TM Piala Malaysia – Kumpulan C – Perak Vs Kuala Lumpur (result)

TM Piala Malaysia

Selasa 29 September 2009
Stadium Perak
8:45PM

Perak 0 – 1 Kuala Lumpur

Skuad seladang tewas 0 – 1 di Ipoh menentang 10 orang pemain Kuala Lumpur pada perlawanan kedua TM Piala Malaysia 2009 malam tadi. Badrul Hisyam Azmi meleburkan harapan peminat Perak apabila mudah menguis masuk bola melepasi kawalan Megat Amir Faisal dalam situasi satu lawan satu tanpa ada pertahanan Perak yang mengawalnya.

Gol pada minit ke 66 separuh masa kedua itu berpunca dari kesilapan pertahanan Perak yang amat longgar akibat terlalu leka mengasak sehinggakan pemain Kuala Lumpur berjaya membuat serangan balas yang pantas dan menghasilkan gol.

Terdahulu penyokong tuan rumah ceria apabila pemain pertahanan Kuala Lumpur, Kamarulzaman dilayangkan kad merah oleh pengadil setelah menerima kad kuning kedua selepas mengasari Azrul Hazran pada lewat babak pertama permainan.

Pasukan Perak sewajarnya mendahului pasukan lawan seawal minit ke 3 apabila rembatan kencang Razali Umar dari sebelah kanan berjaya memerangkap penjaga gol lawan namun bola sepakannya tersasar mengenai palang gol Kuala Lumpur.

Walaupun bermain dengan 10 orang pemain pada separuh masa kedua, Kuala Lumpur lebih banyak menguasai tengah padang dengan hantaran kemas berbanding pasukan Perak yang kerap kehilangan bola setiap kali melakukan hantaran sesama rakan.

Penolong jurulatih, Raja Azlan Shah ketika ditemui turut meluahkan rasa kecewanya, “Kita pernah menang menentang pasukan lawan walaupun hanya dengan 10 orang pemain tetapi kita tewas menentang pasukan yang beraksi dengan 10 orang pemain”.

“Kebanyakkan pemain beraksi di bawah tahap sebenar permainan mereka, saya tidak tahu apa masalah mereka tetapi saya akan pastikan perkara ini tidak akan berulang pada perlawanan menentang Johor FC di Pasir Gudang kelak” tegas beliau.

Kesebelasan Utama:

Megat Amir Faisal (PG)
K. Puvinderan
Hafiszuan
Nor Hazrul – 1
A. Varathan
Mohd Nazri Kamal (K)
Azrul Hazran – 3
Mohd Shafuan – 2
Isma Aliff
Khalis Ibrahim (B20)
Razali Umar

Pertukaran:

Syazwan – 1
Khairul Izzat – 2
Wan Hossen – 3

Keputusan Perlawanan Lain 29 September 2009:

Kumpulan A

Perlis 3 – 2 Pahang
Plus FC 4 – 1 Melaka

Kumpulan B

Terengganu 2 – 0 Johor
Negeri Sembilan 8 – 0 Sarawak

Kumpulan C

Johor FC 4 – 1 My Team

Kumpulan D

Selangor 3 – 0 PDRM
Kuala Muda 2 – 1 Sabah

Kumpulan E

ATM 1 – 1 Pulau Pinang
Kelantan 1 – 0 Kedah

Likes(0)Dislikes(0)

17 thoughts on “TM Piala Malaysia – Kumpulan C – Perak Vs Kuala Lumpur (result)

  1. syidi

    Salam.

    Harapan tinggal harapan. Tak dapat disembunyikan lagi rasa marah dan kecewa. Tetapi inilah tim kita sebenarnya. Sejak awal musim dulu sehingga kini.

    Saya mengharapkan kempen Piala Malaysia akan mengubah cuaca prestasi kita tapi masih belum berubah 100 peratus.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. pachenko

    Lepas nie suruh Mr Karathu belikan setiap sorang player Perak permainan Yo-yo.
    Skuad Perak kena ada player yang berpengalaman jugak.
    tak boleh harapkan player muda Perak yang sampai sekarang tidak menampakkan perubahan. Kalau macam ini la impian nak layak Suku Akhir tu macam susah jer nak tercapai.
    Stadium Ipoh ialah stadium "badi" kepada skuad PERAK.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Memang sejak dulu kita glamor dengan prestasi macam Yoyo, kejap naik kejap turun. Tapi yang membuatkan kita meluat 'naiknya' sekejap je, bila 'turun' je memang lama untuk naik balik.

      Tentang 'badi' Stadium Ipoh tu, kadang-kadang itu pun boleh diterima tapi semuanya bergantung kepada pemain-pemain sebab yang mainnya deme bukan orang lain.

