TM Piala Malaysia – Kumpulan C – Kuala Lumpur Vs Perak (result)

TM Piala Malaysia

Sabtu 10 Oktober 2009
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras
8:45PM

Kuala Lumpur 1 – 1 Perak

Razali Umar aka “The Tornado” sekali lagi menjadi penyelamat pasukan seladang apabila gol penyamaan pada lewat permainan menyelamatkan pasukan Perak dari tewas sekali lagi kepada Kuala Lumpur pada perlawanan kelima TM Piala Malaysia 2009 malam tadi.

Beliau sememangnya layak mendapat gelaran tersebut kerana setiap kali mendapat bola ketika menyerang, sekurang-kurangnya ada 2 atau 3 pertahanan lawan yang cuba menghalang pergerakan pantas serta larian kencang beliau dari menghasilkan gol.

Permainan pada awal 10 minit pertama agak seimbang dengan kedua-dua pasukan sering berbalas serangan sehinggalah berlaku insiden seorang pemain Kuala Lumpur dijatuhkan di dalam kotak penalti Perak dan pasukan tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti.

Abdul Hadi Yahya tidak mensia-siakan peluang untuk menjaringkan gol penalti tersebut apabila mudah merembat masuk ke sebelah kanan setelah Megat Amir merebahkan badan ke sebelah kiri pintu gol pada minit ke 13 untuk Kuala Lumpur mendahului dengan 1 – 0.

Selepas gol tersebut Kuala Lumpur lebih banyak memperlahankan rentak permainan sambil sekali sekala membuat serangan pantas ke kubu pasukan Perak. Jentera tengah Perak kelihatan tumpul apabila banyak hantaran yang tidak menjadi ataupun tersasar.

Ketika permainan sebenar sudah pun tamat, Razali Umar yang menerima bola dari tengah terus berlari pantas meninggalkan pertahanan lawan dan merembat kencang dari sebelah kanan pintu gol Kuala Lumpur untuk gol penyamaan pada minit ke 92.

Selepas gol penyamaan tersebut, para pemain Perak cuba melancarkan serangan lagi namun tambahan masa 4 minit yang diberi pengadil perlawanan telah pun sampai ke penghujung untuk keputusan muktamad kedua-dua pasukan berkongsi satu mata di Cheras.

Kesebelasan Utama:

Megat Amir Faisal (PG)
K. Puvinderan
Hafiszuan
Nor Hazrul – 2
A. Varathan
Mohd Nazri Kamal (K)
Azrul Hazran – 3
Isma Alif
Khalis Ibrahim (B20)
Arsyah Ayob – 1
Razali Umar

Pertukaran:

Saufi Sa’aidi – 1
Syazwan Roslan – 2
Hafiz Abdul Rahman – 3

Keputusan Perlawanan Lain 10 Oktober 2009:

Kumpulan A

Pahang 1 – 1 Perlis
Melaka 0 – 4 Plus FC

Kumpulan B

Johor 2 – 4 Terengganu
Sarawak 0 – 1 Negeri Sembilan

Kumpulan C

My Team 2 – 4 Johor FC

Kumpulan D

PDRM 2 – 2 Selangor
Sabah 1 – 3 Kuala Muda

Kumpulan E

Pulau Pinang 3 – 2 ATM
Kedah 1 – 0 Kelantan

Likes(0)Dislikes(0)

51 thoughts on “TM Piala Malaysia – Kumpulan C – Kuala Lumpur Vs Perak (result)

  1. YB

    Perjumpaan Geng SDN:

    Senarai Kehadiran:

    01) YB
    02) Syidi & Family
    03) Sunrise
    04) Taufik
    05) Anip
    06) Keris7
    07) Udinese
    08) Belanak
    09) Member (Belanak)
    10) Acap & Family
    11) Yobfizwan88 & Sepupu
    12) Erie_sohor
    13) Phatly
    14) Khairol & Family
    15) Azaha84

    Ada beberapa orang lagi yang teman tak kenal atau tak ingat. Selamat berkumpul semula semua rakan-rakan yang terlibat.

