
Selasa 20 Oktober 2009
Keputusan Muktamad:
Plus FC 1 - 1 Kelantan
Johor FC 1 - 2 Perlis
Selangor 1 - 1 Terengganu
Negeri Sembilan 2 - 0 Kuala Muda Naza… Continue reading

Selasa 13 Oktober 2009
Stadium Perak
8:45PM
Perak 1 - 1 Johor FC
Impian skuad Perak untuk beraksi pada saingan suku akhir TM Piala Malaysia 2009 lebur malam tadi apabila sekadar mencatatkan keputusan seri menentang pasukan Johor FC di Ipoh dengan barisan pemain Perak mensia-siakan deretan peluang yang terhidang.
Untuk menambahkan duka pada kem pasukan Perak, skuad Selangor yang juga juara Piala FA dan Liga Super 2009 secara tiba-tiba tumbang 2 - 3 kepada pasukan Kuala Muda Naza pada baki 10 minit terakhir permainan walaupun mendahului lawan dengan jaringan 2 - 1.
Jika pasukan Selangor berjaya untuk sekurang-kurangnya mencatatkan keputusan seri menentang Kuala Muda Naza, tempat pasukan Perak untuk mara ke suku akhir sudah terjamin berdasarkan kepada kelebihan mata yang dipungut Perak sebelum ini.
Namun inilah hakikat bolasepak yang… Continue reading

Selasa 13 Oktober 2009
Stadium Perak
8:45PM
Perlawanan terakhir Perak menentang Johor FC pada kempen TM Piala Malaysia 2009 untuk kumpulan C bolehlah dianggap sebagai perhitungan hidup dan mati kerana mereka perlu untuk mencatatkan kemenangan bagi melayakkan diri ke peringkat suku akhir.
Pasukan Johor FC yang mendahului kumpulan C dengan 12 mata hanya perlu mencatatkan keputusan seri untuk layak ke peringkat seterusnya manakala pasukan Perak pula terpaksa menunggu keputusan lain-lain venue sebelum mampu mengesahkan tempat ke suku akhir.
Sewajarnya Perak perlu berusaha sendiri tanpa mengharapkan ehsan keputusan pasukan lain bagi menempatkan diri ke peringkat suku akhir pertama yang akan bermula pada 20 Oktober 2009 manakala pusingan kedua suku akhir pula pada 24 Oktober 2009.
Penjaring terbanyak Perak, Razali Umar pasti menjadi sandaran utama M. Karuthu untuk mendapatkan 3… Continue reading

Sabtu 10 Oktober 2009
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras
8:45PM
Kuala Lumpur 1 - 1 Perak
Razali Umar aka “The Tornado” sekali lagi menjadi penyelamat pasukan seladang apabila gol penyamaan pada lewat permainan menyelamatkan pasukan Perak dari tewas sekali lagi kepada Kuala Lumpur pada perlawanan kelima TM Piala Malaysia 2009 malam tadi.
Beliau sememangnya layak mendapat gelaran tersebut kerana setiap kali mendapat bola ketika menyerang, sekurang-kurangnya ada 2 atau 3 pertahanan lawan yang cuba menghalang pergerakan pantas serta larian kencang beliau dari menghasilkan gol.
Permainan pada awal 10 minit pertama agak seimbang dengan kedua-dua pasukan sering berbalas serangan sehinggalah berlaku insiden seorang pemain Kuala Lumpur dijatuhkan di dalam kotak penalti Perak dan pasukan tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti.
Abdul Hadi Yahya tidak mensia-siakan peluang untuk menjaringkan gol penalti tersebut… Continue reading