TM Piala Malaysia – Kumpulan C – Kuala Lumpur Vs Perak (review)

TM Piala Malaysia

Sabtu 10 Oktober 2009
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
8:45PM

Kejayaan membelasah pasukan My Team dengan jaringan 6 – 1 di Ipoh selasa lalu, belum cukup membuktikan kemampuan sebenar pasukan Perak menjelang pertemuan menentang Kuala Lumpur pada perlawanan kelima TM Piala Malaysia 2009 sabtu ini.

Episod sedih tewas mengejut ketika menentang Kuala Lumpur di halaman sendiri tempohari tidak boleh dikenang lagi kerana misi skuad seladang seterusnya adalah mencatatkan kemenangan berterusan demi memastikan penguasaan di persada kumpulan C kekal.

Perak menerajui kumpulan C dengan 9 mata meninggalkan pasukan di tempat kedua iaitu Johor FC hanya berdasarkan perbezaan jaringan gol bolos. Kemenangan kali ini bakal memastikan Perak melangkahkan sebelah kaki ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2009.

Berdasarkan prestasi semasa, jurulatih Perak M. Karuthu sudah tentu tidak akan membuat banyak perubahan pada barisan kesebelasan pemain yang menunjukkan peningkatan sejak dua perlawanan terakhir iaitu ketika menentang Johor FC dan juga My Team.

Kelibat Razali Umar juga semakin mengancam dengan larian-larian yang menggusarkan barisan pertahanan lawan. Namun yang paling penting ialah kemampuan jentera tengah yang diketuai oleh Nazri Kamal sebagai ketua pasukan untuk mencipta peluang gol.

Kehadiran penyokong pasukan bolasepak Perak pada kebiasaannya di sekitar Lembah Klang sentiasa memuaskan walaupun prestasi pasukan tidak menentu sejak akhir-akhir ini. Ini diakui sendiri oleh penolong pengurus pasukan, Encik Anuar Zakaria yang kagum dengan sokongan padu penyokong di Lembah Klang berbanding di Stadium Perak, Ipoh.

Hanya kemenangan mutlak di Cheras menentang Kuala Lumpur mampu menjadi pembakar semangat kepada para penyokong Perak di Ipoh untuk turun beramai-ramai menyaksikan perlawanan terakhir kumpulan menentang Johor FC pada 13 Oktober 2009.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

81 thoughts on “TM Piala Malaysia – Kumpulan C – Kuala Lumpur Vs Perak (review)

  1. webmaster

    Perjumpaan Geng SDN:

    Dijemput semua ahli dan bukan ahli SDN untuk menyertai perjumpaan Geng SDN berdasarkan maklumat di bawah:

    Tarikh: Sabtu, 10 Oktober 2009
    Masa: 8:00 malam
    Tempat: Hadapan KFC, Stadium Bolasepak Kuala Lumpur

    Senarai Kehadiran:

    01) YB
    02) Syidi
    03) Sunrise
    04) Taufik
    05) Anip
    06) Keris7
    07) Udinese
    08) Belanak
    09) Member (Belanak)
    10) Orenz
    11) Yobfizwan88
    12) Erie_sohor
    13) Phatly
    14) Zn_Kevin
    15) Pachenko
    16) Pijan_23
    17) AbgMie
    18)
    19)
    20)

    Sila maklumkan kehadiran anda untuk memudahkan rakan-rakan menunggu ketibaan anda.

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)
      1. syidi

        Boleh sangat-sangat. Bagi nama untuk senang kita nak anggar berapa ramai yang bakal hadir. Kalau nak saya boleh masuk kan nama.

        Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi

    Salam.

    Masih segar kemenangan bergaya digelanggang sendiri tempohari. Lawan seterusnya tidak kurang hebatnya. Bukan masalah yang besar sebenarnya. Pihak lawan agak gentar dengan prestasi semasa kita dengan menumbangkan Sang Lebah dan Myteam sebelum ini. Tapi itu belum cukup untuk membuktikan kita kuat.

    Stadium Cheras tidak pernah sunyi jika Perak bertandang, memang penyokong Perak di Lembah Kelang setia tidak kira apa prestasi pasukan. Susah senang bersama sebilang masa.

    Saya pasti, kali ini Stadium Cheras akan bingit sekali lagi dengan laungan dan sokongan YOB YONG. Saya ramalkan Perak akan menang kali ini dengan Kuala Lumpur! Selamat Berjuang! Skor yob Skor!

    Likes(0)Dislikes(0)
      1. chuck

        Hahaha...

        Betul tu..tapi bola itu bulat.takde yang mustahilnya cikgu..
        Sometimes tak semua benda kena ikut skima.Kadang-kala ianya lagi luas pengertian dan maksudnya.

        Likes(0)Dislikes(0)
  3. taufiq

    Salam...

    Untuk pengetahuan semua warga SDN yang hadir ke Stadium Cheras pada sabtu ini, lirik lagu SDN akan diedarkan semasa berkumpul tempat yang telah dimaklumkan. Ramai-ramailah kita maluangkan sokongan dengan menyanyikan lagu ini. Tempo dan irama lagu akan diberikan oleh seorang ahli SDN sendiri nanti...maklum

    Skor Yob Skor.....