    Habis sesi menonton bolasepak, beberapa ahli menyambung sesi bersantap di Bandar Tasik Puteri Sri Permaisuri pekena Sup Meletup. Perghhh...memang meletup rasanya.

    Rugi betoi siapa tak pergi, siap ada kenangan Memori Makan Sup Semangkuk Bertiga.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. anip

      Ruginya tak dapat join pekena Sup Meletup tapi apakan daya teman kena balik ke Kulim malam tu jua. Walau apa pun mike semua memang best!!!

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. belanak

        YB, semalam kita kat Bandar Sri Permaisuri, Tasik Puteri kalau tidak nun kat Rawang sana. Memang gempak semalam dan lebih gempak bila dapat pekena Sup Meletup... memori semalam tu tetap menjadi kenangan...

        Apa yang penting... KERJASAMA!
        Apa yang penting... KERJASAMA!

        Likes(0)Dislikes(0)
  2. razlan

    Hanya Juara Kump C dapat mengelak dari berjumpa dengan Selangor atau Negeri Sembilan pada suku akhir nanti.

    Jadi misi selasa ini di stadium Perak adalah untuk mengutip 3 mata penuh dengan kemenangan ke atas Johor FC.

    Jika seri, alamatnya berpeluang cerahlah untuk berjumpa dengan Gergasi Merah atau Skuad Si Rusa di suku akhir nanti dan malang sekali, mungkin tidak layak langsung sekiranya Kuala Muda Naza menang terhadap lawan mereka pada perlawanan akhir

    Team Suku Akhir:

    Johan A vs Johan E

    Johan B vs Naib Johan C2/D2/A2/E2

    Johan C vs Naib Johan D2/A2/E2/B2

    Johan D vs Naib Johan A2/E2/B2/C2

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. addy

    Salam,

    Saya melihat percaturan perlawanan semalam menentang KL kurang menjadi. Barisan tengah pincang dalam perlawanan tersebut. Skuad seladang mungkin tertekan atas faktor kemenangan 6-1 menentang UPB My Team selasa lalu.

    Tetapi pujian harus diberikan kepada skuad Perak kerana semangat mereka yang berkobar-kobar berjaya menjaringkan gol dalam 4 minit yang terakhir.

    Razali Umar Kandasamy ialah hero Perak pada malam itu. Beliau juga layak diberikan gelaran "The Tornado" seperti dalam artikel diatas. Ternyata larian kencangnya juga mengancam kubu pertahanan lawan.

    Saya mengharapkan Skuad Skor Yob Skor ini dapat bangkit semula untuk menumbang kan Johor FC di Stadium Ipoh selasa nanti. M.Karathu juga perlu membaiki kelemahan pasukan terutama pemain pertahanan yang kerap kali meninggalkan posisi.

    Setelah layak ke suku akhir, kami sebagai penyokong setia semestinya berasa bangga dengan Pahlawan Muda Perak yang belum ada pengalaman untuk Piala Malaysia.Saya percaya Perak akan menjadi Skuad yang mantap pada tahun hadapan.

    Skor Yob Skor,
    Kejor Yob Kejor.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. cikguazwan

    Keputusan malam tadi sedikit sebanyak memberi kesukaran kepada kita untuk layak. namun bagi teman, lebih baik seri daripada pulang tangan kosong. teman sudah dapat menyangka sekiranya KL dapat gol awal, maka kita pasti tertekan. dan kita hampir terperangkap.

    walau bagaimanapun, lupakan perlawanan yang lepas. fokus utama kita adalah pada selasa ini. pada pendapat teman, lawan UTAMA pemain-pemain kita selasa ini BUKANLAH pasukan Johor FC, tetapi lebih kepada melawan KETAHANAN MENTAL mereka. di sini barulah kita dapat lihat adakah pemain-pemain muda kita ini sudah cukup ampuh berhadapan situasi genting sebegini. penyokong sudah pasti mengharapkan sesuatu yang lebih daripada mereka.

    oleh itu, adakah pemain-pemain muda harapan kita ini mampu menangani tekanan ini? kita sama-sama tunggu dan lihat pada malam selasa kelak.