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. sunrise

    salam...

    Corak permainan yang dipersembahkan oleh pasukan Perak semalam seperti budak budak yang baru belajar bermain bolasepak.Apakah yang telah terjadi sebenarnya. Adakah percaturan yang diterapkan oleh M.Karuthu memeritkan kesemua pemain.Jelas kelihatan kedudukan posisi pemain sentiasa berubah dan tidak konsisten. Corak counter yang diterapkan semalam sememang memenatkan. Apapun teman mengucapkan tahniah kepada ketua pasukan iaitu Nazri Kamal dimana beliau sepanjang 90 minit bermain dengan bermati-matian dari atas ke bawah dan kiri ke kanan, namun begitu pemain pemain lain hanya bermain sambil lewa. Diharapkan selepas ini pemain pemain yang lain turut mengikuti jejak langkah seperti beliau.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. danie

    Salam. Kepada semua peminat bola sepak perak.

    Kenapa banyak sangat komen yang bukan-bukan tidak kah kamu terfikir punca sebenar adalah M. Karatu. Kenapa pemain yang baik boleh main begitu teruk semua adalah sentuhan karathu yang masih guna cara paksa. Pemain yang cedera di paksa berlatih rata-rata pemain muda cedera di lutut semasa latihan ..kenapa?

    Kita kena guna akal yang waras jangan pakai hentam. Tengok dan perhati macam mana latihan ala karathu dan bandingkan dengan team lain. Teman tak hairan kalau musim depan ramai pemain yang berhijrah ke team lain.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Salam Danie..

      Ada betulnya 'tuduhan' mike tu. Tapi fikirla alasan lain sama, ye tak? Karathu bukan semalam baru menceburi sukan bola sepak ni.

      Teman nak mike kasi buktila. Jangan main cakap je. Macam tak best la kalau setakat hentam melulu.

      Untuk pengetahuan mike, untuk dapat fitness yang perfect kena paksa yob, kalau buat main-main dan tak ikhlas atau tak ikut macam diajar, akan dapat sakit yob.

      So, fikir sebelum bercakap.

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. YB

      Muda-muda dah sakit lutut, ini semua sebab terlebih manja. Nak main bola memang le kena latihan keras sikit, mana ada jalan mudah nak cari fitness.

      Teman pun berharap sangat semoga pemain yang nak berhijrah tuh bertindak cepat. Pada yang ada kontrak tu pun teman boleh tolong rekemen untuk settlekan kontrak tuh kalau sebab latihan keras ni nak jadi isu besar.

      Lately ni pun Mr Karuthu dah takde lagi latihan berat macam yang mike cakap tu saudara. So nampak sangat tuduhan melulu ni. Sekarang ni yang handle traning coach Raja Azlan.

      Teman harap dia buat lebih keras lagi dari Karathu baru ada akai player-player yang manja-manja mak ni. Heheheheh

      PS: Lain kali kalau taknak traning keras jangan main bola, pegi main snooker ke, chess ke, dam aji ke, nak mudah lagi mengangkang je kat umah tengok tv, kan ke mudah, hohohohohoho.......

      Likes(0)Dislikes(0)
    3. sunrise

      salam Danie..

      Teman langsung tidak bersetuju dengan kata kata mike. Sedarkah mike bahawasanya pemain pemain kini bukanlah hendak bermain dengan seikhlasnya,kerana mereka ini hanya lebihkan kepada glamour. Untuk pengetahuan mike yang bijaksana,tidak guna kita menggantikan jurulatih yang lebih bagus seandainya pemain itu sendiri tidak melakukan seperti yang telah diarahkan dan sepeti yang telah diajar.

      Dizaman moden inilah jurulatih perlu menerapkan latihan yang lebih lasak demi meningkatkan mutu pemikiran pemain pemain yang tersedia ada.

      Likes(0)Dislikes(0)
  5. syidi

    Mengikut pengalaman teman le, sakit lutut ni disebabkan diri sendiri, samada tak cukup warm up atau 'main-main' masa main.

    Benda sukan ni memang kena buat betul-betul yob. 'Streching' kena perfect ikut yang diajar buat betul-betul samada sebelum 'training' atau 'game'. Lain la kalau ter'excident' ke, itu lain, cedera disebabkan hentakan atau terjahan keras sangat.