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. taufiq

      Satu lagi, teman terlupa..bukan warga SDN pun boleh berkumpul di tempat yang dimaklumkan. Dari situ boleh berkenalan antara satu sama lain dan dapat memeriahkan lagi hubungan satu malaysia..

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. mim

      Diharap ada rakaman video apabila lagu ini dinyanyikan nanti, saya tidak berkesempatan untuk kesana kerana akan melawat sahabat yang terlibat dalam runtuhan bangunan di Ipoh baru-baru ni. Diharap team muda ni akan memberikan persembahan serta semangat juang yang tinggi untuk pertemuan ni, bagi memberikan semula kepercayaan kepada penyokong untuk kembali ke stadium....
      Kejor yob kejor....

      Likes(0)Dislikes(0)
  4. anip

    Salam.

    Kejor Yob Kejor!!! Skor Yob Skor!!!
    Laungan keramat ini akan bergema di stadium nanti khas buat para pemain Perak. Teruskan fokus kalian dalam kemaraan ini. Gunakan sebaik mungkin usia muda yang ada bagi menikmati perlawanan yang dilalui.

    Jom penuhkan Stadium KL dengan gema rakyat Perak!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. belanak

    Salam

    Teman akan datang bersama sorang teman (baru kenal masa Perak kalahkan MyTeam tempohari).

    Semoga kita akan beroleh kejayaan pada perlawanan Sabtu ini dan apa yang penting adalah tumpuan serta fokus dalam mencari kemenangan di samping itu tidak lalai agar gawang tidak bolos.

    Teruskan semangat juang yang tinggi dan jangan mudah lupa serta alpa. Bertenang dan jangan sikap tamak! Bermainlah secara satu pasukan kerana jika tamak baik jangan bolasepak, mainlah badminton!

    Apa-apa pun Sabtu ini, marilah semua penyokong Skor Yob Skor, kita gamatkan Stadium Cheras dan marilah kita bersama memeriahkan perjumpaan SDN!

    Selamat berjuang dan semoga kemenangan bersama kita, insyaAllah.

    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Apa yang penting... KERJASAMA!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. Yashurr Yazurry

    Salam..

    Alangkah seronoknya jika teman dapat join bersama
    sahabat-sahabat SDN sabtu ini,
    Tetapi apakan daya, ada kenduri pulak di kampung

    Apa-apa pun, dari Parit 15B Teluk Intan teman bersorak
    untuk seladang...!!
    Melaung kata-kata 'hukum tarikan'...
    Meluah kata-kata doakan kemenangan...

    Ayuh seladang, kejayaan tempohari bukan untuk diraikan lagi,
    Ia adalah pembangkit semangat kalian juga penyokong...
    Kekalahan kita ditangan mereka minggu lalu wajib dibalas..
    Maka apa tunggu lagi?!

    Setiap dari anda dilahirkan sebagai juara..!!
    Dari berjuta-juta 'benih yang suci',
    Cuma SATU juara sahaja yang berjaya,
    Lalu membentuk 'segumpal darah'...
    Maka lahirlah anda dari kekuatan Si Juara itu,
    yang telah menewaskan jutaan yang lain...

    Mana pergi kekuatan Juara itu???
    Keluarkan 'juara' dalam diri anda itu..!!
    Kita tumbangkan mereka dengan rakus!!

    Ayuuuuh!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. san

      Wah.. Dalamnya maksud en. abg yashurr.. Semangat gitu..

      Hari raya lepas makan dodol,
      makan dodol dengan roti jala
      Seladang mengamuk tanduk disondol,
      Ditengah Lumpur di hujung Kuala.

      Siang-siang bakar lemang,
      malam pulak tengok anak bulan,
      Dengan KL kenelah menang,
      Agar menjadi juara kumpulan.

      Likes(0)Dislikes(0)
  7. cikguazwan

    wahhh membuak-buak semangat geng-geng kita ni...teman pun turut merasakan tempiasnya...tapi apakan daya...tak boleh nak turut serta.namun, teman amat-amat berharap dan berdoa agar pemain-pemain kita terus matang menghadapi perlawanan ini dengan sokongan padu penyokong setia.

    cuma teman agak sedikit kesal dengan segelintir penyokong yang tak reti untuk menerima teguran untuk kepentingan pasukan. jika kita mengkritik, akan dituduhnya kita sebagai tidak setia kepada pasukan. padahal kritikan yang membina penting untuk mematangkan lagi pasukan, bukan setakat menyokong membuta-tuli. bukannya kritikan yang berbentuk maki hamun, memperkecilkan keupayaan ataupun menidakkan kemampuan pasukan.

    apa-apapun, teman juga turut rasa tidak sabar untuk melihat kejayaan ke atas Kuala Lumpur sabtu ini. kita hadapi perlawanan ini dahulu, dengan bekal dan doa setiap rakyat negeri Perak...

    amin.....

    Likes(0)Dislikes(0)
      1. chuck

        Salam..

        Sabar cikgu..Teman telah awal melalui kesemuanya ini.
        Orang makin cerdik menilai.Soon diaorang akan paham dan mengerti jugak.

        Ketahuilah Nabi kita dulupun teruk gak nak berdakwahni.Kecuali hati yang betul suci/ikhlas dan sedia menerima sebarang teguran dan pembaharuan yang akan paham.

        Sabarlah....

