TM Piala Malaysia – Kumpulan C – Johor FC Vs Perak (review)

TM Piala Malaysia

Sabtu 3 Oktober 2009
Stadium Jcorp, Pasir Gudang
8:45PM

Episod duka tewas kepada Kuala Lumpur di Ipoh tidak seharusnya menjadi halangan buat skuad seladang mencatatkan kejayaan pada perlawanan ketiga kempen TM Piala Malaysia 2009 menentang pasukan kelab ,Johor FC di Pasir Gudang.

Perak pada perlawanan pertama liga super yang disiarkan secara langsung di RTM 1 berjaya menundukkan pasukan lawan di Stadium Jcorp dengan jaringan tunggal Razali Umar Kandasamy namun tewas 0 – 3 ketika beraksi di Ipoh pada perlawanan kedua.

Mendahului kumpulan C setakat ini, skuad kendalian Ramlan Rashid ini telah meraih 6 mata dari 2 perlawanan selepas menewaskan pasukan Kuala Lumpur di Cheras dan terbaru membenam pasukan My Team di gelanggang sendiri dengan jaringan 4 – 1.

Seramai 18 pemain dijangka akan dibawa dari Ipoh seawal pagi Jumaat ini ke Pasir Gudang untuk menoktahkan kemenangan Johor FC. Dengan bilangan pemain yang terhad, Perak dijangka tidak membuat banyak perubahan di dalam kesebelasan utamanya.

Namun kekalahan tempohari kepada pasukan Kuala Lumpur mungkin telah memberikan satu inspirasi kepada barisan panel kejurulatihan serta pihak pengurusan Perak untuk menghalusi “masalah dalaman” yang mungkin berlaku.

Walau apapun masalah yang melanda kem pasukan Perak ketika ini para peminat di luar sana tetap mengharapkan semoga kejayaan meraih mata penuh berjaya dibawa pulang ke Ipoh jika ingin terus bersaing dalam kempen Piala Malaysia 2009.

Kesebelasan Kemungkinan:

Megat Amir Faisal (PG)
K. Puvinderan
Hafiszuan
Nor Hazrul
A. Varathan
Mohd Nazri Kamal (K)
Azrul Hazran
Isma Aliff
Khairul Izzat (B20)
Khalis Ibrahim
Razali Umar

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

9 thoughts on “TM Piala Malaysia – Kumpulan C – Johor FC Vs Perak (review)

  1. taufiq

    Salam...

    Pada perlawanan kali ini, teman mengharapkan kejayaan dalam meraih mata kedua selepas kita tewas kepada pasukan Kuala Lumpur tempohari. Lupakan kekalahan yang lepas.

    kita mampu melakukan yang terbaik..

    Skor Yob Skor...

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. belanak

    Salam.....

    Lama betul teman tidak memberi ulasan... hanya membaca komen kalian dan kini hati teman tergerak untuk membuat ulasan semula....

    Sebelum itu, salam aidilfitri buat kalian semua, maaf zahir dan batin.... kita masih di bulan Syawal yang mulia....

    Teman ke Stadium MBPJ untuk game yang pertama dan terus mengikuti perkembangan team Perak sehingga ke hari ini... pada teman masalah dalaman tidak seharusnya dibawa ke perlawanan dan sebagai seorang yang profesional, selagi anda selaku "pemain" Perak, anda tidak seharusnya bermain sambil lewa atau pun hanya melepaskan batuk di tangga...

    Teman tidak faham apa lagi yang "mereka" mahu kan... tepuk dada tanya lah hati... anda di Perak sebagai pemain dan anda dibayar gaji untuk berjuang bersama di dalam kancah Piala Malaysia... kerja yang tidak ikhlas tidak akan berkat apa yang diperolehi (gaji)... sedarlah!

    Ayuh... bermain lah dengan hati yang tenang dan cekal... tawakkal serta kesungguhan setiap pemain amat ditagihi... semoga kalian akan memperoleh kemenangan pada game akan datang... selamat berjuang demi keikhlasan dan martabat maruah Kejor Yob Kejor..

    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Apa yang penting... KERJASAMA!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. sunrise

    salam...

