feed rss2

TM Liga Super 2009

Sabtu 1 Ogos 2009
Stadium Perak
8:45PM

Perak 1 - 1 My Team

Skuad seladang mengakhiri kempen TM Liga Super 2009 ini dengan mengikat pasukan kelab My Team dengan jaringan 1 - 1 di Stadium Perak, Ipoh malam tadi dengan disaksikan tidak sampai 200 orang penyokong setianya.

Perak memulakan aksi dengan baik apabila beberapa percubaan mereka nyaris menghasilkan jaringan terutama melalui Saufi Sa’aidi yang terlepas peluang walaupun hanya berhadapan dengan penjaga gol lawan pada minit ke 24.

Percubaan Nazri Kamal pada minit ke 34 juga sedikit tersasar dari pintu gol dan permainan ditamatkan pada separuh masa pertama dengan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri tanpa sebarang jaringan.

Tidak sampai 5 minit separuh masa kedua dimulakan, My Team mendahului pasukan tuan rumah melalui satu sepakan percuma yang cantik dari luar kotak penalti Perak yang disudahkan oleh Mohd Nazrin Nawi.

Tersentak dengan jaringan tersebut Perak menggandakan asakan dan hasilnya pada minit ke 67 bermula dari hantaran silang Safwan Mahayuddin kepada Isma Alif yang melorongkan bola kepada Saufi Sa’aidi untuk diterjemahkan menjadi gol.

Selepas itu kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun tiada sebarang percubaan yang merbahaya dan pengadil meniup wisel penamat setelah tamat 2 minit tambahan masa yang diberi.

Kesebelasan Utama:

Kamarul Effandi (PG)
K. Puvinderan
Benedict Martin
Nor Hazrul
A. Varathan
Zahiruddin - 3
Mohd Nazri Kamal (K)
Isma Alif
Arif Fazlie - 1
Khairul Izzat (B20) - 2
Saufi Sa’aidi - 3

Pertukaran:

Khalis Ibrahim - 1
Safwan Mahayuddin - 2
Hafiz Abdul Rahman - 3

Keputusan Perlawanan Lain  1 Ogos 2009:

Kedah 1 - 0 Pulau Pinang
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Negeri Sembilan 1 - 1 Terengganu
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Johor FC 2 - 1 Kelantan
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

Perlis 2 - 1 PDRM
Stadium Utama Negeri, Kangar

Plus FC 5 - 0 Kuala Muda
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

5 Responses to “TM Liga Super - Perak Vs My Team (result)”

  1. on 03 Aug 2009 at 8:54 amsunrise

    salam….

    Teman agak kecewa dengan persembahan pemain pemain diseparuh masa pertama,dimana hantaran hantaran yang dilakukan agak merapu,gerakan gerakan agak berterabur dan banyak melepaskan peluang peluang sedia ada. Tetapi setelah kemasukan Safwan Mahayuddin diseparuh masa kedua,penguasaan di posisi tengah agak menarik dan gerakan gerakan yang dilakukan oleh beliau menampakkan bahawa pasukan Perak memiliki pemain diposisi tersebut.Tahniah kepada jurulatih yang memberi peluang kepada mereka yang jarang mendapat tempat dalam kesebelasan utama

  2. on 03 Aug 2009 at 3:44 pmdanie

    salam,
    Teman ada masa perlawanan tersebut, amat mengecewakan… kenapa setiap kali beraksi posisi pemain bertukar , pemain yang banyak beraksi dengan baik tak tersenarai … sebenarnya jurulatih tak kenal kebolehan pemainan ,,,, bukannya semakin meningkat malah merosot…… kalau musim depan masih jurulatih dan penolong jurulatih yang sama tak kemana… macam mana pemain nak serasi antara satu dengan lain kalau setiap kali beraksi tukar2 posisi dan pemain.

    Setahu teman pemain muda kita berbakat tapi bila kena sentuhan Karatu dan Raja jadi merapu dan mengarut……. pemain cedera bukan masa main tapi masa latihan.cara lama karatu tidak sesuai, pegang bola lama, merempuh, akhirnya letih…… sebiji bola pemain ada 11 orang, masing2 ada tugas tapi apa yang teman nampak macam jurulatih nak pemain syok sendiri.

    Apa yang teman lihat, setiap kali beraksi dari awal musim hingga akhir liga pemain bawah 20 dari piala presiden menunjukkan prestasi yang baik ini adalah kerana mereka dilatih oleh jurulatih yang baik……. itu pendapat teman.

    sunrise Reply:

    untuk pengetahuan saudara Danie yang bijaksana, segala percaturan dan taktikal pasukan diatur oleh M.Karuthu seratus peratus,Raja Azlan hanya digelar pembantu jurulatih,tetapi kebanyakan cadangan beliau tidak diendahkan oleh M.Karuthu.Walhal hampir kesemua pemain pemain dipilih oleh Raja Azlan.

  3. on 03 Aug 2009 at 4:59 pmihsan

    Tahniah Perak kerana dapat memungut 1 mata dalam perlawanan terakhir Liga Super ini. .Semoga pengalaman yang diperolehi dalam Saingan MSL musim ini, akan menjadi pengajaran berguna kepada pemain. . .

    san Reply:

    betul, apa yang patut belajar telah dipelajari.
    Top Ten pun alhamdulilah…

    tapi nape nama sama ek?

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

UA-2755250-1[Valid CCL]