Posted in TM Piala Malaysia 2009 on September 30th, 2009 17 Comments »

Selasa 29 September 2009
Stadium Perak
8:45PM
Perak 0 - 1 Kuala Lumpur
Skuad seladang tewas 0 - 1 di Ipoh menentang 10 orang pemain Kuala Lumpur pada perlawanan kedua TM Piala Malaysia 2009 malam tadi. Badrul Hisyam Azmi meleburkan harapan peminat Perak apabila mudah menguis masuk bola melepasi kawalan Megat Amir Faisal dalam situasi satu lawan satu tanpa ada pertahanan Perak yang mengawalnya.
Gol pada minit ke 66 separuh masa kedua itu berpunca dari kesilapan pertahanan Perak yang amat longgar akibat terlalu leka mengasak sehinggakan pemain Kuala Lumpur berjaya membuat serangan balas yang pantas dan menghasilkan gol.
Terdahulu penyokong tuan rumah ceria apabila pemain pertahanan Kuala Lumpur, Kamarulzaman dilayangkan kad merah oleh pengadil setelah menerima kad kuning kedua selepas mengasari Azrul Hazran pada lewat babak pertama permainan.
Pasukan… Continue reading
Posted in TM Piala Malaysia 2009 on September 29th, 2009 3 Comments »

Selasa 29 September 2009
Stadium Perak
8:45PM
Setelah mencatatkan kemenangan tipis 1- 0 ke atas pasukan My Team sabtu lalu, Perak akan berhadapan pula dengan pasukan warga kota, Kuala Lumpur pada perlawanan kedua TM Piala Malaysia 2009 malam ini di Ipoh. Kuala Lumpur pada perlawanan pertama kumpulan C telah tewas kepada Johor FC dengan keputusan 1 - 0 di gelanggang sendiri.
Kuala Lumpur juga seperti pasukan Perak yang banyak membariskan pemain-pemain muda yang berusia sekitar bawah 25 tahun. Penjaring terbanyak mereka ialah pemain berusia 20 tahun, Badrul Hisyam Azmi yang telah menjaringkan sebanyak 12 gol dalam saingan Liga Premier buat pasukan yang dibimbing oleh bekas pemain Kuala Lumpur, Razip Ismail.
Untuk perlawanan menentang pasukan Kuala Lumpur, skuad seladang perlu memberikan fokus yang lebih kepada corak serangan yang… Continue reading
Posted in TM Piala Malaysia 2009 on September 27th, 2009 7 Comments »

Sabtu 26 September 2009
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
8:45PM
My Team 0 - 1 Perak
Skuad seladang membuka langkah kanan pada kempen TM Piala Malaysia 2009 apabila berjaya mencatatkan kemenangan pertama terhadap My Team di Stadium MBPJ, Kelana Jaya setelah kecewa pada 2 pertemuan sebelum ini.
Razali Umar berjaya memecahkan kebuntuan pada minit ke 65 separuh masa kedua untuk gol pertama pasukan melalui satu rembatan deras melepasi kawalan penjaga gawang My Team, Syed Adney yang sebelum itu bertindak cemerlang menepis beberapa percubaan merbahaya dari pemain barisan hadapan Perak.
Permainan lebih tertumpu kepada serangan balas pantas dari kedua-dua pasukan namun pasukan Perak sedikit bernasib baik apabila berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan sambil barisan pertahanan pula mengekang pihak lawan dari menjaringkan gol.
Barisan tengah di ketuai oleh Nazri Kamal selaku ketua… Continue reading
Posted in TM Piala Malaysia 2009 on September 25th, 2009 2 Comments »

Sabtu 26 September 2009
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
8:45PM
Perlawanan pertama dalam kempen TM Piala Malaysia 2009 pasukan Perak adalah menentang pasukan My Team di Kelana Jaya. Dalam 2 saingan Liga Super sebelum ini Perak tewas 2 - 1 di Kelana Jaya dan seri 1 - 1 di Ipoh.
Perak dijangka mampu mencabar pada saingan Piala Malaysia kali ini apabila menerima dua orang pemain pinjaman dari pasukan T-Team iaitu Azrul Hazran dan Shafuan Adli untuk memperkuatkan jentera tengah pasukan.
M. Karathu bakal mengadaptasikan strategi yang lebih kepada menyerang dengan menggunakan formasi 4-3-3 dengan Razali Umar selaku penyerang utama yang dibantu oleh Khairul Izzat di sebelah kanan dan Azrul Hazran di sebelah kiri.
Barisan tengah pula dikemudi oleh Nazri Kamal selaku ketua pasukan bersama pemain sayap kiri Isma Alif… Continue reading