TM Liga Super – Perak Vs Negeri Sembilan (review)

TM Liga Super 2009

Selasa 23 Jun 2009
Stadium Perak
8:45PM

Selasa ini akan berlangsung pertemuan pasukan Perak menentang Negeri Sembilan di Stadium Perak pada perlawanan ke-20, TM Liga Super 2009. Perak pada perlawanan pertama 13 Januari lalu di Paroi telah tewas dengan jaringan 3 – 0.

Perlawanan itu turut menyaksikan pemain pertahanan Perak, Fauzi Ariffin mengalami kecederaan lutut yang serius seawal minit ke 4 separuh masa pertama. Sehingga kini beliau masih lagi tidak dapat bermain kerana kecederaan yang dialaminya itu.

Mungkin kali ini nasib Perak lebih baik kerana barisan pemain-pemainnya telah semakin matang dalam mengharungi cabaran pasukan lain cuma keampuhan Razali Umar di bahagian jentera serangan sedikit merisaukan peminat pasukan Perak.

Persembahan Razali Umar pada perlawanan menentang PDRM tempohari adalah antara yang paling terburuk pernah disaksikan oleh penonton setia Perak yang hadir rentetan kawalan bola yang lemah serta kegagalan menyudahkan peluang yang terhidang.

Mujurlah Saufi Sa’aidi yang masuk sebagai supersub menggantikan Muhammad Zafran menjadi penyelamat apabila meledakkan 2 gol sebagai sumbangan penting kemenangan Perak selain gol melalui sepakan percuma yang cantik dari Nor Hazrul malam itu.

Sewajarnya jurulatih M. Karuthu lebih memikirkan strategi memantapkan jentera serangan Perak yang agak tumpul ketika ini. Jika kena pada caranya tidak mustahil Negeri Sembilan mampu dijinakkan oleh barisan pemain muda skuad seladang nanti.

Kesebelasan Kemungkinan:

GK | Kamarul Effandi
RB | Nor Hazrul
CB | Mohd Hafiszuan
CB | Chun Keng Hong
LB | Syazwan Roslan
RM | Khalis Ibrahim (B20)
CM | Nazri Kamal
CM | K. Thinagaran
LM | Isma Alif
FW | Muhammad Zafran
FW | Razali Umar

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

5 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Negeri Sembilan (review)

  1. sunrise

    salam...

    Diharapkan pasukan Perak dapat menebus kembali maruah yang telah dicalarkan oleh pasukan N.Sembilan ketika di Stadium Paroi di pusingan yang pertama. Cuma cadangan teman ada perbezaan sedikit daripada Penulis iaitu menurunkan Wan Hossein untuk digandingkan bersama Nazri Kamal diposisi tengah.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. zul_united

    Salam...
    Ayuh teruskan langkah anda untuk mencapai kemenangan kedua malam esok(Selasa).
    Walaupun kita hanya mencatat kemenanagan tipis sahaja pada perlawanan menentang PDRM tempoh hari,tetapi ia sudah cukup bagus daripada kalah kerana apa yang kita perlukan sekarang adalah mata maksimum daripada baki perlawanan berbanding jaringan.
    Untuk perlawanan menentang Negeri Sembilan pula,teman percaya kita mampu untuk mencatat keputusan positif tambahan pula pasukan itu kini sedang mengalami tekanan selepas dua keputusan yang tidak memberangsangkan (tewas 3-1 kepada Kedah dan seri 1-1 dengan Selangor).
    Apapun yang terjadi,teman tetap berdiri di belakang kalian.AYUH!!!BUKTIKAN KEMAMPUANMU!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. anipjebat

    salam semua...

