TM Piala Malaysia – Kumpulan C – Johor FC Vs Perak (result)

TM Piala Malaysia

Sabtu 3 Oktober 2009
Stadium Jcorp, Pasir Gudang
8:45PM

Johor FC 0 – 2 Perak

Hujan renyai-renyai yang turun membasahi Pasir Gudang sejak dari petang telah membawa seribu rahmat apabila sang seladang berjaya menundukkan pendahulu kumpulan C, Johor FC dengan jaringan 0 – 2 pada perlawanan ketiga TM Piala Malaysia 2009 malam tadi.

Dengan kemenangan ini pasukan Perak telah berkongsi 6 mata sama seperti pasukan Johor FC namun menduduki tangga kedua kumpulan C berdasarkan perbezaan jaringan gol.

Perak yang membuat sepak mula telah mengejutkan pasukan tuan rumah dengan serangan pantas seawal minit kedua permainan namun percubaan Nazri Kamal tersasar.

Permainan pada 15 minit pertama seimbang antara kedua pasukan namun nasib menyebelahi Perak apabila pada minit ke 19, Razali Umar meledakkan gol pertama setelah menghukum kesilapan pertahanan Johor FC ketika penjaga gol G. Jeevanantham telah pun tertewas.

Selepas jaringan pendahuluan Perak itu, pasukan Johor FC terus menguasai hampir keseluruhan barisan tengah padang dengan melancarkan serangan demi serangan tanpa henti menerusi larian pantas Nurul Azwan Roya dan Eddy Helmi Manan.

Berpunca dari bola yang terkena tangan M. Sivakumar, Perak dihadiahkan sepakan percuma 25 meter dari kotak penalti lawan dan hasilnya bola berjaya menerjah jaring pada minit ke 43 hasil sepakan Noor Hazrul untuk Perak mendahului Johor FC 2 gol tanpa balas.

Selepas dari gol tersebut Johor FC berterusan menyerang Perak bertalu-talu namun barisan pemain Perak berjaya bertahan sambil faktor nasib turut memainkan peranan penting di sini kerana banyak peluang yang diperolehi pasukan lawan gagal diterjemahkan menjadi gol.

Perak sepatutnya mampu memenangi perlawanan ini dengan jaringan sekurang-kurangnya 4 atau 5 gol jika tidak kerana kegopohan barisan serangan yang diterajui oleh Razali Umar.

Keputusan muktamad Perak berjaya mencatatkan kemenangan 0 – 2 di Pasir Gudang menewaskan Johor FC untuk mencerahkan peluang layak ke peringkat seterusnya.

Kesebelasan Utama:

Megat Amir Faisal (PG)
K. Puvinderan
Hafiszuan
Nor Hazrul
A. Varathan
Mohd Nazri Kamal (K)
Azrul Hazran – 2
Arsyah Ayob – 3
Isma Alif
Khalis Ibrahim (B20) – 1
Razali Umar

Pertukaran:

Khairul Izzat – 1
Shafuan Adli – 2
Syazwan Roslan – 3

Keputusan Perlawanan Lain 3 Oktober 2009:

Kumpulan A

Perlis 1 – 2 Plus FC
Melaka 3 – 3 Pahang

Kumpulan B

Terengganu 0 – 1 Negeri Sembilan
Sarawak 1 – 4 Johor

Kumpulan C

Kuala Lumpur 0 – 0 My Team

Kumpulan D

Sabah 2 – 0 PDRM

Kumpulan E

ATM 1 – 2 Kelantan
Kedah 0 – 1 Pulau Pinang

Likes(0)Dislikes(0)

11 thoughts on “TM Piala Malaysia – Kumpulan C – Johor FC Vs Perak (result)

