TM Piala Malaysia – Kumpulan C – Perak Vs Johor FC (result)

TM Piala Malaysia

Selasa 13 Oktober 2009
Stadium Perak
8:45PM

Perak 1 – 1 Johor FC

Impian skuad Perak untuk beraksi pada saingan suku akhir TM Piala Malaysia 2009 lebur malam tadi apabila sekadar mencatatkan keputusan seri menentang pasukan Johor FC di Ipoh dengan barisan pemain Perak mensia-siakan deretan peluang yang terhidang.

Untuk menambahkan duka pada kem pasukan Perak, skuad Selangor yang juga juara Piala FA dan Liga Super 2009 secara tiba-tiba tumbang 2 – 3 kepada pasukan Kuala Muda Naza pada baki 10 minit terakhir permainan walaupun mendahului lawan dengan jaringan 2 – 1.

Jika pasukan Selangor berjaya untuk sekurang-kurangnya mencatatkan keputusan seri menentang Kuala Muda Naza, tempat pasukan Perak untuk mara ke suku akhir sudah terjamin berdasarkan kepada kelebihan mata yang dipungut Perak sebelum ini.

Namun inilah hakikat bolasepak yang sebenar di mana kita tidak boleh bergantung atau mengharapkan ehsan pasukan lain untuk membantu kita dalam menentukan hala tuju pasukan walaupun keputusan yang berlaku itu tidak mencerminkan keupayaan sebenar.

Perak bermain secara berhati-hati pada separuh masa pertama dengan permainan lebih banyak di kuasai pasukan pelawat yang kerap kali membuat serangan dari pelbagai sudut namun barisan pemain pertahahan Perak masih mampu menyerap asakan lawan.

Ketika permainan separuh masa pertama hampir tamat, berpunca dari kesilapan Nor Hazrul yang gagal menutup kemas ruang ketika bertahan, Mohd Farid Deris mudah merembat masuk melepasi Megat Amir Faisal untuk gol pertama pelawat pada minit ke 45.

Separuh masa kedua, Perak melancarkan serangan berterusan ke arah kubu Johor FC dan kemasukkan Saufi Sa’aidi serta Hafiz Abdul Rahman merancakkan lagi serangan tersebut sambil beberapa peluang wajib gol gagal diterjemahkan menjadi jaringan.

Minit ke 72, berpunca dari perebutan di hadapan pintu gol Johor FC, Saufi Sa’aidi menjaringkan gol penyamaan pasukan Perak untuk mengikat keputusan 1 – 1. Selepas gol tersebut Perak meneruskan cengkaman namun tiada tambahan jaringan diperolehi.

8 pasukan yang layak ke peringkat suku akhir Piala Malaysia ialah Kelantan (Juara Kumpulan E), Selangor (Juara Kumpulan D), Negeri Sembilan (Juara Kumpulan B), Terengganu (Naib Juara Kumpulan B), Johor FC (Juara Kumpulan C), Kuala Muda Naza (Naib Juara Kumpulan D), Perlis (Naib Juara Kumpulan A) dan Plus FC (Juara Kumpulan A).

Kesebelasan Utama:

Megat Amir Faisal (PG)
K. Puvinderan
Hafiszuan
Nor Hazrul – 1
A. Varathan
Mohd Nazri Kamal (K)
Azrul Hazran
Shafuan Adli – 3
Isma Alif – 2
Khalis Ibrahim
Razali Umar

Pertukaran:

Syazwan Roslan – 1
Saufi Sa’aidi – 2
Hafiz Abdul Rahman – 3

Keputusan Perlawanan Lain 13 Oktober 2009:

Kumpulan A

Plus FC 0 – 1 Perlis
Pahang 6 – 0 Melaka

Kumpulan B

Negeri Sembilan 2 – 0 Terengganu
Johor 5 – 0 Sarawak

Kumpulan C

My Team 3 – 1 Kuala Lumpur

Kumpulan D

Kuala Muda 3 – 2 Selangor
PDRM 2 – 2 Sabah

Kumpulan E

Kelantan 5 – 0 ATM
Pulau Pinang 0 – 4 Kedah

Likes(0)Dislikes(0)

54 thoughts on “TM Piala Malaysia – Kumpulan C – Perak Vs Johor FC (result)

  1. AbUrN

    salam

    Apa boleh buat,cuma setakat ini saja perjalanan perak untuk Piala Malaysia 2009. Cuba lagi ditahun hadapan. Tahun ini anda telah mencari pengalaman yang berguna,teman yakin dengan pengalaman yang telah anda miliki tahun ini, perak akan maju pada masa hadapan.

    All the best

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. FiqBlack

    Salam...

    Teman ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat bola sepak Perak yang hadir ke Stadium bagi menyaksikan pertembungan kalah mati pasukan perak. Namun apakan daya kita terpaksa akur dengan keputusan yang telah diperolehi.

    Terlalu banyak peluang terhidang, namun mungkin nasib tidak menyebelahi kita untuk memperolehi kemenangan. Memang pada separuh masa kedua pasukan perak banyak membuat asakan ke kubu lawan. Perasaan kecewa, hampa dan sebagainya apabila mengenangkan nasib yang menimpa pasukan kita. Akan tetapi, sekalung tahniah kepada pihak pengurusan dan para jurulatih pasukan Perak kerana berjaya mengembalikan para penyokong perak kembali ke stadium bagi menyaksikan aksi yang menarik pasukan Yob ini.

    Untuk pasukan Perak, masih ada peluang lagi untuk menempa kejayaan. Percayalah, stadium Perak akan kembali ceria dengan kehadiran penyokong. Cuba lagi untuk musim hadapan. Kita pasti boleh!!

    Skor Yob Skor...

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi

    Salam.

    Sedih memang sedih sebab Perak gagal ke Suku Akhir dengan cara macam ni. Kita yang pilih laluan yang macam ni, perlawanan yang sepatutnya menang kita tewas. Tapi inilah hakikat bolasepak.

    Perlawanan semalam memang bukan untuk kita sebenarnya. Bayangkan berguni-guni peluang terhidang di depan gol tapi gagal diterjemahkan dengan jaringan. Sekurang-kurangnya 5-4 gol yang gagal disudahkan. Yang peliknya Razali tidak bermain pada prestasi sebenar, lebih malang lagi apabila semua percubaan tepat beliau dinafikan penjaga gol lawan.

    Separuh masa pertama agak hambar dan Perak bermain secara berhati-hati. Johor FC bernasib baik mendapat gol tunggal mereka lewat separuh masa dengan menghukum kelekaan pertahanan Perak.

    Separuh masa kedua segalanya berubah, Perak garang melancarkan serangan. Kemasukan Syazwan Roslan dan Mohd Hafiz Abd Rahman mengubah corak permainan. Saufi yang agak tenggelam dalam perlawanan sebelumnya menebus kehampaan sebelum ini dengan beraksi baik. Hasilnya beliau menjaringkan gol penyamaan setelah beberapa kali gandingannya Razali Umar gagal memecah kebuntuan.

