TM Liga Super – Pahang Vs Perak (result)

TM Liga Super 2009

Selasa 21 Julai 2009
Stadium Darul Makmur
8:45PM

Pahang 2 – 1 Perak

Skuad seladang tumbang 2 – 1 kepada pasukan tuan rumah Pahang dalam saingan TM Liga Super 2009 yang dilangsungkan malam tadi di Stadium Darul Makmur dengan disaksikan tidak sampai 100 orang penyokong sahaja.

Penyokong pasukan tuan rumah dikejutkan dengan gol pertama dari Perak pada minit ke 9 melalui Khairul Izzat dan kedudukan tersebut kekal sehingga wisel penamat ditiup pada separuh masa pertama.

Aksi separuh separuh masa kedua bermula dengan pasukan Pahang mula mengasak hebat kubu pasukan Perak dan hasilnya pada minit ke 83 gol penyamaan dijaringkan oleh tuan rumah melalui Azamuddin Akil.

Gol kemenangan pasukan tuan rumah diperolehi pada minit ke 90 melalui Mohd Hafiz Kamal sebelum pengadil meniup wisel penamat untuk keputusan muktamad Pahang mengatasi Perak dengan jaringan 2 – 1.

Kesebelasan Utama:

Kamarul Effandi (PG)
K. Puvinderan
Syazwan Roslan
Nor Hazrul
A. Varathan
Sarath Babu
Mohd Nazri Kamal (K) – 2
Isma Alif
Arif Fazlie
Khairul Izzat (B20) – 1
Saufi Sa’aidi – 3

Pertukaran:

Safwan Mahayuddin – 1
Arsyah Ayob – 2
Hafiz Abdul Rahman – 3

Keputusan Perlawanan Lain 21 Julai 2009:

Plus FC 2 – 1 Perlis
Stadium Utama Negeri, Kangar

My Team 0 – 5 Johor FC
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Kuala Muda 1 – 0 Negeri Sembilan
Stadium Darul Aman, Alor Setar

PDRM 1 – 6 Selangor
Stadium MP, Selayang

Kelantan 0 – 1 Kedah
Stadium Sultan Mohd Ke-IV

Likes(0)Dislikes(0)

3 thoughts on “TM Liga Super – Pahang Vs Perak (result)

  1. sunrise

    salam...

    Tahniah kepada M.Karuthu yang telah membawa skuad Perak kearah cemerlang dengan kekalahan. Inilah yang dikatakan pasukan berwawasan untuk terus dibelasahi oleh kesemua pasukan dalam saingan liga super selagi skuad ini dibimbing oleh M.Karuthu. Diharapkan pihak pengurusan PAFA dapat menilai semula kedudukan M.Karuthu dalam pasukan.Seandainya inginkan pasukan Perak kekal menjadi pasukan belasahan kekalkanlah M.Karuthu. Apa yang saya lihat dan apa yang telah saya kaji terhadap M.Karuthu beliau sebenarnya bukanlah seorang jurulatih yang baik dan berwibawa.

    Ketika beliau memimpin pasukan Perak ketika menjadi pasukan pertama menjuarai Piala FA pada tahun 1990 kerana ketika itu pasukan dipenuhi dengan pemain pemain yang berpengalaman dan hebat setaraf dengan pasukan dalam liga malaysia. Malah ketika saat ini berkemungkinan kesemua pemain pasukan Perak kecil hati dengan M.Karuthu maka mereka tidak lagi akan bermain dengan penuh semangat.Salah satu perkara yang menyebabkan pemain pemain kecil hati kerana kenyataan yang telah dikeluarkan oleh beliau ketika ditemu bual dalam rancangan di RTM1. Seorang jurulatih yang baik dan bagus ialah seseorang itu mampu membentuk sebuah pasukan yang teramat mantap walaupun hanya dibarisi pemain pemain yang tidak berpengalaman dan pemain pemain remaja yang terlalu mentah.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. myo abol as

