Perak Vs Pilihan Ipoh | Test Match

Jumaat 4 September 2009
Stadium Perak
9:30 malam

Perlawanan ‘Test Match’ pertama dalam bulan Ramadan buat pasukan Perak adalah menentang pasukan Pilihan Ipoh yang di jadualkan di Stadium Perak. Di jangkakan 2 pemain yang dipinjam dari pasukan T-Team bakal diturunkan oleh M. Karuthu malam ini. ‘

Penonton dijemput hadir menyaksikan perlawanan ini.
Masuk Percuma.

Likes(0)Dislikes(0)

9 thoughts on “Perak Vs Pilihan Ipoh | Test Match

  1. webmaster Post author

    Perlawanan terpaksa dibatalkan akibat tidak mendapat kebenaran dari pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk menggunakan Stadium Perak.

    Menurut sumber, pihak MBI menggesa PAFA untuk menjelaskan hutang tertunggak sebanyak RM 500 ribu untuk penggunaan stadium dari tahun 2007 dan 2008.

    Masalah ini mungkin menyaksikan Perak terpaksa beraksi di gelanggang luar untuk beberapa perlawanan 'Test Match' akan datang.

    Sementara itu status untuk kempen Piala Malaysia masih lagi belum diketahui samada Perak dapat bermain di Stadium Perak atau terpaksa 'berkelana' di stadium luar.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. san

    lepas satu masalah selesai (dapat pemain T-Team) timbul masalah lain pulak..

    bila nak berkesudahannya? ini bukan merunsingkan Pafa sahaja, penyokong pun pening. elok dah pusing stadium malam tadi, lampu merah keselamatan tiang je menyala..

    p/s: admin, selain stadium Perak, stadium mana lagi Perak daftarkan dengan FAM untuk perlawanan tuan rumah?

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. webmaster Post author

      Pihak kami belum dimaklumkan tentang stadium mana yang bakal digunakan nanti. Berita lanjut akan menyusul tidak lama lagi.

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. Yashurr Yazurry

    Dan bukankah Hutang 500ribu itu
    sudah diselesaikan dengan baik oleh kerajan negeri
    terdahulu?

    Nampaknya MBI main 'tarik tali'...
    Sengaja memberi tekanan pada pengurusan...

    Kecewa juga teman semalam..
    terawih di Masjid Greentown..
    Selesai terus ke Stadium...
    Rupanya dibatalkan...

    Anggap ini sebahagian dari ujian dibulan mulia ini...
    Buat PAFA teruskan dengan pimpinan yang jujur..
    Mudahan Kita peroleh kejayaan...

    "Sesungguhnya tiap kesulitan itu akan disertai dengan kemudahan"

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Kalau ikut cerita dulu memang gitulah yob tapi bila dah bertukar kerajaan negeri ni payah jugak nak kita cerita lanjut, tengoklah apa kata member2 lain pulak.

      Likes(0)Dislikes(0)
  4. sunrise

    salam.....

    Diharapkan MBI dapat membuat satu keputusan yang munasabah jangan kerana politik sikap individu tertentu menjadi seperti haiwan yang kebuluran makanan. Kalau sebelum ini dinyatakan isu hutang tersebut telah dimansuhkan tetapi hari ini,dengan kehadiran beberapa individu didalam kerajaan negeri menyebabkan perkara ini dibangkitkan semula. Perkara sebegini rupa amat memalukan, Kerana perkara sebegini rupa dibangkitkan setelah atas sebab sebab tertentu. Sudahlah keadaan stadium bagaikan rumah setinggan kerana memiliki keadaan padang yang tidak rata,warna stadium tidak ubah seperti rumah pendatang tanpa izin, dan keadaan tandas yang teramat jijik,bagaikan tandas penagih dadah.....Adakah warga MBI ini pengotor dan teramat busuk. Kononnya MBI mempunyai corgan kata yang indah sahaja,tetapi keindahan itu hanya omongan sahaja. Lihatlah Bandaraya Ipoh yang di kawal oleh MBI,tidak ubah seperti bandaraya penagih dadah.Hutang mahu dikutip tetapi kerja tidak langsung dilakukan,tidak ubah seperti haiwan berkurap

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. san

      sabar saudara sunrise,

      masalah ini (stadium bagaikan tidak bertuan) sebenarnya telah lama dibangkitkan, tapi sikap acuh tak acuh pegawai mahupun kakitangan MBI sendiri menjadikan Stadium Perak seperti tidak bertuan, bagaikan pahat dengan penukul, sekali ketuk sekali bertindak.

