TM Liga Super – Terengganu Vs Perak (result)

TM Liga Super 2009

Sabtu 4 Julai 2009
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
8:45PM

Terengganu 1 – 1 Perak

Perak mempamerkan aksi bermati-matian apabila mencatatkan keputusan seri 1 – 1 ketika menentang Terengganu dalam saingan TM Liga Super 2009 yang dilangsungkan malam tadi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Perak terlebih dahulu di depan pada minit ke 28 melalui penyerang merbahaya, Razali Umar yang menewaskan 4 pertahanan lawan sebelum merembat bola masuk untuk pasukan pelawat mendahului 1 – 0.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Terengganu melancarkan serangan ke kubu pasukan Perak namun benteng yang dikawal oleh Megat Amir masih mampu bertahan dengan bantuan barisan pertahanan yang mantap.

Perak bermain menggunakan formasi 4-5-1 dengan meletakkan Razali Umar sebagai penyerang tunggal dan Arif Fazlie pula beraksi baik sebagai pemain tengah pertahanan yang banyak memintas bola di tengah padang.

Tamat separuh masa pertama kedudukan kekal Perak mendahului tuan rumah 1 – 0. Tiga minit bermula separuh masa kedua, Terengganu menyamakan kedudukan 1 – 1 melalui Abdul Manaf Mamat hasil serangan balas pantas.

Selepas itu kedua-dua pasukan sering berbalas serangan namun tiada satu pun percubaan yang mampu menghasilkan gol. Keputusan muktamad, Perak berjaya mencatatkan keputusan seri 1 – 1 menentang Terengganu.

Kesebelasan Utama:

Megat Amir (PG)
K. Puvinderan
Mohd Hafiszuan
Nor Hazrul
Syazwan Roslan
A. Varathan
Mohd Nazri Kamal (K)
Isma Alif – 2
Safwan Mahayuddin (B20) – 1
Arif Fazlie
Razali Umar

Pertukaran:

Khairul Izzat  – 1
Arsyah Ayob – 2

Keputusan Perlawanan Lain 4 Julai 2009:

Kelantan 3 – 2 Pahang
Stadium Sultan Mohd Ke-IV

Perlis 1 – 0 Johor FC
Stadium Utama Negeri, Kangar

Plus FC 5 – 2 Negeri Sembilan
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur

My Team 1 – 4 Selangor
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Kuala Muda 0 – 4 Kedah
Stadium Darul Aman, Alor Setar

PDRM 0 – 2 Pulau Pinang
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Likes(0)Dislikes(0)

2 thoughts on “TM Liga Super – Terengganu Vs Perak (result)

  1. ayop

    salam

    memang best giler bila dengor Perak menang hari tu... dengor-dengor pulak Perak skor dulu, memang ada ciri-ciri kepahlawanan lah players semua.... semangat macam inilah yang ayop dan penyokong harapkan..
    masa tengok sekilas liga Malaysia kat tv1 haritu, slot nostalgia tv1 tunjuk Perak lawan N. Sembilan, meremang bulu roma ayop tengok Perak main, rasa teringin je pekik nak bagitahu player junior suruh tengok jugak..dengan harapan player junior akan merasai kekuatan team Perak masa tu...dan akhirnya tim junior dapat seri kat Terengganu, ok lah tu...
    mungkin tim junior menonton bersama-sama ayop pada malam tu, dan kekuatan tim Perak pada masa itu sudah menusuk dalam diri junior-junior...ayuh buktikan esok kita tumbangkan singa utara di Ipoh.

    admin:
    Kalau kita menaip nama khas contoh nama pemain atau nama tempat, negeri, negara sila gunakan huruf besar pada awalannya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. sunrise

    salam

    tahniah kepada semua pemain yang terlibat dalam perlawanan kali ini, walaupun sekadar seri sekurang kurangya tidak tewas.

    Apa yang harus dilakukan sekarang hanyalah mengekalkan kedudukan antara 10 buah pasukan yanng terbaik. Diharapkan M.Karuthu dapat meletakkan jawatan dengan segera demi mengelakkan pasukan Perak terus merudum dan sering tewas tanpa maruah.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.