        Likes(0)Dislikes(0)
  8. san

    Menang kalah adat permainan,
    Pantang menyerah sebelum lawan,
    Perak juara bukan berangan,
    Dengan berkat doa dan sokongan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. addy

    salam...

    saya juga akan mendoakan kepada pasukan Perak moga berjaya menewaskan Kuala Lumpur di gelanggang lawan sekali gus, membalas dendam kita.

    Gandingan Razali dan Azrul dilihat semakin serasi dibahagian hadapan, dan sudah pasti akan menggerunkan pertahanan pihak lawan. Manakala, bahagian tengah yang diketuai oleh Nazri juga semakin serasi. Bagi saya, Puvinderan juga kerap kali menggagalkan serangan lawan. Tidak lupa juga prestasi Megat Amir Faisal yang juga meningkat.

    Tetapi sudah tentu Kuala Lumpur akan mencuba sedaya upaya untuk mempertahankan 3 mata yang mereka miliki. Jadi ayuh, bersatulah wahai pemain Perak berjuang untuk membawa pulang 3 mata berharga ke Ipoh. Kami semua sebagai penyokong setia skuad Skor Yob Skor akan berada di belakang kalian.

    Skor Yob Skor...
    Kejor Yob Kejor...

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. hasan

    assalamualaikum semua. moga sabtu ini bakal menjanjikan skuad muda kita ke suku akhir. jadikan kemenangan tempohari sebagai pembakar semangat untuk terus berjuang insyaallah ke final piala Malaysia.

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. amirfsl

    salam semua! maaf lama tidak beri apa-apa komen di sini,,tak mahu cakap banyak,cuma berdoa dan amat-amat berharap agar skuad yop dapat meneruskan momentum kemenangan dalam kempen piala Malaysia tahun ini!yang penting permainan yang menarik dan semestinya menang lagi sabtu nih untuk menempah tiket ke suku akhir!kejor yop!!

    Я вас все люблю!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. konvicted_murder

    harap anak muda Perak ni dapat menewaskan Kuala Lumpur..awok orang baru kat sini..apa pun jangan la kita terlalu impikan kejayaan kerana akan menambahkan lagi tekanan pada pemain..

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. konvicted_murder

    masak memasak bagi kat Chef Wan,
    asyik berlari bagi kat Karathu,
    MENANG KALAH adat perlawanan,
    ape yang penting sokongan padu.

    ape pun CHAIYOK..!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Hiruk Pikuk Gema Suara,
      Tujuh Petala Sudah Didaki,
      Pantang Undur Tetap Mara,
      Biar Mati Kami Tetap Di sini!!

      Likes(0)Dislikes(0)
        1. syidi

          Belajar Pantun Dulu Kat India,
          Rasa Jauh Pergi Je Pahang,
          Sokongan Padu Bukti Setia,
          Usah Diikut Resmi Lalang!

          Jawab jgn tak jawab...

          Likes(0)Dislikes(0)
        2. san

          Dari India ke negeri pahang,
          Ke negeri pahang naik lori,
          Lalang juga terasa bahang,
          Last-last balik kenegeri sendiri

          Likes(0)Dislikes(0)
  14. zizou85

    Saya fikir penyokong di Lembah Klang lebih 'berhati perut' ,matang dan rasional berbanding penyokong di Stadium Perak. Ia dipengaruhi kuat oleh faktor mentaliti, latar belakang baik dari segi pendidikan, kedudukan kewangan, sosialiti dan semangat cintakan negeri asal itu sendiri...

    Saya adalah antara penyokong yang kerap ke Stadium Perak ketika menetap di Ipoh.. Jelas sekali, mentaliti SEBAHAGIAN "penonton" yang bukanlah layak dianggap penyokong setia amat mengecewakan sekali. Amat mengecewakan, kebanyakan pengherdik dan pencemuh itu sendiri terdiri daripada golongan dewasa atas 40 tahun termasuklah beberapa golongan daripada kaum HAWA.

    Jika dipersoal dari aspek kesetiaan menyokong Pasukan sendiri, sudah agak mengecewakan bagi SEBAHAGIAN penonton tersebut. Tetapi malangnya, jika dipersoal daripada segi aspek budipekerti, sahsiah, tatacara, kesopanan dan kemelayuan dan sebagai seorang Islam, langsung amat menyedihkan dan memalukan.

    Namun itu adalah segelinitir sikap penyokong yang bersikap negatif tegar.

    Sayangilah pasukan negeri sepenuh hati. Jika tidak, sia-sialah anugerah Kelab Penyokong Bola Sepak Terbaik 2 tahun berturut-turut yang pernah kita miliki.

