TM Liga Super – Perak Vs Johor FC (review)

TM Liga Super 2009

Selasa 30 Jun 2009
Stadium Perak
8:45PM

Esok akan berlangsung perlawanan ke 22, TM Liga Super 2009 untuk pasukan Perak iaitu menentang Johor FC di Stadium Perak. Pada perlawanan pertama 14 Februari di Pasir Gudang, Perak menang tipis 1 – 0 hasil jaringan Razali Umar.

Walaupun tewas tempohari, kedudukan Perak di tangga ke 9 tidak berubah namun diekori rapat oleh pasukan My Team dan Plus FC. Perak perlu mencatatkan kemenangan kali ini untuk sekurang-kurangnya mengekalkan kedudukannya sekarang.

Secara matematik Perak telah terselamat dari diturunkan ke Liga Premir musim hadapan. Namun Perak perlu mempamerkan tahap sebenar keupayaan mereka dengan mencatatkan sebanyak mungkin kemenangan pada baki saingan.

Barisan pemain yang bakal diturunkan juga dijangka tidak banyak berubah dengan Mohd Hafiszuan tidak dapat bermain kerana penggantungan permainan dan Nor Hazrul yang masih lagi belum pulih dari kecederaan yang dialami dahulu.

Kesebelasan Kemungkinan:

GK | Kamarul Effandi
RB | A. Varathan
CB | K. Puvinderan
CB | Chun Keng Hong
LB | Syazwan Roslan
RM | Khalis Ibrahim (B20)
CM | Nazri Kamal
CM | K. Thinagaran
LM | Isma Alif
FW | Saufi Sa’aidi
FW | Razali Umar

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

2 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Johor FC (review)

  1. syidi

    Salam..

    Saya dah sudah kekeringan idea untuk diberikan. Cuma mengharapkan kemenangan hasil dari permainan yang cantik. Perlu diingat, Johor FC kini berada dikelompok yang bukan calang-calang pasukan.

    Mereka memiliki kelebihan tersendiri. Jadikan perlawanan pusingan pertama dulu sebagai pendorong untuk kita meraih kemenangan di laman sendiri.

    Insya Allah saya akan turun memberi sokongan malam nanti.

    sekian.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. sunrise

    salam..

    Diharapkan pemain pemain yang bakal diturunkan pada malam ini dapat mempersembahkan satu permainan yang menarik. Ingat 3 mata berharga untuk pasukan Perak demi mengekalkan berada di tangga ke 9 dan mungkin terus melonjak keatas lagi.Tanpa penyokong siapalah anda wahai pemain

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.