Hari Keluarga SDN 2009

Lokasi: Sungai Angkat@Pomson, Hulu Langat
Tarikh: Ahad, 2 Ogos 2009
Waktu: 9:30 pagi
Aktiviti: Berkelah & BBQ

Menjelang ketibaan bulan Ramadan pada pertengahan bulan Ogos ini, pihak pengurusan SDN ingin menganjurkan Hari Keluarga SDN 2009 yang pertama kali diadakan pada tarikh dan waktu seperti dinyatakan di atas.

Hari Keluarga ini terbuka kepada semua yang berminat samada yang sudah berkeluarga mahupun belum. Gambar lokasi, panduan serta keterangan lain ada disertakan di bawah.

[slideshow=10]

View Larger Map

Info Lokasi:

  • Lokasi Sungai Angkat@Pomson terletak di laluan yang sama untuk pergi ke Sungai Congkak atau IKBN Dusun Tua tetapi lebih jauh sedikit dan berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Kuala Pomson.
  • Bayaran masuk adalah RM 3 dan jarak tempat perkelahan kurang dari 10 meter dari tempat meletak kenderaan.

Info BBQ:

  • Tempat membakar/BBQ akan disediakan oleh penganjur dan mereka yang berminat untuk menggunakan kemudahan itu nanti cuma perlu membawa sendiri ‘kayu arang’ untuk membakar makanan anda.
  • Penganjur ada menyediakan hidangan ala buffet kepada mereka yang berminat dengan kadar bayaran RM 10 seorang.
  • Menu: Boneless BBQ Chicken, Coleslaw & Mineral Water.

Sila ajukan sebarang pertanyaan pada ruangan komentar di bawah dan kepada yang berminat untuk hadir bolehlah memberikan username anda untuk dikemaskini.

Terima Kasih
admin

Perhatian: Oleh kerana terdapat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, Hari Keluarga SDN 2009 akan ditunda ke suatu tarikh yang akan diumumkan kelak. Harap Maklum.

Likes(0)Dislikes(0)

6 thoughts on “Hari Keluarga SDN 2009

  1. taufiq

    Salam,

    Di sini teman hendak mengalu-alukan semua warga SDN semoga dapat menghadirkan diri dalam riadah yang berguna ini.

    Teman akan hadir bersama rakan teman iaitu Nor Rahmat.
    jumpa di sana..

    Hidup SDN, Skor Yob Skor...

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi

    Salam..

    Tahniah...SDN maju selangkah lagi dengan penganjuran acara sebegini.

    Saya memang tidak dapat melibatkan diri buat sekarang. Tapi diharap rakan-rakan yang berkesempatan, hadirlah bersama-sama keluarga demi mengeratkan ukhwah sesama insan.

    SDN telah menyediakan platform yang baik untuk menyatukan warga Perak amnya dan Warga SDN khasnya dalam memastikan hubungan sesama kita kian erat.

    Teruskan menyokong Pasukan Perak! Hidup Seladang!
    SKOR YOB SKOR!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. razlan

    salam,

    menarik nih... ade bihun goreng lagi best... lama pulak tak pegi waterfall..

    satu soalan: pergi sendiri2 atau pergi berkonvoi? Jika berkonvoi, jumpa di mana dan pukul berapa?

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Salam yob,

      bihun goreng memang takde, kalau nak kena bawak sendiri, hehehe.

      Kuala Pomson ni lebih pada air empangan Langat dan bukan air terjun. Kita pilih tempat ni sebab mudah nak akses serta jarak tempat parking dengan tempat berkelah dekat.

      Kalau nak pegi sendiri pun boleh atau nak pegi berkonvoi pun boleh, teman ikut KESAS...keluar rumah pukul 8:45 camtu.

      Likes(0)Dislikes(0)
  4. zfnizam

    Salam semua

    tahniah2....

    best tu...berkelah reramai...tapi teman tak dapat join....weekend ni balik ipoh...ada family matters....

    so enjoy le ye

    awok pun baru je 2 kali join aktiviti SDN....

    takpe....kalo ada next projek & kena timingnye insyallah teman join....

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. webmaster Post author

    Perhatian:

    Oleh kerana terdapat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, Hari Keluarga SDN 2009 akan ditunda ke suatu tarikh yang akan diumumkan kelak.

    Harap Maklum.
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.