    SOKONG TETAP SOKONG !!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Kita dianggap menang sebelum bertanding jika menang melawan emosi sendiri. Saya sokong apa yang cikgu katakan tentang melawan ketahanan mental mereka sendiri.

      Likes(0)Dislikes(0)
  5. zizou85

    Salam semua, teman antara fans Perak yang hadir di stadium. Teman agak puas hati dengan kehadiran fans yang memang cukup bersemangat menaikkan semangat pemain. Ternyata pemain juga turut berasa terharu dan teruja dengan sokongan yang diberikan. Meskipun tiada paluan gendang semangat, sorakan serta laungan semangat sentiasa berkumandang.

    Teman ada bersembang dengan Mr. Karathu mengenai perlawanan tadi, beliau ada menyebut yang Razali Umar sudah 3 hari tidak hadir training kerana demam, dan tidak cergas sepenuhnya, tetapi tetap diturunkan kerana Perak tidak mempunyai pilihan striker yang lain. Dan dia juga tidak begitu berpuas hati dengan Saufi Saadi, pemain no 9, yang mempamerkan persembahan yang mengecewakan.

    Perak harus menang dengan Johor FC jika ingin beraksi dengan pasukan yang lebih lemah di saingan suku akhir. Teman juga mengandaikan jika kita menentang pasukan seperti Negeri Sembilan, Terengganu, Selangor dan Kelantan, ia akan menjadi satu saingan yang amat sukar bagi Perak

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Percaya atau tidak, Pemain-Pemain Perak perlukan KITA. Sesiapa yang ke Stadium Cheras pasti tau apa yang pemain-pemain buat setelah tamat perlawanan dengan KL tempohari.

      Dari situ menampakkan mereka teruja dengan sokongan menggila sehingga kan terciptanya gol penyamaan di saat akhir.

      (Soalan: Apa yang pemain-pemain buat selepas tamat perlawanan?)

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. chuck

        Ayuh en.Razali...berjuanglah untuk pertiwi dan bukanya untuk wang ringgut..

        Berangapan kita sebenarnya tengah berjuang untuk mempertahankan keluarga,bangsa dan agama dari diragut sewenang-wenangnya oleh JFC.

        Jangan sesekali kita mudah terlupa dan terlelap dalam tidur yang lena bahawasanya kita tak pernah melepaskan setitik maruah kita di aibkan oleh pihak lawan.

        Andai sekalipun kita gugur,biarla kita gugur syahid dan bermaruah!

        jangan dek kerana pihak ketiga maruah kita dijaja dan diperkatakan orang merata-rata.Untungnya tidaklah sebesar mana tapi maruah diri dan keluarga orang jaja dan perkatakan merata-rata.

        TAKBIR!!!

        Ingat satujer,takkan ada 2 pemenang dalam setiap pertandingan.Biarlah kita jadi antara yang terulung/unggul sekali..

        Likes(0)Dislikes(0)
      2. abgmie

        salam...Teman setuju benor dengan pendapat syidi...masa teman behenti makan di Rawang, kapten kita Nazri Kamal tu memang teruja dengan kehadiran kita semua...mana taknya teman sendiri dapat rasa macam ada satu aura bila team kita main di kawasan Lembah Klang...tapi ape pun teman minta maaf sebab balik awal hari tu...lagi pun teman nak hantar anak ke program soccer kid ahad pagi...memang ngantuk tapi best giler betul masa kat Cheras hari tu.

        Likes(0)Dislikes(0)
  6. sunrise

    salam.....

    Teman berbangga dengan skuad Perak kerana berjaya mencuri satu mata untuk dibawa pulang ke Ipoh.

