manakala pemain pertahanan pula perlulah membaiki kelemahan anda.

    Kami sebagai penyokong setia skuad Skor Yob Skor akan berada di belakang anda untuk memberikan sokongan yang padu.Saya akan berdoa kepada Allah untuk memberikan kemenangan kepada pasukan perak
    Amiinn...

    Ramalan saya:

    PERAK 3 vs 0 JOHOR FC

    Skor Yob Skor

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. sunrise

      salam...

      Kepada Yob Addy jangan main ramal jer,takutlah pula nanti ada orang kata pihak ke lima menentukan keputusan pasukan pula

      Likes(0)Dislikes(0)
  4. zn kevin

    salam..

    Malam esok adalah penentu hidup atau mati pasukan PERAK untuk menempatkan antara pasukan yang akan beraksi dalam peringkat suku akhir.Teman doakan kejayaan anak2 muda kita malam esok untuk berjuang dan terus berjuang hingga ke wisel penamat.

    Untuk semua penyokong2 skor yob skor...ayuh kita banjiri stadium Perak malam esok!!

    Kita ombakkan serta keramatkan kembali stadium Perak di Ipoh yang lama telah kita rindui...adios

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. san

    Dari Bagan Datoh naik kayak,
    Naik kayak sampai Trolak,
    Shebby kata Perak tak layak,
    Haha jom kita gelak.

    Shebby ditanya angkat bahu,
    Memang heran lagi pelik,
    Lawan pun belum sudah tahu,
    Ada tak kene baik check balik,

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. amirfsl

    teman yakin dengan kemampuan Perak! Arsenal boleh main lawa dengan pemain-pemain muda mereka,kita pun boleh!!Semangat Yop!!
    Perak 8 Johor FC 0

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. AbUrN

    salam,

    Teman percaya Perak boleh melakarkan kemenangan mlm ni. Yang penting,pemain-pemain jangan melakukan banyak kecuaian atau kesilapan-kesilapan yang tidak sepatutnya, peluang yang ada di depan pintu gol lawan jangan dipersia-siakan.

    Menang dengan berapa gol pun teman tak kisah, kemenangan 1 gol pun cukup untuk melayakkan Perak ke suku akhir. Bermainlah dengan bersungguh-sungguh.

    All the best yob

    Kejor yob kejor

    Skor yob skor

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. chuck

    Salam..

    untuk taktikal team,teman cadangkan coach gunakan pendekatan hantaran kedepan kepada Razali tak kira dari segi hantaran jauh mahupun pendek bergantung pada keadaan semasa.

    Taktikal ini telah terbukti berjaya dipraktikan ketika Perak membenam cabaran UPB My Team tempoh hari.

    Pada firasat teman seseorang yang mempunyai speed sebegitu memang mengharapkan hantaran/lorongan kedepan samada dari segi lambungan tinggi mahupun rendah.Kerana dari situ keupayaan sebenar Razali akan berjaya dipraktikan.

    Pada Razali pule,miker cuma kena pandai jaga line miker.(offside line).

    Teman yang mempunyai kepantasan larian seperti Razali pun memang menantikan bola sebegitu.

    Kebaikan:

    1) risk untuk mengawal bola sambil melepasi benteng lawan dapat dikurangkan dan tak perlu nak buang masa/tenaga untuk gentel 2-3 orang player lawan.
    2) Razali boleh dengan sambil lewa berlari mengejar bola seorang diri dan terus kedalam goal.only beat keeper jer.defends dah tak terkejar dah masa tu.

    Cadangan jer..Namun ianya dah terbukti berkesan.
    tak salah jika kita mencuba.

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. zizou85

    harap-harap Perak dapat la masuk suku akhir, kalau Johor FC pandai, deme bagi Perak masuk. kalau deme kaji betul-betul, Kedah dengan Perlis yang tengah bersabung nyawa nak ke suku akhir. so better bagi laluan kepada pasukan kurang berpengalaman macam Perak. itu adalah percaturan, deme pon mesti nak rest key players.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      Maunya Yop..Dah tentu deme all out malam ni..

      Alasanya,kalo deme kalah deme jadi runner-up.Bila jadi runner-up maunya deme nak bersusah payah nak jumpa Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan.

      Deme lagi bijak kira-kira Yop.So,nak tak nak memang takde istilah ehsan pertolongan pihak lain melainkan kita panjatkan doa mohon pertolongan dariNya.Semoga Tuhan memberkati perjuangan yop pada malam ini-insyallah.