    Johor FC yang ternyata keletihan hanya mampu bertahan hingga tamat perlawanan. Sebaliknya Perak meneruskan usaha untuk mencari gol kemenangan hingga ke wisel penamat. Dengan keputusan ini, Perak telah menghampakan ribuan penyokong yang hadir semalam. Memang diluar jangkaan, ternyata penyokong Perak masih ramai dan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Perak tiada penyokong ternyata meleset sama sekali.

    Apa-apa pun saya bangga dengan Tim Perak sekarang. Jadikan ini sebagai pengajaran untuk menjadi lebih baik di masa akan datang. Perjalanan kita masih jauh.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. gerak_khas_09

    Assalamualaikum...

    Tahniah kepada pemain kerana berjaya membawa pasukan ke era kejatuhan yang panjang,

    Anda mensia-siakan peluang yang terhidang didepan mata,dan mensia-siakan harapan penyokong disekeliling anda.

    Setelah saya memerhatikan gerak permainan yang dilancarkan oleh pasukan Perak jelas dan nyata anda semua memang tidak layak untuk digelar pemain profesional,

    Saya perhatikan cara pemain pemain Perak bertahan amat memalukan,jelas dikaca tv dimana Nor Hazrul adalah punca utama menyebabkan pasukan pelawat mampu untuk mengutip satu mata dibawa pulang ker johor.

    Corak permainan yang ditampilkan oleh pasukan Perak amat amat memalukan ketika diseparuh masa kedua,kerap membenarkan serangan bertubi tubi keatas pasukan

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. san

      Salam sahabat baru,

      Memalukan bukan satu kesalahan, dikaca tv anda lihat mungkin sekali dalam 10 perlawanan perak. Selama ini, San sendiri tak pernah mengakui pasukan muda perak merupakan sebuah pasukan profesional, tapi ianya menuju kearah itu. Semusim bukanlah satu kesimpulan seperti anda nyatakan. rata-rata pemain lingkungan 20'an, kalau bawak team ni bertemu Malaysia bawah 23 pun belum tentu malaysia bawah 23 boleh menang dengan perak. tapi itulah hakikat yang perlu diterima kita sekarang ini, perak bukan lagi pasukan yang masih lagi digeruni

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. syidi

        San..Itu cakap orang yang tak tahu menahu dalam tim Perak ni..Biar je dia San, tapi ada sesetengah perkara yang dikritik ada kebenaranya..

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. abgmie

          Salam buat yob gerak khas..Teman bebenor kecewa dengan sikap manusia-manusia macam mike...tahun depan mike pegi la cari team lain untuk mike sokong...udah la datang stadium tak pernah gamaknya...bagi komen macam mike ni profesional sangat...mike tau tak tahun lepas apa yang coach perak pada masa tu cakap."awak seorang yang arif dalam bolasepak profiesional?kalau tidak jangan bercakap pasal nya dihadapan saya...sebagai peminat anda datang untuk menonton dan balik la ke rumah apabila permainan tamat"begitu la ayat si coach ni dulu...

          Jadi teman rasa ayat tu sesuai untuk mike...bagi teman yang memang dari awal musim hingga hujung musim datang ke stadium ni,teman tahu sejauh mana kemampuan bebudak perak.deme baru lagi gerak khas oi,teman nak bagi tau le.mike sepatutnya menilai pasukan dengan profesional yang mike rasa ada dalam diri mike tu...jadi nasihat teman kalau nak bagi komen datang le tengok perlawanan di stadium,bukan dirumah...mike tak tahu yang mike ni adalah mangsa pembohongan rtm yang memang entah kenapa ter"edit" banyak sangat aksi malam tu.jadi untuk mengelakkan keadaan menjadi tambah tegang mike dengar la nasihat teman...tak payah le nak bagi komen kalau mike tak tengok sendiri kat stadium...

          Teman tau niat mike murninak bagi motivasi atau mungkin semangat buat team...tapi kita manusia mana ada semua orang tip top...jadi untuk gerak khas teman nasihatkan sedar la diri tu...adakah anda mempunyai lesen kelas A...kalau jawapan mike tidak...bagi le semangat kat team bukan sindiran macam tu..wasalam...seladang forever..

          Likes(0)Dislikes(0)
    2. FiqBlack

      Salam buat saudara gerak_khas

      Mengapa terlalu cepat melatah. Mungkin saudara baru pertama kali melihat persembahan pasukan Perak di atas padang. itu pun di dalam kaca televisyen. Apa yang teman lihat pada perlawanan yang lepas, Perak memang boleh melangkah lebih jauh, memandangkan corak permainan yang menarik dan memang adakalanya terumbang-ambing.

      Mungkin saudara tidak tahu apa itu bola sepak, apa itu taktik bola sepak dan apa itu semangat bola sepak. Fikir-fikirkanlah..Teman tidak setuju dengan pendapat dan pandangan yang saudara berikan yang mengatakan Perak mempamerkan persembahan yang memalukan.

      Sekian..

      Likes(0)Dislikes(0)
    3. myo abol as

      Salam semua...

      Malu? Kenapa malu? Tiada sedikit yang patut kita dengan kekalahan ini. Lebih baik kalah semasa sedang berjuang daripada mengharapkan ehsan dan simpati untuk menang. Itu menang free namanya. Menang yang langsung tiada tanda-tanda usaha. Itu lagi memalukan. Cara orang malas...

      Anda mempersoalkan tahap profesionalisme orang lain tetapi adakah anda mengamalkan sikap terpuji itu? Profesionalkah anda dengan hanya menilai tahap dan mutu permainan para pemain dengan hanya duduk dihadapan kaca televisyen sahaja? Mengapa anda tidak turun sahaja menyaksikan perlawanan tersebut di hadapan kaca mata anda sendiri? Pernahkah anda ke stadium melihat bagaimana jurulatih dan penolong-penolongnya bertungkus-lumus membentuk dan membina semula pasukan ini? Pernahkan anda melihat sendiri sejak bila pemain bernama Mohd Nor Hazrul ini mula beraksi bersama pasukan? Rasanya anda seorang sahaja yang tahu akan jawapannya.

      Sebaliknya, teman tumpang bangga dengan pemain-pemain dan jurulatih walaupun sekadar menjadi penonton sahaja kerana mereka telah berjuang dengan
      bermati-matian sehingga ke minit-minit yang terakhir. Semngat anak-anak muda seperti inilah yang amat kita harap-harapkan untuk menggalas cabaran pasukan, penyokong dan negeri pada musim yang akan datang dan juga musim seterusnya. Sebenarnya yob, disebalik kekalahan ini terpancar suatu kemenangan. Cuma kemenangan itu tidaklah dapat diraikan dengan gelaran juara dan perarakkan piala. Ini satu kemenangan yang bersifat peribadi terutamanya buat para penyokong yang tidak putus-putus memberikan sokongan dari awal pembentukkan semula pasukan hingga ke saat ini. Kemenangan peribadi ini juga adalah buat para pemain dan jurulatih sendiri. Teman yakin, sekurang-kurangnya jurulatih mampu tersenyum sedikit kerana berjaya juga dalam membentuk dan mendidik anak-anak muda ini yang diharapkan agar dapat terus menggalas cabaran pasukan. Bagi penyokong yang sependapat dengan teman pula, teman yakin bahawa kita setidak-tidaknya sudah boleh memasang suatu impian untuk jangka masa akan datang daripada komitmen yang ditunjukkan para pemain ini nanti. Inilah yang boleh dikatakan matlamat untuk jangka masa panjang. Dengan hanya berbekalkan semangat juang dan kepercayaan daripada jurulatih, anak-anak muda ini sekurang-kurangnya telah berjaya juga menempatkan diri mereka sebagai naib juara kumpulan. Cuma nasib sahaja yang tidak menyebelahi kita, mungkin atas sebab pertukaran format juga barangkali.

