TM Liga Super – Perak Vs Selangor (review)

TM Liga Super 2009

Selasa 16 Jun 2009
Stadium Perak
8:45PM

Perlawanan ke 18 dalam kempen TM Liga Super 2009 untuk pasukan Perak adalah bertemu Selangor di Ipoh malam esok. Terdahulu pertemuan pertama di Shah Alam menyaksikan skuad seladang tumbang dengan jaringan 3 – 1 di tangan Selangor.

Perak pada perlawanan sebelum ini telah mengejutkan pasukan Kedah apabila menang 1 – 0 di Stadium Perak dengan gol tunggal jaringan Razali Umar. Walaupun menang ianya tidak mengubah kedudukan pasukan Perak ditangga ke 10 Liga Super dengan 23 mata.

Untuk perlawanan ini Perak akan kehilangan khidmat Nor Hazrul di pertahanan kanan akibat kecederaan pangkal peha dan tempatnya digantikan dengan Syazwan Roslan yang sudah pulih dari kecederaan. Hafiszuan pula berkemungkinan mengisi slot pertahanan kiri.

Saufi Sa’aidi tidak dapat beraksi kerana penggantungan kad merah manakala penjaring terbanyak Liga Super, Razali Umar turut bakal diketepikan kerana masalah kecederaan lutut. Arsyah Ayob turut tidak disenaraikan kerana kecederaan yang dialami tempohari.

Hafiz Abdul Rahman. Wan Hossein dan Muhammad Zafran adalah antara calon-calon yang bakal mengisi 2 tempat sebagai penyerang pasukan Perak oleh ketua jurulatih, M. Karuthu setelah ketiadaan 3 penyerang utama termasuk Shahrizal Saad yang masih cedera.

Entah di mana silapnya pasukan Perak musim ini apabila terlalu ramai pemain-pemain yang mengalami kecederaan walaupun majoriti pemain yang dipilih masih muda dan berumur di bawah 23 tahun.

Kesebelasan Kemungkinan:

GK | Kamarul Effandi
RB | Syazwan Roslan
CB | K. Puvinderan
CB | Chun Keng Hong
LB | Mohd Hafiszuan
RM | Khalis Ibrahim (B20)
CM | Nazri Kamal
CM | K. Thinagaran
LM | Isma Alif
FW | Wan Hossen (B20)
FW | Muhammad Zafran

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

5 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Selangor (review)

  1. anip

    Salam.

    Inilah masa yang terbaik buat para pemain yang jarang mendapat tempat dalam kesebelasan utama bagi menarik minat panel jurulatih dan para peminat. Lakukan sesuatu agar diri anda diingati dari aspek yang positif.

    Setelah berehat lebih kurang tiga minggu maka sudah tiba masa untuk meneruskan momentum kemenangan hatta dengan apa jua cara sekalipun. Selangor bukan sehebat mana pun cuma ketelitian dalam perancangan dan memanfaatkan peluang yang ada di samping meminimumkan kesilapan boleh menterjemahkan kemenangan dalam perlawanan in.

    Kejor Yob Kejor!!!
    Skor Yob Skor!!!
    Kejor Yob Skor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. belanak

    Salam...

    Semoga tumpukan sepenuh tenaga (fokus) dan tumpukan perhatian serta berfikir secara positif (jangan lalai)...

    Kerjasama antara satu sama lain amat penting.. Semoga kita beroleh satu keputusan yang positif.. InsyaAllah..

    Selamat berjuang dan selamat maju jaya!

    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Apa yang penting... KERJASAMA!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. sunrise

    salam....

    Diharapkan pemain pemain yang bakal diturunkan pada perlawanan kali ini akan dapat memberi satu sumbangan yang amat bermakna kepada pasukan.Misi balas dendam harus di selesaikan kali ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. chuck

    Salam..

    Di kesempatan yang ada ni,player yang telah diberikan kesempatan untuk bermain dengan team yang tengah perform buat masa ni dapat membuktikan sesuatu kepada semua mata dan telinga yang sering mengikuti perkembangan semasa pasukan.

    Aspek utama yang harus pasukan tekankan ialah team work,taktikal formation and some individual skill.

    Insyallah,jika kita kalah biarlah kita kalah dengan bermaruah dan semangat juang yang tinggi sebagai profesional football player yang yang betul-betul genuine.

    Pejam dan lupakan sejenak segala permasalahan yang timbul.Biakan kemenangan malamni memberi seribu makna pada semua.

    semoga berjaya pada semua.Bersemangatlah untuk berjuang!!!

    Agi idup,agi ngelaban....

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. syidi

    Salam Penuh Keagungan..

    Malam ini merupakan 'turning point' untuk semua pemain dan pasukan. Oleh yang demikian, buktikan sesuatu yang hebat malam ini.

    Perkara utama yang menjadi harapan sudah semestinya kemenangan. Tumbang kan Red Giant! Ini lah cara untuk memperoleh 'self confident' dan semangat kembali yang kian pudar.

    Percayalah pada diri yang kita mampu menang..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.