TM Piala Malaysia – Kumpulan C – Perak Vs Kuala Lumpur (review)

TM Piala Malaysia

Selasa 29 September 2009
Stadium Perak
8:45PM

Setelah mencatatkan kemenangan tipis 1- 0 ke atas pasukan My Team sabtu lalu, Perak akan berhadapan pula dengan pasukan warga kota, Kuala Lumpur pada perlawanan kedua TM Piala Malaysia 2009 malam ini di Ipoh. Kuala Lumpur pada perlawanan pertama kumpulan C telah tewas kepada Johor FC dengan keputusan 1 – 0 di gelanggang sendiri.

Kuala Lumpur juga seperti pasukan Perak yang banyak membariskan pemain-pemain muda yang berusia sekitar bawah 25 tahun. Penjaring terbanyak mereka ialah pemain berusia 20 tahun, Badrul Hisyam Azmi yang telah menjaringkan sebanyak 12 gol dalam saingan Liga Premier buat pasukan yang dibimbing oleh bekas pemain Kuala Lumpur, Razip Ismail.

Untuk perlawanan menentang pasukan Kuala Lumpur, skuad seladang perlu memberikan fokus yang lebih kepada corak serangan yang perlu digunakan tanpa mengabaikan aspek pertahanan yang menjadi ‘trademark’ ketua jurulatih M. Karathu.

Berdasarkan kepada maklumat yang diterima dari penolong jurulatih iaitu Raja Azlan Shah, Perak akan membuat sedikit perubahan pada bahagian tengah untuk memberikan lebih sokongan kepada barisan serangan yang diketuai oleh Razali Umar dan Khairul Izzat.

“Panel jurulatih juga telah meneliti rakaman perlawanan pasukan Kuala Lumpur menentang Johor FC ketika di Cheras baru-baru ini dan berkeyakinan tinggi untuk mencatatkan kemenangan bagi meraih 3 mata penuh ketika beraksi di gelanggang sendiri nanti”

“Apa yang sangat kita harapkan ketika ini ialah kehadiran para penyokong untuk membanjiri Stadium Perak selasa nanti (malam ini) bagi memberikan sokongan moral kepada pemain dan pasukan yang akan turun berjuang berhabis-habisan” ujar Raja Azlan Shah.

Perak dijangka mengekalkan hampir keseluruhan pemain yang beraksi ketika menentang My Team tempohari dengan seorang pemain sayap yang akan diganti untuk mendapatkan tempo permainan yang lebih pantas dalam melakukan serangan balas.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

3 thoughts on “TM Piala Malaysia – Kumpulan C – Perak Vs Kuala Lumpur (review)

  1. syidi

    Salam.

    Momentum kemenangan mampu diteruskan untuk perlawanan malam ini. Persembahan yang baik pasti ditagih oleh para penyokong dan inilah masanya untuk membuktikan keupayaan sebenar kita.

    Berdasarkan fakta, Perak akan menang malam ini kerana kita memiliki kelebihan berbanding pasukan lawan. Strategi serang balas yang pantas dan tanpa mengabaikan pertahanan menjadi duri dalam daging buat musuh.

    Namun begitu, jangan anggap musuh bodoh. Sentiasa berwaspada dengan musuh. Kepantasan sudah semestinya menjadi nadi penggerak mereka kerana memiliki pemain-pemain yang berusia kebanyakannya 25 tahun ke bawah.

    Sudah semestinya, M Karuthu telah ada perancangan tersendiri seperti yang dikatakan penulis.

    Hidup YOB! Hidup PERAK!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. active11

    Harap pemain Perak terus success!!!
    Jangan harapkan Razali sorang je cari nama, pemain lain pun harus mencuba jugak..sepakan jarak jauh ke, tandukan terbang ke, ape-ape aje lah.

    Score Yob Score!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.