      Ada diantara kita yang terlalu dibuai mimpi di atas kejayaan pasukan lain sehingga turut mengharapkan mimpi tersebut menjadi realiti untuk dialami diri sendiri. Bangunlah yob dari tidur. Anda mungkin juga tidak sedar bahawa komen tidak berasas anda itu yang barangkali akan membawa kepada kejatuhan berpanjangan buat pasukan dan bukannya kerana para pemain. Anda tidak layak untuk memberi komen jika hanya menanti hingga ke penghujung kejohanan baru hendak bersuara. Anda tidak layak untuk memberi komen jika hanya duduk di ruang tamu menanti siaran tertunda berlangsung.

      Akhir kata...

      BIAR MATI DALAM BERJUANG DARIPADA BERUNDUR LARI SEBELUM PERJUANGAN BERMULA!!

      Sokong tetap sokong...

      'once Perakian, will never turn back'

      Likes(0)Dislikes(0)
    4. abgmie

      kepada gerak khas takat tengok Game dalam TV mike lebih baik tengok dengan anak teman yang umur dua tahun, tapi jangan dengan anak teman yang main soccer kid tu.mike ni nama gempak tapi nak bagi semangat kat team tak de langsung...Teman dah kata jangan ada lagi penyokong yang nak kutuk team.bagi la deme tu semangat.sekurang kurangnya deme yang muda tu boleh juga main sampai tempat kedua kumpulan.nak bezakan dengan team pilihan yang ada star yang ada penyokong ramai kata singh haprak tu.langsung tak kemana...mike sepatutnya tanya diri sendiri...berapa dana sumbangan mike untuk team tahun ni....takat nak jadi penyibuk yang nak mengkritik....teman rasa elok mike jadi singh haprak tu.teman bukan menghina,ini la kenyataan ......mike tau tak berapa ramai lagi penyokong yang kecewa apabila kita gagal layak ke suku akhir....mike tak ke stadiumkan????jadi jangan mengkritik kalau ada duit nak simpan, ada bibir bagi seribu alasan,ada akal cuba fikir fikirkan...akhir kata dari teman yang dah kira otai kat stadium...sokong la team walaupun jatuh,berilah semangat walaupun dah terlambat....Perak tetap dihati....

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. gerak_khas_09

        Assalamualaikum....

        Untuk pengetahuan abgmie,san,syidi,fiqblack dan san, cuba anda perhatikan setiap gerakan-gerakan yang ditampilkan oleh anak muda perak,

        Selalu menghantar bola ke arah lawan dan lembik. Cuba anda lihat gerakan gerakan yang dilakukan oleh skuad Johor fc mantap hantaran hantaran yang kemas tidak perlu menghantar bola jauh jauh dan merekalah sebenarnya yang bermain bola sepak bukan mengejar bola sepak seperti dilakukan oleh skuad Perak.

        Cuba anda perhatikan bagaimana Razali Umar Kandasamy mengawal di bahagian serangan teramatlah lemah dan kesemua pemain pemain bermain di bawah tahap.

        Adakah permainan sebegini rupa harus dibanggakan.Oh tidak! . Jelas sekali pemain-pemain Perak bukan bermain bola tetapi hanya sekadar mengejar bola.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. syidi

          Jangan bandingkan orang lama dengan orang baru yob. Orang lama steady beb. Orang baru steady gak tapi gelabah sikit. Dulu Eddie Helmi teruk gak main nye. Tapi budak-budak Perak relaks dan berjaya menyerap tekanan dari lawan sedikit demi sedikit. Mereka sekarang sudah berjaya menjadi watak sebenar dalam arena bolasepak profesional.

          Tapi tahap profesionalisme tu standard FAM la bukan tahap yang terlalu tinggi. Tentang Razali, waima striker bertaraf dunia pun ada turun naik, standard la manusia bukan mesin/robot. Cuba senaraikan siapa lagi striker dalam Malaysia yang setanding dengan Encik Razali Umar ni? Memang ada tapi bilangan amatlah sedikit tak habis pun jari yang lima jika dikira.

          Yob GK09, mike fikirla dulu ape yang mike komenkan di atas. Kalu nak semuanya bagus dan menang setiap masa mike pergi cari sukan lain atau sokong je tim lain yang mike rasa bagus dalam segenap aspek dan boleh menang setiap masa.

          Likes(0)Dislikes(0)
        2. zizou85

          Untuk tahun ni Razali Umar sudah menyumbat lebih 20 gol untuk pasukan. Dan, beliau sendiri mengakui amat seronok bermain untuk pasukan sendiri meskipun begitu banyak pasukan mengidam khidmatnya.

          Beliau telah memberikan sumbangan yang sangat bermakna dan tidak ternilai. dan saya fikir, sukar untuk Perak mendapatkan khidmat pemain yang mempunyai ciri-ciri striker tulen seperti beliau.

          Perak amat bergantung harap kepada Razali sahaja, bebanan yang sangat berat dipikul oleh beliau....

          Tidak adil untuk menyalahkan beliau semata-mata, terlalu banyak aspek yang menyebabkan kejatuhan Perak tahun ni..Antara yang memulakannya ialah pengurusan lama Perak yang gagal melunaskan gaji kepada para pemain, sehingga menyebabkan kita kehilangan 90 peratus pemain yang majoriti telah berstatus dikenali di dalam MSL.

          Apa yang lepas, tidak boleh diulang semula. Saya berharap dengan skuad yang ada ini, kita perkuatkan lagi dengan pengambilan 3-4 pemain berpengalaman daripada pasukan lain.

          Likes(0)Dislikes(0)
        3. FiqBlack

          Salam gerak khas...

          Teman dapat merasakan yang mike baru pertama kali melihat persembahan pasukan Perak. Jangan menilai persembahan pasukan Perak dengan pasukan lain. Teman juga rasa yang mike hanya dengar cakap orang lain yang mengatakan persembahan Perak di tahap lemah bagi mike.

          Bagi teman pada perlawanan yang lepas Perak bermain dengan bai sekali. Teman nasihatkan, lebih baik mike sokong pasukan lain kalau terus menerus tidak memberi semangat dan dorongan kepada pasukan sendiri. Sedarlah yang pasukan Perak baru setahun jagung dan rata-rata pemain adalah pemain muda. Tetapi persembahan deme mampu menyekat dan memberi tentangan kepada pihak lawan yang jauh lebih pengalaman.