    PS: Main le ape pun YB semua kena kerja keras. Waima dok mengangkang kat umah pun mental kena kuat, kang kena bebel plak..hehehe

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. danie

    salam, wah cepatnya melatah, kalau asyik mengutuk bila kalah, puji menjulang bila menang apa ni,,,, baru beri pendapat dah kalut... macam mana nak maju bila ada yg beri pendapat berlainan sedikit, mulalah membebel..... kenapa ? Teman tahu , apa yang mike cakap semua benar belaka tapi kita kena fikir .... pemain muda rata2 masih muda memang kena kerja keras kalau tak mereka tak sampai ke tahap sekarang .... latihan cara lama tanpa timbang rasa buruk padahnya.....teman cakap dari apa yang teman lihat dan selidik bukan main cakap saja.... sorry lah jika apa yang teman kata tu buat mike semua ... tak senang duduk

    Tapi teman hairan betul kenapa tak siapa yang sedar hakikat sebenar apa yang berlaku dalam team Perak.... memang teman tahu latihan ala Karathu menyebabkan kerosakan fizikal, teman sendiri lihat ... panjang ceritanya teman tahu apa yang mike tak tahu ...... bidang ini adalah bidang yg teman pelajari ,,,, itu sahaja.... kesihan ya team Perak mereka memerlukan jurulatih yang boleh membimbing mereka sebab mereka masih muda dan perlu bimbingan tapi apa yang teman nak kata .... latihan stamina yang melampau akan menyebabkan pemain menjadi letih dan bila beraksi , hancur..... tak percaya mike pegi tanya pakar....... baru tau ...syidi memang betul tapi perlu diingat mike tahu ke pemain yang cedera tu main2 semasa latihan,,, pemain yang merasa latihan yang diberi oleh Karathu saja tahu kesannya.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Ala teman memang tak tau apa-apa pasal team Perak, mike memang canggih le tau banyak pasal traning dan serba serbi team Perak ni.

      Tapi mike bercakap pun tak ikhlas sayangkan bolasepak Perak, lebih pada sayangkan "related" mike yang menjadi salah seorang pemain dalam team Perak.

      Yang teman tau "related" mike tuh dah lama sangat tak dapat main bolanya, arituh dah merasa di bagi main tapi macam hampeh. Tak payah le teman dedah sape "related" mike tu.

      Jangan takut, nanti teman jumpa coach suruh dia review balik kontrak "related" mike tu pasal tahun depan kita nak buat yang lebih keras lagi dalam traning.

      Pegilah main team lain kalau dah susah sangat nak jadi player Perak ni. Teman sebagai peminat yang tak seberapa ni pun tak gemor nak menengok "drama" kome sejak akhir-akhir ni.

      PS: Jangan takut, teman pastikan "related" mike tu last je main dengan Perak tahun ni, tahun depan suruh dia main kat tempat yang tak payah traning pun, dok depan TV makan kacang je, cukup time turun main bola, ye tak?. Lagipun "related" mike tuh kan SUPERSTAR.

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. syidi

      Ada pulak training cara baru dengan cara lama. Danie, udah-udah le. Macam budak-budak mike bercakap. Cuba terangkan training style lama tu macam mana? Macam mana pulak training zaman moden? Main 'PS 2' ke?

      Cuba berfikir jauh ke depan. Kalu tak, tak kan orang dulu-dulu buat pepatah, 'Berakit-rakit ke hulu, Berenang-renang ke tepian, Bersakit-sakit dahulu, Bersenang-senang kemudian'.

      Likes(0)Dislikes(0)
  7. razlan

    salam, kepada pemain2 yg dah rasa tak boleh bagi 100% kepada team, ringan2kan cari tim lain untuk season 2010. kalu rasa tak sabo nak belah dah, bagitau jer la management supaya kontrak anda ditamatkan. buat cara gentlemen, bukan cam conmen

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB Post author

      Teman setuju dengan mike razlan, teman ada dengar management bagitau kalau ada mana2 player yang masih berkontrak tapi teringin nak keluar kita tak ada masalah nak lepaskan. Lagipun tak guna jugak simpan orang yang takde minat main dalam team tapi jadi "chainsaw dalam kelambu".

      Likes(0)Dislikes(0)
  8. pachenko

    Tak payah nak salahkan latihan M.Karathu pulak. Tengok Team Perak 2001 under M.Karathu jugak tapi boleh layak sampai final Piala Malaysia. Masalahnya pemain-pemain Perak nie yg tak bagus.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Masalahnya Pachenko, ada dikalangan kita perasan yang terbaik tapi dia sendiri pun buta sejarah.

      Samalah macam pepatah, 'marahkan nyamuk kelambu dibakar' ni lah dia nyer..

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. YB

      Baguslah kalau mike dah tau, coach kasitau yang boleh harap dalam 7,8 orang je, tapi itupun ada yang displin problem, last2 tinggal 2,3 kerat je.

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.