    Diharapkan kemenangan mutlak memihak kepada pasukan perak malam selasa nanti..teman cuma mengharapkan mr. karathu lebih mevariasikan corak permainan pasukan..apa yang teman nampak sejak akhir2 ini Perak bermain ikut dan je tanpa taktikal yang berkesan..seharusnya barisan kejurulatihan pasukan menyedari akan kelebihan iaitu kepantasan dari skuad muda kita tahun ini..penyokong dah mula bosan dengan strategi mr. Darby diterapkan kembali kedalam pasukan..apa guna kita bermain hantaran jauh dan bola lambung kalau pasukan tiada pemain untuk memenangi bola.

    Ini memudahkan pasukan lawan untuk merampas bola seterusnya mengancam kubu pasukan Perak..tak salah rasanya kalau teman mencadangkan supaya pasukan Perak lebih bermain hantaran pendek..ini kerana semangat yang ada dalam pasukan cukup tinggi untuk mengejar bola bila terlepas dari penguasaan..gunakan hantaran jauh bila perlu sahaja kerana dari pemerhatian teman,pemain Perak cukup malu untuk merebut bola di udara..selain itu kembalikan Hafiszuan ke posisi asal beliau ditengah..K.Thinagaran 'out of service' dah..dimana salah dan silapnya teman pun tak pasti..pemain yang teman jangkakan akan menggegar bola sepak malaysia mengalami penurunan prestasi yang mendadak..diharapkan beliau berusaha mendapatkan kembali sentuhan yang lama..

    ayuh Perak,buktikan kemampuanmu..kami sentiasa memberikan sokongan yang tak berbelah bagi kepada anda..menang biar bergaya,kalah biar bermaruah..adios

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. syidi

    Salam..

    Masa untuk membuktikan taring sebenar Seladang. Ada beberapa ingatan untuk pemain-pemain:

    1. Pertahanan - Mantap setakat ini. Cuma berhati-hati dengan serangan balas lawan, jangan ulangi kesilapan seperti menentang PDRM tempohari.

    2. Tengah - Mantapkan keyakinan diri masing-masing untuk memegang bola lebih lama dan cepat memerhati kedudukan penyerang dan buat hantaran yang tepat. Jika tidak buat hantaran pendek yang pantas dan tepat. Jangan terlalu banyak kesilapan mudah seperti menahan bola dan memberi bola kepada lawan begitu saja, rugi yob.

    3. Barisan Serangan - Razali, jangan selalu mengharap hantaran jauh/lambung melepasi pertahanan lawan. Terlalu kerap Razali menunggu dengan harapan bola akan tercicir ke depan. Usaha cabar bola tinggi dengan sempurna dan cari ruang terbaik. Gunakan kelebihan anda melarikan bola tika pertahanan lawan tinggal 1-2 orang dan sempurna peluang sebaiknya. Saufi, banyakkan 'long shot' seperti yang dilakukan semasa menentang PDRM. Biar membias sekurang-kurang membina keyakinan anda.

    Secara keseluruhannya, Pertahanan kita sudah mantap dan perlu dipertingkatkan lagi dari masa ke semasa. Semua pemain perlu yakin dengan apa yang dilakukan, tenang dalam mengawal bola dan buat hantaran yang bermakna bukan sia-sia.

    Saya yakin anda mampu mungubahnya. SKOR YOB SKOR!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. belanak

    Salam...

    Semoga pada perlawanan antara Perak dengan Negeri Sembilan akan beroleh satu keputusan yang positif... Tumpuan sepenuh tenaga dan usaha yang gigih amat ditagihi dalam menjana kemenangan esok malam...

    Usah terus dibuai mimpi dan jangan leka... Semangat satu pasukan amat penting... Berjuang demi memperbaiki kedudukan dalam liga serta membalas kembali kekalahan kita tempohari di Stadium Paroi...

    Semoga maju jaya dan ayuhlah bangkit! Usaha tangga kejayaan.. Kami sentiasa bersama kalian hingga ke akhir musim, esok, lusa dan selama-lamanya...

    Apa yang penting... KERJASAMA...
    Apa yang penting... KERJASAMA...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.