    Walaupun skuad Perak mempamerkan mutu permainan yang dibawah tahap namun semangat juang yang ditampilkan beberapa pemain membuatkan pasukan Perak berjaya memperolehi gol disaat genting,dan jaringan tersebut kembali menyegarkan penyokong penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan bukan itu sahaja,malah lagu ipoh mari tatak sombong didendangkan oleh penyokong penyokong yang hadir.

    Diharapakan pemain pemain akan terus cemerlang dalam perlawanan akhir nanti di Ipoh agar dapat layakkan pasukan ke peringkat suku akhir Piala Malaysia musim 2009.Buktikan kepada yang mengkritik bahawa anda bukanlah pemain pemain yang mudah untuk dipandang rendah

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. azharz

    keputusan seri mengajak pasukan Perak bermain bersungguh sungguh di Ipoh nanti menentang Johor F.C untuk mencapai kemenangan di hadapan penyokong sendiri.
    Saya yakin Perak akan memenangi perlawanan itu...dan terus menjadi juara kumpulan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. phatly

    Salam semua,,

    Teman begitu cuak dengan perlawanan semalam yang membolehkan Kuala Lumpur dapat mencuri 3 mata penuh namun dengan pantas percaturan 4 minit terakhir tersebut dapatlah menyaksikan "The Tornado" kita ini menjaringkan gol.Kita patut berbangga dengan skuad muda kita ini kerana dapat menghasilkan gol walaupun disaat-saat yang genting.

    Macamana pun teman begitu seronok dengan bila dapat bertemu dengan geng2 SDN.

    Okeylah,semoga kita berjumpa ketika final nanti..

    Kalau main futsal dipadang,
    Jangan pakai but begerigi,
    Kalau ada umur yang panjang,
    Bolehlah kita berjumpa lagi.

    gelak gandaan 33...he33 ",

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. ihsan

    alhamdulillah, bersyukur kepada Allah, Perak berjaya pulang dari Cheras dengan memungut satu mata. .gol minit2 terakhir Razali menyelamatkan Perak. . . . sememangnya rekod Perak di Cheras memang agak kurang baik sejak dulu dan pasukan Kuala Lumpur memang liat buat Perak. .
    semoga misi Perak untuk melayakkan diri ke suku akhir Piala Malaysia akan tercapai.amin

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. zn kevin

    salam..

    satu je teman nak persoalkan,untuk coach M.Karathu tolong jawab kenapa dikeluarkan Arsyah Ayob pada minit ke 15? kesian teman tengok Arsyah tak keluar2 dari tempat bangku simpanan.

    barisan tengah langsung tak hidup semalam. A.Varathan terus-terusan menjadi pilihan coach, kenapa? permainan beliau teruk..kenapa tidak digantikan dengan Syazwan Roslan awal2?

    selasa ini tolong masukkan Wan Hossen untuk digandingkan bersama Nazri Kamal, gandingan mereka serasi. Razali dan Saufi harus digandingkan sebagai striker pada selasa nanti.

    buat Razali wa tabik sama lu..jumpa selasa nanti..idop YOB!!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Nasihat teman: jangan mencampuri urusan pasukan yob, nanti keluar akhbar kasitau ada pihak keempat pulak cuba mempengaruhi keputusan pasukan. Hahahahahaha

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. abgmie

        betul tu YB...teman bukan apa sekarang ni ada orang tengah mengikuti perkembangan dalam SDN ni...teman harap geng dalam SDN tumpukan perhatian memberi pandangan dan sokongan kepada team tanpa berbelah bagi....semoga kita berjaya menjadi juara Piala Malaysia tahun ni..teman tak melawak kalau tengok pada semangat sepasukan dan sokongan kita insyalah Perak mampu pergi lebih jauh.mana tahu tahun depan kita boleh jadi juara TREBLE...jangan terkejut

        Likes(0)Dislikes(0)
  11. abang_aguro

    adakah pasukan Perak masih tertekan dengan gangguan pihak ke3.? harap2 pengurusan dah mengambil tiindakan tegas,

