Futsal | Latihan & Pemilihan SDN KVU - 31 Oktober 2009
October 22nd, 2009 by webmaster
Untuk pertama kali, pihak pengurusan SDN serta dibantu oleh krew-krew yang lain akan mengadakan program latihan futsal untuk ahli-ahli SDN yang tinggal sekitar Daerah Kinta dan seterusnya mewakili pasukan SDN KVU (Kinta Valley Utara).
Latihan dan pemilihan pemain ini terbuka untuk semua golongan dan peringkat umur tanpa mengira tahap kebolehan permainan anda. Sila nyatakan persetujuan anda pada bahagian komentar dibawah jika ingin menyertai latihan futsal ini.
- Tarikh: Sabtu 31 Oktober 2009
- Masa: 8:30 - 10:30 malam - 2 Jam
- Lokasi: Sports Planet, Menglembu, Ipoh
- Yuran: RM10 +/-
- Court: Standard / Decoflex Pitches
10 Peserta Pertama yang hadir ke gelanggang akan menerima “CENDERAMATA” dari pihak penaja.
Peta Ringkas

Lain-lain penambahan maklumat akan dimaklumkan kepada semua pada ruangan artikel ini nanti. Sila nyatakan sebarang pertanyaan pada ruangan komentar dibawah.
Senarai Pemain Yang Dijangka Hadir:
- Yashurr Yazurry (Ketua Aktiviti)
- San (Pembantu Ketua Aktiviti)
- Sunrise
- Anip
- Chuck
- Sdarerepasi@Meor
- Abgmie
- Paeh93
- Abang_aguro
- Kawan Abang_aguro
- Karatkarut
- Zn_kevin
- Wan Badang
- Lee jr
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- Futsal | Latihan & Pemilihan SDN KVU - 31 Oktober 2009 (report)
- Futsal | Latihan & Pemilihan - 31 Januari 2009
- Futsal | Latihan SDN KV - 30 Januari 2010
- Futsal | Latihan SDN KV - 26 Februari 2009 (cancel)
- Futsal | Latihan SDN KV - 6 Mac 2010
36 Responses to “Futsal | Latihan & Pemilihan SDN KVU - 31 Oktober 2009”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.


salam….
Diharapkan kepada semua ahli SDN dapat turut hadir bagi memeriahkan aktiviti ini,dalam masa yang sama kita boleh mengenali antara satu sama lain dengan lebih erat…….janganlah kerana cenderamata sahaja,
Bersatu kita teguh
Bercerai kita roboh
salam, dijemput pada semua komuniti seladang.net untuk memeriahkan perjumpaan yang lebih kepada riadah dan saling mengenali antara satu sama lain, sekali gus menunjukkan bakat terpendam anda sekalian untuk mewakili SDN KVU…
Salam.
InsyaAllah dari utara teman turun untuk aktiviti ini. Yuran tu termasuk harga sewa padang ke???
October 23rd, 2009 at 12:16 pm
Yer anip. Yuran RM10 tu termasuk harga sewa padang untuk 2 jam.
Salam..
Terdapat seribu pertanyaan yang bermain dibenak sanubari hamba disini,apakah yang dimaksudkan dengan sekitar daerah kinta??adekah teluk anson berada disekitar kinta valley?rasanya takpun..ianya berkitar-kitar gak rasnya.Baiklah sajejer melawak..
Sejujur dan ikhlasnya,teman komited untuk hadir pada pemilihan tersebut walaupun teman sedar teman tak mempunyai keupayaan untuk menambat hati pengurus serta barisan kepimpinan pengurusan yang lain.Ini adelah kerana teman tek peronahpun main bolani yop.Apetah lagi futsalni.hehehehe
Tentang waktu perlawanan tersebut rasanya waktu yang dipilih oleh pihak penganjur adelah baik cuma mayB bagi certain person yang mempunyai masalah untuk hadir tepat pada waktu yang ditetapkan.harap pihak penganjur dapat memberikan ‘MUKA’kepda rakan-rakan kita yang berada luar dari lingkungan kinta valley dan janganla terus melatah dengan mengatakan mereka ini tidak komited mahupun berdisiplin.hehehe.
