Posted in Soccer Kids on July 9th, 2009 1 Comment »
Untuk makluman semua, Unit Pembangunan Bolasepak Perak akan menganjurkan Program Seladang Soccer Kids yang dijadualkan pada hari Sabtu 11 Julai 2009 bertempat di Padang Kompleks MBI, Ipoh. Program ini telah diadakan sejak 7 tahun yang lalu dan untuk tahun ini terdapat 3 kategori dijalankan iaitu bawah 8 tahun, 10 tahun dan 12 tahun.

Kepada mereka yang berminat untuk menyertai program ini, sila rujuk maklumat dibawah:
- Pendaftaran: 3:00 - 6:00 petang - Sabtu 11 Julai 2009
- Lokasi: Padang Kompleks MBI, Ipoh
- Kategori: Bawah 8 tahun, Bawah 10 tahun dan Bawah 12 tahun
- Jadual Latihan: Sabtu - 4:00 - 6:00 petang / Ahad - 8:00 - 10:00 pagi
- Tempoh Latihan: 3 bulan
50 pendaftaran terawal akan menerima cenderahati berupa kemeja T atau topi.
Untuk sebarang pertanyaan… Continue reading

Selasa 7 Julai 2009
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM
Perak 1 - 1 Perlis
Perak mencatatkan keputusan seri 1 - 1 bertemu pasukan Perlis dalam saingan TM Liga Super 2009 yang dilangsungkan dalam keadaan padang becak dan hujan renyai di Stadium Perak semalam.
Kira-kira 1000 lebih penyokong pasukan tuan rumah melonjak kegembiraan pada minit ke 32 apabila Syazwan Roslan menjaringkan gol pertama skuad seladang. Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan kekal 1 gol tanpa balas.
Aksi separuh separuh masa kedua bermula dengan Razali Umar terlalu kerap melepaskan peluang untuk menambah gol buat pasukan Perak. Keadaan ini digunakan sebaiknya oleh pasukan Perlis untuk mengasak kubu pasukan Perak.
Pada minit ke 71, Mohd Hafiszuan telah dilayangkan kad merah bersama pemain Perlis, Amar Rohidan kerana bergaduh sesama mereka. Seminit kemudian Nizaruddin Yusof… Continue reading

Jadual Perlawanan TM Liga Super | Selasa 7 Julai 2009:
Kedah vs PDRM
Stadium Darul Aman, Alor Setar
Selangor vs Kuala Muda
Stadium Shah Alam
Negeri Sembilan vs My Team
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Johor FC vs Plus FC
Stadium Jcorp, Pasir Gudang
Pahang vs Terengganu
Stadium Darul Makmur
Pulau Pinang vs Kelantan
Stadium Bandaray, Pulau Pinang
Perak vs Perlis
Stadium Perak, Ipoh
Nota: Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul 8:45 malam… Continue reading

Selasa 7 Julai 2009
Stadium Perak
8:45PM
Perlawanan ke 24 dari keseluruhan 26 perlawanan TM Liga Super 2009 untuk pasukan Perak adalah menentang pasukan Perlis di Stadium Perak. Pada perlawanan pertama 21 Mac di Kangar, Perak mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan.
Perak pada perlawanan sebelum ini berjaya mengikat pasukan tuan rumah, Terengganu 1 - 1 di tempat lawan sementara pasukan Perlis pula menang tipis 1 - 0 keatas pasukan kelab dari selatan tanahair, Johor FC di Kangar.
Barisan pemain yang bakal diturunkan juga dijangka tidak banyak berubah sewaktu pertemuan dengan Terengganu tempohari apabila Perak tetap akan ‘merehatkan’ Chun Keng Hong, K. Thinagaran dan S. Subramaniam dari bermain.
Perlis sudah tentu ingin meraih kemenangan bagi merapatkan jurang mata yang dikumpul oleh pasukan Selangor. Perak pula dalam fasa memantapkan… Continue reading