          Likes(0)Dislikes(0)
        4. ayop

          salam gerak khas..

          ape masalah gerak khas ni sebenornye...cube bagitau...
          ayop pun tak datang stadium malam tu .... ada tanggunjawap lain yang perlu ayop laksanakan..
          keje is keje, tapi sokongan masih mampu ayop salurkan untuk tim, sebab ape??? sebab ayop mahu junior tim tahu penyokong bersama deme pada malam tu.. sebab ape?? sebab ayop sayangkan negeri ayop... gerak khas ni tak pandai tengok bola ke? ayop sendiri nampak betapa perit nye johor fc bertahan tahkala perak buat serangan...walaupun RTM banyak potong malam tu, namun kebangkitan perak nampak gerak khas..

          ayop ni pantang betul ada yang ingin menjatuhkan tim ayop...perak negeri ayop, tidak mampu layat biru gerak khas tu kalau nak menjatuhkan perak,
          pesan ayop,

          terlajak perahu boleh diundur.. terlajak kata-kata malang sesangat... salam

          Likes(0)Dislikes(0)
    5. chuck

      Salam..

      Teman syukur pada Ilahi kerana pada malam tu kedua-dua game teman dapat tengok.

      1) game live perak di stadium Ipoh
      2) siaran tertunda game perak di RTM1

      100% langsung membohong!!! Tak tau la mana silapnya game di TV sikitpun seolah-olah tak mencerminkan kebenaranya yop.Banyak babak yang dah dipotong.Logik ke jam ditangan baru memasuki setengah jam perlawanan tapi di siaran tertunda tu dah menunjukan 45minit waktu permainan? So,apa yang ingin teman tekankan kat sini ialah banyak pergerakan-pergerakan yang dilakukan oleh Perak telah dipotong ataupun cameraman nya pergi rehat.

      Ini bukan rekaan tapi kenyataan.

      Kekalahan yop kelmarin memang membuatkan teman tak datang keje semalam.Siap sanggup berhujan yop. Bukan ape, nak player tu tau kitapun sanggup berhujan jugak nyokong deme.

      First half,memang game hancur walaupun sesekali melancarkan serangan.Kelemahan dari awal lagi menampakan player berjersi no 19 memang lemah dan kelihatan letih or mayb telah diberikan suapan kaseh sayang dari pihak tertentu.Nama carilah sendiri yer..

      Second half,tak dinafikan usaha murni skuad Yop mendapatkan gol penyamaan dan berterusan memang ketara.Namun seperti yang kalian semua sedia maklum,kita berhak menang namun nasib langsung tidak memihak pada kita terutamanya pada en.Razali Umar Kandasamy.Torpedo kita malam tu telah menjadi sup Torpedo.Namun jelas kelihatan diwajah beliau yang beliau sendiri begitu kecewa dengan penyudahnya pada malam tu.

      Nazri kamal,kawalan bola yang baik dan menarik namun miker seharusnya tidak teragak-agak bila berhadapan pada keadaan bola yang membolehkan miker untuk shot.Jika no 8,pasti dia akan shot.Tak salah jika kita mencuba dari membiarkan bola yang ada dikaki dirampas begitujer oleh pihak lawan.

      lain-lain player semuanya ok.Cuma 26(khalis)jika miker mempunyai larian yang baik,insyallah lagi banyak overlaping yang dapat dibuat.

      Berguni idea nak ditulis ni.Tapi rasanya biarlah setakatni cuma.Bagi peluang kat orang len plak.

      Salam. Harap pasukan yang ade kini dikekalkan.Cuma perlu tambah baik player yang ade dan teman secara rasminya menolak segala usaha mencari player berpengalaman(senior) yang lain.M.Karathu juga tak wajar dipecat.Sould be pahamla dengan keupayaan pasukan yang ada.Menang nak menang,tapi pengurusan macam haram!

      Tentang management memang hancur!!Punyala kita berusaha untuk mengembalikan puluhan ribu peminat untuk hadir ke stadium pada malamtu,tapi apa yang pengurusan buat??Membiarkan empat Q panjang peminat membeli tiket pada satu kaunter sahaja!Nonsence!!!walaupun sepak mula perlawanan dah pun bermula.Ingatla sikit!!Perak fan bukannya sekadar berada di Ipoh jer!!

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. myo abol as

        Salam semua.

        Buat pengetahuan yob gerak_khas_09, apa yang yob tengok di siaran tertunda kat RTM1 tu bukanlah aksi sepenuhnya yang ditunjukkan oleh para pemain. Banyak part yang dah dipotong oleh RTM sebenarnya. Kalau mike sendiri ke stadium semalam, ade lebih kurang 4 peluang yang betul-betul cantik diterjemahkan oleh para pemain muda Perak tapi bila teman tengok kat tv balik banyak yang dah di ' skip' kan oleh pihak RTM. Permainan pada babak kedua juga sebenarnya banyak yang dikuasai oleh pemain kita dan mereka betul-betul beraksi dengan penuh semangat hingga ke minit-minit terakhir. Tu la, lain kali rajin-rajinkan diri turun ke stadium. Yob sepatutnya dah turun ke stadium sejak di awal pembentukan semula pasukan ini lagi dan bukannya dipenghujung liga. Yob patut lihat sendiri bagaimana jurulatih dan penolong-penolongnya bertungkus lumus membentuk pemain-pemain muda ini. Lihatlah di depan mata anda sendiri bagaimana pemain ini membesar daripada sekadar budak-budak yang boleh dianggap hingusan hingga ke tahap yang mana mereka sudah mampu membawa cabaran pasukan, penyokong dan negeri sekaligus berjaya menempatkan diri sebagai selaku naib juara kumpulan. Adalah tidak layak sebenarnya saudara gerak_khas_09 menyuarakan komen sebegitu kerana jelas anda juga tidak profesional dengan sekadar menanti siaran tertunda dan mengharap ehsan RTM.

        Betul kata saudara Chuck tu, RTM memang seratus peratus bohong! Banyak yang dah di'skip' semalam dalam siaran tertunda tu. Selain itu, tindakan memecat jurulatih M. Karathu juga teman rasakan tidak sepatutnya terjadi kerana temoh satu tahun bukanlah tempoh yang sesuai sebenarnya bagi membentuk para pemain dan pasukan. Teman juga nampak yang para pemain kini selesa berada di bawah tunjuk ajar beliau. M. Karathu pada teman adalah seorang jurulatih yang prihatin kepada pemain-pemainnya walaupun nampak tegas di luaran. Tiada gunanya punya jurulatih hebat jika pentadbiran dan pengurusan pasukan dari persatuan terumbang-ambing. Harap PAFA dapat fikirkan dahulu.

        Kepada yob-yob yang agak-agak tak berapa pandai nak mengulas permainan tu baik le belajar dulu. Cuba dekatkan diri anda dengan stadium. Jangan masa menang saja nampak muka. Kalau rasa rugi kerana beli tiket, tak perlu susah-susahkan diri lagipun selama pasukan Perak menang macam-macam kejuaraan pun bukannya kita sebagai penyokong ni dapat apa pun, kan? Tak tahu le teman kot ada yang merasa bonus daripada PAFA. So, tengok dari jauh lagi baik. Buka mata dan bukalah hati.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. abgmie

          teman setuju bebenor dengan mike punya pendapat ni myo...cuma teman rasa coach patut rasanya ditukarkan,kita up grade je penolong jurulatih sekarang....dah terbukti pun jasa beliau...cuma steve dulu je yang tak nampak...teman harap kepada yang nak mengulas pasal perlawanan lepas ni,datang sendiri ke stadium tengok game,baru la buat ulasan...
          kepada bebudak tman tahun depan kita cari sponsor gendang baru...baru la meriah stadium....

          seladang 4ever...