  1. satorare

    Salam..
    Tahniah diucapkan kepada pasukan Perak kerana berjaya mengutip 3 mata penuh di gelanggang lawan. Sebenarnya keputusan ini tentulah memeranjatkan sebahagian besar penyokong Perak terutamanya mereka yang hadir menyaksikan kekalahan Perak tempohari ketika menentang Kuala Lumpur. Teman langsung tidak menjangkakan Perak akan mengutip 3 mata penuh menentang Johor Fc. Sebaliknya berdoa agar Perak tidak kalah dengan jaringan besar. Namun bola itu bulat. Mungkin kemenangan pada malam ini adalah nasib berdasarkan makluman dari pihak admin. Ataupun kesungguhan yang mula ditunjukkan oleh anak muda Perak. Apa pun, pada teman masih banyak yang perlu diperbaiki oleh anak muda Perak ini. Perjalanan masih jauh.

    *Apa telah terjadi kepada pasukan Kedah. Mengalami kekalahan di gelanggang sendiri. Bukankah pasukan ini satu ketika dahulu cukup kuat walaupun banyak pemain muda dalam pasukan mereka...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Hidup ni umpama roda, ada masa naik ada masa turun. Mungkin itu yang terjadi pada pasukan Kedah. Mungkin tak lama lagi peluang kita pulak naik, siapa tahu?

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. razlan

    salam,

    dengan keputusan semalam, terbuka semula peluang Perak untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati.

    pada posisi sekarang, Perak boleh layak sebab Perak antara tiga pasukan runner-up yg terbaik. namun, pada pendapat teman, Perak mesti layak sebagai juara kumpulan c.

    adakah kita boleh lakukannya? buktinya adalah semalam (semasa menumpaskan Johor FC di Pasir Gudang), terpulang kepada anda pemain2 untuk merialisasikan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi

    Salam..

    Sememangnya sudah dijangka. Perak memang cukup 'significant' buat Johor FC. Sama seperti sebelum ini, mereka tunduk kepada Perak digelanggang sendiri.

    Tahniah, dan saya tidaklah begitu gembira kerana memikirkan masa depan, apakah 'langit selalunya cerah sebegini?'.

    Anda yang menentukannya, kami ni cuma bagi sokongan yang tidak berbelah bahagi.

    Oleh yang demikian, tepuk dada tanya selera, 'mainlah dengan baik, jangan main-main masa main'. HIDUP PERAK!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. cikguazwan

      salam...

      Kalau diikutkan perkhabaran sebenar, 2 perlawanan yang pasukan kita telah menang dikatakan bergantung kepada faktor nasib semata-mata. permainan yang ditunjukkan terlalu jauh berbeza sekurang-kurangnya untuk menyamai corak permainan awal musim lepas. tapi bagi teman, itu semua tak penting, yang penting 3 mata.

      Sebagaimana saudara syidi dan rakan-rakan lain, teman turut sentiasa memberi sokongan padu kepada pasukan kesayangan ni. namun, teman agak kecewa dengan taktikal yang diterapkan Karathu. teman saksi sendiri 'game' dengan Kuala Lumpur, mengucap panjang....terlalu teruk....sampai ke tahap nak hantar bola kepada kawan jarak 'sedepa' pun sangkut...di sini teman nak bagi contoh;

      1- kita lawan pasukan yang main 10 orang, tapi kenapa Karathu main taktik hantaran jauh? mana kawalan tengah? apa fungsi 4-5 orang pemain tengah yang kita ada tu? yang teman tengok dari bek terus lambung ke depan, harap Razali kejar, bola terlepas untuk disambar. apa benda main macam ni?

      2- yang lebih menyakitkan hati, bila menyerang, kita boleh tengok 2-3 orang pemain kita akan duduk 1 'line' di bahagian depan. tiada seorang pun yang keluar minta bola, tiada 'overlapping' yang dibuat. kita buang bola sedangkan kita lawan pasukan 10 orang.sudahnya sia-sia serangan sebab kawan mati kutu nak tolak ke mana.

      Dua komen di atas tu hanya secebis daripada timbunan kelemahan yang pemain kita buat. tolong pasukan kejurulatihan, takkan tak nampak benda-benda basic dalam bolasepak ni....