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      macam mana pihak pengurusan nak mengambil tindakan tegas kalau dah dikhabarkan dalam akhbar picisan tu pihak tersebut lebih berkuasa dari pengurusan, tak gitu? kekekekeke

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. abang_aguro

        dalam paper tu takde pulak dicakap orang tu lebih berkuasa dalam pasukan, cuma dinyatakan yang orang tu mengganggu perjalanan pasukan dan membuatkan player-player Perak kurang selesa

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. YB

          Abih kalau dah takde kuasa besar dalam pasukan yang nak jadi isu kenapa? Sepatutnya dijelaskan bagaimana orang tersebut mengganggu pasukan. Dan yang paling penting kabor ajerlah nama siapa orang tu. Apa yang takut sangat macam buat salah?

          Pelik teman kes ni, so memandangkan takde bukti sesiapa pun terlibat maka teman tutup kes ni. Kita perlu tumpu pada perlawanan seterusnya dan bukan dok ulang-ulang cerita-cerita dari wartawan akhbar yang berpikiran sempit tu.

          ~CASE CLOSE~

          Likes(0)Dislikes(0)
  12. belanak

    Salam...

    Pertama sekali tahniah kerana dapat membawa pulang satu mata ke Ipoh. Walaupun pada suatu ketika perasaan cuak dan kekecewaan sudah ada namun demikian sinar harapan untuk kita masih belum pudar tatkala dengan kehadiran si "Tornado"! Segalanya berubah dan hati ini melonjak kegembiraan kerana selama ini kita memang kurang tuah apabila bertandang ke Stadium Cheras, namun badi itu telah dihapuskan sama sekali. Tahniah!

    Permainan seumpama "Yo-yo" serta seolah-olah kita bermain di atas padang futsal dengan memakai kasut "beroda" membuat persembahan pada malam Sabtu seperti di bawah tahap sebenar, mengapa? Ketinggalan satu 1 gol (gol penalti) tidak mematahkan semangat juang kita sepanjang perlawanan... Memang pada separuh masa pertama amat ketara bahawa mentaliti setiap pemain agak jatuh dan mungkin tersentak dengan jaringan awal tuan rumah, namun begitu berkat kesungguhan serta berjuang hingga ke wisel penamat amat dikagumi cuma perbaiki setiap kelemahan yang ada untuk tidak diulangi pada perlawanan yang akan datang (Selasa ini di Ipoh)....

    Tumpuan dalam perlawanan amat penting, jangan sesekali alpa serta melakukan kesilapan lebih-lebih lagi kesilapan di dalam kawasan petak D. Tatkala pengawalan bola di kawasan petak D sendiri haruslah ditekankan supaya jangan hilang fokus dan seandainya ia terjadi akan memakan diri sendiri, pihak lawan akan menghukun kita dengan jaringan (hanya kesalahan di kawan petak D sendiri - tidak fokus dan alpa)... Ingat! Jangan diulangi lagi kesilapan itu!

    Kawalan bola pada pemain tengah harus ditingkatkan dalam serta dapat memberikan gerakan-gerakan menarik serta membuka ruang serta peluang kepada penyerang untuk mencari gol untuk pasukan. Jika pemain tengah kreatif serta berjaya mengawal di bahagian tengah, insyaAllah penyerang kita tidak akan mensia-siakan atas bantuan yang diberikan dalam mencari gol.

    Sepakan percuma, ditekankan di sini supaya ada 2 atau 3 orang pemain yang mempunyai sentuhan berbisa dalam melaksanakan tugas ini kerana jika dibentuk dari awal, tidak mustahil kita akan peroleh gol-gol yang menarik sekiranya diberikan latihan yang lebih praktik. Sekiranya kita dapat melahirkan 2 atau 3 pemain untuk tugas ini, tidak mustahil pihak lawan akan merasa gusar dan akan lebih berhati-hati untuk tidak membuat kesilapan serta menjatuhkan pemain kita pada jarak yang bahaya (untuk menjaringkan gol).

