TM Liga Super - Perak Vs My Team (review)
July 31st, 2009 by YB

Sabtu 1 Ogos 2009
Stadium Perak
8:45PM
Perlawanan ke 26 dan terakhir dalam kempen TM Liga Super 2009 buat pasukan Perak adalah menentang pasukan My Team di Ipoh. Pada perlawanan pertama 5 Mei di Kelana Jaya, Perak tewas kepada My Team dengan jaringan 2 - 1.
Kemenangan boleh dianggap penting untuk memastikan pasukan Perak kekal di tangga ke 10 atau sekurang-kurangnya mencatatkan keputusan seri bagi mengelak dipintas oleh pasukan My Team yang berkedudukan ke 11 ketika ini.
Ketiadaan Syazwan Roslan di bahagian pertahanan kiri kerana kecederaan lutut yang berulang serta Mohd Hafiszuan yang masih menjalani penggantungan perlawanan bakal menyaksikan Perak menurunkan Benedict Martin di sebelah kiri.
Barisan tengah pula dikemudi oleh Nazri Kamal bersama Arif Fazlie sambil sayap kiri hampir pasti menjadi milik Isma Alif manakala di sebelah sayap kanan pula menjadi rebutan antara dua pemain iaitu Khalis Ibrahim dan Arsyah Ayob.
Tugas penyerang pula sudah pasti diisi oleh Saufi Sa’aidi bersama pemain dari skuad Presiden iaitu Khairul Izzat setelah ketiadaan Razali Umar kerana masalah kecederaan.
Kesebelasan Kemungkinan:
Kamarul Effandi (PG)
K. Puvinderan
Nor Hazrul
Benedict Martin
A. Varathan
Arif Fazlie
Nazri Kamal (K)
Isma Alif
Arsyah Ayob
Khairol Izzat (B20)
Saufi Sa’aidi
![]()
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- TM Liga Super - Pahang Vs Perak (review)
- TM Liga Super - Perak Vs My Team (result)
- TM Liga Super - My Team Vs Perak (review)
- TM Liga Super - Perak Vs Pulau Pinang (review)
- TM Liga Super - My Team Vs Perak (result)
One Response to “TM Liga Super - Perak Vs My Team (review)”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.



Salam semua..
Teman amat mengharapkan satu kemenangan pada perlawanan kali ini. Kita mungkin sedikit gagal dalam kedudukan lima pasukan teratas dan kita bertuah kerana tidak terjerumus ke Liga Perdana musim depan. Diharap kemenangan bakal tercipta nanti. Kita tunjuk kehebatan kita pada saingan Piala Malaysia nanti. Teman sentiasa menyokong penuh pasukan kesayangan teman ini.
Skor Yob skor..