TM Liga Super – Perak Vs Perlis (result)

TM Liga Super 2009

Selasa 7 Julai 2009
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perak 1 – 1 Perlis

Perak mencatatkan keputusan seri 1 – 1 bertemu pasukan Perlis dalam saingan TM Liga Super 2009 yang dilangsungkan dalam keadaan padang becak dan hujan renyai di Stadium Perak semalam.

Kira-kira 1000 lebih penyokong pasukan tuan rumah melonjak kegembiraan pada minit ke 32 apabila Syazwan Roslan menjaringkan gol pertama skuad seladang. Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan kekal 1 gol tanpa balas.

Aksi separuh separuh masa kedua bermula dengan Razali Umar terlalu kerap melepaskan peluang untuk menambah gol buat pasukan Perak. Keadaan ini digunakan sebaiknya oleh pasukan Perlis untuk mengasak kubu pasukan Perak.

Pada minit ke 71, Mohd Hafiszuan telah dilayangkan kad merah bersama pemain Perlis, Amar Rohidan kerana bergaduh sesama mereka. Seminit kemudian Nizaruddin Yusof menyamakan kedudukan 1 – 1 melalui satu rembatan kencang.

Secara keseluruhan permainan pasukan Perak agak baik namun mutu pengadilan turut boleh dipersoalkan kerana membuat terlalu banyak keputusan yang berat sebelah.

Kesebelasan Utama:

Kamarul Effandi (PG)
K. Puvinderan
Hafiszuan
Syazwan Roslan
Nor Hazrul
A. Varathan
Mohd Nazri Kamal (K)
Isma Alif -1
Arif Fazlie – 2
Khairul Izzat (B20) – 3
Razali Umar

Pertukaran:
Sarath Babu  – 1
Zahiruddin – 2
Safwan Mahayuddin – 3

Keputusan Perlawanan Lain 7 Julai 2009:

Kedah 7 – 2 PDRM
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Selangor 4 – 1 Kuala Muda
Stadium Shah Alam

Negeri Sembilan 6 – 2 My Team
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Johor FC 1 – 1 Plus FC
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

Pahang 1 – 2 Terengganu
Stadium Darul Makmur

Pulau Pinang 1 – 1 Kelantan
Stadium Bandaray, Pulau Pinang

Likes(0)Dislikes(0)

4 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Perlis (result)

  1. sunrise

    salam...

    Tahniah teman ucapkan kepada semua pemain yang diturunkan pada malam perlawanan tersebut dimana kesemua pemain mampu bermain baik berbanding ketika menentang Johor FC pada perlawanan yang lepas.

    Apa yang membanggakan pada perlawanan kali ini,pemain yang dahulunya kita kenali bermain secara sambil lewa dan tiada guna langsung dalam pasukan tetapi kali ini, beliau menjadi nadi utama dalam perlawanan iaitu A. Varathan. Apa yang harus dilakukan selepas ini anda haruslah bijak mengatur strategi yang tepat contohnya menghantar bola kepada kawan dalam keadaan yang tepat,melakukan cubaan dalam keadaan yang tenang.

    Pemain yang paling mengecewakan pada malam tersebut ialah Razali Umar,yang suka melepaskan terlalu banyak peluang sehingga sepatutnya 3 mata dalam genggaman dilepaskan begitu sahaja. Overall prestasi kesemua pemain memuaskan.

    Masalah utama yang teman lihat pada malam perlawanan ialah pengadil yang suka bertindak seperti budak sekolah baru kenal dunia. Keputusan yang diberikan tidak dimasuk akal. Diharap pihak F.A.M dan pihak yang berwajib dapat memantau masalah ini kerana ianya melibatkan maruah liga itu sendiri.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. taufiq

    Salam..

    Pertama sekali teman merasa sungguh gembira kerana Perak mampu menyekat pasukan lawan untuk mengutip 3 mata penuh. Di harapkan pada baki 2 lagi perlawanan, pasukan Perak mampu memperoleh mata demi mata untuk mendapat kedudukan yang boleh dikatakan selamat dalam saingan Liga Super untuk musim yang akan datang.

    Untuk pasukan Perak, teruskan berjuang demi bola sepak tanahair. Teman di sini sentiasa menyokong penuh pasukan Perak.

    Skor Yob Skor..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi

    Salam..

    Perkara yang menyakitkan hati saya adalah apabila dikhabarkan pengadil berat sebelah. Bukan seorang dua yang nampak perkara berkenaan, malah semua yang datang berkata demikian.

    Saya ingin mempersoalkan integriti dan ketelusan dalam melaksanakan tanggunjawab. Ini bukan perkara main-main dan penyokong bukanlah bodoh atau bukan datang untuk memaki makhluk yang digelar pengadil ni. Tapi penyokong datang untuk menyokong pasukan mereka.

    Oleh yang demikian, jika perkara ini menjadi buah mulut orang, sudah semestinya ianya serius dan harus diberi perhatian. Kita faham, pengadil juga manusia, tapi berpada-padalah. Usah pentingkan diri sendiri dalam melaksanakan tanggungjawab. Zalim. Menipu semua orang dan mendatangkan kemarahan.

    Sepatutnya, kejadian sebegini diberi perhatian sewajarnya. Apa lagi yang ditunggu. Pihak yang bertanggungjawab wajar bertindak sebelum tengadah. Sudah pe'el orang kita, yang suka bertindak apabila sesuatu itu menjadi virus yang merosakkan sesuatu atau mengancam mereka.

    Bola sepak kita tenat yob. Cukuplah dengan isu pemain dan pasukan menghantui peminat tempatan. PENGADIL? Mungkin boleh disenaraikan sebagai ancaman selepas ini yang menyumbangkan 'kesumbangan' dalam bola sepak kita.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. bobiNHo84

    Salam...

    Tahniah pada barisan pemain yang diturunkan pada malam tersebut yang telah menunjukkan corak permainan yang begitu menarik sehingga membuat Jurulatih Irfan Bakti tak duduk diam di bangku simpanan teman tengok.

    Bukan Perak tak leh main dengan baik dan menang, tapi kadang-kadang bukan rezeki Perak untuk main..Tahniah juge pada "Razali Umar" yang berjaya memporak-perandakan pertahan Perlis..begitu jugak dengan pemain-pemain yang lain.

    Cume satu teguran yang membina kepada pemain yang memang teman minat iaitu "HAFISZUAN"..Teman nampak mike memang berbakat dan antara pemain yang paling konsisten dalam Perak...tapi sayangnya, mike ade SIKIT panas baran..memang kite perlukan sifat tu bagi team lawan gerun dengan kite, tapi dah dua kali mike kena kad merah, amat2 rugi bagi team kite bro..dah kena gantung 2 game, teman nak tengok mike main..tak kisah la posisi ape pun..teman memang minat mike..

    harap-harap mike lebih matang dan main menggunakan fikiran dan buang sifat panas baran mike tu pasti teman yakin:

    "SUATU HARI NANTI HAFISZUAN MESTI DAPAT MAIN UNTUK PASUKAN MALAYSIA"...
    JANGAN LUPEKAN TEMAN YE...HEHEHE

    Wassalam...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.