          Likes(0)Dislikes(0)
        2. chuck

          Huhu..
          Gendang yang ade sekarangnipun dah begitu mantoppP.
          memang sempoila..teman yang duduk dikerusi penontonpun jadi meroyan semacam.dari dulu lagi.nak kata kaki goyang idak.

          Thanks bebanyak untuk semuani.Walau bnyak/besar semangat kami menyokong ianya takkan sama dengan pengorbanan yang ikhlas dari kalian semua.

          Walauapapun,kita semua adelah 'PERAKIAN'..
          Dulu kini and 4EVER-YOP..

          Likes(0)Dislikes(0)
        3. gerak_khas_09

          assalamualaikum....

          Untuk pengetahuan chuck,abgmie,fiqblack,syidi dan yang lain lain.

          Saya bukan baru sehari dua menilai prestasi yang dipamerkan oleh pemain pemain,jelas dan teramat nyata pasukan hanya mampu memperagakan aksi yang benar benar berkualiti hanya sewaktu perlawanan liga super diawal musim,tetapi selepas itu nak tendang bola pun dah tak larat,berlari pulak macam kaki tempang apa cerita.

          Kalau dikaji semula perlawanan ketika awal saingan pasukan perak gah dan menjadi pasukan yang disegani.
          apakah anda tidak melihatnya.

          Macam manalah mereka ini nak bagus kalau pukul 3 hingga 4 pagi masih melepak kat kedai mamak. sedangkan keesokannya perlawanan bermula. saya selalu merayap diwaktu waktu macam tuer disekitar ipoh.tidak guna kita salahkan jurulatih apabila pasukan tewas,dan janganlah pula kita terlalu mengangungi jurulatih apabila pasukan berada diatas,walhal pemain pemain itu sendiri yang harus melakukannya. kepada yang menyangka saya baru menilai dan mengambil tahu tentang bola sepak perak dan bola sepak dalam negara ini ternyata anda salah.

          Likes(0)Dislikes(0)
        4. chuck

          Salam..

          Teman tak pernahpun menilai sejauh manapun tahap sokongan/minat miker pada Yop.sapelah teman yang layak untuk menilainya.

          Temanpun tak mengenali miker dengan seadanya.Jika miker merasakan miker terasa begitu,selayaknya teman mewakili semua ahli SDN yang lain memohon maaf.Teman juga kadangkala warga SDN yang lain tak patut juga untuk judge sape miker.

          Namun ianya berlaku adelah kerana miker bercakap tanpa mengetahui realiti yang sebenarnya berlaku.Dan mula dari situlah sesetengah dari kami agak berasa kurang senang dengan komen yang miker ulas serta pandangan miker pada skuad.

          Sejujurnya,memangla tahap permainan kita bukanlah seperti yang kita bley clasifiedkan sebagai terbaik.namun ianya masih lagi boleh dibanggakan.

          Penentu aras kejayaan sesebuah pasukan tu kadang-kala tak boleh dinilai dari berapa banya glory or trophy yang kita raih.Tapi kita menilai dari awal siapa mereka ini semua?Semangat juang mereka dan tahap kemampuan untuk bersaing setaraf dengan player yang boleh dikatakan otai dalam M-leagueni.

          Miker nampak adik miker bersungguh-sungguh study untuk exam,sekolah tak pernah ponteng walhal denagn miker juga dia sama-sama mentelaah serta tuisyen pun miker cikgunya tapi bila result exam still gagal or kurang memberangsangkan.Adekah miker akan tetap bambu dia?Walaupun keputusan yang dia dapat tu taklah seteruk mana and seharusnya dibanggakan?Miker menjadi tak keruan dan marah bila miker dapat kepusan yang adik miker dapat tu kurang memuaskan dari seorang anak kenalan yang mempunyai bnyak duit serta menyekolahkan anaknya disekolah yang terbaik.Harap perumpaan ni miker pahamla yer.kalo tak paham nanti teman detailkan lagi.OK?Miker comaparekan team Perak sekarangni dengan team dari EPL,LA-LIGA n other.

          So,timbangcarala kesesuaian tahap permainan yang ade pada kitani serasa teman memadailah Yop.

          Miker taukan mengapa sebahagian besar dari skuad kita untuk season depan mayB datang dari muka-muka baru?Mereka masih lagi tak buta untuk menilai yang mana batu dan yang mana yang permata.Cuma miker kena paham dalam keadaan yang terhad pada masa tu,itu sahajalah man power yang kita ada.

          Likes(0)Dislikes(0)
        5. gerak_khas_09

          assalamualaikum....

          Kepada saudara chuck, memanglah mike takpernah menilai tentang minat dan sokongan terhadap pasukan sebab teman bukanlah orang yang dikenali ramai seperti sesetengah pihak.

          Cuma teman pertikaikan kenapa anak anak muda pasukan perak kerap benar tidak konsisten dalam pasukan walhal mereka ini sebenarnya yang berkualiti telah disenaraikan untuk mewakili pasukan,

          kenapa dan mengapa diawal saingan mereka semua mampu merealisasikan corak permainan yang diharapkan,kalah dan menang bukanlah ukuran yang sebenar jadi perhitungan tetapi yang menghairankan mengapa dan kenapa prestasi mereka semua menjunam tak tentu pasal.

          masih ingat lagikah ketika diawal saingan dulu,didalam akhbar K.Devan menyatakan mereka lebih takut berjumpa pasukan Perak berbanding pasukan Lain.Tetapi sekarang mereka lebih gemar untuk berjumpa dengan pasukan Perak kerana mudah untuk mengutip mata.......

          Sokong tetap sokong tetapi kenapa prestasi mereka menurun

          Likes(0)Dislikes(0)
  5. sunrise

    Salam....

    Walaupun pasukan Perak Gagal Melangkah Keperingkat Suku Akhir Bukanlah Ianya Bererti Perjuangan Pasukan Berakhir Disini sahaja.

    Nasihat Teman Kepada Semua Pemain Pemain Dan Pihak Pengurusan Jadikan Musim Pertama Ini Sebagai Musim Pembelajaran.

    Bawalah Pengalaman Yang telah Dipelajari musim ini untuk Dijadikan sebagai kamus untuk merempuhi saingan dimusim hadapan.Segala kekasutan yang melanda pasukan pada musim ini anggaplah ianya sebagai nostalgia yang harus kita kenangkan selamanya.

    Cuma apa yang perlu dilakukan oleh pihak pengurusan dan jurulatih yang bakal diberi tanggungjawap musim hadapan,pilihlah pemain pemain yang benar benar suci dan murni.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. belanak

    Salam

    Bola itu bulat, kita redha akan keputusan (tidak melangkah ke suku akhir) dengan hati yang tenang. InsyaAllah kita cuba lagi pada musim akan datang.

    Jumpa lagi di musim akan datang dengan semangat yang baru!

    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Apa yang penting... KERJASAMA!

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. Yashurr Yazurry

    Salam..

