TM Liga Super – Perak Vs Johor FC (result)

TM Liga Super 2009

Selasa 30 Jun 2009
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perak 0 – 3 Johor FC

Setelah tumpas 4 – 0 kepada pasukan Kelantan baru-baru ini, Perak tewas kepada Johor FC dengan jaringan 3 – 0 pada saingan TM Liga Super 2009 yang dilangsungkan dalam keadaan hujan renyai-renyai di Stadium Perak malam tadi.

Kira-kira 2000 lebih penyokong pasukan tuan rumah dikejutkan oleh pasukan pelawat seawal minit ke 3 melalui Azizan Baba untuk pasukan Johor FC mendahului 1 – 0. Tamat separuh masa pertama dengan kedudukan kekal 1 gol tanpa balas.

Perak memulakan permainan separuh masa kedua dengan membuat pertukaran pertama iaitu mengeluarkan A. Varathan dan memasukkan Saufi Sa’aidi. Tidak sampai 7 minit permainan berlangsung, Johor FC menambah gol kedua melalui Azwan Roya.

Selepas gol kedua tersebut, Perak kerap membuat serangan ke kubu pasukan Johor FC namun jentera serangan yang diketuai oleh Razali Umar dan K. Thinagaran kelihatan amat tumpul dan gagal memanafaatkan peluang yang terhidang.

Gol terakhir dari Johor FC datang pada masa tambahan 2 minit selepas tamat masa sebenar permainan separuh masa kedua yang disudahkan oleh Mohammad Ezaidy yang bijak merembat bola yang terlucut dari tangkapan Megat Amir Faisal.

Kesebelasan Utama:

Megat Amir (PG)
K. Puvinderan
Chun Keng Hong (K)
A. Varathan – 1
Syazwan Roslan
Nor Hazrul
Mohd Nazri Kamal – 3
Isma Alif
Wan Hossen (B20) – 2
K. Thinagaran
Razali Umar

Pertukaran:

Saufi Sa’aidi  – 1
Safwan Mahayuddin – 2
Hafiz Abdul Rahman – 3

Keputusan Perlawanan Lain 30 Jun 2009:

Kedah 1 – 0 My Team
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Selangor 1 – 0 Plus FC
Stadium Shah Alam

Negeri Sembilan 0 – 4 Perlis
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Terengganu 2 – 0 Kelantan
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Pahang 3 – 1 PDRM
Stadium Darul Makmur

Pulau Pinang 3 – 0 Kuala Muda
Stadium Negeri, Batu Kawan

Likes(0)Dislikes(0)

8 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Johor FC (result)

  1. belanak

    Salam...

    Apakah matlamat kita untuk kekal dalam Liga Super sudah memadai??? Segala persoalan pada awal musim sudah jelas bahawa kita masih kekal dan apakah nasib kita pada musim akan datang...??

    Segala kerjasama kalian diucapkan ribuan terima kasih kerana kita masih lagi kekal di Liga Super untuk musim depan... Cuma persoalan yang timbul, apakah kita sudah berpuas hati dengan kedudukan semasa dengan persembahan pasukan? Bagaimana dengan saingan Piala Malaysia kelak?? Tepuk dada tanya lah hati.. Semoga kita berjaya...

    Tahniah dan terima kasih...
    Apa yang penting... KERJASAMA...
    Apa yang penting... KERJASAMA...

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. anipjebat

    salam...

    satu kekalahan yang bagi teman bukan kekalahan yang bermaruah..kami sebagai penyokong bukan tak boleh menerima kekalahan tapi biarlah kalah tu secara terhormat..bile melihatkan line up Perak pun hati teman dah terdetik pasukan kesayangan ramai ini akan kalah tapi untuk menyedapkan hati teman yakinkan diri yang kite boleh menang..Teman tak faham kenapa Thinagaran masih lagi dapat tempat dalam 1st eleven Perak,main la buruk mane pun kedudukannya semacam kebal je dalam pasukan..anak saudara ke coach? kalau ye pun nak bagi sangat Thinagaran tu main,letak la dia kat sayap jangan bagi dia main kat tengah..Wan Hossen hancor main kat sayap,posisi dia kat tengah..kami penyokong pun boleh nampak takkan la coach yang lebih arif dari kami tak boleh nampak..Varathan ape fungsi dia coach? main macam tu pun boleh dapat 1st eleven..entahla,dah teruk sangat ke sampai langsung takde pilihan..ape pun tahniah la pada pasukan kerana masih kekal dalam liga super..

    line up pilihan teman..