    Penyerang kita memang dilihat pada malam sabtu lepas dikekang serta dikawal rapi oleh pihak lawan. Namun demikian bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagu nya! Inilah penyerang yang bakal menyinari pasukan kita dan tidak mustahil bakal penyerang kebangsaan sekiranya Razali Umar a.ka. "The Tornado" bijak serta kreatif dalam menghasilkan gol pada setiap perlawanan akan datang. Tahniah Razali Umar!

    Penjaga gol tidak dilupakan. Tahniah dan selamat maju jaya. Persembahan Megat Amir Faisal pada malam itu memang superb dan membanggakan. Pertahanan yang bersungguh membantu penjaga gol kita dan ada juga sekali sekala amat mencuakkan serta membimbangkan kita para penyokong. Ingat, jangan diualangi kesilapan itu yang akhirnya merugikan kita satu pasukan. Tumpuan dan fokus dalam mengawal keadaan serta tidak alpa.

    Tahniah buat semua di atas persembahan pada malam sabtu lepas dan pada perlawanan terakhir nanti, jangan disia-siakan peluang yang ada. Fokus serta jangan mudah panik. Mentaliti setiap pemain harus tinggi jangan mudah patah semangat, teruskan perjuangan hingga se wisel penamat!

    Di tengah padang nampak si Atan
    Entah lah anak siapa yang terlepas
    Main bola biarlah secara berpasukan
    Semoga kejayaan kita tidak akan terbabas

    Main bola dah pasti akan terasa dahaga
    Minum air kelapa di kedai Mat Tahir
    Berikan fokus serta tidak mudah alpa
    Hanya kemenangan penentu Ke Suku Akhir

    Balik ke Ipoh tumpang kereta Zainal
    Bukannye malas memandu kereta sendiri
    Para penyokong jangan lah emosional
    Kelak nanti akan memakan diri sendiri

    Pergi ke pasar tani membeli Ulam pegaga
    Tidak lupa juga beli cincin batu geliga
    Jumpa geng SDN memang seronok tidak terhingga
    Tak lupa kenangan terindah Sup Mangkuk Bertiga

    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Apa yang penting... KERJASAMA!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. zizou85

      Razali Umar adalah bakat terbaik Perak dan merupakan penyerang muda di Liga M yang amat digeruni, terutama dari aspek kekuatan dan kepantasannya. Bagi teman, selain Indra Putra, Razali Umar mempunyai corak permainan yang lebih menghiburkan berbanding bekas goal-machine kita, Khalid Jamlus, yang mempunyai finisher yang lebih tajam, tetapi dari aspek kepantasan, jauh ketinggalan dengan Razali Umar.

      Razali Umar mempunyai corak permainan bola sepak moden yang sentiasa laju dan fit.

      Likes(0)Dislikes(0)
        1. syidi

          Hebat ke Fakri tu? Teman tak nampak apa yang special tentang dia. Kalau betul-betul bagus mesti dia akan 'meletup-letup' di Utara nun..

          Likes(0)Dislikes(0)
        2. zizou85

          Fakri? barape biji dia sumbat untuk Perlis tahun ni, tapi kalu dia ada, teman pasti deme boleh berganding dengan lebih baik. dua-dua berdesup...tapi Fakri sejak semenjak, dah drop...

          dengan dengor myteam udah nak bubar, Perak elok benor, pancing Norsharul Idlan Tahala tu, lagi sorang, striker Pahang yg berdesup main striker tu...lupe nama die...lagi pun Pahang main 2nd divisyen tahun depan..

          kite drop je striker no 9

          Likes(0)Dislikes(0)
        3. syidi

          Ada pro dan Kontra nya Fakri ke Perlis. Yang baiknya, dia dapat mengembangkan pengalaman beraksi di tempat orang. Tapi, kalau dia tak ke Perlis conform dia jadi penggempur utama Perak 2009 bersama Razali.

