Perak Vs Plus FC | Test Match

Selasa 15 September 2009
Stadium Perak
9:30 malam

Perlawanan ‘Test Match’ seterusnya untuk pasukan Perak adalah menentang sebuah pasukan kelab dari Lembah Klang iaitu Plus FC pada malam ini bertempat di Stadium Perak.

Peminat dijemput hadir menyaksikan perlawanan ini.

Masuk Percuma.

Likes(0)Dislikes(0)

5 thoughts on “Perak Vs Plus FC | Test Match

  1. syidi

    Salam Ramadhan.

    Setelah memberikan saingan sengit kepada Gergasi Merah Kuning, malam ini satu lagi perlawanan menentang pasukan yang pernah menumbangkan kita dan kita pernah menumbangkan mereka satu masa dulu.

    Sudah semestinya perlawanan akan menjadi menarik memandangkan masing-masing mengetahui tentang pasukan masing-masing.

    Jadikan perlawanan ini sebagai medan menguji keupayaan diri. Pastikan diri anda bersedia untuk mengharungi saingan Piala Malaysia akan datang. Kami sentiasa memberi sokongan kepada anda semua. Skor Yob Skor..

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. sunrise

    salam...

    Perlawanan persahabatan adalah medan menguji keupayaan pemain pemain adakah mereka sudah bersedia untuk mengharungi Piala Malaysia. Seandainya pemain pemain masih mengekalkan prestasi seperti menentang KM Naza dan Selangor tidak mustahil pasukan Perak akan terus tumbang dan kekal menjadi pasukan belasahan. Sepanjang pemerhatian saya mengenai persiapan pasukan yang dikendalikan oleh M.Karuthu dan Raja Azlan Shah jelas mereka telah melakukan yang terbaik dari sebelum ini, cuma difasa terakhir pemain itu sendiri harus melakukan apa yang telah diajar.

    Seandainya persembahan pada malam ini tidak memuaskan sememangnya jurulatih tidak bersalah kerana pemain itu sendiri harus bertanggungjawap sepenuhnya. Tahniah kepada pemain senior iaitu Megat Amir penjaga gol pasukan telah mula menunjukkan peningkatan yang positif,seandainya beliau mengekalkan prestasi tersebut maka kita tidak lagi perlu bimbang untuk posisi tersebut. Diharapkan kedua-dua pemain yang dipinjamkan dari pasukan T-Team dapat melakukan sesuatu yang lebih baik pada malam ini berbanding ketika menentang skuad Gergasi Merah tempoh hari ketika di Padang SUK Shah Alam.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. bobiNHo84

      salam...

      Tahniah di atas kemenangan yang diperolehi dalam perlawanan persahabatan..Diharapkan dengan kemenangan ini akan menaikkan semangat pemain Perak untuk mengharungi Piala Malaysia yang makin hampir...

      Best of luck!!!

      Wassalam...

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. sunrise

    salam.....

    Pada pendapat teman perlawanan malam tadi menunjukkan bahawa pemain-pemain sedia ada berada ditahap yang kurang memuaskan, walaupun menang jelas sekali mentaliti pemain-pemain belum mampu untuk berada disatu tahap yang boleh dibanggakan. Diharapkan jurulatih yang bertangunggjawab dapat memikirkan satu idea di mana untuk mendidik pemain berada di satu tahap yang terbaik demi menghadapi saingan Piala Malaysia kali ini, dan untuk terus merempuhi saingan yang bakal mencabar dimasa akan datang. Diharapkan juga Megat Amir penjaga gol Pasukan akan sembuh dari kecederaan yang dialaminya semalam.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.