    Sentiasa bersama Kejor Yob Kejor...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. cikguazwan

      Memang betul. tak salah bersikap fanatik untuk menyokong, tapi kadang-kadang teman sendiri pun timbul rasa malu apabila mendengar apa yang dijeritkan oleh golongan sebegini. benar diakui teman pun kecewa dengan permainan yang ditunjukkan, namun tidak lah sampai memaki hamun pemain-pemain pasukan kita. ini yang baru dikatakan bukan penyokong setia Perak.

      mana perginya semangat membara ketika melihat pasukan muda Perak ini turun beraksi pada perlawanan pertama liga menentang KM Naza dulu? teman masih ingat, sentuhan pertama pemain-pemain kita disambut dengan sorakan gemuruh dan bersemarak. tegak bulu roma teman ketika merasakan keadaan tersebut. nah...pada perlawanan itu kita menang 2-0.

      tapi lama-kelamaan semangat itu hilang. rata-rata penyokong agaknya terlupa siapakah yang membarisi pasukan kita sekarang. mungkin ada segelintir yang masih menyamakan pasukan ini dengan pasukan bintang ketika zaman kegemilangan. tidak salah, cuma jangan lah terlalu emosional melampau. kalau setakat salah sikit pun sampai nak memaki hamun, mencarut dan sebagainya, baik duduk di rumah je yob!dosa pun tak dapat!

      mari kita sama-sama cuba kembalikan anugerah yang pernah kita miliki sebelum ini.....!

      Likes(0)Dislikes(0)
  15. ipohtepeng

    Prestasi masa membelasah My Team tidak boleh dijadikan benchmark nak menghadapi Kuala Lumpur nanti

    pada pemerhatian saya ketika itu corak permainan Perak 'macam biasa' sahaja tiada yang istimewanya

    cumanya ketika itu pasukan My Team seperti 'acuh tak acuh' menghadapi game tersebut

    namun .. satu kemenangan dari pasukan Perak ini amat saya nantikan

    Likes(0)Dislikes(0)
  16. gerak_khas_09

    ASSALAMUALAIKUM.....

    Diharapkan Skuad Seladang JR, dapat memberikan satu mutu persembahan yg benar-benar hebat.

    Lupakan kekalahan yg teramat memalukan tempoh hari ketika pasukan KUALA LUMPUR menewaskan PERAK ditempat sendiri.

    Cuma harus diingatkan kepada pemain, kome jgn terlalu kerap meninggalkan posisi kerana padah bakal menimpa kita sendiri. Bermainlah demi maruah diri sendiri dan penyokong-penyokong disekeliling anda.

    Tanpa penyokong siapalah kome dalam arena ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  17. sunrise

    Salam.....

    Teman cukup bangga dengan skuad muda pasukan Perak kini,kerana berjaya menewaskan skuad Bermasaalah iaitu Myteam dengan jaringan besar tempoh hari.

    Diharapkan kali ini ianya akan berulang kembali. Seandainya pasukan Perak mampu untuk memenangi perlawanan kali ini tidak mustahil suku akhir berada didalam genggaman dan Perlawanan akhir juga mampu kita hadirkan diri.

    Likes(0)Dislikes(0)
  18. adios

    Salam.....

    Teman tak gemor sangat tengok bebudak baru ni main mula-mulanya..main hampeh je. Tapi mungkin nasib deme boleh sampai tahap ni. Apa yang penting diri dan mentaliti orang yang main. Tengok macam kat luar negara, muda-muda pun boleh jadi star, sama je dengan yob-yob yang main untuk Perak ni.

    Cuma beza mentaliti je kena cuba jadi profesional macam deme-deme tu. Deme boleh kita pun boleh. Jangan cepat mengalah. Kome muda lagi tenaga banyak. Tengok macam yang jaguh basikal kita tu si Azizulhasni tu, badan kecik je, tapi semangat dia tinggi, moral tinggi pendek kata dia tu memang seorang yang positif.

    Pemain Perak ni pun hebat kalau main ikhlas demi agama bangsa dan negara. Positif. tak mudah melatah.

    Ok la Teman beransur dulu. Main baik-baik.

    Likes(0)Dislikes(0)
  19. wan badang

    Harap-harap pasukan Perak mampu menang dengan jaringan yang lebih besor pada malam esok.

    SKOR YOP SKOR....

    BIOR K.L TUMPO SOK...

    Likes(0)Dislikes(0)
  20. syidi

    'Asal Raya Makan Lemang,
    Main Bola Jangan Dok Kalut
    Time Menang Puji Menjulang,
    Time Kalah Penyokong Cabut..'

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. san

      Makan lemang dengan ketupat,
      Ketupat dicicah kuah kacang,
      Time terer tiket abis cepat,
      Time kalah sembang kencang.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. syidi

        Comelnya Sayang bertudung Litup,
        Pergi Shopping Sampai Ke Karak,
        Mulut Orang Susah Nak Tutup,
        Cakap je Pandai Habuk Pun Tarak!

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. san

          Pergi ke karak shopping stokin,
          singgah sebentar membeli rotan,
          Cakap Je pandai tak serupa bikin,
          Akhirnya terkena diri barulah padan.

          Likes(0)Dislikes(0)
  21. zn kevin

    Salam...

    Untuk coach satu je yang teman pinta...kembalikan one touch football buat team kita seperti team kita yang dulu2.

    Moga malam esok ribuan supporter2 skor yob skor akan disajikan dengan aksi2 yang menggerunkan serta pulang dengan jutaan senyuman yang tak henti2...AYUH BUKTIKAN!!

