Pemain Pinjaman | TM Piala Malaysia 2009

TM Piala Malaysia

Untuk persaingan Piala Malaysia musim 2009 ini, skuad seladang seperti pasukan-pasukan lain juga turut membuat pinjaman pemain bagi memantapkan pasukan menjelang kempen yang bakal bermula pada 26 September 2009 nanti.

Terdapat beberapa pemain dari pasukan luar yang dipanggil bagi menguji tahap permainan dan kebolehan mereka namun hanya 2 orang sahaja yang berjaya memikat panel kejurulatihan Perak yang di ketuai oleh M. Karuthu selaku ketua jurulatih.

Shafuan Adli Shaari dan Azrul Hazran Amiludin Baki adalah 2 pemain tengah yang beraksi untuk pasukan T-Team. Sumbangan awal mereka dapat dilihat ketika membantu skuad Perak membenam pasukan Perak Chinese Recreation Club dengan keputusan 10 – 0.

Biodata

Azrul Hazran Amiludin Baki

Nama: Azrul Hazran Bin Amiludin Baki

Posisi: Sayap Kiri

No. Jersi: 10 (T-Team)

Tarikh Lahir: 8 September 1985

Asal: Terengganu

Pasukan Terdahulu: T-Team

No. Lesen: FAM/LP/P/T-TEAM/10-09

Jaringan: 6 Gol (Liga Premier)

Azrul merupakan salah seorang pemain yang memegang watak penting dalam skuad T-Team musim 2008 di mana telah banyak membantu pasukan dalam mengkucar-kacirkan lawan dan bijak mengumpan bola kepada rakan di barisan hadapan termasuk melakukan jaringan.

Beliau adalah seorang pemain yang rajin untuk turun dan naik mencari bola serta mampu melarikan bola dengan pantas dari bahagian sayap kiri dan menyelinap masuk ke tengah untuk menebusi pertahanan lawan dengan kelebihan menggelecek. – mat Paijang (ganusoccer.net)

Shafuan Adli Shaari

Nama: Shafuan Adli Bin Shaari

Posisi: Tengah

No. Jersi: 7 (T-Team)

Tarikh Lahir: 11 Disember 1985

Asal: Terengganu

Pasukan Terdahulu: T-Team

No. Lesen: FAM/LP/P/T-TEAM/07-09

Memulakan karier bersama skuad belia dan presiden Terengganu sebelum mewakili pasukan negeri pada Sukan Sukma 2004. Pernah menyertai Telekom Melaka di bawah bimbingan Irfan Bakti musim 2006 dan tonggak utama T-Team musim 2008. – kabusribut3 (ganusoccer.net)

Likes(0)Dislikes(0)

One thought on “Pemain Pinjaman | TM Piala Malaysia 2009

  1. sunrise

    Salam....

    Tahniah kepada pemain pemain yang layak untuk menyertai pasukan Perak.Diharapkan kedua dua pemain tersebut akan lebih menyerlah untuk terus membawa pasukan dilandasan yang tepat.Tahniah kepada pihak pengurusan PAFA yang berjaya menambat hati kedua dua pemain tersebut untuk menyarung jersi Perak walaupun hanya untuk beberapa perlawanan dan berjaya menutup mulut-mulut tertentu berkenaan dengan perbagai cerekarama yang dilemparkan terhadap pasukan .......

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.