          Masalah apabila dia ke pasukan baru, ambil masa untuk sesuaikan diri. Jika dia tak ke Perlis, dia hanya perlu sesuaikan diri dengan M Karathu je. Tentang keserasian antara pemain, dah tentu, majoriti semua pemain Perak adalah set Fakri masa Piala Presiden.

          zizou ni kenal tak 'no.9' tu? Apa kelebihan dia? Tapi di akui, Saufi kurang menyerlah dan prestasi naik turun teruk sangat. Masa friendly dulu, memang nampak menyerlah jugak, tapi sekarang Saufi kena bermain dengan lebih baik dan menjadi gandingan yang baik untuk Razali

          Likes(0)Dislikes(0)
        4. chuck

          Buruk-buruk Fakri tu,dia tetap anak jati negeri Perak.
          Buruk-buruk anak jati negeri Perak adalah antara yang terbaik dalam Malaysia...

          Likes(0)Dislikes(0)
        5. zizou85

          Apakah mungkin Fakri kembali bersama Perak untuk tahun 2010? sama-sama lah kite nantikan..

          Sebenarnya teman percaya yang Perak sentiasa mempunyai pemain yang mampu digilap potensi untuk menyarung jersi Perak. Malah terdapat 2 pemain Perak di dalam skuad Harimau Muda..

          Teman agak kecewa dengan kenyataan Shebbi yang tidak yakin dengan pasukan muda Perak untuk beraksi di suku akhir serta memberi gambaran bahawa Perak bukanlah pasukan yang mempunyai peminat bola sepak yang ramai seperti Perlis dan Kedah.

          Tidakkah beliau mengetahui bahawa Perak mempunyai kelab penyokong yang pernah menggondol anugerah kelab penyokong terbaik berturut-turut untuk tahun 2007-2008 hasil penelitian oleh FAM itu sendiri.

          Ayuh kita penuhi stadium esok ketika menentang Johor FC. teman juga yakin sekiranya kita layak ke suku akhir, pasti stadium akan dibanjiri oleh peminat setia Perak.

          Likes(0)Dislikes(0)
        6. YB

          Biarlah si Shebbi tu dengan labu-labunya. Kita tak perlu memeningkan kepala nak fikir apa ulasan dia. Bukan dengan ulasan dia boleh menentukan arah tuju pasukan Perak.

          Yang utama pemain Perak sendiri perlu berusaha untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya tanpa mengharapkan ehsan keputusan perlawanan lain.

          Likes(0)Dislikes(0)
    2. satorare

      Salam...

      Kalau Shebby nak tegur anak muda Perak ini, mungkin teman boleh terima. Kita akui mereka memang masih muda, namun kami penyokong Perak tetap berdiri teguh di belakang mereka dan akan terus memberi sokongan 200% kepada pasukan Perak...

      Tapi...
      Kalau Shebby tegur penyokong Perak tidak seperti penyokong Kedah dan Perlis ini adalah satu kesilapan. Agaknya Shebby baru mengikuti perkembangan bola sepak Malaysia semenjak menjadi jurulatih sementara untuk program realiti bolasepak dahulu. Kami penyokong Perak bukanlah bersama dengan pasukan Perak ketika di puncak kejayaan sahaja, malah ketika Perak sedang menghadapi masalah kami tetap berada di belakang pasukan Perak. Stadium Darul Aman baru dipenuhi kerana mereka baru sahaja berada di puncak kejayaan. Cuba lihat sekarang. Adakah situasi sama seperti dahulu?

      Tengok guna mata..
      Bukan guna lutut..

      Likes(0)Dislikes(0)
  13. amirfsl

    nice Perak!walaupun gagal memungut mata penuh,tetapi membawa pulang satu mata dari gelanggang lawan memang sesuatu yang baik,,diharapkan Perak mengamok lagi di Ipoh untuk perlawanan dengan Johor FC nanti!teruskan Yop!

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. syidi

    Salam..

    Pertama sekali tahniah sebab dapat mata walaupun hanya satu mata. Secara keseluruhannya permainan bukanlah yang terbaik. Usaha keras setiap pemain terserlah terutama diakhir-akhir perlawanan.