    GK- Kamarul Effandi
    RB- Nor Hazrul
    LB- Syazwan Roslan
    DC- Chun Keng Hong
    DC- K. Puvinderan
    MR- Khalis/Nazri
    ML- Isma Alif
    MC- Hafiszuan
    MC- Wan Hossen
    FW- Saufi
    ST- Razali

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. bobiNHo84

      salam pada sahabat teman ni anip jebat...

      Pendapat teman,perlawanan pada malam tu adalah permainan paling buruk Perak selama teman tengok bola..defend dah ok,tapi tengah masih mencari-cari rentak..dapat bola tak tau nak hantar ke mana...
      Teman kesian pemain yang main sungguh-sungguh macam Razali,Syazwan,Saufi,Chun,Hazrul dan lain-lain kecuali Thinagaran,Varathan dan Megat hanya penumpang dalam pasukan Perak...
      Teman masuk stadium je tengok2 Megat main,memang leboh Perak teman cakap..tapi nak sedapkan hati,cakap jugak la boleh menang...tapi terbukti,kalah jugak Perak malam tu...

      line up yang anip jebat bagi ni betul dan tepat...

      Ape2 pun,kite sekadar boleh memberi pendapat sahaja..yang lain semua ditangan Karathu dan Raja Azlan...sekian..

      wassalam...

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. YB

        Mula-mula teman nak ucap selamat kembali pada bobiNHo84 setelah lama menghilang.

        Keduanya teman nak ingatkan mike dan rakan-rakan lain tentang peraturan baru yang tak tertulis pada ruangan FAQ.

        Peraturan baru itu ialah kalau kita menaip nama khas contoh nama pemain atau nama tempat, negeri, negara sila gunakan huruf besar pada awalannya.

        Contoh:

        Perak, Razali, Karuthu, Raja Azlan

        Jangan dikecilkan awalan tu walaupun perkataan tu muncul ditengah-tengah ayat.

        Yang ketiga, jangan memandai panggil nama timang-timangan dalam posting kome tu.

        Contoh:

        Jali - Razali
        Syazwan - Atong

        Masalahnya kita je yang paham nama-nama ni, kalau orang luar mana deme nak tau siapa orang ni. Kalau nak taip dalam shoutbox kita masih benarkan, tapi bukan dalam komentar.

        Yang keempat, bab Megat Amir jadi keeper dan bolos banyak atau kalah tu rasanya tuduhan berat sebab baru je Perak kalah sebelum ni dengan Kelantan sampai 4 gol dengan keeper Kamarul Effandi.

        Pokoknya sekarang dua-dua keeper ni memang tak mantap dan ada masanya terlepas bola-bola yang sepatutnya boleh ditangkap dengan mudah.

        Pada teman masalah utama kita sekarang ialah percaturan yang merapu meraban dari head coach.

        FULL STOP !!!!

        Likes(0)Dislikes(0)
  3. danie

    salam semua, teman ada di stadium semalam, sedih juga tengok pemain muda kita, tapi teman puas hati pemain muda baru tahun ni melangkah kaki ke liga super , tapi yang tak puas hati kenapa Karathu masih tak kenal posisi pemain pakai letak ikut mood dia je...... macam mana pemain kita nak mahir ..... susunan lawan dengan Negeri Sembilan dah elok tapi bila teman tengok pemain yang sepatutnya bermain di posisi tengah jadi flanker gila ape Karathu ni..... sedih sekali bila menang dipuji bila kalah kena kutuk maki, pemain bawah 20 jadi mangsa kutukan ..... kenapa peminat bolasepak Perak tak bagi sokongan walaupun tewas bagi semangat bukan kutukan....... pemain terpaksa ikut cara Karathu, sedih sangat teman dengan apa yang si Karathu buat .......kita perlu sedar pemain muda Perak masih baru jangan harapkan lebih kita harap akan dapat jurulatih yang lebih memahami pemain dan tak pilih kasih...... teman doakan team Perak akan berjaya tahun ni team kita baru nak belajar ...... doakan yang terbaik bukan kutukan menjatuhkan semangat pemain....... cakap mudah cuba main boleh tak?!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. sunrise

    salam

    Apa sudah jadi dengan pasukan Perak itulah persoalan yang keluar dari mulut penyokong dan peminat setia skuad Perak...........

