TM Liga Super - Pahang Vs Perak (review)
July 20th, 2009 by YB

Selasa 21 Julai 2009
Stadium Darul Makmur
8:45PM
Perlawanan ke 25, Liga Super 2009 untuk pasukan Perak adalah menentang pasukan Pahang di Stadium Darul Makmur. Pada perlawanan pertama 4 April di Ipoh tempohari Perak mencatatkan kemenangan 2 gol tanpa balas.
Perak pada 2 perlawanan sebelum ini berjaya mengikat pasukan Terengganu dan Perlis dengan keputusan 1 - 1. Sementara itu pasukan Pahang berada dalam kedudukan yang amat kritikal untuk di turunkan ke Liga Perdana musim hadapan.
Barisan pemain yang bakal diturunkan kali ini mengalami beberapa perubahan setelah ketiadaan Razali Umar di bahagian serangan kerana menerima kad kuning yang ketiga dan Mohd Hafiszuan yang masih menjalani penggantungan perlawanan.
Tugas pengempur kini terarah kepada Saufi Sa’aidi ataupun pemain dari skuad Presiden iaitu Khairol Izzat. Kelibat Arif Fazlie hampir pasti mengisi slot selaku pemain pertahanan tengah bersama K. Puvinderan menggantikan Mohd Hafiszuan.
Kesebelasan Kemungkinan:
Kamarul Effandi (PG)
K. Puvinderan
Arif Fazlie
Nor Hazrul
Syazwan Roslan
A. Varathan
Mohd Nazri Kamal (K)
Isma Alif
Safwan Mahayuddin (B20)
Khalis Ibrahim
Khairol Izzat
![]()
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- TM Liga Super - Perak Vs My Team (review)
- TM Liga Super - Pahang Vs Perak (result)
- TM Liga Super - Perak Vs Selangor (result)
- TM Liga Super - Perak Vs Perlis (result)
- TM Liga Super - Terengganu Vs Perak (result)
One Response to “TM Liga Super - Pahang Vs Perak (review)”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.



salam….
diharapkan pemain pemain yang bakal diturunkan dapat bermain dengan penuh ketenangan,kerana kemenangan atau kekalahan tidak lagi bermakna untuk pasukan.