Harapan teman,semoga segala aktiviti kita pada hari tersebut dapat membentuk salasilah diri yang baik,hubungan ukhawh yang mantop selain memantopkan lagi SDN dipersada dunia.
Visi:Hubungan baik sesama adik-beradik.hehehe
October 23rd, 2009 at 12:35 pm
Salam chuck, janganlah salah anggap. Nama SDN KVU bukanlah bermaksud hanya individu yang tinggal di lembah kinta sahaja, tetapi ianya lebih kepada bermaksud “berpengkalan” di ipoh didalam negeri Perak. seperti Klang Valley, bukanlah bermaksud untuk peminat yang tinggal di klang sahaja tetapi merangkumi anak jati perak nak menetap diluar perak khususnya di sekitar kuala lumpur dan selangor. dan bukan juga bermaksud SDN ini berpuak-puak, tetapi lebih kepada memperbanyakkan lagi penyertaan individu-individu berhampiran di tempat-tempat anda. Jika chuck mempunyai rakan-rakan SDN di sekitar teluk intan, tidak salah saudara chuck sendiri menjadi ketua aktiviti di tempat anda. Usaha ini sebenarnya dapat mewujudkan satu ikatan ukhwah diantara user-user komuniti SDN ini.
Dan jangan risau chuck, pemilihan mewakili SDN itu sebenarnya tiada terikat mana-mana peraturan. Ini kerana perjumpaan kali pertama ini lebih dilihat untuk bersuaikenal antara kita semua. Tidak wujud masalah kelewatan atau pun kaki bangku. pemilihan waktu tersebut adalah mengcakupi bagi mereka yang habis bekerja disebelah petang dan waktu pulang yang tidak terlalu lewat. Insyallah.
October 26th, 2009 at 8:03 am
Salam..
Pergghhh..awal-awal lagi dah cakap kaki bangku tu..adeii..
October 23rd, 2009 at 12:47 pm
salam chuck…
Teman setuju dengan San, Seandainya Mike ada rakan rakan SDN Dikawasan Teluk Anson Maka Tubuhkanlah Sebuah Pasukan…..Manalah Tahu Bila ada Banyak Pasukan SDN bolehlah Kita Tubuhkan Liga SDN,macam Liga Ipoh,Liga TG Malim dan macam macam lagila
October 23rd, 2009 at 4:11 pm
Conform kan tim ni dulu..tak kira la di mana pun kome-kome berada janji tim SDN KV (U) nanti ada dan ditubuhkan menambahkan lagi aktiviti kita nanti.
Pelan-pelan kayuh..macam sunrise cakap pun betul gak..untuk rancangan jangka masa panjang boleh, untuk buat liga macam tu..
October 26th, 2009 at 5:54 pm
bagus2 banyak kan team2 SDN ni…ke semua gagasan…nanti leh buat freindly ngan sdnkv…huhu…betul tak kapten…leh jalankan liga sdn satu hari nanti mana tau kan..usaha, ada kerjasama, kesabaran dan komitmen pasti ada hasilnya…
Jika roster wive teman dh kuar,teman akan confirmkan lagi sekali.Buat masani 100% effort n komited untuk attend SDN activity 31hb nie..salam..
Salam,teman memang nak sangat join game futsal SDN KVU ni.Tapi teman tak dapat bagi kata putus sekarang.paling cepat pun lagi 2 hari nak game tu.ape2 pun kalo teman balik kampung,confirm teman akan turun pada sesi latihan SDN KVU ni..Teman nak jumpe ahli SDN kat sane.Ape2 pun Hidup SDN KV.Hehehe…
October 23rd, 2009 at 7:50 pm
takpe lee, mike utamakan urusan yang mana perlu didahulukan. apapun san alu-alu kedatangan mike kalau ade rezeki.