      Bukanlah teman nak takutkan kita sumer..Tapi itulah hakikat kenyataan yang harus kita telan dan lalui bersama malam ni.

      Kalo draw mungkin deme consider sebab deme still group leader.Tapi kalo deme gentle deme tak kisahpun sapa lawan deme.Tapi mustahil yop.best team kat dunia ni pun main kira-kira camtu.

      Bersamalah kita all-out pada malam ni.buatla apa yang patut seperti menghadiri kelas vokal or cari masalah banyak-banyak.Malam karang lepaskan kat tengah padang nun..wakakakaka..

      wassalam...

      Likes(0)Dislikes(0)
  10. anip

    All the best!!!
    Good Luck!!!
    InsyaALLAH teman turun ke Ipoh bagi sokongan buat kalian.
    Kejor Yob Kejor!!!
    Skor Yob Skor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. sheeryob

    Salam semua...aku yakin Perak menang dan sudah pasti layak ke suku akhir..setelah membaca komen rakan rakan penyokong dalam FAN..seladang kebanyakan mereka optimis dan positif terhadap perkembangan dan peningkatan pasukan muda Perak..sudah pasti kalau Perak layak ke separuh akhir sekali pun sudah pasti membuka mata FAM sekali gus pencerca terhadap pasukan Perak sebelum ini..yang mana Perak bukan pasukan cilik dan ratahan pasukan elit seperti Selangor dan Perlis.

    Namun anak muda Perak ada cara, ada,style tersendiri, ada ROH untuk dinobatkan untuk bangun dan tunjukkan kebolehan mereka..apatah lagi Penyokong yang tetap setia yang berdiri dibelakang pasukan antara FAN yang terbaik ditanah air Malaysia..'FAN PERAK'...wahai kawan dan rakan taulan terus berdiri dan terus bersemangat menyokong pasukan Perak...walau di mana jua anda berada. kejor yeop kejor.
    ramalan..

    Perak 3 Johor FC 0

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. syidi

    Salam..

    Berdasarkan prestasi semasa, Kita boleh atasi lawan malam ni paling tidak pun 1-0. Sudah semestinya Ramlan Rashid telah bersiap sedia dalam keadaan yang agak gelabah untuk mengekang kemaraan kita. Ini merupakan kali kedua Johor FC bertandang ke Ipoh.

    Pada pendapat saya, hanya satu perkara boleh mengubah rentak malam ni, iaitu Penyokong. Meriahkan stadium dan tonjolkan 'garang' sebelum dan semasa perlawanan untuk memberi serangan psikologi kepada lawan.

    Percaturan M Karuthu tidak pernah gagal, cuma perlaksanaannya yang tidak mengikut arahan. Percayalah, jika semangat, moral yang tinggi seperti perlawanan-perlawanan sebelum ini, Insya Allah kita akan menang malam ni!

    Untuk pemain, buat macam biasa, jangan terlalu yakin, main seperti selalu dan jauhkan daripada membuat silap bodoh yang boleh mengundang padah. Sekat gerakan dari tengah (Johor FC). Mereka memiliki kelebihan pemain tengah yang kreatif, so, matikan gerakan mereka lebih awal.

    Secara keseluruhannya, Perak The Best, Percaya pada diri PERAK BOLEH MENANG!!

    SKOR YOP SKOR!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. sunrise

    SALAM....

    Diharapkan kepada semua penyokong penyokong akan hadir memenuhi demi menaikkan semangat pemain pemain untuk mempersembahkan satu mutu permainan yang boleh kita banggakan.

    Tapi ada satu pesanan teman kepada semua janganlah kita mengutuk atau mengkritik terlalu berlebihan walaupun kepada pemain kita sendiri,takutlah pula akan ada orang mengupah komando memukul kita.

    Oleh itu walaupun persembahan yang dipamerkan teramat teruk,mutu pengadilan yang terlalu lemah dan pemain lawan bermain secara kasar janganlah kita mengutuk apa yang harus dibuat hanyalah memuji sampai kelangit.

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. belanak

    Salam

    Malam ini adalah malam penentu samada kita melangkah ke Suku Akhir atau peluang agak tipis sekiranya hanya seri/kalah... Tiada mengenal erti kalah, teruskan perjuangan kalian sehingga ke wisel penamat.

