feed rss2

Archive for July 1st, 2009

TM Liga Super 2009

Selasa 30 Jun 2009
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perak 0 - 3 Johor FC

Setelah tumpas 4 - 0 kepada pasukan Kelantan baru-baru ini, Perak tewas kepada Johor FC dengan jaringan 3 - 0 pada saingan TM Liga Super 2009 yang dilangsungkan dalam keadaan hujan renyai-renyai di Stadium Perak malam tadi.

Kira-kira 2000 lebih penyokong pasukan tuan rumah dikejutkan oleh pasukan pelawat seawal minit ke 3 melalui Azizan Baba untuk pasukan Johor FC mendahului 1 - 0. Tamat separuh masa pertama dengan kedudukan kekal 1 gol tanpa balas.

Perak memulakan permainan separuh masa kedua dengan membuat pertukaran pertama iaitu mengeluarkan A. Varathan dan memasukkan Saufi Sa’aidi. Tidak sampai 7 minit permainan berlangsung, Johor FC menambah gol kedua melalui Azwan Roya.

Selepas gol kedua tersebut, Perak kerap membuat serangan Continue reading

[Valid CCL]