      Terlalu senang bagi sesetengah orang kita menghamburkan kata-kata menyalahkan orang lain. Apabila pasukan kalah maka secara 'automatiknya' jurulatihlah yang menjadi sasaran utama. Teman sendiri kurang pasti mengapa ada sesetengah pihak kita senang-senang sangat menyalahkan jurulatih M. Karathu, memang tak habis-habis lagi sejak dari sebelum bermulanya liga sampailah ke penghujung liga kini. Apa yang menyebabkan ada pihak yang anti sangat dengan beliau? Mungkin sebab beliau berbangsa India kot? Ada jugak yang cakap sejak 'coach' M. Karathu membimbing pasukan, banyak sangat kaum-kaum 'botol kicap' yang main! Mengapa terlalu prejudis dan racist sangat orang kita ni? Dulu-dulu tak pernah pun keluar isu-isu macam ni? V. Saravanan, M. Nagaraja, P. Ravindran, K. Nanthakumar tu orang apa yob?

      Kalau pasukan Perak yang ada kini dibimbing oleh Karl Heinz Weigang, dan kita mengalami kekalahan maka adakah perlu beliau juga dipersalahkan? Kalau Tony Netto pula bagaimana? Sedangkan mereka berdua ini adalah jurulatih yang punya standard yang tinggi dan bagus. Begitu juga dengan coach M. Karathu. Ada tak jurulatih tempatan lain yang punya pengalaman dan kelayakkan yang setanding beliau? Irfan Bakti? Beliau hanya setakat melatih kelab dari tanah seberang sahaja. Sekurang-kurangnya coach M. Karathu kita ni pernah jugak melatih pasukan kebangsaan Sri Lanka dan beberapa lagi pasukan kebangsaan yang lain serta kelab di Singapura juga.

      Siapakah yang telah membawa pasukan Perak keluar dari kumpulan divisyen dua pada tahun 1989 dulu dan seterusnya layak ke final piala F.A? Adakah ini masih belum mencukupi bagi kita untuk mengatakan bahawa beliau bukan seorang jurulatih berwibawa? Berwibawa seperti mana yang dimahukan oleh kita? Tiada guna mengharapkan jurulatih yang berwibawa andaikata pemain-pemain sendiri tidak berwibawa dan tidak punya sikap untuk meningkatkan lagi corak permainan mereka. Sia-sia juga akhirnya. Dollah Salleh dan Zainal Abidin Hassan juga tidak punya begitu banyak pengalaman dalam bidang kejurulatihan namun masih diberi kepercayaan malah mampu juga membawa pasukan untuk memenangi piala dan dapat pula mengalahkan pasukan yang punya jurulatih yang jauh lebih banyak pengalamannya. Bagaimana pula tu?

      Teman sendiri juga menonton rakaman temubual tersebut dan memang ada benarnya juga dengan kata-kata beliau itu. Bukanlah niat beliau semata-mata untuk merendahkan tahap pemain-pemainnya sendiri tetapi pemain-pemain itu yang sepatutnya sedar dan jadikan ini satu cabaran untuk anda buktikan kepada jurulatih dan peminat-peminat sendiri. Mungkin bagi sesetengah pihak yang anti kepada 'coach' merasakan beliau seperti menghina pemainnya sendiri. Bangunlah yob! Buka mata dan bersihkan minda anda dari sebarang andaian yang kurang munasabah!! Belum ada lagi jurulatih dalam dunia ni yang mahu pasukannya kalah. Belum ada lagi jurulatih dalam dunia in yang suka-suka hendak menjatuhkan martabat pasukan dan pemain-pemainnya sendiri.

      Tetapi ini mungkin sudah nasib bagi sesetengah 'coach' itu sendiri apabila diberikan tanggungjawab untuk membimbing pasukan yang mana adakalanya membuahkan hasil dan adakalanya juga tidak. Suka atau tidak, kita sebagai peminat yang kononnya mengaku penyokong setia harus menelan perkara tersebut. Tu belum lagi kalau coach baling kasut kat pemain sepertimana yang berlaku kepada Beckham. Karl Heinz Weigang pernah hampir-hampir bertumbuk dengan Laslo Repasi dan beliau menyingkirkan terus pemain tersebut dari pasukan namun mengapa tak pernah nak menyalahkan beliau? Malah beliau dianggap sebagai 'team saviour' pulak?

