TM Liga Super – Perak Vs Perlis (review)

TM Liga Super 2009

Selasa 7 Julai 2009
Stadium Perak
8:45PM

Perlawanan ke 24 dari keseluruhan 26 perlawanan TM Liga Super 2009 untuk pasukan Perak adalah menentang pasukan Perlis di Stadium Perak. Pada perlawanan pertama 21 Mac di Kangar, Perak mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan.

Perak pada perlawanan sebelum ini berjaya mengikat pasukan tuan rumah, Terengganu 1 – 1 di tempat lawan sementara pasukan Perlis pula menang tipis 1 – 0 keatas pasukan kelab dari selatan tanahair, Johor FC di Kangar.

Barisan pemain yang bakal diturunkan juga dijangka tidak banyak berubah sewaktu pertemuan dengan Terengganu tempohari apabila Perak tetap akan ‘merehatkan’ Chun Keng Hong, K. Thinagaran dan S. Subramaniam dari bermain.

Perlis sudah tentu ingin meraih kemenangan bagi merapatkan jurang mata yang dikumpul oleh pasukan Selangor. Perak pula dalam fasa memantapkan pasukan dan jentera serangan sebelum menghadapi kempen Piala Malaysia kelak.

Jika semua pemain-pemain Perak yang diturunkan dapat bermain seperti prestasi menentang Terengganu sabtu lalu, tidak mustahil pasukan Perlis bakal ditumbangkan di Stadium Perak malam esok.

Kesebelasan Kemungkinan:

Megat Amir (PG)
K. Puvinderan
Mohd Hafiszuan
Nor Hazrul
Syazwan Roslan
A. Varathan
Mohd Nazri Kamal (K)
Isma Alif
Safwan Mahayuddin (B20)
Arif Fazlie
Razali Umar

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

2 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Perlis (review)

  1. sunrise

    salam...

    Tidak kira apa jua keputusan bakal berlaku pada perlawanan ini, apa yang perlu dititik beratkan oleh semua pemain,ialah mempersembahkan satu mutu permainan yang bermaruah dan bertenaga. Kalah atau Menang bukanlah satu ukuran yang perlu kita emosikan diwaktu sebegini rupa,apa yang perlu dititik beratkan dengar arahan, lakukan seperti yang diarahkan dan bermain secara tenang dan profesional. Jangan jadikan pasukan Perak sebuah pasukan untuk pihak lawan memperolehi mata dengan senang. Jadilah sebuah pasukan yang digeruni oleh kesemua pasukan lawan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Yashurr Yazurry

    Assalamu'alaikum...
    Okay.. Sudah lama teman tidak beri komentar rasanya...
    akhirnya disini teman hadir memberi dan berkongsi sedikit
    pandangan dari teman...

    Mengenai perlawanan malam ini,
    Seperti mana yang kita tahu Perlis bukanlah calang-calang pasukan, tangga ke-2 dalam liga cukup membezakan kekuatan antara mereka dan pasukan kesayangan kita Perak.

    Namun tidak mustahil untuk menang..
    dan teman nak kata,
    Syukur pasukan kita TELAH perolehi kemenangan pada malam ini,
    Itu 'declaration' yang teman buat pagi ini, kalian semua bagaimana?
    InsyaAllah berkat usaha & doa kita, Pasti perak perolehi kemenangan malam ini..

    Berikutan kekalutan yang pasukan kita hadapi kini,
    masalah disiplin pemain, provokasi media,
    serta bebanan hutang yang terdahulu,
    ingatlah wahai penyokong semua,
    bahawa Tuhan tidak menjadikan sesuatu pekara itu dengan sia-sia..

    Kita terlalu memikirkan tentang masalah saja sedangkan tidak langsung memikirkan penyelesaiannya,
    Contoh di majlis kenduri, gelas jatuh dari meja dan pecah,
    si tuan rumah sibuk fikirkan macam mana boleh jatuh, nanti nak kena ganti la, kaca-kaca bertaburan nanti terpijak la, dan sebagainya yang berbentuk masalah.

    Kenapa tidak fikirkan, yang gelas itu perlu diletakkan ditempat yang sesuai, meja itu disusun elok-elok agar tidak ada tetamu yang telanggar dan sebagainya.

    bagi penyokong, janganlah terlalu emosi menuding jari sekiranya kita tewas dan alami kesulitan.
    fikirkan bahawa ini semua adalah proses memantapkan
    satu pengurusan, satu persefahaman & satu pasukan yang bakal mengegar pasukan besar yang lain..

    Optimis?? Ya, ada masanya kita perlu optimis, dari situ lah,
    tindakan aggresif kita terhasil..

    Buat penyokong-penyokong seladang, ayuh turun ke stadium malam ini.. meriahkan suasana yang sepi tiap kali perlawanan disini, kita ubah kembali seperti dulu..

    Perlu ingat, "Kuatkan diri bila kita kalah (sabar,redha) dan tenangkan diri bila kita menang (syukur,doa)"

    InsyaAllah Kemenangan Pasti milik kita...

    Buat barisan jurulatih, diharapkan dapat diterap strategi yang sesuai dengan kemampuan pemain, mantap dan efektif, Mesti ubah jika perlu..
    Kerana "Tidak akan terhasil sesuatu yang baru jika gunakan tindakan yang lama"

    Jika mahu mengejutkan Perlis malam ini, fikirkanlah
    sesuatu yang baru, dari segi strategi dang sebagainya..
    InsyaAllah...

    Ayuh Seladang Buat Kejutan!!!!
    Berjuang Habis-Habisan!!!
    Ayuuuhhh....!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.