Seladang Soccer Kids Kembali !!!
July 9th, 2009 by webmaster
Untuk makluman semua, Unit Pembangunan Bolasepak Perak akan menganjurkan Program Seladang Soccer Kids yang dijadualkan pada hari Sabtu 11 Julai 2009 bertempat di Padang Kompleks MBI, Ipoh. Program ini telah diadakan sejak 7 tahun yang lalu dan untuk tahun ini terdapat 3 kategori dijalankan iaitu bawah 8 tahun, 10 tahun dan 12 tahun.

Kepada mereka yang berminat untuk menyertai program ini, sila rujuk maklumat dibawah:
- Pendaftaran: 3:00 - 6:00 petang - Sabtu 11 Julai 2009
- Lokasi: Padang Kompleks MBI, Ipoh
- Kategori: Bawah 8 tahun, Bawah 10 tahun dan Bawah 12 tahun
- Jadual Latihan: Sabtu - 4:00 - 6:00 petang / Ahad - 8:00 - 10:00 pagi
- Tempoh Latihan: 3 bulan
50 pendaftaran terawal akan menerima cenderahati berupa kemeja T atau topi.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:
Encik Mohd Syukur
012-4527965
Sebahagian Gambar Program Terdahulu:
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- Seladang Soccer Kids 2009 | Rangkuman Berita & Gambar
- Karnival Remaja ‘First Touch Soccer Kid’ 2011
One Response to “Seladang Soccer Kids Kembali !!!”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.

salam……
Tahniah kepada yang bertanggungjawap melakukan pencarian bakat bakat baru demi masa depan bola sepak Perak khususnya dan untuk bola sepak negara amnya. Dengan adanya aktiviti sebegini rupa mampu menarik minat ibu bapa menghantar anak anak mereka untuk menjalani latihan ini demi masa hadapan mereka.