    Memang sukar untuk menahan rasa pilu pada malam semalam,
    Airmata bangga bercampur sedih mengalir secara tak diduga,

    Namun apakan daya, mungkin bukan rezeki kita tahun ini..
    Kita gagal melayakkan ke suku akhir disaat kegairahan
    penyokong begitu membuak-buak..

    Kegagalan ini sememangnya telah dirancang,
    dirancang oleh DIA yang Maha Mengetahui..

    Kegagalan kita ini ibarat, noktah-noktah dalm sebuah perenggan,
    Cantiknya sesebuah perenggan itu adalah disebabkan noktah-noktah tersebut..

    Bayangkan jika sebuah perenggan tanpa noktah?
    Ia takkan mengambarkan cerita atau kisah yang menarik..

    Hari ini kita gagal, tapi bukan bermakna usaha kita cukup
    sekadar ini...
    Ingatlah, bahawa kita sekarang berada didalam 'perjalanan' ciptaan Tuhan..

    Tuhan 'create' sebuah cereka atau perjalanan cerita yang cukup menarik,
    Disaat 'Chapter 1' iaitu pasukan kita dibentuk...
    Di waktu 'Chapter 2' iaitu ketika kita menghadapi krisis dalaman..
    Kini kita berada pada 'Chapter 3' iaitu menghadapi kegagalan..

    Sedar atau tidak Tuhan merancang 'Chapter ke 4' untuk kita,
    Iaitu KEMENANGAN...

    Tahun depan adalah waktu 'kemenangan' kita...
    Anda yakin??
    Teman yakin, kerana itu yang teman doakan untuk seladang..

    Jagan biarkan kecewa itu terlalu lama...
    Ayuhhh Seladang Kita Bangkit Tahun Depan..!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. addy

    Salam.

    Tahniah diucapkan kepada skuad muda Perak yang sekurang-kurangnya berjaya bermain dalam penentuan ke suku akhir dan memberikan tentangan yang sengit kepada pasukan yang lebih berpengalaman daripada mereka.

    Ternyata pada malam tadi, The Tornado kita kurang menjadi. Saya lihat setiap kali dia memegang bola, mesti sekurang-kurangnya 2 atau 3 pemain yang menghalangnya. Namun beliau sempat melakukan 3 atau 4 peluang keemasan untuk menjaringkan gol.

    Nazri Kamal dilihat kerap kali kehilangan bola. Namun selepas kemasukan Mohd Hafiz dan Syazwan ternyata telah menghidupkan penguasaan bola pada pasukan perak.

    Man of The Match bagi saya ialah Mohd Hafiz Abdul Rahman kerana beliau telah banyak berusaha melakukan serangan terutama di bahagian kiri.

    Saya percaya dengan skuad ini pasukan Perak akan lebih mantap pada musim hadapan. saya juga mengesyorkan kepada pihak pengurusan pasukan Perak agar mengikat pemain yang dipinjamkan dari pasukan T-Team yaitu Azrul Hazran kerana beliautelah menunjukkan keserasian di bahagian tengah.

    Semoga skuad Skor Yob SKor ini akan maju jaya pada musim akan datang.Aminnn...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Setuju..Nazri Kamal kerap kehilangan bola. Malah ada seorang dua lagi pemain yang gugup dalam mengawal bola. Tengok pemain lawan sebagai contoh pemain berpengalaman Eddie Helmi, walaupun bertubuh kecil tapi agresif seolah-olah enjoy jika mengawal bola.

      Memang amat sukar untuk kembali 'ball posession' setelah kita kehilangan bola semalam. Itu lah kelebihan Johor FC, kawalan bola dan hantaran yang tepat ke sasaran. Mujur lah pertahanan Perak 'alert' dengan perancangan lawan. Cuma hujung babak pertama pertahanan Perak 'kabut'.

      Likes(0)Dislikes(0)
  9. san

    Salam 1 seladang,

    Tamatnya musim ranjau berduri bagi semua yang terlibat, san bangga kerana lampu stadium masih diterangi sehingga semalam, tahun depan padang akan diterangi lagi dengan bintang-bintang yang matang untuk menuju kejayaan.

    Episod pembelajaran tamat dan anda siswa-siswa yang patut diberi penghormatan, tapi sesi pembelajaran bukan hanya tamat disitu. cabaran masih berliku di hadapan. teruskan usaha wahai pelajar muda sekalian.

    ujian demi ujian di atasi dengan tenang, walau ade 'toyol' semasa ujian anggaplah itu sebagai pengajaran, jangan ulangi lagi walau apapun berlaku kemudian.

    Pada mana-mana siswa yang mencongak ke kelas lain, dipersilakan, patah tumbuh hilang berganti, kami disini tidak menghalang. Tapi jika anda berfikir kembali, dimana anda bermula berdiri. Berdirinya anda kerana kami, tidak kemana jika anda sehebat helang jika makanannya di darat jua.

    Diharap cuti panjang yang akan dilalui para pemain, jagalah displin anda, berhati-hati dijalan raya, selamat hari raya dan happy deepavali. Berjumpa lagi kita disana!! Insyallah.

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. yopaboy

    Assalamualaikum dan salam perpaduan untuk semua penyokong Yop.
    Bagi teman perlawanan semalam bukanlah kegagalan yang perlu kita sesalkan, kerana teman dapat melihat kematangan dan perubahan dari segi teknikal dan mental pemain-pemain muda ini. Barangkali semalam hanya faktor nasib yang gagal menyebelahi skuad kita, tetapi takpelah jadikan pengalaman suka dan duka Liga M musim ini sebagai pemangkin kejayaan pada masa akan datang.

    Teman seakan-akan berputus asa apabila menyaksikan suatu ketika Perak ketinggalan 1-0, namun selepas gol penyamaan diterjemahkan oleh Saufi, seakan-akan menerbitkan sinar baru dalam skuad kita. Walaupun kita gagal melangkah ke peringkat seterusnya, tetapi aksi semalam benar-benar mencerminkan hala tuju yang bagi teman agak bersinar pada musim akan datang.

    Walaupun tidak menolak perasaan sedih yang sangat-sangat, namun perlawanan semalam mampu memberikan suatu kepuasan kepada teman, kerana sekurang-kurangnya teman mendapat cerminan awal wajah skuad kita pada masa hadapan.

    Teman yakin pada musim hadapan skuad kita mampu untuk menjadi pencabar kejuaraan jika komitmen dan semangat yang tinggi dalam pasukan terus dapat direncanakan di atas padang nanti. Akhir kata, teman tetap yakin dan bangga menjadi salah seorang penyokong skuad PERAK DARUL RIDZUAN. InsyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi di musim akan datang.

    KEJOR YOP KEJOR
    SKOR YOP SKOR....

