TM Piala Malaysia – Kumpulan C – My Team Vs Perak (result)

TM Piala Malaysia

Sabtu 26 September 2009
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
8:45PM

My Team 0 – 1 Perak

Skuad seladang membuka langkah kanan pada kempen TM Piala Malaysia 2009 apabila berjaya mencatatkan kemenangan pertama terhadap My Team di Stadium MBPJ, Kelana Jaya setelah kecewa pada 2 pertemuan sebelum ini.

Razali Umar berjaya memecahkan kebuntuan pada minit ke 65 separuh masa kedua untuk gol pertama pasukan melalui satu rembatan deras melepasi kawalan penjaga gawang My Team, Syed Adney yang sebelum itu bertindak cemerlang menepis beberapa percubaan merbahaya dari pemain barisan hadapan Perak.

Permainan lebih tertumpu kepada serangan balas pantas dari kedua-dua pasukan namun pasukan Perak sedikit bernasib baik apabila berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan sambil barisan pertahanan pula mengekang pihak lawan dari menjaringkan gol.

Barisan tengah di ketuai oleh Nazri Kamal selaku ketua pasukan bersama pemain sayap kanan, Khalis Ibrahim, Mohd Shafuan dan Azrul Hazran sambil dibantu oleh Khairul Izzat di bahagian sayap kiri berjaya menguasai sedikit bahagian tengah.

Pada penghujung babak permainan, Razali Umar sekali lagi mendapat peluang terbaik apabila larian pantas beliau berjaya menewaskan pertahanan lawan dan menguis bola melepasi Syed Adney namun sedikit sahaja meleret di sebelah kanan pintu gol My Team

Kesebelasan Utama:

Megat Amir Faisal (PG)
K. Puvinderan
Hafiszuan
Nor Hazrul
A. Varathan
Mohd Nazri Kamal (K) – 3
Azrul Hazran
Mohd Shafuan – 2
Khairul Izzat (B20)
Khalis Ibrahim – 1
Razali Umar

Pertukaran:

Isma Alif – 1
Arif Fazlie – 2
Syazwan – 3

Keputusan Perlawanan Lain 26 September 2009:

Kumpulan A

Melaka 0 – 2 Perlis
Pahang 1 – 1 Plus FC

Kumpulan B

Sarawak 0 – 1 Terengganu
Johor 1 – 2 Negeri Sembilan

Kumpulan C

Kuala Lumpur 0 – 1 Johor FC

Group D

Sabah 0 – 1 Selangor
PDRM 1 – 0 Kuala Muda

Group E

Kedah 1 – 1 ATM
Pulau Pinang 1 – 2 Kelantan

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

7 thoughts on “TM Piala Malaysia – Kumpulan C – My Team Vs Perak (result)

  1. sunrise

    salam...
    Diharapkan keputusan sebeginirupa mampu untuk meningkatkan kembali keyakinan pemain itu sendiri untuk terus maju,dan meningkatkan kepercayaan penyokong terhadap pasukan dimana setelah sekian lama dimusim ini dan beberapa perlawanan dimusim yang lepas keadaan distadium agak kosong tanpa kelibat penyokong yang selama ini meriuhkan suasana. Seandainya pemain pemain dapat melaksanakan setiap perlawanan sebegini rupa maka tidak mustahil perlawanan akhir Piala Malaysia akan menyaksikan pasukan Perak terlibat.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. YB

    Salam semua,

    Syukur sebab dapat menang walaupun tipis. Ini kemenangan pertama kita menentang My Team dalam tahun ni tambahan pulak di tempat lawan.

    Apa yang teman perasan kehadiran Razali Umar memang jadi 'tangkal penggerun' buat defend lawan yang terpaksa luangkan lebih masa untuk jaga dia.

    Pada masa yang sama pemain-pemain macam Izzat, Khalis dan Nazri beraksi baik. Menurut komen sorang member teman yang dok mengomel kat sebelah, Azrul Hazran pemain dari T-Team ada potensi besar cuma dia kadang-kadang ada slow skit nak distribute bola pada member lain sampai kena rampas.

    Pada teman masalah utama kita ialah "Macam mana nak jolok bola yang cantik punya pada Razali untuk dia skor?". Kalau dapat di buat latihan 'menjolok' nih berulang-ulang kali kat padang latihan rasanya Piala Dunia pun kita boleh sapu, hahahhahaha.

    Harap kemenangan ni jadi pemangkin untuk semua pemain menang pada perlawanan melawan Kuala Lumpur selasa ni. Teman target menang Piala Malaysia, bukan takat final saje. Kalau tahap permainan yang sama di tunjukkan termasuk gilap skit bahagian serangan, tentu boleh masuk final dan julang balik Piala Malaysia yang dah lama sangat tak dapat tu.

    PS: Semalam teman perasan ada yob belanak kat stadium belah grandstand pakai jersi limited edition SDN rasanya. Tapi nak tegur macam tak sempat pulak, so sape yang terbabit sila inform diri dalam ni. Terima Kasih.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Salam.

      Dengan perkembangan yang sebegini, baru la bertambah sikit keyakinan pada tim Perak ni. Cuma perlu tingkatkan kreativiti untuk buat hantaran menarik dan berkesan kepada Razali.

