Jadual TM Piala Malaysia 2009 | Kumpulan C

TM Piala Malaysia

Kempen TM Piala Malaysia 2009 akan bermula pada 26 September ini sejurus selepas beberapa hari sambutan Hari Raya Aidilfitri. Perak diletakkan bersama 2 pasukan kelab iaitu Johor FC dan My Team serta pasukan Kuala Lumpur di dalam kumpulan C .

Jika prestasi semasa Perak dari perlawanan Liga Super menentang pasukan My Team dan Johor FC menjadi ukuran, adalah agak sukar untuk skuad seladang melayakkan diri ke pusingan seterusnya berdasarkan keputusan lalu yang kurang memberangsangkan.

Perak menang tipis 1 – 0 menentang Johor FC di Pasir Gudang namun tumbang 0 – 3 ketika beraksi di gelanggang sendiri. Bertemu My Team di Kelana Jaya, Perak tewas 1 – 3 dan sekadar mencatat seri 1 – 1 di Ipoh pada perlawanan terakhir Liga Super.

Cabaran skuad Kuala Lumpur yang dikendalikan oleh Razip Ismail pula tidak harus dipandang ringan kerana musim 2009 ini mereka berjaya menduduki tangga ke 4 Liga Premier

Jadual TM Piala Malaysia 2009 untuk Kumpulan C:

26 September 2009 – Sabtu

Kuala Lumpur vs Johor FC
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur

My Team vs Perak
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

29 September 2009 – Selasa

Johor FC vs My Team
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

Perak vs Kuala Lumpur
Stadium Perak, Ipoh

3 Oktober 2009 – Sabtu

Johor FC vs Perak
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

Kuala Lumpur vs My Team
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur

6 Oktober 2009 – Selasa

Johor FC vs Kuala Lumpur
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

Perak vs My Team
Stadium Perak, Ipoh

10 Oktober 2009 – Sabtu

My Team vs Johor FC
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Kuala Lumpur vs Perak
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur

13 Oktober 2009 – Selasa

Perak vs Johor FC
Stadium Perak, Ipoh

My Team vs Kuala Lumpur
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Likes(0)Dislikes(0)

One thought on “Jadual TM Piala Malaysia 2009 | Kumpulan C

  1. kishore.nanda

    walaupun banyak masalah dalaman.. kita tidak seteruk pasukan lain..kalaulah duit tu antara masalah, marilah kite same2 sumbangankan ape yang terdaya..disamping pemain muda yang kita ada, kita juga memerlukan beberapa pemain berpengalaman..harap-harap pemain kite stay untuk season akan datang..Razali Umar terutamanya.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.