    Diharapkan Perlawanan Kali Ini Pemain Pemain Tidak Akan Mengulangi Kesilapan Seperti Bertemu Dengan Pasukan Kuala Lumpur Tempoh Hari.Seandainya Ianya Berulang Kembali Maka 3 Mata Yang Dicari Akan Berkubur Sahaja. Kepada K Puvindran Dan Varathan Diharapkan Tidak Terlalu kerap Meninggalkan Posisi Kerana Ianya Akan Membawa Padah Kepada Pasukan. Kepada Hafiszuan Pula Jangan cepat Meradang Apabila Rakan Pasukan melakukan Kesilapan Kerana Padah Itu Akan Menimpa Diri Anda Sendiri.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. syidi

    Salam.

    Kita sedia maklum, Johor FC bukanlah pasukan Yo-Yo yang konsisten, bahkan mereka memang mempunyai kelas yang tersendiri tapi kita pun tidak kurang hebatnya untuk mengekang prestasi baik mereka.

    Rekod yang lepas menunjukkan mereka menganggap kita sebagai 'badi' kepada mereka.

    Oleh yang demikian, 3 mata sudah hampir pasti, tinggal lagi untuk dizahirkan di Stadium JCorp nanti.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. satorare

    Salam...
    Teman berpeluang pergi ke stadium tempohari. Memang amat mengecewakan melihat permainan Perak. Seolah-olah baru belajar bermain bola. Perkara asas bola sepak pun tidak dapat dilakukan dengan betul seperti tahan bola dengan betul, passing dan sebagainya. Situasi ini nyata mendatangkan kemarahan kepada penyokong Perak yang datang dengan harapan menggunung untuk melihat Perak mengutip 3 mata penuh berdasarkan kemenangan sebelum ini.

    Akibatnya pemain-pemain Perak dimaki, dicaci dan dihina kerana dilihat bermain seperti sambil lewa. Begitu juga dengan jurulatih Perak. Turut menerima nasib yang sama. Stadium Perak yang suatu ketika dahulunya sentiasa penuh kini mulai lengang. Hanya ada segelintir penyokong yang datang namun kecewa dengan persembahan Perak. Agaknya bilakah teman berpeluang melihat "Ombak" penyokong Perak di stadium keramat ini. Disini ingin teman lontarkan kepada sahabat-sahabat semua, apakah masalah sebenar pasukan Perak?

    1. Adakah masih wujud masalah pengurusan dalam pemberian gaji pemain? Sekiranya masalah ini masih wujud, ianya amat berbahaya. Hal ini demikian kerana pemain-pemain tidak mempunyai punca pendapatan yang lain selain bermain bolasepak. Jika mereka tidak dibayar gaji, bagaimanakah mereka mahu bermain bersungguh-sungguh?

    2. Masalah jurulatih yang tidak bagus. Benarkah penyataan ini. Sedangkan kita semua akui M.Karuthu bukanlah baru setahun jagung pernah memegang jawatan ini. Dia pernah menjadi jurulatih untuk Negeri Sembilan dan juga kelab di Indonesia(kalau tak salah saya). Jadi mengapakah dia tidak dapat menjalankan tugas sebagai jurulatih di Perak dengan baik.

    3. Pemain Perak yang terlalu muda dan tidak ada pengalaman. Kalau melihat daripada senarai pemain Perak yang ada, rata-rata mereka adalah berusia bawah 24 tahun. Adakah mereka tidak berupaya untuk bersaing dengan pemain-pemain yang lebih senior di peringkat liga super?

    Amat sedih sebenarnya melihat pasukan Perak yang semakin terumbang-ambing. Apa yang menakutkan saya apabila pasukan Perak jatuh ke liga Perdana. Belum pernah lagi dalam sejarah bola sepak, Perak jatuh ke devisyen yang lebih bawah. Namun apa yang mampu saya lakukan sekarang adalah berdoa. Ingatlah semua. Perak sebenarnya adalah "kilang bolasepak". Kita pernah menghasilkan pemain-pemain yang ternama seperti Indra Putra Mahyudin, Khalid Jamlus, V Saravanan, Chan Wing Hoong, R Surendran dan ramai lagi. Namun dimanakah mereka semua ini? Dan mengapakah mereka tidak bermain dengan pasukan Perak lagi?

