TM Piala Malaysia – Kumpulan C – My Team Vs Perak (review)

TM Piala Malaysia

Sabtu 26 September 2009
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
8:45PM

Perlawanan pertama dalam kempen TM Piala Malaysia 2009 pasukan Perak adalah menentang pasukan My Team di Kelana Jaya. Dalam 2 saingan Liga Super sebelum ini Perak tewas 2 – 1 di Kelana Jaya dan seri 1 – 1 di Ipoh.

Perak dijangka mampu mencabar pada saingan Piala Malaysia kali ini apabila menerima dua orang pemain pinjaman dari pasukan T-Team iaitu Azrul Hazran dan Shafuan Adli untuk memperkuatkan jentera tengah pasukan.

M. Karathu bakal mengadaptasikan strategi yang lebih kepada menyerang dengan menggunakan formasi 4-3-3 dengan Razali Umar selaku penyerang utama yang dibantu oleh Khairul Izzat di sebelah kanan dan Azrul Hazran di sebelah kiri.

Barisan tengah pula dikemudi oleh Nazri Kamal selaku ketua pasukan bersama pemain sayap kiri Isma Alif manakala di sebelah sayap kanan pula terdapat beberapa pilihan pemain iaitu Khalis Ibrahim atau Arsyah Ayob.

Persaingan untuk kesebelasan utama kali ini lebih sengit di antara para pemain dengan kehadiran 2 pemain dari T-Team dan sasaran untuk sekurang-kurangnya mara ke ‘final’ Piala Malaysia oleh Presiden PAFA baru-baru ini mungkin akan dapat di tunaikan oleh pemain.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

2 thoughts on “TM Piala Malaysia – Kumpulan C – My Team Vs Perak (review)

  1. sunrise

    salam..

    Diharapkan dengan kehadiran 2 pemain import tempatan dari skuad T-Team akan membuatkan pasukan lebih menyerlah dalam saingan kali ini.Mengharapkan juga kesemua pemain pemain dapat melakukan satu kejutan yang mampu untuk mengembalikan kepercayaan penyokong terhadap anda semua

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. khairol

    salam...

    liga super dan piala FA 2009 telah pun berlalu. di harap pemain-pemain Perak dapat menggunakan episod baru piala malaysia dengan sebaik mungkin demi memartabatkan kembali negeri bijih timah ini.

    2009 Perak tidak pernah menewaskan My Team. teman masih ingat perlawanan di Kelana Jaya di mana Perak tewas 1-2. pada perlawanan itu Razali di turunkan pada separuh masa kedua. pada separuh masa pertama tanpa Razali serangan Perak kurang menjadi. pada perlawanan itu juga Chun menerima kad merah. akibatnya kekalahan yang di terima.

    di harap pemain Perak dapat mengambil iktibar dari kekalahan lalu di Kelana Jaya. pemain pertahanan perlu mengawasi sayap My Team yang rata-ratanya laju. dan di samping penyudahan Norshahrul Idlan Talaha yang boleh mengecewakan Perak.

    di harap peminat di Lembah Kelang yang telah kembali bertugas setelah cuti hari raya dapat sama-sama hadir memberikan sokongan. tak salah berbelanja untuk tiket berharga RM10.

    kalau tahun 2000 tanpa pemain import Perak menjadi juara piala malaysia, apa salahnya 2009 juga.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.