Perak Vs PCRC | Friendly Match
August 14th, 2009 by webmaster
Jumaat 14 Ogos 2009
Stadium Perak
5:00 petang
Bagi mempersiapkan diri menghadapi kempen Piala Malaysia yang bakal diadakan tidak lama lagi, skuad Perak akan mengadakan satu perlawanan persahabatan menentang pasukan PCRC di Stadium Perak petang ini.
Pasukan PCRC atau nama penuhnya Perak Chinese Recreation Club adalah sebuah pasukan kelab yang bersaing dalam Liga Bolasepak Ipoh dan diwakili oleh bekas pemain pertahanan Perak yang cukup dikenali suatu ketika dahulu iaitu Chan Kok Heng
Menurut sumber yang diperolehi, perlawanan persahabatan ini bakal menjadi medan ujian buat 3 pemain yang didatangkan khas dari pasukan T-Team untuk memperkuatkan bahagian benteng dan jentera tengah pasukan Perak.
Skuad seladang turut membawa masuk seorang penyerang dari sebuah pasukan kelab yang berpengkalan di Lembah Klang dan beliau dikhabarkan telah memberikan persetujuan untuk menyertai latihan pasukan Perak pada minggu hadapan.
Penonton di sekitar Ipoh dijemput hadir menyaksikan perlawanan ini.
Masuk Percuma.
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- Perak Vs Malinja FC | Friendly Match
- Perak Vs Pilihan Kuala Kangsar | Friendly Match
- Perak Vs Pilihan Daerah Kampar | Friendly Match
- Perak Vs Pilihan Teluk Intan | Friendly Match
- Perak Vs Perak Malay | Friendly Match
2 Responses to “Perak Vs PCRC | Friendly Match”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.

Keputusan Muktamad:
Perak 10 - 0 PCRC
Saufi Sa’aidi - 4 gol
Khairul Izzat - 1 gol
Nazri Kamal - 1 gol
Isma Alif - 1 gol
Azrul Hazran - 1 gol
Mohd Nuraliff - 1 gol
PCRC - 1 gol sendiri
salam..
tahniah di atas kemenangan besar ini..teman tak berkesempatan untuk melihat perlawanan persahabatan ini..Walaupun bermain dengan pasukan Liga Ipoh, pujian harus diberikan kepada pemain..Harap persediaan untuk Piala Malaysia berjalan dengan lancar..
Hanya satu permintaan teman..Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang pemain yang Perak pinjam untuk memantapkan lagi pasukan Perak untuk Piala Malaysia…
Wassalam…