TM Liga Super - Perak Vs Selangor (result)
June 16th, 2009 by webmaster

Selasa 16 Jun 2009
Stadium Perak
8:45PM
Perak 0 - 1 Selangor
Nasib tidak menyebelahi skuad seladang apabila tewas tipis 0 - 1 kepada pendahulu liga super, Selangor di Stadium Perak malam tadi dengan gol tunggal pasukan pelawat dijaringkan oleh R. Surendran sejurus selepas babak kedua dimulakan.
Skuad seladang memulakan aksi permainan agak goyah apabila kehilangan ramai pemain utama akibat kecederaan. Nyata ketiadaan Razali Umar menjejaskan jentera serangan Perak yang terpaksa disandarkan kepada Muhammad Zafran.
Kesebelasan Utama:
Kamarul Effandi (PG)
K. Puvinderan
Chun Keng Hong (K)
Mohd Hafiszuan
Syazwan Roslan
Mohd Nazri Kamal - 2
Isma Alif - 1
Khalis Ibrahim (B20)
A. Varathan
K. Thinagaran
Muhammad Zafran - 3
Pertukaran:
Hafiz Abdul Rahman - 1
Zahiruddin - 2
Khairol Izzat - 3
Keputusan Perlawanan Lain 16 Jun 2009:
Kedah 3 - 1 Negeri Sembilan
Stadium Darul Aman, Alor Setar
PDRM 0 - 2 Kuala Muda
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Kelantan 3 - 0 My Team
Stadium Sultan Mohamad Ke-IV
Terengganu 0 - 2 Plus FC
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Pahang 1 - 3 Perlis
Stadium Darul Makmur
Pulau Pinang 0 - 5 Johor FC
Stadium Bandaraya Pulau Pinang
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- TM Liga Super - Perak Vs Kedah (result)
- TM Liga Super - Perak Vs Selangor (review)
- TM Liga Super - Perak Vs Pulau Pinang (result)
- TM Liga Super - Kuala Muda Vs Perak (result)
- TM Liga Super - PDRM Vs Perak (result)
4 Responses to “TM Liga Super - Perak Vs Selangor (result)”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.

salam
walaupun tewas tetapi kita berjaya untuk memperbaiki kedudukan dalam liga.. tahniah…namun begitu usah kita leka dan lalai… tingkatkan usaha untuk mencapai kejayaan pada perlawanan akan datang…
teruskan usaha kalian dan pastikan kita tidak kehilangan kedudukan dalam liga…
korang semua memang terbaik daripada yang terbaik.. usaha tangga kejayaan…
apa yang penting… KERJASAMA…
apa yang penting… KERJASAMA…
Salam…..
Percaturan yang tidak menjadi dan terhasilnya satu keputusan yang mengecewakan hampir 2 ribu penyokong yang hadir menyaksikannya. Jelas dengan ketiadaan Razali Umar Kandasamy,Saufi Sa,aidi dan Shahrizal Saad dibahagian serangan agak ketara tiada sebarang serangan yang merbahaya dapat dilakukan. Sememangnya semua harus akui pasukan hanya memiliki Zafran untuk mengetuai dibahagian serangan, jelas sekali beliau tidak mampu menggalas tugas tersebut seorang diri dengan berkesan.
Ramai yang tidak berpuas hati dengan line up yang telah diturunkan oleh M.Karuthu,kerana masih belum mampu menyusun pemain pemain untuk berhadapan dengan skuad Red Giant. Kini jelas dan nyata tidak kira yang tersirat ataupun yang tersurat, Skuad Perak kini terlalu nazak untuk memiliki pemain yang berwibawa dibahagian serangan,sehinggakan sukar untuk penyerang yang diturunkan oleh M.Karuthu melakukan jaringan gol. Kenapa dan Mengapa M.Karuthu tidak meminjam pemain Skuad Piala Presiden iaitu Hakim Rosli bergandingan dengan Hafis Abdul Rahman atau Zafran.
Kenapa dan Mengapa M.Karuthu meminjam seorang pemain pertahanan dari skuad Piala Presiden Walhal pemain tersebut tiada apa apa makna dalam skuad Perak dimasa kini. Sedangkan pasukan kini tiada masalah diposisi pertahanan. Adakah M.Karuthu sudah tidak nampak dengan masalah tersebut.atau sengaja membutakan mata dan hati dengan masalah yang kian parah.Terus terang saya katakan,Varathan adalah punca utama kekalahan pada perlawanan kali ini, punca kedua percaturan “bijak” M.Karuthu adalah punca yang teramat besar. Pemain yang bermain dengan cemerlang pada perlawanan kali ini ialah Syazwan dan Nazri Kamal.
June 17th, 2009 at 7:34 pm
Salam…
hairan bin ajaib… nampak nya ada banyak tanda tanya, mengapa dan kenapa?? semoga dapat perhatian dari pihak tertentu di dalam hal ini…
semoga perlawanan akan datang akan membuahkan satu keputusan yang positif.. InsyaAllah..
usaha tangga kejayaan..
apa yang penting… KERJASAMA…
apa yang penting… KERJASAMA…
Salam..
Agak mengejutkan line up yang dibuat oleh Head Coach. Tidak mengapa. Memang M Karuthu gemar menguji pemain-pemainnya dengan pelbagai cara. Tapi sekarang bukan masa yang sesuai.
Dalam video ulangan rangkuman perlawanan yang saya saksikan tempohari, kita bukanlah teruk sangat main. Saya tabik barisan pertahanan malam tu. Walaupun bolos satu gol tidak mengapa. Cuma lepas ni harap Head Coach dapat memastikan percaturan ‘Maut’ untuk Menang semua perlawanan.
Pesanan untuk pemain, sepatutnya anda tidak lagi gugup atau menunjukkan prestasi naik turun, ini kerana sudah pusingan kedua, sepatutnya dah konsisten dalam setiap perlawanan. Bak kata pepatah ‘ Alah bisa tegal biasa’.
Selamat Berjuang!