    Ternyata kubu pertahanan Perak agak kebal sebenarnya. Cuma nasib je KL dapat sepakan penalti. Tapi diingatkan barisan pertahanan agar sekat gerakan lawan dari awal dan jangan tunggu sampai kotak 'D' cukup merbahaya.

    Mutu pengadilan malam tu memang menyakitkan anak tekak dan menyakitkan hati. Saya ingin bertanya kepada sesiapa yang pakar dalam pengadilan bolasepak (FIFA), Dalam padang ketika perlawanan siapa Ketua Pengadil dan apa kuasa yang termaktub/ mandatori yang beliau ada? Adakah gol jaringan sendiri boleh dibatalkan kerana 'Offside'? Diulangi, jaringan sendiri, bersaksikan ribuan penyokong Perak.

    Seperkara lagi pengadil dilihat kurang keyakinan diri dan teragak-agak untuk buat keputusan, ada beberapa ketika pengadil seolah-olah 'confuse' dan nampak kelam kabut untuk buat keputusan. Dalam keadaan sebegini sepatutnya dia perlulah berbincang dengan pembantunya untuk selesaikan sesuatu yang 'confuse' bagi mengelakkan keputusan yang salah.

    Mutu pengadilan yang 'hampeh' sekaligus meninggalkan kesan yang buruk terhadap psikologi pemain-pemain. Memang dari segi zahirnya kita tak nampak. Hanya yang terkena yang akan terasa kesannya.

    Apa-apa pun Tahniah dan buat yang terbaik nanti di Ipoh.

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. pachenko

    Pengadil kena sekolah balik la aku rasa..
    Gol sendiri dgn gol yang dijaringkan oleh lawan pun dia tak dapat nak bezakan.. poorraahh...

    Likes(0)Dislikes(0)
  16. gerak_khas_09

    Assalamualaikum......

    Tahniah kepada semua penyokong penyokong yang hadir memberi semangat yang jitu kepada pemain pemain muda Pasukan Perak.....

    Saya agak kecewa kerana tidak dapat turut bersama rakan-rakan di sana kerana sibuk dengan urusan kerja,cuma teman mendapat info daripada rakan-rakan.

    Seperti yang saya baca dari komen komen di atas kebanyakannya ramai yang terlalu marah dengan keputusan-keputusan yang dilakukan oleh pihak pengadilan, ini sudah lumrah dari dulu sehingga sekarang ianya sukar untuk diubah selagi masih ada yang bekerja tidak seikhlas dihati.

    Apa yang ingin cadangkan,diharap Pihak Pengurusan PAFA dapat membuat surat bantahan secara rasmi kepada pihak yang berwajb demi mendapat pengadilan yang sewajarnya. Seperti yang telah dinyatakan oleh Raja Ahmad dalam sidang akhbar hanya sebuah pasukan sahaja yang menghantar bantahan secara rasmi kepada mereka,walhal pasukan yang lain tidak bertindak cara begitu.

    Likes(0)Dislikes(0)
  17. chuck

    Salam..

    Teman no komen!
    Apa yang teman sedia maklum refree ni cuma ade masa dalam 10second to make decision.

    Kadangtu dia boleh mngenalpasti kesalahan tapi kadang tu dia tersilap menghukum.

    Apalah daya dia cuma insan lemah seperti kita gak.Dia bukanya super natural.

    So,kesimpulanya ade baiknya juga cadangan untuk membuat follow up kepada pihak berwajip dipandang serius.

    Persoalanya disini ialah,mampukah keputusan tersebut berubah?

    Sendiri pikirla yer..

    Salam...

    Likes(0)Dislikes(0)
  18. san

    salam, apapun tahniah kepada Razali Umar yang jadi tornado pada malam itu, bila san tengok balik ulang tayang gol tersebut, san tergelak sendirian melihat penjaga gol Kuala Lumpur mengangkat tangan seperti menyerah kalah.

    go PERAK!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.