    Dengan laungan.."inilah barisan kita yang ikhlas..berjuang"

    "PERJUANGAN KE TITISAN KERINGAT TERAKHIR
    ADALAH SATU...EVOLUSI"

    Likes(0)Dislikes(0)
  22. harry

    nak nyor panjat pokok nyor

    nak gajus kait ler di pokok gajus

    kome main jangan tak skor

    kalu nak skor sorang sebijik lagi bagus

    huhuhu

    Likes(0)Dislikes(0)
  23. zn kevin

    teman doakan pasukan PERAK akan menang dengan jumlah gol yang banyak pada malam ini...MOGA BEROLEH KEJAYAAN!!

    kekalahan minggu lalu jadikan sebagai azimat penawar...ayuh bakarkan semangat juang yang tinggi pada malam ini wahai BARISAN2 MUDA SKUAD SKOR yob SKOR!!

    skuad muda Perak mampu ke suku akhir.....!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  24. karatkarut

    semoga berjaya...teman terbaca dalam Sinar Harian hari ini ada bagitau yang pemain Perak tak nak campurtangan orang luar.susah juga bila dah berjaya ramai yang cuba menumpang.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB Post author

      Teman dah baca pun artikel berita tuh kat kedai je, malas nak beli sebab membazir beli akhbar yang asyik mencari sensasi tetapi tiada fakta dan bukti.

      Pengarangnya teman kenal benor, biasa teman jumpa jugak kat stadium tu. Teman panggil dia Jai, tapi ada orang panggil dia Jai Jiwang. Entah kenapa orang ni suka benor nokok tambah nama orang.

      Berbalik pada artikel tuh, teman rasa cerita dalam tu longgar sangat. Lebih kepada point of view pemain yang rasa diri mereka terancam agaknya. Kalau pemain tu bagus dia tak hairan dengan campurtangan pihak ketiga yang dikhaborkan BERKUASA SANGAT-SANGAT TAHAP GABAN tu.

      Memang pelik sangat cerita ni sebab ORANG LUAR yang dikatakan bukan AHLI MAJLIS dan juga takde kena mengena dalam PAFA boleh buat keputusan yang penting-penting. Agaknya ORANG ni le yang menyebabkan team jahanam sejak dari mula hari tu dan bukannya pemain ataupun jurulatih.

      Tapi sayang sangat, si Jai ni takmau pulak siarkan gambar ke atau paling kurang nama orang tersebut untuk kita semua kenal siapa dia, ye tak?. Ini lebih macam cerita gosip belakang-belakang mengutuk tak sudah-sudah dalam FACEBOOK nun.

      So kesimpulannya artikel dalam akhbar nun teman anggap sebagai taktik melakukan jualan sahaja tanpa ada sebarang kebenaran yang nyata. Kesian deme pun nak cari makan jugak. Team tengah kuat ni semua pihak pun nak ambik kesempatan waimah akhbar picisan.

      Teman harap team boleh menang hari ni sebab kalau kalah tentu teruk Karathu kena hentam dengan fans. Lagipun memang salah Karathu pun kalau kalah sebab yang tak skor gol pun dia, yang lepaskan/bolos gol pun dia, yang tahan bola tak betul pun dia, yang passing bola tah apa-apa pun dia, yang makan rasuah pun dia, pendek kata M. Karathu ni serba serbi salahlah kalau team Perak ni kalah.

      Betoi tak yob???

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. karatkarut

        entah le yob.teman baca je.katanya 1 team dah rasa tak selesa.kalau betul pemain tu harap-harap orang luar tu kena beralah le.dia kena le tahu kedudukan dia sebagai peminat sahaja,bukan orang PAFA.

        tapi kalau pemain tu reka cerita,harap-harap dia cepat sedar kesilapan dia.harapan saya,semoga berita ini takkan menjejaskan prestasi & kosentrasi pasukan malam ni.Selamat berjuang

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. YB Post author

          Katanya 1 team dah tak rasa selesa??? teman tanya beberapa pemain yang rapat dengan teman deme kate entah tak tau apa-apa pun??? so adakah ini persoalan ramai pihak atau ada sorang dua pemain yang rasa diri terancam???

          Apapun kita lupakan benda remeh temeh ni le yob, harap2 menang malam ni, kalau tak teruk Karathu kena ganyang dengan fans.

          Hahahahah.

          Likes(0)Dislikes(0)
        2. razlan

          teman rasalah, orang luar yang bukan ahli majlis paling kuat sekarang ni di Perak ialah Menteri Besar la. Kalau bukan MB, siapa lagi yang paling berkuasa di Perak yang boleh mengatasi kuasa Presiden, Ahli Majlis dan Pengurusan PAFA?

          Likes(0)Dislikes(0)
  25. myo abol as

    Diharapkan kita akan mendapat satu keputusan yang positif pada perlawanan malam ini. Sekiranya aksi seperti perlawanan menentang Johor FC dan UPB Myteam dapat dilakukan oleh para pemain tidak mustahil pasukan kita akan dapat membawa pulang tiga mata penuh pada malam ini. Teman di Ipoh sentiasa mendoakan kejayaan para pemain dan jurulatih-jurulatih walaupun tidak dapat berada di sana. Diharapkan juga para penyokong dapat menerima walau apa sekalipun keputusan pada malam ini baik menang atau kalah.

    Merujuk kepada beberapa komen yang diberi berkenaan dengan sikap penonton-penonton :-

    Berkenaan dengan sikap segelintir penyokong, memang dah jadi lumrah. Hanya pandai mencemuh dan memaki hamun, merasakan diri itu ibarat sang handal dalam bola sepak sedangkan tidak sedar bahawa diri itu hanya handal bermain dan menguasai permainan FIFA sahaja baik di komputer riba mahupun di dalam alat permainan video game di rumah sendiri.