Salam..
Diharap kepada sahabat-sahabat yang terlibat dapat hadir awal,
kerana pada masa itu juga adalah masa yang sesuai untuk
kita berkenalan dan bermesra..
Kita jumpa disana…
Ayuhh Mantap KVU Mantap!!
teman nak join juga…jangan tinggal daku…..
October 26th, 2009 at 10:14 am
Jangan lupa bawak kaki pukul sekali Abang Mie baru boleh main betul-betul.Hehe…
assalamualaikum…
teman join.
insyaallah.
teman nak join jugak
1. abang aguro
2- kwn abang aguro
salam…
menarik aktiviti ni.teman pun nak join.
Pada yang teman dah update nama diatas untuk join harapnya datang, sebab kalau tak datang memang teman BAN terus dari web ni, hehehehehe, Don’t Play Play With Me…kita tengok sape yang kena, kakakakaka
October 26th, 2009 at 8:02 am
Salam..
Gile la..ugutan tu..ni musti ada agenda tersembunyi YB ni.Nanti la teman fikir kan kembali..kekekekeke…
October 26th, 2009 at 8:37 am
Salam.
Agenda baik punya,chuck…Datang dulu baru boleh tau…haha…
October 27th, 2009 at 9:28 am
Salam..
Datang jangan tak datang. Bagi meriah sikit aktiviti ni.
salam…insyaallah,,,teman join nanti,,,,
salam..
Kepada semua ahli SDN yang akan menghadiri aktiviti ini,sila berkumpul di Gelanggang No 4. Kepada Yang memiliki baju SDN silalah Pakai,kerana bagi yang tidak tahu atau tidak kenal,secara automatik akan mengenali dan akan mempermudahkan untuk berkumpul
semoga program ni akan berjalan lancar dan berjaya menubuhkan pasukan futsal sdnkvu…
Salam,teman mengesahkan kehadiran teman untuk pemilihan & latihan futsal SDN KVU ni.walaupun teman bukan 10 yang pertama tapi teman tetap nak cenderamata SDN tu.Teman tak kire.hehehe…
October 29th, 2009 at 1:46 pm
haha.. senarai 10 carta dalam SDN ni tak diambil kira untuk mendapatkan cenderamata tu.. yang penting sapa sampai dulu dia dpt.. so tunggu la di situ dari pukul 3 ptg.. ekekeke
October 29th, 2009 at 2:15 pm
haha…hampeh…takpelah tak dapat cenderamata pun asalkan dapat memeriahkan suasana di samping awek2 yang ada…:-)
October 29th, 2009 at 3:37 pm
teman tak kire.teman sampai lambat pun teman nak juga cenderamata.kalo tak,teman tutup lampu sportplanet tu.
October 29th, 2009 at 4:33 pm
Salam..
Teman nak jugak cenderakasih tu.Boleh COD kot??hehehe..
dukacita dimaklumkan teman dan kawan tak dapat hadir kerana terpaksa ke KL esok malam sampai hari isnin.
October 29th, 2009 at 2:49 pm
Kawan Mike tu datang tak?
October 29th, 2009 at 2:55 pm
Hihihi…teman tak peduli..,mike tak datang teman BAN jugak….hahahaha
October 30th, 2009 at 10:04 am
Chuck.. mike tak datang nanti kene ban jugak.. baik mike datang.. ekekeke
salam.teman minta maaf sebab tak sempat sampai join kawan2 SDN tadi.teman baru sampai ipoh dari jb.kena outstation di sana.teman minta maaf sekali lagi seandainya ketidakhadiran teman ini merencatkan perancangan SDN keseluruhannya.teman harap dapat bersama kalian pada masa akan datang.tahniah SDN atas penganjuran aktiviti sihat sebegini.