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. paeh93

    assalamualaikum... salam 1 seladang..

    saye amat berbangga dengan permainan yang ditunjukkan pasukan Perak pada tahun ini. walaupun dibarisi pemain muda dan kurang berpengalaman, tetapi pasukan Perak telah menunjukkan permainan yang menarik.

    berbalik kepada perlawanan dengan Johor FC tempoh hari, Perak telah menunjukkan permainan yang menarik. pemain-pemain telah mula matang. tetapi agak sedikit kecewa kerana banyak memanfaatkan peluang. mungkin tiada nasib. sudah ketentuan 'yang maha esa'.

    ada kenangan manis pada hari itu kerana saya dapat berjumpa rakan SDN iaitu san, yashurr dan satu lagi tak ingat nama le. sori.

    kepada pemain Perak, janganlah berhijrah ke pasukan lain. saya pasti, pasukan ini mampu menyinar pada musim hadapan. jangan hampakan penyokong anda. kekal lah dengan pasukan Perak.

    kepada penyokong, teruskan memberi sokongan kepada pasukan Perak. janganlah menang baru nak penuh stadium.

    KEJOR YOB KEJOR.

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. amirfsl

    salam satu seladang!

    walaupiun teman tidak berpeluang menyaksikan perlawanan terakhir Perak untuk 'season' ini,tetapi teman yakin yang pasukan Perak semakin matang dari hari ke hari.teruskan peningkatan dalam setiap aspek dan semoga lebih berjaya untuk tahun-tahun yang mendatang!yang penting setiap pemain dan barisan staf dan jurulatih Perak memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan atau 'event'.kami sebagai penyokong akan terus menjadi pemain ke dua belas dalam setiap perlawanan!Skor Yop~

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. zn kevin

    Assalamualaikum..

    Disini saja rezeki pasukan Perak,insya'allah mungkin rezeki kita ditahun hadapan siapa tahu??Perjuangan harus diteruskan hari ini kita kalah...hari esok kemenangan mungkin milik kita!!!

    Perjuangan ibarat mati yang belum mati...kita kalah hari ini ada sejuta hikmah yang tersurat darinya disebalik yang tersirat.Perjuangan selama 95 minit yg dibuktikan oleh anak2 muda kita yang masih mentah semalam..telah ada jawapannya!!!

    Akan menyusul kejayaan yang berkali ganda...DIMANA??

    "2010..AKAN JADI MILIK..SKOR YOB SKOR" adiosss

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. anip

    Salam.

    Kegagalan hari ini bukanlah kita tidak mendapat apa- apa tetapi kita sebenarnya telah mempelajari sesuatu yang pelbagai untk masa hadapan. Teruskan melangkah wahai pemain sekalin. Para penyokong tetap bersamamu.

    Kejor Yob Kejor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. zizou85

    Yang nyata, melihatkan jumlah penyokong yang hadir, memberi gambaran bahawa masih ramai yang sayangkan bolasepak perak..

    kita kekurangan pemain tengah yang berpengaruh dan mampu mengawal permainan.

    nampaknya, berkemungkinan En.Karathu terpaksa angkat kaki keluar daripada pasukan perak kerana tidak mencapai sasaran ke suku akhir oleh PAFA.

    Bagi saya, pemain seperti Megat Amir, A.Varathan, Puvinderan, Hafizuan, Norhazrul, Mohd Syazwan, Ariff Fadzlee, Nazri Kamal, Isma Aliff dan Razali perlu dikekalkan.

    Sementara, Wan Hossen, Khairul Izzat dan beberapa yang lain perlu dikaji semula potensi mereka, sama ada benar-benar mencapai tahap yang PAFA tetapkan atau digugurkan terus daripada pasukan.

    Terdapat seorang bekas pemain perak U-19 yang bermain dengan Harimau Muda yang telah mendapat pencalonan pemain berbakat 100 Plus Liga M 2009 yang bermain sebagai penyerang. We should keep tracking his potential as our next starlet.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. sunrise

      Diharap saudara janganlah mengatur siapa perlu dikekalkan dan siapa yang harus ditendang,takut nanti ada pula yang mengatakan ada pihak keenam mencampuri urusan persatuan......siapalah kita....

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. syidi

        Yeke? Suka-suka je..Janganlah nak atur..Setakat nak bagi pandangan ok je..Biar la Pihak PAFA buat keputusan kita ikut je

        Likes(0)Dislikes(0)
      2. zizou85

        sedara, kalau kalau kita sebagai penyokong tidak boleh bersuara, siapa lagi hendak bersuara...takkan penyokong Selangor,Terengganu kot yang bersuara... saya hanya memberikan pendapat dan pandangan...itulah kegunaan web ni...tidak semestinya ia perlu didengar dan diambil tindakan oleh PAFA.

        Ada sesetengah peminat menyuarakan respon dengan tidak hadir ke stadium untuk menonton pasukan Perak beraksi, itu lebih teruk..

        Janganlah segan bersuara kerana kita semua mempunyai sudat pandangan yang bercabang-cabangan, cara pemikiran yang tidak sama satu sama lain.,,berani bersuara...salah atau tidak...perkara no 2. Jika tidak, sampai bila kita nak maju.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. YB

          Eeeee.....teman TAKUT !!!!!!! nanti ada wartawan mana tah datang kate penyokong Perak di laman web SDN mencampuri urusan pasukan ataupun menentukan hala tuju pemain pulak.

          Lepas tu ada pulak yang kata nanti kita ni LEBIH SUDU DARI KUAH, GILA KUASA, bla bla bla, entah apa lagi. Apa pandangan kawan-kawan lain dalam hal ni?

          Teman dah takut sangat-sangat ni.....ahahahahahah.

          Likes(0)Dislikes(0)
        2. san

          eeee... idok ler teman bagi pandangan-pandangan kepada pengurusan, kang diambil statement tak pasal-pasal muka dari akhbar...

          Likes(0)Dislikes(0)
        3. anip

          Jangan ler bagi pandangan apa- apa nanti keluar muka depan suratkhabar dihentamnya sumber didapati dari "sumber yang boleh dipercayai"...naya- naya...

          Likes(0)Dislikes(0)
        4. chuck

          Salam..

          Pada teman,takde salahnya jika kita bersuara mahupun berteka-teki tentang penampilan skuad yop untuk season depan tu.

          Tak salah juga jika sudu lebih dari kuah.ini bermakna kuah takkan dapat tumpah ke lantai.kadangtu ade baiknya.

          Pada teman kebebasan bersuara peminat sepatutnya memang diambil kira oleh pihak pengurusan.

          pada teman juga kuasa mutlak menentukan arahtuju skuad Yop adelah terletak ditangan peminat(fans).Sapelah artis tu jika tanpa peminat??Nak teman ulaske??pikir le sendri yer.So,samajer dengan pembentukan skuad Yopni.Takde beza yang ketara sangat.

          Cuma kadangkala kita tak bolehla untuk mendesak untuk pihak pengurusan menerima pakai sebarang bentuk pandangan yang kita hulurkan.semuatu terletak pada suara ahli majlis.Itupun jika ahli majlis tersebut betul-betul dapat mewakili sebahagian besar suara peminat Yop.

          Kalo takat mempunyai agenda karut-marut tersendiri and merapu-rapu,perlukah tunggu orang lain untuk memberitahu?Sendiri angkat kaki dan beredarlah Yop woi.

          Kita memang memerlukan pro&kon dari setiap majlis syura yang diadakan.so dari situ satu keputusan yang tepat dan diyakini dapat diambil.Biarpun ianya keputusan yang silap,namun sebulat suara kita telah memutuskanya.So,nak kata apa??