    Teman boleh dikatakan sebagai salah seorang yang 'regular' hadir ke stadium walaupun teman tidak aktif bersama kelab penyokong mahupun di dalam laman seladang.net ini. Teman perhatikan bahawa di sini terdapat sesetengah penyokong itu hadir ke stadium semata-mata untuk mencemuh pemain dan jurulatih. Ada juga diantara mereka ini yang mencaci sampai membawa kepada suku sakat atau keturunan orang yang dicaci itu.

    Paling kerap teman dengar menjadi mangsa cacian ini tak lain tak bukan jurulatih pasukan En. M. Karathu. Teman sendiri pun tak paham kenapa ada sesetengah tu yang anti sangat dengan jurulatih kita tu. Teman dah dengar dari awal permulaan liga lagi, bukan itu sahaja malah sejak dari sesi perlawanan persahabatan lagi tak putus-putus sampai la sekarang dok mengutuk, mencaci sehingggakan asal usul keturunan orang tu pun disebut. Apa semua ni? Adakah sebab jurulatih pasukan kita bukan dari bangsa kiata sendiri? Sejak bila pula orang-orang yang kononnya mengaku penyokong setia pasukan ini pandai memilih warna kulit? Apa masalahnya?

    Teman nak tanya pada orang-orang yang mengaku kononnya penyokong setia ini, Karl Heinz Weigang, Tony Netto, Keita Manjou, Frank Seator, Traore Abdoulaye, Lazlo Repassi ( sekadar menyebut beberapa nama) datangnya dari keturunan melayu ke? Kenapa mereka ini tak dicaci dan dicemuh seperti mana mereka mencaci jurulatih kita sekarang? Adakah kita orang-orang melayu ini tidak boleh memerima tunjuk ajar daripada orang yang berlainan bangsa? Adakah bola sepak itu terhad kepada bangsa melayu sahaja? Bukankah semua umat manusia itu sama sahaja di sisi Tuhan?

    Teman sebagai orang melayu berasa teramat malu dengan sikap anak bangsa teman sendiri yang mengata dan mencaci anak bangsa orang lain. Sedar la diri. Kita ni tak sebesar dan sehebat mana pun. Nak melatih budak-budak tadika pun belum tentu mampu lagi. Baik duduk diam je, tak tahu buat cara tak tahu. Kalau setakat datang ke stadium dok kepit awek pakai seksi-seksi dengan kolar baju terbukak tu tak payah la nak tunjuk pandai dan cakap besar.

    Bak kat Sir Alex Ferguson dalam salah satu temuramah beliau di ruangan akhbar suatu masa dulu, kalau tak silap teman la... ' cari dan pilih mana-mana pasukan di kawasan tempat anda tak kira samaada pasukan bawah 12 tahun atau bawah 17 tahun, latih dan bentuk pemain-pemain muda ini supaya dapat menjadi seorang pemain profesional dan bernilai untuk dimiliki oleh mana-mana pasukan. Jangan hanya tahu mengkritik dan mencemuh sahaja sedangkan anda hanya seorang penonton sahaja dan tak lebih dari itu.

    Jangan bagi malu diri sendiri sahaja. Jangan bukak pekong tunjuk kebodohan dan keburukan diri sendiri. Yang ruginya kita sendiri. Teman pun kadang-kadang marah juga bila pasukan buat silap tapi tak le sampai nak mencemuh sampai sebut mak bapak keturunan orang tu baik pemain mahupun jurulatih. Senang citer tak usah datang lagi baik. Dosa tak dapat. Buat apa dapat dosa percuma.

    Mintak maaflah kalau ada yang terasa dengan komen dari teman ni. Teman bukanlah seseorang yang istimewa sangat sampai tak pernah buat dosa. Teman sama je macam anda di luar sana tu. Cuma tak salah kalau kita sesama agama ni ingat mengingati antara satu sama lain.Semoga kita semua dapat menikmati sesuatu perlawanan dalam suasana yang ceria dan menghiburkan, bukannya membuatkan orang lain timbul rasa benci atau sakit hati kepada sesiapa pun.

    Kejor yob kejor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB Post author

      Teman sebagai salah seorang admin dalam SDN ni mengucapkan terima kasih yang teramat sangat dengan posting mike yang boleh teman anggap DALAM KELAS YANG TERSENDIRI.

      Mike ada talent dalam penulisan, teman alu-alukan kalau mike suka nak menyumbang artikel untuk SDN ni. Kita perlu artikel-artikel yang boleh membuka mata ramai pihak dan bukannya cerita gosip-gosip ala FACEBOOK yang entah kemana hujung pangkalnya.

      Terima Kasih Yob, mike memang KELAS !!!!

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. myo abol as

        Terima kasih tak terhingga teman ucapkan kepada yob YB. Ada juga orang yang boleh memahami dan memandang dari sudut yang positif mengenai komen yang teman telah tuliskan. Tujuan teman hanya satu iaitu agar pemain-pemain dan jurulatih-jurulatih malah kita sebagai penyokong sendiri dapat memperolehi manfaat dan kesejahteraan, bukannya hanya tahu mencaci dan mencari kesalahan orang lain sahaja.