    Fokus serta memberikan sepenuh tenaga dan jangan mudah alpa serta membuat kesilapan yang akan merugikan kita satu pasukan. Setiap pemain haruslah bermain seperti biasa mengikut posisi dan menjalankan tanggungjawab kalian dengan hati yang ikhlas dan semangat juang yang tinggi.

    InsyaAllah, sekiranya kalian berjuang tanpa mengenal kalah, kita akan melangkah ke Suku Akhir tanpa memikirkan keputusan perlawanan yang lain. Apa yang penting... KERJASAMA setiap pemain, ingatlah bahawa kita bermain bolasepak dan bermain secara solo akan merugikan serta membahayakan pasukan secara kesuluruhannya. Oleh yang demikian, jangan tamak dan bersikap ego, bermainlah secara satu pasukan yang mantap! Tidak rugi jika kita bermain secara pasukan kerana kemenangan kelak akan dirasai bersama!

    Semoga malam ini menjadi satu kenangan yang terindah dan memori pada perlawanan malam ini akan menjadi titik tolak untuk kita lebih maju pada perlawanan akan datang, insyaAllah. Jangan terlalu yakin, bertenang serta tawakkal. Sentiasa berdoa dan bermainlah dengan hati yang ikhlas serta berjuanglah hingga ke wisel penamat. Seandainya ketinggalan, jangan mudah patah semangat tetapi tingkatkan permainan yang mantap serta mencari gol penyamaan seterusnya gol kemenangan.

    Setiap pemain harus tahu akan tanggungjawab masing-masing dan tidak melakukan kesilapan yang sama seperti perlawanan yang lalu. Kesilapan yang lalu lupakan dan tebuskan dengan permainan ynag menarik serta mantap pada malam ini. Selagi wisel penamat belum ditiup jangan sesekali mengalah walaupun kita sudah di hadapan, teruskan perjuangan dan mencari seberapa banyak gol untuk lebih selesa.

    Semoga kemenangan akan memihak kepada kita pada malam ini dan kami para penyokong akan tetap bersama kalian walau apa pun yang terjadi. Selamat berjuang!

    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Apa yang penting... KERJASAMA!

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. Yeehaw!

    Salam..

    Teman mengharapkan pemain Perak bermain bersungguh-sungguh malam nie.. Pada pendapat teman, Perak perlu mencari gol awal, dari gol tersebut sudah tentu Johor FC akan bermain secara open untuk mencari gol.. kesempatan ini Perak perlu menggunakan striker berkaliber Perak, Razali Umar aka 'The Tornado' untuk counter attack Johor FC... Dengan kepantasan dan control yang baik dari Razali Umar sudah tentu dapat mengucar-ngacirkan pertahanan Johor FC. Perlu dingatkan sudah tentu Razali Umar akan dijaga ketat malam nie. oleh pertahanan Johor FC. jadi striker Perak yang lain patut mengambil peluang ini untuk membuat cubaan ke arah pintu gol Johor FC.. Ayuh pemain muda Perak.

    Saya mendoakan kemenangan milik kita malam nie.
    Kejor Yob Kejor..

    Likes(0)Dislikes(0)
  16. myo abol as

    Salam semua. Malam ini adalah penentu kepada perjalanan pasukan Perak samaada kita berjaya ke peringkat seterusnya atau pun tidak. Teman percaya malam ini stadium kita akan dibanjiri semula oleh ribuan penyokong tak kira dari mana saja pelusuk negeri Perak. Teman tetap optimis bahawa pasukan kita boleh melangkah ke peringkat seterusnya. Sekiranya persembahan ketika menentang Johor FC di stadium J Corp pada pusingan pertama yang lalu dapat diterjemahkan pada malam ini, impian ribuan penyokong yang ingin melihat pasukan kesayangan mereka mara ke peringkat suku akhir dan peringakat seterusnya pasti akan tercapai. Teman berharap para pemain seharusnya bersikap optimistik pada perlawanan hidup atau mati ini lebih-lebih lagi apabila beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri. Teman tetap mendoakan kesejahteraan kepada para pemain dan jurulatih agar segala yang dirancang akan terlaksana.