          Kadangtu,benda kalo ayam tak berkokok orang takan tahu ayam tu nak bagi tahu hari dah suboh Yop.

          Likes(0)Dislikes(0)
        5. syidi

          Wahai kawan-kawan..

          Fikir kan balik hala tuju asal kita. Tujuan utama kita menyokong pasukan kesayangan. Bila dah sayang, memang wajib kita ambil berat. So, jangan dirisaukan tentang hal-hal yang di 'create' untuk menghuru-harakan keadaan.

          Pedulikan. Dulu tak timbul pun masalah orang ketiga ke keempat ke. Manusia ni memang macam tu. Tak boleh tengok manusia lain senang. Teman nak sedarkan semua, jangan terpengaruh dengan adu domba pihak yang berhati busuk yang melemparkan tuduhan, walhal dia sendiri tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna.

          Teruskan bersuara, untuk kebaikan memang tak de masalah. Hak kita untuk suarakan apa sahaja. Keputusan orang atasan yang buat bukan pihak ketiga. So,apa nk risau?

          Likes(0)Dislikes(0)
    2. lee jr

      Salam,
      Teman setuju dengan kenyataan chuck.Peduli apa orang nak cakap kita lebih sudu dari kuah,kita sebagai fans Perak kena bagi pendapat tentang pasukan kesayangan kita.Zizou85 cuma meluahkan pendapat die.Ape yang die fikirkan tentang pasukan Perak.so dalam hal ni tak salah la.Kita cuma boleh bersuara,pihak pengurusan yang menentukan halatuju pasukan Perak.so,tak timbul masalah campur tangan dalam pengurusan Perak.Teruskan komen anda Zizou85.

      Likes(0)Dislikes(0)
  16. Yashurr Yazurry

    Salam...
    Sekali lagi teman nak kongsi sesuatu buat sahabat semua,
    Khusus buat 'Pejuang Seladang' kita...
    Ramai yang kecewa bila kalian 'gagal' tahun ini...

    Sedarlah adik-adik semua,
    Kegagalan itu bukan bererti kalian seorang yang gagal,
    Ia hanyalah bererti kalian masih belum berjaya,
    Kegagalan kali ini bukan bererti kalian tidak mencapai apa-apa,
    Ia sebenarnya bererti kalian sudah mempelajari sesuatu,

    Gagalnya kalian bukanlah bererti kalian seorang yang bodoh kerana mencuba,
    Ia bererti kalian semua berani, berhati teguh, bersemangat waja..

    Berbanggalah dengan diri kalian,
    Kerana kegagalan bukanlah bermakna kalian tidak akan berjaya,
    Ia hanyalah bermakna kalaian berpeluang untuk 'Bermula semula dan mencuba sesuatu yang baru..'

    Juga sedarlah, bahawa kegagalan ini bukan bermakna Tuhan telah mengabaikan kalian,
    Ia hanyalah bermakna DIA mempunyai rancangan yang lebih baik untuk kalian...

    Ketahuilah bahawa kegagalan itu tidak pernah muktamad..

    Bangkit Seladang! Bangkit..!!

    Apabila 'hujan' sepanjang jalan, lihatlah keatas dengan ceria,
    Dan bukannya kebawah dengan penuh duka,
    Kerana tanpa 'hujan' tidakkan wujudnya 'pelangi' yang indah..

    Ayuuhhh seladang!! Dongak keataass!!
    Kejar 'Pelangi' itu.....!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  17. zn kevin

    salam..

    Kenyataan coach M.KARATHU dalam HARIAN METRO hari ini sungguh menyedihkan bagi kita sebagai pencinta bolasepak negeri PERAK!!!

    Fikir dan renung2kanlah...

    Adakah kita ingin melihat bolasepak khususnya PASUKAN PERAK dinegeri kita ini terkubur serta mati begitu saja...dengan adanya PETUALANG2 sebegini rupa???

    MARI KITA LIHAT SIAPA YANG KENAAA...!!!

    jumpa lagi...2010

    Likes(0)Dislikes(0)
  18. addy

    Salam 1 seladang,

    "Selamat Tinggal Piala Malaysia" mungkin inilah kata-kata player skuad Perak pada tahun ini. Terima kasih diucapkan kepada barisan jurulatih yang telah banyak berusaha membantu player pasukan Perak.

    Walaupun player-player pada tahun ini rata-rata daripada pemain muda dan skuad presiden namun mereka telah menunjukkan aksi yang meyakinkan pada tahun ini,walaupun gagal ke suku akhir pada tahun ini tidak bererti musim yang mendatang sama saja.

    Kepada pasukan-pasukan yang lain janganlah terkejut nanti apabila pasukan muda Perak akan menjulang piala kelak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  19. zizou85

    saya berharap seladang.net terus menjadi laman web yang terus aktif menyiarkan berita-berita terbaik untuk skuad seladang di masa akan datang.

    Kawan-kawan semua, jangan putus asa sokong skuad seladang.

    Teman harap jugak tahun hadapan, skuad seladang tampil dengan wajah yang lebih berkeyakinan dan berpotensi besar untuk menjadi semula pasukan gergasi Liga M seperti era 1998-2007.

    Kepada management, fikirkanlah terbaik untuk pasukan dan penyokong. Jika anda fikir perjuangan anda di dalam PAFA masih relevan, teruskanlah, jika tidak berilah peluang kepada muka baru. Sayangilah bola sepak Perak. Jangan musnahkan harapan peminat sukan rakyat Perak ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YangIkhlas

      Bab management ni, YangIkhlas juga amat setuju dengan saranan yang diberikan. Sayangilah bolasepak Perak. Jika dirasakan tidak berkemampuan untuk mengendalikan perjalanan bolasepak Perak, lebih baik diberikan kepada pihak yang berminat untuk memartabatkan semula bolasepak Perak. Tepuk dada tanya selera. Harapan peminat setia bolasepak Perak perlu diberi keutamaan.

      Semoga akan lebih berjaya di musim 2010 nanti.

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. cikguazwan

      teman setuju dengan zizou. pihak pengurusan tertinggi patut fikir elok-elok, terima pandangan semua pihak terutama penyokong dan ambillah tindakan yang sewajarnya. buat apa nak meneraju persatuan jika sudah tahu diri sendiri tidak mampu. yang jadi mangsa adalah pemain sendiri dan juga tempiasnya terkena lah kepada kita sang penyokong. berilah peluang kepada yang mampu, yang berkelayakan. bukannya terus ego mempertahankan jawatan dengan 'poket' yang kosong.

      teman secara peribadi amatlah bersedih skuad Perak menjadi mangsa dek keadaan semasa. teman amat merindui skuad Perak yang mantap, penyokong yang setia dan fanatik, program-program pembangunan bolasepak yang bersepadu di seluruh pelusuk negeri Perak ini dan kejayaan yang dikecapi. namun segalanya musnah sekelip mata bermula pada pertengahan tahun lepas. perlu kita terima hakikat, itulah antara punca utama tenggelamnya skuad Perak dan ribuan penyokong setianya tahun ini.

      teman bercakap disebabkan sayangnya kepada skuad Perak ini. bukannya untuk menyokong mana-mana pihak. harap kita dapat lihat perubahan menyeluruh skuad ini musim hadapan. amin....

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.