      Likes(0)Dislikes(0)
  4. pachenko

    "MyTeam vs Perak- Menang
    Perak vs Kuala Lumpur- Kalah
    Johor FC vs Perak- Menang
    Perak vs MyTeam- Kalah
    Kuala Lumpur vs Perak- Menang
    Perak vs Johor FC- Kalah".

    Kemungkinan besar keputusan team Perak adalah seperti berikut hehe..

    Boleh menang bila main diluar Perak tapi kalah digelanggang sendiri...

    Likes(0)Dislikes(0)
      1. YB

        Mental budak-budak kita ni lemah pada teman, main kat HOME susah nak menang sebab ada pengaruh penonton yang cukup gemar nak maki hamun pemain. Benda ni teman dah perhati lama dah, belum lagi kawan tu masuk pun dah bertambun deme maki.

        Tapi kalau kita kaji balik kenapa penonton maki tu tentu ada sebabnya. Antara penyebab utama ialah pemain tu sendiri pun kalau dibagi peluang main cam hampeh. Tak bagi peluang kate coach macam-macam pulak.

        So apa pendapat kome?

        Masalah pemain ke?, masalah coach ke? atau masalah penyokong yang asyik nak maki hamun?

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. syidi

          Bukan ape YB, maki memaki ni dah satu hal. Tapi sepatutnya penyokong kena fikir baik buruknya. Kalau dari segi psikologi memang ada kesan pada pemain.

          Jadi, penyokong janganla maki sangat sampai tahap boleh memalukan pemain. Biarla bertempat yob. Saya pernah dengar sendiri penyokong kita belum mula game lagi dah kata putus harapan lepas tu maki pemain.

          Kadang-kadang meluat jugak dengan pemain-pemain ni sebab suka sangat buat kesilapan bodoh. Walhal tu basic skill dalam bolasepak. Penyokong perlu positif bantu pemain naikkan moral.

          Likes(0)Dislikes(0)
    1. cikguazwan

      Tak tau nak cakap macam mana prestasi Perak ni, apabila menang, semangat nak tengok di stadium tu membuak-buak harapkan adalah perubahan. tapi bila pergi, apa yang ditunjukkan membuatkan teman merasakan lebih banyak benda yang tambah merugikan daripada melihat permainan tahap budak sekolah. sampai ke satu tahap teman terfikir, kalau macam inilah permainannya, teman rasa kita yang main kampung ni pun boleh main sekali.

      penyokong Perak memang lantang. memang kadang-kadang agak terlampau kata-kata makian yang diberikan. namun harus diingat, pemain kita terlalu mentah. tak boleh disamakan dengan pemain-pemain profesional yang pernah kita ada. memang tak salah mengkritik, namun perlu lebih banyak memberi dorongan. seperti di luar negara, kenapa pemain mudanya boleh cepat naik? sebab faktor sokongan para penyokong. mereka memberi tepukan apabila ada 'effort' yang ditunjukkan oleh pemain-pemain muda ini. kita boleh lihat bagaimana perkembangan pemain seperti Federicho Macheda (ManUtd), Ngog (Liverpool), Ramsey (Arsenal) dan yang lain.

      tapi bagi teman, masalah utamanya pasukan kita ni adalah taktikal permainannya. selagi Karathu tak ubah taktik hantaran jauh tu, selagi itulah kita tak boleh pergi ke mana. terus terang teman katakan, teman AMAT BOSAN melihat corak permainan sebegini. kita ada pemain tengah, gunakan. cari ruang, tolak. jangan senang-senang bagi lawan bola. ni benda basic Karathu oii + pemain, takkan la teman yang tak berapa pro ni nak ajarkan lagi. teman tak kisah kalau kalah tapi main melawan dengan corak yang menghiburkan, jangan kalah macam main dengan Kuala Lumpur hari tu. SAKIT HATI YOB!

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.