    Jika dilihat secara terperinci terhadap perlawanan semalam jelas dan nyata masalah yang sebenar pasukan adalah percaturan M.Karuthu yang merapu dan tidak mempunyai masa hadapan langsung. Adakah M.Karuthu layak untuk digelar jurulatih yang berwibawa dan yang berpengalaman luas? bagi teman tidak layak langsung,kerana beliau masih tidak tahu untuk menyusun pemain dan melakukan strategi taktikal yang baik.

    Kesemua strategi taktikal yang dilakukan oleh M.Karuthu adalah strategi untuk menjatuhkan pasukan bukan untuk menaikkan martabat pasukan. Cuba kita lihat pemain yang sepatutnya berada diposisi tengah diletakkannya ke posisi sayap dan perbagai lagi. pemain yang sepatutnya dikeluarkan lebih awal tetapi kerana kebijaksaan M.Karuthu pemain tersebut digunakan sehingga tamat pemainan.

    Diharapkan pihak pengurusan PAFA dapat mengkaji semula kedudukan M.Karuthu dalam pasukan,kerana beliau bukanlah seorang jurulatih yang baik,bagus dan bijaksana untuk pasukan Perak,malah beliau yang sebenarnya adalah pembunuh terbesar dalam pasukan. Cadangan teman kepada M.Karuthu untuk perlawanan akan datang diharapkan dapat mengandingkan Wan Hosein dan Safwan Mahayuddin ditengah, Nazri Kamal pula diletakkan disayap kanan dan Mohd Zafran diletakkan disayap kiri.

    Seandainya 4 permata ini diletakkan di posisi tersebut maka barisan tengah Perak menjadi lebih mantap dari sekarang. Sudah pasti ramai yang tidak bersetuju dengan Zafran kerana selama beberapa perlawanan yang melibatkan beliau,corak permainannya hambar. mana tidaknya menjadi sedemikian rupa,beliau sebenarnya adalah seorang pemain sayap kiri tetapi diletakkan beliau di posisi yang salah,termasuk juga dengan Wan Hosein beliau seorang pemain tengah diletakkan di posisi sayap kanan.

    Mari kita bayangkan apa akan jadi kepada pasukan setelah kita menjadikan M.Karuthu jurulatih penjaga gol,Raja Azlan jurulatih dibalapan dan Tay Sin Kiat jurulatih renang, apa akan jadi kepada pasukan yang dipimpin oleh mereka,walhal kepakaran mereka bertiga adalah berlainan. Inilah yang terjadi sebenarnya dalam pasukan Perak.Kepada M.Karuthu fikir fikirkanlah jangan jadi seorang manusia yang tidak menggunakan kebijaksanaannya dengan tepat dan telus.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. syidi

    Salam..

    Amat menyedihkan. Walaupun semalam tampak ada keseimbangan namun semuanya 'useless'. Bayangkan, kita berjaya menguasai bola boleh dikatakan pada keseluruhan permainan 90 minit, tapi itu tidak membantu langsung untuk mencari gol semalam.

    Banyak hantaran yang sia-sia seperti sebelumnya. Johor FC kehilangan rentak ketika hujan turun mencurah-curah semalam. Sebaliknya Perak makin ligat mengatur serangan. Atur saja tidak memadai. Ternyata pertahanan Johor FC berjaya mengekang gerakan-gerakan Perak untuk mencipta jaringan.

    Wan Hossen yang diletakkan disebelah kanan dilihat agak kekok, dan saya percaya dia sendiri tidak yakin untuk bermain pada posisi berkenaan. Sekali sekali dia masuk ke bahagian tengah untuk mengawal keadaan di tengah. Khalis Ibrahim dilihat lebih sesuai diletakkan di situ dan Wan Hossen sepatutnya diletakkan di tempat Thinagaran.

    Rata-rata penyokong yang hadir semalam meluahkan rasa kecewa mereka dengan memaki hamun pemain sendiri dan mengkritik corak permainan yang kurang memberansangkan. Macam biasa ayat wajib dari saya, 'Lakukan Perubahan'. Jangan nanti Perak tidak bersungguh-sungguh dalam sukan yang glamor ni. Senangkanlah hati rakyat jelata yang amat sayang dengan Perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. taufiq

    Salam semua,

    Kurang pengalaman, itulah yang patut diberikan kepada Pasukan Perak. Walaupun tewas,tetapi bermaruah. Teman yakin bahawa Perak mampu bangkit pada masa akan datang memadangkan corak permainan dan persefahaman yang ditunjukkan oleh para pemain sudah menampakkan bahawa pasukan dan pemain kita adalah yang terbaik.

    Ayuh Seladang, tunjukkan kepada semua bahawa Perak adalah yang terbaik.

    Skor Yob Skor..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.