        Pada teman sendiri, walau apapun situasi yang melanda dalam pasukan kita samaada jatuh atau naik, sokong tetap sokong. Ini baru layak dilabelkan sebagai penyokong setia dan bukannya penyokong pura-pura. Sekiranya ada penyokong-penyokong di luar sana yang merasakan sokongan mereka membawa kepada sia-sia maka eloklah berundur sahaja daripada berpura-pura menyokong. Takde siapa pun yang paksa kita untuk ke stadium dan susahkan diri beratur beli tiket. Jangan paksa diri sendiri. Betul tak yob?!

        Teman nak bagi contoh, West Ham United bukanlah satu pasukan yang kuat dalam liga EPL malah mereka juga tidak berada pada kedudukan yang baik dalam liga. Namun kehadiran penonton yang membanjiri stadium amatlah menggalakkan. Teman rasa le, kalah penonton-penonton kita yang ramai hadir ke stadium suatu ketika dulu. Dua kali ganda ada yob! Sebab apa? Sebabnya, bila dah mengaku penyokong setia maka kenalah berada di stadium untuk bagi sokongan tinggi pada pasukan. Ye tak?

        Teman akui, teman sendiri pun marah bila pasukan kalah. Menyampah, bengang, sakit hati dan macam-macam lagi le, semua cukup. Tiada satu umat manusia pun dalam dunia ni yang sukakan kekalahan. Tiada pemain bola sepak dalam dunia ni yang suka kalau team dia kalah. Tiada seorang jurulatih pun yang suka kalau pasukan yang dibimbingnya kalah. Tapi kalau dah semuanya nak menang sapa pulak nak kalah? Kalah tak semestinya pasukan itu tak bagus. Kalah tak semestinya pemain-pemain dalam pasukan tu tak reti main. Kalah tak semestinya jurulatih tu tak pandai melatih pasukannya. Kita sedar tak, di sinilah letaknya tahap kesetiaan dan kesabaran para penyokong sendiri untuk bersama dengan pasukannya ketika di saat jatuh bangun pasukan itu.

        Teman cukup kecewa bila pasukan kita gagal dua kali berturut-turut dalam perlawanan separuh akhir Piala Malaysia ketika berdepan pasukan Sabah yang mana kita sepatutnya layak dan telah dicalonkan sebagai pasukan yang paling layak untuk ke final pada masa itu. Selepas itu, teman pernah cakap pada diri teman sendiri yang teman fed-up dan malas dah nak menyokong pasukan dan menyaksikan perlawanan di stadium. Namun sehari dua lepas tu teman tetap jugak selak surat khabar bahagian sukan dan cari kat internet mengenai perkembangan terbaru pasukan. Mengapa? Entah le. Sebab teman penyokong setia kot? Tak tau le teman nak consider teman ni sebagai apa? Rasanya tak layak pun teman nak cakap yang teman ni penyokong setia. Tetapi bagaimana pula dengan yob dan yong di luar sana. Tanyalah diri sendiri. Tak perlu nak label diri tu samada setia atau tidak, bukan apa nanti takut jadi hipokrit. Paham kot maksud teman. Dari hipokrit lahirlah prejudis. Ini yang kita tak nak bukan?

        Setia atau tidak bukanlah jawapannya. Menang atau kalah juga sama. Pasukan yang menang banyak tak semestinya dia juara. Pasukan yang juara menang piala di final tak semestinya dia kuat. Tapi perjalanan pasukan itu sendiri di dalam liga. Bagaimana pasukan itu mampu untuk mengekalkan konsistensi mereka dalam liga pada setiap tahun itu yang lebih penting sebenarnya. Jangan ingat pasukan yang punya ramai penyokong, pasukan itu yang kuat dan boleh menang final. So, bagaimana anda sebagai penyokong boleh memastikan bahawa sokongan anda itu tiada tolok banding dan tidak berbelah bahaginya? Tanyalah lagi diri sendiri.

        Pada pendapat teman secara peribadinya, pasukan Perak yang betul-betul bagus dan kuat adalah skuad tahun 98 dahulu. Why? Kita tidak dibarisi oleh pemain-pemain bertaraf bintang atau pun yang punya nama besar, kalau ada pun mungkin Khairul Anuar Baharum dan Azrul Amri Burhan saja ( tak silap temanlah!), namun masih mampu mara ke final dan berjaya membawa Piala Malaysia ke Perak. Inilah sebenarnya skuad yang betul-betul bagus dan kuat. Kita terlalu menagih tenaga-tenaga pemain senior sehinggakan kita lupa pada tenaga-tenaga pelapis yang sepatutnya telah lama diberi peluang untuk beraksi dan menimba pengalaman.

        Teman berani cakap kalau coach Karl Heinz Weigang masih bersama pasukan, pemain-pemain senior kita sebelum ini dah tentu akan hilang tempat di dalam pasukan dan mungkin dah lama berhijrah ke pasukan lain. Siapa yang pernah komen yang mengatakan kita tidak punya pelapis harapan? Siapa yang pernah komen yang mengatakan bahawa jurulatih tidak memberi peluang kepada tenaga muda? So, inilah masanya untuk kita melihat komen-komen tersebut direalisasikan. Dan janganlah menghukum dengan sewenang-wenangnya apabila apa yang ingin kita lihat tidak dapat direalitikan.