    Kepada para penyokong yang akan membanjiri stadium Perak pada malam ini, berilah sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada anak-anak muda Perak ini. Banyakkan juga bersabar dan bukannya memaki hamun atau mencaci mana-mana pemain mahupun jurulatih. Marilah kita bersama-sama memberi anak-anak muda Perak ini semangat untuk mereka beraksi sehingga ke minit terakhir. Anggaplah ini suatu perjuangan mereka untuk kita dan juga negeri tercinta. Teman juga berharap agar penyokong-penyokong semua dapat berada di stadium hingga ke minit yang terakhir walaupun ditakdirkan pasukan kita ketinggalan kepada pasukan lawan. Contohilah sikap penyokong-penyokong Perak yang berada di sekitar Selangor dan juga Kuala Lumpur yang mana sanggup menanti hingga ke minit terakhir perlawanan.

    Kepada para pemain pula, teman berharap agar tidak gugup atau gentar apabila beraksi dihadapan ribuan penyokong pada malam ini nanti. Jangan terlalu gopoh apabila berhadapan dengan gawang gol sehingga menyebabkan kita kehilangan peluang untuk mendapatkan gol. Banyakkan bersabar dan bertenang ketika berada di padang. Berikan sepenuh tumpuan kepada perlawanan dan juga apa yang disuruh oleh jurulatih. Jangan dihiraukan sangat kata-kata cacian atau maki hamun daripada segelintir penyokong kerana bukan semuanya yang hadir itu nanti bersikap buruk seperti yang disebutkan. Masih ada lagi penyokong-penyokong yang sentiasa berada di belakang anda yang tidak mengenal penat dan tak mengira jatuh bangun pasukan. Ingatlah selalu.

    Walau apa pun keputusan pada malam ini, teman akan tetap berbangga dengan kalian dan insyaallah akan tetap terus menyokong. Begitu juga diharapkan kepada semua penyokong yang akan hadir nanti. Syabas walaupun mungkin terlalu awal bagi teman untuk mengucapkannya.

    SOKONG TETAP SOKONG!!

    Kejor Yob Kejor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  17. Yashurr Yazurry

    Salam...

    Teman nak kongsi cerita benar dari sebuah buku yang teman baca,
    mengenai 1 peristiwa ketika sukan olimpik 1974 acara marathon,

    Dimana ketika itu langit gelap, hujan turun renyai-renyai,
    penonton di dalam stadium, bersorak menyambut larian pemenang (juara) yang berlari pantas ke garisan penamat,

    Penonton-penonton tidak berganjak kerana mahu menyambut larian pelari seterusnya ke garisan penamat,

    Sehinggalah pada waktu itu seakan-akan tiada lagi pelari yang mahu disambut,
    Dan pemenang pingat emas,perak dan gangsa pun sudah ketahui,

    Maka penonton-penonton pun begerak bangun dari tempat duduk untuk pulang,
    Langit yang semakin gelap, hujan masih renyai, keadaan sunyi..

    Tiba-tiba terdengar bunyi 'siren' ambulans yang kuat menuju ke dalam stadium, penonton tergamam...
    kelihatan seorang pelari berkulit hitam, berlari terhencut-hencut dengan sebelah kaki nya berbalut, dan kelihatan berdarah menuju ke garisan penamat..

    Penonton kemudian memberi sorakkan semangat,
    tepukan yang gemuruh kepada pelari berkulit hitam tersebut..

    Hinggalah ke garisan penamat...
    Lalu pihak wartawan bergegas ke arah pelari tersebut,
    menanyakan soalan:

    'Kenapa kamu masih berlari, walaupun kamu tahu yang kamu takkan memenangi acara ini, malah ditempat yang terakhir pula..?'

    Pelari berkulit hitam itu menjawab:
    'Negara saya menghantar saya kesini Bukannya itu memulakan perlumbaan, tetapi untuk menamatkannya'

    Kesemua wartawan terdiam...........

    Buat pasukan seladang, ingatlah! malam ini bukan penting bagaimana anda memulakannya, tetapi yang paling penting
    bagaimana anda menamatkannya!

    Tindakkan kalian akan bermula dengan sendiri jika kalian
    tahu apa yang kalian mahu pada pengakhirannya nanti..

    Oleh itu, 'Begin With The End'......
    Diakhir nanti kalian mahu jadi juara bukan?
    Jadi langkahlah kaki anda pada permulaan malam ini seperti langkah seorang juara..!!

    Ayuuuhh Seladang Amukkkk..!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB Post author

      HEBATTTTTTTTTTTTTT !!!!!!!!

      Naik meremang bulu roma orang kata mendengar cerita macam ni. Memang kelas sangat-sangat cerita yang mike bawak nih.

      Kalau macam ni punya semangat yang kita boleh bawak, memang tak mustahil apa pun kita boleh capai dalam hidup kita.

