feed rss2

Archive for July, 2009

TM Liga Super 2009

Sabtu 1 Ogos 2009
Stadium Perak
8:45PM

Perlawanan ke 26 dan terakhir dalam kempen TM Liga Super 2009 buat pasukan Perak adalah menentang pasukan My Team di Ipoh. Pada perlawanan pertama 5 Mei di Kelana Jaya, Perak tewas kepada My Team dengan jaringan 2 - 1.

Kemenangan boleh dianggap penting untuk memastikan pasukan Perak kekal di tangga ke 10 atau sekurang-kurangnya mencatatkan keputusan seri bagi mengelak dipintas oleh pasukan My Team yang berkedudukan ke 11 ketika ini.

Ketiadaan Syazwan Roslan di bahagian pertahanan kiri kerana kecederaan lutut yang berulang serta Mohd Hafiszuan yang masih menjalani penggantungan perlawanan bakal menyaksikan Perak menurunkan Benedict Martin di sebelah kiri.

Barisan tengah pula dikemudi oleh Nazri Kamal bersama Arif Fazlie sambil sayap kiri hampir pasti menjadi milik Isma Alif manakala di… Continue reading

Hari Keluarga SDN 2009

Lokasi: Sungai Angkat@Pomson, Hulu Langat
Tarikh: Ahad, 2 Ogos 2009
Waktu: 9:30 pagi
Aktiviti: Berkelah & BBQ

Menjelang ketibaan bulan Ramadan pada pertengahan bulan Ogos ini, pihak pengurusan SDN ingin menganjurkan Hari Keluarga SDN 2009 yang pertama kali diadakan pada tarikh dan waktu seperti dinyatakan di atas.

Hari Keluarga ini terbuka kepada semua yang berminat samada yang sudah berkeluarga mahupun belum. Gambar lokasi, panduan serta keterangan lain ada disertakan di bawah.

View Larger Map

Info Lokasi:

  • Lokasi Sungai Angkat@Pomson terletak di laluan yang sama untuk pergi ke Sungai Congkak atau IKBN Dusun Tua tetapi lebih jauh sedikit dan berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Kuala Pomson.
  • Bayaran masuk adalah RM 3 dan jarak tempat perkelahan kurang dari 10 meter dari tempat meletak kenderaan.

Info BBQ:

  • Tempat membakar/BBQ akan disediakan oleh penganjur dan mereka yang berminat untuk menggunakan kemudahan

Isnin 27 Julai 2009
Stadium Perak
5:00 petang

Perak akan mengadakan satu perlawanan persahabatan di Stadium Perak petang ini menentang pasukan Perak Malay. Penonton di sekitar Ipoh dijemput hadir menyaksikan perlawanan ini.

Masuk Percuma… Continue reading

TM Liga Super 2009

Selasa 21 Julai 2009
Stadium Darul Makmur
8:45PM

Pahang 2 - 1 Perak

Skuad seladang tumbang 2 - 1 kepada pasukan tuan rumah Pahang dalam saingan TM Liga Super 2009 yang dilangsungkan malam tadi di Stadium Darul Makmur dengan disaksikan tidak sampai 100 orang penyokong sahaja.

Penyokong pasukan tuan rumah dikejutkan dengan gol pertama dari Perak pada minit ke 9 melalui Khairul Izzat dan kedudukan tersebut kekal sehingga wisel penamat ditiup pada separuh masa pertama.

Aksi separuh separuh masa kedua bermula dengan pasukan Pahang mula mengasak hebat kubu pasukan Perak dan hasilnya pada minit ke 83 gol penyamaan dijaringkan oleh tuan rumah melalui Azamuddin Akil.

Gol kemenangan pasukan tuan rumah diperolehi pada minit ke 90 melalui Mohd Hafiz Kamal sebelum pengadil meniup wisel penamat untuk keputusan muktamad Pahang… Continue reading

TM Liga Super

Jadual Perlawanan TM Liga Super | Selasa 21 Julai 2009:

Plus FC vs Perlis
Stadium Utama Negeri, Kangar

My Team vs Johor FC
Stadium MBPJ, Kelena Jaya

Kuala Muda vs Negeri Sembilan
Stadium Darul Aman, Alor Setar

PDRM vs Selangor
Stadium MP, Selayang

Kelantan vs Kedah
Stadium Sultan Mohd Ke-IV

Pahang vs Perak
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Nota: Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul 8:45 malam… Continue reading

Next »

[Valid CCL]