TM Piala Malaysia 2009 | Undian Rasmi

TM Piala Malaysia

Sabtu 15 Ogos 2009
Wisma FAM, Kelana Jaya
2:00 petang

Petang tadi telah berlangsung satu majlis rasmi undian untuk kempen TM Piala Malaysia musim 2009 yang diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya. Sebanyak 20 pasukan akan mengambil bahagian dengan 4 pasukan dibahagi kepada 5 kumpulan.

Undian terdiri dari 14 pasukan negeri, 4 pasukan kelab dan baki 2 pasukan dari PDRM dan ATM. Hanya johan dari setiap kumpulan akan mara ke peringkat seterusnya bersama 3 pasukan terbaik di tempat kedua dari 5 kumpulan.

Berikut adalah senarai kumpulan yang bertanding:

Kumpulan A

  • Perlis
  • Plus FC
  • Pahang
  • Melaka

Kumpulan B

  • Terengganu
  • Negeri Sembilan
  • Johor
  • Sarawak

Kumpulan C

  • Johor FC
  • Perak
  • My Team
  • Kuala Lumpur

Kumpulan D

  • Selangor
  • Kuala Muda
  • PDRM
  • Sabah

Kumpulan E

  • Kedah
  • Kelantan
  • Pulau Pinang
  • ATM
Likes(0)Dislikes(0)

5 thoughts on “TM Piala Malaysia 2009 | Undian Rasmi

  1. syidi

    Salam..

    Pada pengamatan saya, Perak diundi dalam kumpulan yang agak sengit. Saingan lebih terarah untuk menundukkan Johor FC yang mempamerkan kebangkitan diakhir saingan Liga Super yang lalu.

    Namun begitu, barisan muda Myteam juga dilihat satu ancaman yang boleh memudaratkan peluang kita melangkah ke suku akhir. Pun begitu, jangan memandang musuh itu lemah. Sebaliknya anggap setiap musuh adalah handal dan bijak, dan kita perlu memikirkan sesuatu untuk 'counter' kelebihan mereka.

    Selamat berjuang dalam saingan Piala Malaysia. SKOR YOB SKOR!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. sunrise

    Salam...

    Pada pandangan teman,kesemua pasukan yang bersama dengan pasukan Perak adalah yang kuat termasuk pasukan Kuala Lumpur kerana pasukan tersebut memiliki pemain yang bagus dari segi skill dan taktikal yang baik sekali, malah Johor FC dan Perak UPB Myteam pula sama handal dimana ketika dalam saingan Liga Super Perak hanya mampu seri dan tewas sekali kepada kedua-dua pasukan tersebut,namun seandainya pemain pemain pasukan Perak mampu mengekalkan kecergasan dan disiplin tidak mustahil pasukan Perak menjuarai peringkat kumpulan untuk saingan Piala Malaysia musim 2009. Diharapkan dengan kehadiran beberapa muka baru dalam pasukan Perak kali ini akan lebih memanfaatkan pasukan.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. bobiNHo84

      salam sunrise..

      Boleh mike bagi tahu siapa muka baru yang akan bermain untuk Perak dalam saingan Piala malaysia???

      Wassalam..

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. YB

    Setakat ni yang sudah menarik perhatian panel jurulatih ialah 2 orang pemain tengah dari pasukan T-Team. Permainan memuaskan, rajin dan ada kesungguhan walaupun sekadar perlawanan persahabatan menentang PCRC.

    Sehingga berita ini ditulis mereka belum lagi menandatangani kontrak sebagai pemain pinjaman Piala Malaysia.

    2 pemain tersebut ialah:

    Shafuan Adli Shaari
    Azrul Hazran Amiludin Baki

    Kedua-duanya berumur antara 23 - 24 tahun.

    Seorang lagi penyerang dijangka akan tiba esok (selasa) dan maklumat berkenaan beliau akan kita maklumkan selepas ada kata putus dari kedua-dua pihak.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. bobiNHo84

      salam..

      Terima kasih kepada YB di atas maklumat yang YB berikan..Petang ini harap barisan yang diturunkan dapat bermain dengan bersungguh-sungguh..Kemenangan pasti dicari..

      Wasaalam...

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.