      Masalah ni bukan lah baru, tapi sebenarnya sudah lama pun.

      Tahniah, kepada semua. Teruskan berjuang untuk Piala Malaysia. Bukan senang YB nak predict macam tu. Kita akan menang Piala Malaysia kalau main macam tu.

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. taufiq

    Salam..

    Syukur Alhamdulillah kerana pasukan Perak berjaya memperolehi kemenangan yang pertama dalam saingan Piala Malaysia tahun ini. Di harapkan agar Perak terus melakarkan kejayaan pada perlawanan yang akan datang. Teman sentiasa menyokong penuh pasukan Seladang ini.

    Skor Yob Skor...

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. anip

    Salam...

    Ya...kita memperolehi kemenangan yang pertama. Suatu langkah yang baik dalam menempuhi liku-liku seterusnya. Tahniah!!!

    Masalah "menjolok" memang sudah lama berlaku dalam pasukan. Mungkin pihak jurulatih masih mencari cara penyelesaian yang terbaik.

    Teruskan usaha. Chaiyok2!!!
    Perak Boleh!!!
    Kejor Yob Kejor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. khairol

    salam

    teman sempat hadir di Kelana Jaya menyaksikan perlawanan ini.

    pandangan teman,

    1. barisan pertahanan beraksi agak baik walaupun kadangkala mengecutkan perut penyokong dengan sikap lambat mengeluarkan bola.

    2. pemain tengah lambat bertindak apabila melakukan serangan balas. masih melakukan hantaran sia-sia dan tidak tepat kepada rakan.

    3. jurulatih Malaysia seharusnya menyenaraikan Razali untuk skuad Sukan Sea. beliau mampu bertindak secara solo dan penyudahan yang tepat.

    4. mungkin taktikal Karathu agaknya. hanya 4 atau 5 orang sahaja berada di kawasan lawan apabila menyerang. selebihnya menanti di kubu bagi menghalang serangan balas My Team. maklumlah pemain mereka laju-laju belaka. ini menghasilkan keputusan yang positif walaupun corak permainan agak negatif.

    5. penonton yang hadir sekitar 500 orang. semoga di Cheras nanti lebih ramai warga Perak di Lembah Kelang hadir.

    semoga kegemilangan skuad Perak 2000 tanpa import berulang tahun ini dalam pertandingan Piala Malaysia 2009 pula.

    mudah-mudahan.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Kenapa teman tak jumpa mike kat stadium?

      Jawapan balas teman:

      1) Mike cakap betul, untuk first half memang player main fancy sikit dekat dalam kotak penalti sendiri kecuali bila second half, deme dah main 'pump' bola clear ke depan. Tapi teman naik gerun bila tengok aksi Megat yang banyak sangat 'tergamam' nya.

      2) Memang betul sangat, ada sorang tu asik terlepas bola, ada sorang tu pulak dia gentel macam nak main futsal, lagi sorang pulak kalau boleh semua orang dia nak dribble lepas tu yang sorang lagi asyik nak change side walhal Razali dah angkat-angkat tangan mintak bola nak 'racing' dengan defend lawan tapi hampa deme 'gelek' bola tuh macam M. Daud Kilau. Malas teman nak namakan sapa yang terlibat, harap deme baca sendiri dan betulkan cara permainan deme yang menyusahkan diri sendiri sebenarnya.

      3) Rajagopal memang minat dengan keupayaan Razali sebagai penyerang tapi tak minat dengan 'displin' Razali yang macam YO-YO tu.

      4) Teman rasa kalau teman coach pun memang teman buat taktikal macam itu yob, sebabnya:

      a) Kita tak pernah menang dengan My Team tahun ni apatah lagi kat tempat deme pulak tu.

      b) Corak My Team main masa first half memang 'offensive' habis bila menyerang sampai tinggal 2,3 orang je defend deme. Tapi bila dah kena 'counter racing' dengan Razali baru deme kelam kabut defensive.

      c) Bila dah leading sebijik tu comfirmlah kita lebih banyak bertahan lagi nak securekan gol yang sebijik tu. Jangan tamak sangat dengan bilangan gol, yang penting pada teman menang je waimah setengah gol pun kalau boleh.

      5) Bab ni kalau teman cakap lebih kang ada yang pedih telinga, tapi senang cakap kalau 'Team Kuat' ni ramailah mengaku 'fans hardcore', peminat setia, penyokong maut, kipas susah mati, dan macam-macam lagi. Tapi takpelah nak buat macam mana, orang kita ni memang jiwa cepat putus asa dan tak suka kecewa dan pulak tu nak cerita yang 'happy ending' je.

      Pendek kata pada teman, Piala Malaysia ni kalau player main dengan displin yang bagus, ikut arahan sebaiknya dari panel coach, bersungguh-sungguh dalam permainan, kerjasama sesama rakan pelatih, jangan tikam belakang kawan dan yang paling penting sekali "JANGAN MAKAN RASUAH" memang comfirm 200% pasukan PERAK bukan sahaja menang Piala Malaysia tapi tak akan kalah walau satu game pun sepanjang pertandingan ni.

      Teman yakin player-player kita boleh buat yang terbaik kalau deme nak, terpulang kat demelah samada nak cari kemenangan atau nak bagi pelingkup team.

      Kita tunggu dan lihat nanti..............

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.