Salam Aidilfitri 1430 Hijrah | 20 September 2009

Selamat Menyambut Aidilfitri dari pihak pengurusan dan warga kerja SDN kepada semua pengunjung dan pelayar yang telah memberikan sokongan kepada halaman web ini.

Pihak kami ingin memohon maaf kepada semua pengunjung jika ada antara artikel kami yang menyinggung sesetengah pihak di sini samada secara sengaja mahupun tidak sengaja.

Teruskan sokongan anda kepada sukan bolasepak Perak.

Salam Aidilfitri
admin

Likes(0)Dislikes(0)

4 thoughts on “Salam Aidilfitri 1430 Hijrah | 20 September 2009

  1. miez3

    Salam semua sahabat2 SDN & penyokong pasukan Perak,pemain2 bolasepak Perak & pihak pengurusan PAFA yang berugama Islam amnya...
    "Selamat Hari Raya Aidilfitri" & Maaf Zahir Batin kepada anda semua dari teman sekeluarga...
    Setelah sekian lama tidak bersama anda di SDN teman juga mohon agar "kehilangan " teman tidak disalahertikan...hati dan jiwa teman tetap menyokong penuh pasukan Perak tambahan pula teman tetap sedih dan simpati dengan tohmahan dan cabaran yang dilalui oleh pasukan Perak Junior...harapan agar mereka tabah dan bertekad untuk membuktikan pada saingan Piala Malaysia tahun ini bahawa Perak Junior juga bukan calang2 pasukan untuk ditundukkan..
    Kome raya le bebeno...lepas ni kome buat le yang terbaik ye...teman doakan le moga tahun ni kita buat kejutan..
    Skor Yob Skor

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. sunrise

    salam...

    teman ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga SDN khasnya dan juga kepada seluruh umat Islam Diseluruh negara amnya.Diharapkan Lebaran Syawal Kali ini diberkati dan diberi kerahmatan yng tidak terhingga. Segala kesalahan dan Kesilapan teman harap dapat diampunkan dan marilah kita memulakan perjalanan selepas ini dengan penuh keceriaan dan keriangan.Jadikan pengalaman sebelum ini satu pengalaman yang cukup bernilai

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi

    Salam aidilfitri buat semua warga Perak khasnya Warga Komuniti Penyokong Maya Bolasepak Perak, Seladang Dot Net.

    Dikesempatan ini saya dan keluarga memohon ribuan kemaafan sekiranya terkasar bahasa terlanjur kata atau ada perilaku yang sumbang menyakitkan hati saudara-saudara sekalian.

    Halalkan apa yang terlanjurkan. Salam Aidilfitri.

    SKOR YOB SKOR!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.