      Senang sangatlah kalau kalah je salah jurulatih, samalah juga kalau kalau tak 'pass exam' pun salahkan je cikgu di sekolah. Bukalah mata dan bersihkan minda kita disini. Sesiapa pun yang melatih pasukan sama saja hasilnya jika pemain-pemain sendiri tiada kemahuan untuk berjaya. Terimalah sahaja dengan keadaan pasukan kita yang ada kini dan janganlah diberikan atau ditambahkan lagi beban kepada jurulatih-jurulatih dan pemain-pemain yang ada sekarang. Berilah peluang kepada mereka-mereka ini dan teman percaya bahawa hasilnya bukan buat masa ini tapi untuk akan datang. Terlalu awal untuk kita mengharapkan sesuatu yang besar dan tidak tercapai oleh mereka buat masa ini.

      Tepuk dada, tanya selera..........

      Ayuh Perak...
      Jangan cepat mengalah dan teruskan berjuang...
      Tak kiralah apa sekalipun yang berlaku teman tetap dibelakang kalian...

      Kejor yeop kejor!!!

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. sunrise

        Salam kepada yob myo abol, yang bijaksana. Teman ingin menjawap segala persoalan yang telah anda ketengahkan. Sebelum itu pernahkah anda sentiasa bersama sama pasukan mendengar atau mengkaji sepenuhnya terhadap masalah pemain pemain terhadap taktikal yang diberikan oleh M.Karuthu ? Pernahkah anda menilai sendiri terhadap M.Karuthu untuk musim 2009 ini? Sebelum teman menjawap persoalan anda,teman ingin mengajak anda berfikir sejenak,adakah Allah SWT menjadikan makhluk di muka bumi ini untuk memiliki keistimewaan diri yang sama,maksud saya larian yang sama laju,tenaga yang sama banyak,ketinggian yang sama,kepantasan bertindak yang sama. Adakah Allah SWT mewujudkan manusia di muka bumi ini tanpa perasaan.

        Berbalik kepada persoalan anda tadi, seorang jurulatih yang bagus dan berwibawa tidak akan mengeluarkan kata kata sebegitu rupa. Seorang jurulatih yang berwibawa tidak semestinya mampu membuatkan sesebuah pasukan itu mengungguli piala. Seseorang jurulatih yang berwibawa tidak semestinya harus memiliki pemain yang mereka impikan dimasa terdekat sebegini rupa. Anda ingin bandingkan dengan bekas bekas jurulatih pasukan Perak. Memang di zaman Karl Herz Weigang pasukan hanya memiliki Piala Malaysia,tetapi berjaya mencari bakat bakat yang perlu diketengahkan. Di zaman Toni Netto berjaya memiliki piala liga perdana 2 tahun berturut turut, dan yang penting juga pasukan memiliki pemain pemain berwibawa yang juga diketengahkan oleh beliau. Apakah itu tidak cukup bagus untuk kita puji. Adakah jurulatih sebegitu juga harus saya hinakan.

        Seorang jurulatih berwibawa tidak seharusnya mengeluarkan kata kata sebegitu rupa kerana pemain pemain adalah manusia yang memiliki perasaan. Seandainya M.Karuthu memiliki sifat seorang jurulatih yang bagus dia seharusnya memikul tanggungjawap ini dengan terbuka dan mendidik mereka semua menjadi pemain yang layak untuk digelarkan pemain profesional. Saya disini menganggap saudara berkata kata tidak menggunakan pertimbangan yang sewajarnya. Untuk pengetahuan saudara,seorang jurulatih yang berwibawa pandai menyusun strategi mengikut keupayaan pemain ditahap maksimum,bukan syok sendiri.

        Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.