      Jangan disebabkan politik, maruah terabai. Perak merupakan sebuah pasukan elit yang disegani sehingga ke saat ini, jangan disebabkan masalah pengurusan membawa bencana tidak ubah seperti kilat menyambar api, sudah panas makin membara.

      Ketika Hari Raya menjelang tiba, dato' bandar rasanya lebih prihatin terhadap anak-anak yatim dan warga tua dengan menghadiri majlis-majlis berbuka puasa berbanding sukan utama negeri. Gambaran sebenar stadium seperti dinyatakan oleh saudara sunrise ternyata lebih memalukan jika keluar di muka-muka akhbar ini kerana stadium keramat inilah satu-satunya stadium yang boleh melangsungkan perlawanan bola sepak bertaraf liga super selain stadium lumut, TLDM.

      Apakah kerajaan negeri sendiri tidak mempunyai harapan untuk membina sebuah stadium cukuplah kapasitinya yang mampu menampung 5 ribu ke 10 ribu penyokong. Saya tidak cakap sekarang, tidak sekurang-kurangnya mempunyai misi untuk jangka masa akan datang. Ini kerana selagi kita "menyewa" stadium Keramat itu, selagi itu kita menanggung hutang.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. syidi

        Maaf kerana menyampuk.

        Bukan apa kawan-kawan, politik biarkan dengan cuaca yang tersendiri. Ini sukan. Memang orang kita masih berada diminda kelas ketiga. Kelam kabut dan tidak profasional.

        Hanya kerana satu perkara habis binasa segalanya. Hanya mementingkan diri dan badan yang tertentu tanpa memikirkan berjuta lagi manusia lain dalam negeri 'panas' ni.

        Sedar atau tidak, Perak adalah negeri yang melahirkan ramai bintang-bintang sukan tidak kiralah dalam apa jua jenis sukan. Saya kurang periksa, samada sukan termasuk dalam agenda utama pembangunan negeri Perak.

        Seperti kata Sunrise, sedih saya melihat keuzuran Stadium Perak yang semakin tenat. Sudah sampai masanya untuk diberi nafas baru. Mungkin dapat memberi sedikit sebanyak moral untuk anak-anak Perak maju dalam sukan.

        Saya setuju juga dengan San, benar, kerajaan utamakan rakyat yang memerlukan, tapi tidakkah mereka merencanakan rancangan jangka panjang untuk memelihara satu-satunya stadium yang AGUNG dalam Perak?

        Sukar untuk digambarkan. Di mana silapnya? Adakah salah Penyokong seperti kami? Berdosakah kami? Atau salah Pemain dan Jurulatih?

        Likes(0)Dislikes(0)
  5. khairol

    salam...

    kalau hutang 2007 dan 2008 baru nak ungkit pada penghujung 2009, nampak sangat MBI tidur dan makan gaji buta. lambat bertindak atau sengaja buat tindakan atau bertindak atas arahan orang tertentu yang berkepentingan mereka.

    MBI ada pasukan bolasepak dan pernah beraksi dalam liga FAM. kelab sudah tentu berada di bawah persatuan bolasepak negeri. umpama kacang lupakan kulit, MBI pentingkan diri sendiri.

    apapun, ia satu ujian dan dugaan dalam ramadhan. semoga dapat diatasi kemelut ini. teman tak sanggup lihat jika Perak terpaksa beraksi semua perlawanan piala Malaysia di gelanggang lawan.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.