        Teman memohon maaf sekali lagi kepada yob dan yong semua. Teman bukan orang istimewa atau pun orang pandai, teman sama macam mike-mike semua. Cuma mungkin teman jenis yang tak suka nak bagi orang lain sakit hati mahupun teman sendiri yang sakit hati. Jadi, sama-samalah kita menjadi penyokong yang prihatin bukannya pentingkan diri sendiri.

        Sokong tetap sokong!!

        Kejor yob kejor!!

        Likes(0)Dislikes(0)
  26. addy

    Salam semua..

    Saya mencadangkan pihak Seladang.net merakamkan video perlawanan Perak dalam Liga Malaysia ini. Jadi bagi yang tidak berkesempatan untuk ke stadium, boleh lah menontonnya di laman web ini.

    Selain itu, kami juga boleh memberikan komen berdasarkan apa yang kami tonton. Tidak perlulah rakaman permainan yang penuh, kalau boleh cuma percubaan-percubaan,jaringan,gerakan dan aksi-aksi yang menarik dipamerkan oleh pasukan PERAK.

    Jika tidak boleh tidak mengapa. Saya cuma mencadangkannya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  27. later_on82

    Salam..saya ahli baru SDN..peminat setia team Perak sejak zaman Azizul Abu Haniffah lagi..rase sedih la sebab tak dapat turun untuk game lawan Kuala Lumpur hari ni..harap-harap le rtm buat live Perak lawan Kuala Lumpur ..hehe..apa-apa pun saya doakan Perak meraih kemenangan seterusnya melayakkan diri ke peringkat suku akhir..dah lama kita tak merasai suasana seperti sekarang ni..kalau teman-teman semua perasan..komen-komen dari ahli-ahli pon dah dekat 50 lebih..yele..masing-masing dah bersemangat sebab tahun ni kita guna team muda je..tak sangka pula performance time Malaysia cup ni makin meningkat..lastly, nak tanya kepada semua rakan SDN ada information tak tentang game malam ini ada live ke tak dalam rtm? kalau ada war-war kan la untuk rakan-rakan yang tidak dapat turun ke Kuala Lumpur.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB Post author

      Malam ni kalau tak salah perlawanan tertunda Selangor vs PDRM pada pukul 10 malam di RTM 1. Semua tertakluk pada perubahan.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. later_on82

        tertunda? bukan selalu ada live ke? tak best la asyik team lain je lawan..patut buat le Perak pulak..tension le teman macam ni..takpele dengor radio le jawabnye...

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. YB Post author

          Alahai yob, jangan le cepat patah semangat. Kasi le peluang team2 yang kuat lain dapat LIVE dulu, kita LIVE masa semi final ke, FINAL ke baru best, tak gitu?

          Likes(0)Dislikes(0)
  28. khairol

    salam..

    Stadium PBKL hanya 10 minit dari rumah teman. pasti teman hadir memberi sokongan.

    sejak di buka stadium PBKL ni jarang memberi tuah kepada Perak. Perak pernah tumpas dengan Kuala Lumpur dan Public Bank di stadium ini suatu ketika dulu. ah! itu sejarah lalu.

    tanpa pemain import tahun 2000 Perak juara Piala Malaysia. tahun ni juga tanpa pemain import. harap-harap skuad 2009 mengambil inspirasi tanpa import skuad 2000

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB Post author

      Salam yob, habis tu takde ke nak join kami-kami nih sekali nanti kat stadium Cheras? menyombong le pulak, hahaha

      Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB Post author

      Yob ramai nak datang tapi yong ada kat Johor skang ni, dia sokong JOHOR FC le pulak. Call tak berjawab, sms pun tak balas, timing wooo sekarang.

      Likes(0)Dislikes(0)
  29. azharz

    teman mahu Perak menang malam ini demi penebus kekalahan tempoh hari di Ipoh.
    Jika menang pasti Perak melawan Johor F.C di Ipoh stadium pasti penuh..dah lama tak melihat stadium Perak penuh seperti dahulu.

    Likes(0)Dislikes(0)
  30. me 109

    Kuala Lumpur bogey team pasukan perak.Macam Perlis bogey team pasukan Kedah. Game KL-Perak selalunya 50-50, bergantung pada sape yang buat silap. M Karathu coach yang bagus,professional. Tapi dia mempunyai pendiriannya tersendiri. Tak kisahlah dia bertanggungjawap atas prestasi pasukan Perak. Malam ni se elok2nya Perak menang. tapi kalau kalah tak mengapa, Perak masih boleh ke quarter final Piala Malaysia dengan kedudukan the 3 best runners up. Tak payah champion kumpulan C, 2nd placing pun ok. Kalau menang malam, bonus buat Perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. razlan

      Hanya Champion Kump C sahaja yang dapat mengelak dari berjumpa pasukan pilihan (Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan) semasa suku akhir nanti.

      Jika menjadi naib juara, peluang untuk berjumpa dengan pasukan2 pilihan ini adalah tinggi. adakah kita mahu tersangkut di suku akhir atau berjaya melayakkan diri ke final?

      Likes(0)Dislikes(0)
  31. san

    Teman ada lalu stadium PBKL cheras tapi pagi ahad tuh la kan.. ekekek itupun sebab silap jalan boleh pun nak hala bandar permaisuri... baru perasan bawah stadium ade KFC.. wkakakakaka sori..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.