Abdul Jamil Othman | Jangan Merapu Yob !!!

Abdul Jamil Othman

Dari kiri: Abdul Jamil Othman, Azizan Hashim dan M. Karuthu

Rentetan dari artikel berkenaan “Razali diintai pasukan elit” yang disiarkan oleh sebuah akhbar arus perdana semalam, pihak SDN menerima banyak email tentang hal tersebut termasuk email yang mengecam kenyataan peribadi Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Perak (KPBP), Abdul Jamil Othman di dalam akhbar tersebut.

Hanya sebahagian sahaja email akan disiarkan kerana kebanyakan dari email-email tersebut mempunyai maksud dan tujuan yang serupa atau hampir sama. Berikut adalah sebahagian dari rangkuman email yang diterima dan sudah “diperkemaskan” untuk siaran umum SDN.

Email 1

  • Saya berharap Presiden Kelab Peminat Perak dapat membangunkan kembali persatuan yang kelihatan seperti “Hidup Segan Mati Tak Mahu” buat masa ini. Beliau sendiri selalu ‘GHAIB’ di stadium sewaktu perlawanan berlangsung. Apa sebenarnya fungsi beliau sebagai Presiden kelab peminat?

Email 2

  • Saya sebagai salah seorang ahli kelab peminat berharap Jamil Othman tidak hanya pandai berkata-kata di dalam akhbar tentang situasi terkini pasukan tetapi memberikan sokongan dan galakan kepada para pemain untuk terus berjuang memartabatkan bolasepak Perak dan bukannya mengeluarkan kenyataan sebegini.

Email 3

  • Sangat memalukan apabila beliau sebagai Presiden kelab peminat mengeluarkan kenyataan bahawa Razali Umar bakal dipancing oleh pasukan lain musim hadapan sedangkan Razali Umar sendiri mempunyai kontrak sehingga musim 2010. Tidakkah beliau tahu perkara ini sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian?

Email 4

  • Jangan sewenang-wenang mengeluarkan kenyataan yang merapu dan boleh melemahkan semangat pasukan Perak ketika liga sudah sampai ke penghujung. Kita masih ada lagi Piala Malaysia untuk direbut dan kenyataan sebegini hanya sesuai selepas semua kejohanan berakhir. Kepada Presiden kelab peminat Jamil Othman, berfikirlah secara matang dan bukan sekadar “Menangguk Di Air Keruh”

Email 5

  • Saya berharap pengurusan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) yang terkini tidak melakukan kesilapan yang sama seperti yang pernah dilakukan oleh pengurusan terdahulu apabila melepaskan banyak pemain musim lalu yang mempunyai kontrak kepada pasukan lain tanpa bayaran sesen pun.

Email 6

  • Jamil Othman seharusnya lebih proaktif dalam memajukan persatuan yang diurus. Hanya sekali sahaja bas rombongan kelab peminat “keluar dari Ipoh” ketika pasukan Perak menentang Selangor di Shah Alam.

Email 7

  • Khabarnya elaun pemukul gendang tidak dibayar oleh KPBP dan berita terkini elaun tersebut dibiayai oleh ‘individu luar’ yang bermurah hati dan tiada kena mengena dengan KPBP. Adakah KPBP sudah ‘lepas tangan’ ataupun ‘muflis’ ?.

Email 8

  • Kenyataan tidak bertanggungjawab dari seorang Presiden kelab peminat merangkap ahli majlis PAFA. Jangan jadi “Gunting Dalam Lipatan”, sila letak jawatan !.

Sekian sahaja rangkuman email yang sempat kami siarkan untuk bacaan umum. Walaupun isu ini nampaknya ringan tetapi mengundang banyak kemarahan dari peminat bolasepak Perak di luar sana. Sila nyatakan pandangan anda terhadap isu ini pada ruangan komentar di bawah.

Likes(0)Dislikes(0)

3 thoughts on “Abdul Jamil Othman | Jangan Merapu Yob !!!

  1. sunrise

    salam....

    Wahai Presiden Kelab Peminat anda sedarlah diri anda siapa yang sebenarnya. Anda tidak mempunyai ciri ciri seorang pemimpin. Kenyataan yang anda keluarkan di akhbar membuatkan orang di sekeliling mengamuk. Anda sendiri membuatkan diri anda diperbodohkan kerana meminta sedekah untuk menjayakan mesyuarat agung yang sepatutnya diadakan bulan ini, walhal anda seorang yang berduit.

    Anda dilantik menjadi ahli majlis persatuan disebabkan anda adalah seorang kenalan kepada adik Presiden PAFA,tetapi anda lupa daratan...apakah ini sikap seorang pemimpin? Anda membusukkan orang lain walhal sikap busuk anda ditutup serapat genggaman tangan anda. Anda dilantik Presiden bukan kerana undian tetapi kerana bantuan.

    Sebagai seorang Presiden anda harus mencari sesuatu untuk dilakukan demi peminat-peminat Perak, tetapi anda mencari sesuatu untuk diri sendiri. Apakah ini semua?. Lebih baik anda letak jawatan dari terus dihina. Bertaubatlah sebelum anda ditaubatkan.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. sheeryob

      tolong letak jawatan ler..saudara jamil kalau dah tak boleh nak buat kerja..ramai lagi yang kat luar sana boleh memimpin kelab..

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. bobiNHo84

    salam...

    Pertama sekali,teman agak terkejut bile terbaca artikel di akhbar..Walaupun kite memang akui Razali adalah seorang penyerang yang paling menonjol pada musim ini,tapi khabar-khabar angin begini perlu dijauhi kerana mungkin kita tidak nampak ape kesan yang akan berlaku kepada pemain dan juga pasukan Perak.

    Yang kedua, teman agak lame juge la mengikut pasukan Perak ni,tapi teman rase dah lama juge saudara Jamil kite ni menjadi Presiden Kelab Penyokong (tak silap teman la)..

    Sebenarnya teman dari dulu lagi tak berapa berkenan saudara Jamil ni atas sebab-sebab tertentu...bukan teman je,ayah teman sendiri pun macam teman juge..Atas sebab itu la dari dulu lagi teman tak pernah daftar sebagai ahli KPBP termasuk juge keluarga dan juge sahabat-sahabat teman.

    Ape kata,kite buat perubahan dalam KPBP...Pasukan Perak pun dah mnejalani perubahan drastik tahun ni..Jadi,rase teman tak salah kite buat perubahan drastik pada KPBP untuk masa depan pasukan kesayangan kite semua...

    wassalam...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.