Perak Vs Kuala Muda Naza | Test Match

Khamis 10 September 2009
Stadium Perak
9:30 malam

Setelah perlawanan ‘Test Match’ menentang pasukan Pilihan Ipoh terpaksa di batalkan kerana masalah penggunaan stadium, Perak di jadualkan bertemu pasukan Kuala Muda Naza di Stadium Perak malam ini.

Khabarnya ‘masalah’ tempohari telah berjaya diselesaikan oleh pihak yang berkaitan. Penonton dijemput hadir menyaksikan perlawanan ini.

Masuk Percuma.

Likes(0)Dislikes(0)

4 thoughts on “Perak Vs Kuala Muda Naza | Test Match

  1. syidi

    Salam..

    Kebangkitan dalam saingan Piala Malaysia amatlah diharapakan. Para penyokong meramalkan Perak sudah cukup matang setelah mengharungi semusim Liga Super yang begitu mencabar.

    Sekurang-kurangnya, dalam Saingan Piala Malaysia akan ada sesuatu yang boleh dibangga kan oleh rakyat Perak.

    Perbaiki segala kelemahan. Gunakan 'Test Match' ini sebagai medan untuk menguji kemampuan fizikal, mental, kemahiran, strategi dan taktik semua pemain.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. bobiNHo84

    salam..

    Teman dah bace metro pagi tadi..Teman pun tak pasti sama ada tindakan ini adakah betul??teman berasa kesal sangat kerana tindakan tersebut terpaksa dibuat ke atas pemain yang banyak membantu pasukan Perak selama ini iaitu Chun Keng Hong..Senarai 4 lagi pemain yang digugurkan tu teman tak kisah sangat sebab pada teman memang patut diberi tindakan sebegitu supaya memberi amaran kepada pemain yang lain supaya ingat yang LANGIT TAK SELALUNYA CERAH...

    Wassalam..malam ni kite tgk friendly ok..nak lepas rindu je..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. sunrise

    salam.....

    Teman memuji persembahan yang dipamerkan oleh pasukan Perak walaupun perbagai kekasaran dilakukan oleh pihak lawan. Jelas sekali usaha yang dilakukan oleh pihak pengurusan meminjam kedua dua pemain dari skuad T-Team itu tidak sia sia kerana mereka mempunyai tugasan dan dilakukan dengan cemerlang sekali. Tetapi sayang diseparuh masa yang kedua corak permainan Skuad Perak merudum dan jelas jurulatih perlu lebih bekerja keras memastikan mentaliti pemain berada ditahap yang terbaik.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.