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB Post author

      Kalau ramai orang posting macam mike ni yob memang bolasepak Perak boleh maju sebab pertanyaan pun bagus siap ada huraian sekali.

      Mari teman tolong jawabkan bagi pihak mike:

      1) Setakat sampai hari ni setahu teman gaji, KWSP termasuk income tax dan lain-lain kebajikan pemain yang sepatutnya memang berbayar tapi ada juga berlaku gaji terlambat beberapa hari. Tapi belum pernah tak berbayar pulak walaupun ada yang terlambat.

      2) Standard yang Coach kita letak untuk pemain-pemain ni memang tinggi tapi masalahnya pemain kita pun ramai yang manja sangat, traning sendiri jangan harap le, yang berbakat dan bagus main pulak ada masalah displin, itu belum masuk masalah MAKAN RASUAH, jadi salah COACH ke?

      3) Baru tadi teman habiskan masa berborak dengan Coach antara lain ialah soalan yang mirip soalan mike ni. Pemain muda kita kurang pendedahan, sebabnya coach hebat tahun lepas lebih suka guna player yang dah senior, player muda ni masuk pun buat syarat je. Ada antara player muda Perak ni bagus dan ada masa depan cuma masalah utama deme ni malas dan takde inisiatif membuat latihan tambahan untuk majukan diri. Majoriti macam paku dengan penukul, dah bersuruh baru nak buat kalau tak suruh traning takdelah nak buat. Deme lupa ke traning tu untuk kebaikkan deme jugak, bukan untuk Karathu. Kalau fitness bagus pun player tu sendiri, nak maju pun player tuh sendiri, nak jadi tumpuan sebab hebat pun player tuh sendiri, Coach takde apa dapat pun. Jadi kome semua pikir le sendiri, malas teman nak bebel.

      Manusia kalau dah rasa selesa dan senang cukup bulan cucuk kat mesin ATM dapat duit ginilah jadinya. Deme tak ingat pemegang Diploma, Degree, Master & PHD kat luar sana tuh bermati-mati belajar walhal gaji baru berapa sen je. Ada player yang SRP pun jahanam tapi gaji sebulan ribu-ribu siap glamer lagi masuk TV kalau ada game live, masuk akhbar dan silap haribulan wakil Malaysia. Boleh ke bolasepak Malaysia ni maju? coach ke salah jugak? tukarlah coach dari LANGIT pun takde majunya kalau mentaliti pemain macam ni. Kirim salammmmm....

      Likes(0)Dislikes(0)
  6. danie

    salam,
    Teman nak mohon maaf atas kata-kata teman. Teman sekadar memberi pendapat ,. teman harap malam besok team perak akan berjaya mengutip 3 mata penuh...
    semoga team Perak dapat menunjukkan prestasi yang baik insyallah.... selamat berjuang.......

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. Yashurr Yazurry

    Salam..

    Buat pasukan seladang kesayangan kita,
    ayuh bangun! kita bangkit malam ini...
    Lupakan kegagalan kita tempohari.....

    Ingat!!
    Istilah 'Champion' bukannya berapa kali kita 'tumbuk' pihak lawan..
    Tetapi berapa kali kita 'Bangun' dari jatuh dan 'move forward'..
    Itu adalah Juara sebenar....

    Kalian semua sedar sejauh mana kemampuan kalian,
    Dan kalian tahu bagaimana untuk menang...
    Tetapi Ingat...!!
    'Know what to do is not enough, Do what you know!!'

    Ubah sikap kalian, mentaliti kalian juga perlu ubah...
    Tanamkan dalam diri anda dengan KEPERCAYAAN terhadap
    kekuatan pasukan...

    Ketahuilah wahai pejuang bolasepak seladang....
    Ubah KEPERCAYAAN akan berubahnya PERILAKU, Ubah PERILAKU akan berubahnya NATIJAH...!!

    Ayuh!! Kita amuk malam ini...!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.