      World Class komentar dari Yashurr !!!!!!

      Teman tabik mike !!!!

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. syidi

        Well Done Yashur!!

        Marvelous!! Nice! Pengajaran yang amat berguna. Bersemangat teman secara tiba-tiba! Ayuh perak! We will begin with the END!!!

        Likes(0)Dislikes(0)
      2. razlan

        Yang cite yang world class. Mentaliti seperti inilah yang tiada dalam diri atlet negara kecuali seorang dua jer (antaranya Datuk Nicol David. Datuk Lee Chong Wei pada teman takde mentaliti ini, maap ler pada peminat badminton semua)

        Sesiapa yang pernah melihat cerita 'Cool Runnings'? Peristiwa yang hampir sama apabila pasukan Bobsled Jamaica (Jamaica mana ada turun snow pun) mengalami kemalangan semasa menyertai sukan Olimpik musim sejuk. Rakyat-rakyat Jamaica sendiri takde konfiden dengan mereka apatah lagi atlet-atlet profesional dari negara kulit putih yg sentiasa bongkak dan bangga diri. Namum setelah berlaku kemalangan tersebut, keempat-empat ahli pasukan Bobsled Jamaica mengangkat Bobsled mereka menuju kegarisan penamat diiringi dengan tepukan dari peminat.

        Moral of the story? semangat berjuang kena ada hingga ketitisan darah terakhir!

        Likes(0)Dislikes(0)
    2. abgmie

      yashur....mike memang antara peminat yang tersohor...jika semangat mike dijadikan motivasi diri dalam setiap diri insan ...teman percaya kita mampu melakar sejarah bermakna,bukan sekarang saje tapi selama lamanya....seladang 4ever.....

      Likes(0)Dislikes(0)
  18. myo abol as

    Berkenaan dengan komen jurulatih Kedah En. Azrai Khor, rasanya memang semua dah sedia maklum dengan perangai beliau yang sememangnya cakap besar, Serupalah juga dengan bekas pengendali pasukan Perlis iaitu En Abdul Rahman Ibrahim yang mana pernah mengkritik pasukan Perak. Malah Azrai Khor sendiri pernah mengkritik jurulatih kita iaitu En. M. Karathu dalam sebuah akhbar bahasa Inggeris tempatan pada sebelum bermulanya liga Malaysia ini. Kalau tak silap teman komennya berbunyi begini "jurulatih M. Karathu sudah tidak relevan lagi dengan keadaan bola sepak tempatan kita".

    Selebihnya teman dah tak berapa ingat tapi kalau ingat pun teman memang tak nak cakap pun. Mungkin disebabkan kritikan beliau itu telah menyebabkan pasukan bimbingannya dan beliau sendiri terkena balik tempias kritikan yang dibuatnya dulu. Beliau sendiri telah lupa bagaimana penyokong-penyokong Kedah pernah melayan bekas pengendali import pasukan mereka iaitu Mr. Mirandhina (maaf teman ingat sikit je namanya, sesiapa yang tahu nama penuh bekas pengendali import dari Brazil itu sila inform kat teman), di mana beliau telah diugut oleh beberapa penyokong yang tidak bertanggungjawab supaya meninggalkan pasukan dengan segera jika ingin melihat ahli keluarganya selamat.

    Semuanya berpunca daripada persembahan pasukan yang lemah ketika di dalam liga. Mungkin Azrai Khor juga akan menerima nasib yang hampir serupa. Siapa tahu bukan!? Atau mungkin beliau sendiri yang lupa kerana terbang terlalu tinggi kot? Maaf ye pada sesiapa sahaja kerana membuat statement yang seperti ini. Teman pasti ada beberapa orang yang ingat dengan kisah tersebut.

    Oleh yang demikian, teman kepada pemain, jurulatih dan penyokong sendiri agar tidak mengendahkan sangat komen tersebut. Segalanya hanya akan diketahui selepas tamatnya perlawanan malam ini nanti.

    Sokong tetap sokong!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  19. me 109

    Perak menang malam ni. Champion Kumpulan C. Teringat teman tahun 1998 dulu,Perak main play-off je...masuk second round as outsiders,terus menang Piala Malaysia,kalahkan Terengganu time Final. Main bola ni kene bijak atur strategi betul2. Tak boleh harapkan kederat semata2.Teman rase semua pun tahu......harap menjadilah percaturan Perak malam ni.
    SKOR YOB SKOR.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.