feed rss2

Archive for July 3rd, 2009

TM Liga Super 2009

Sabtu 4 Julai 2009
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
8:45PM

Perlawanan ke-23 TM Liga Super 2009 untuk pasukan Perak adalah bertemu dengan pasukan Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Perlawanan pertama 17 Februari yang lalu Perak tewas 0 - 1 di Ipoh hasil jaringan Azlan Ismail.

Perak pada perlawanan sebelum ini telah tewas 2 kali berturut-turut iaitu kepada pasukan Kelantan di Kota Bharu dan yang terbaru kepada pasukan Johor FC di gelanggang sendiri selasa lalu dengan jaringan 3 gol tanpa balas.

Dua kekalahan berturut ini seolah-olah suatu petanda kemerosotan prestasi yang amat teruk ditambah dengan kemungkinan Perak terpaksa menurunkan penjaga gol dari skuad Presiden rentetan kecederaan yang dialami oleh Kamarul Effandi dan Megat Amir Faisal.

Skuad seladang dijangka bertolak pagi ini ke Kuala Terengganu bersama 18… Continue reading

[Valid CCL]