TM Liga Super – PDRM Vs Perak (review)

TM Liga Super 2009

Sabtu 20 Jun 2009
Stadium Perak
8:45PM

Sabtu ini akan berlangsung perlawanan ke-19, TM Liga Super 2009 untuk pasukan Perak menentang pasukan tercorot liga iaitu PDRM. Pasukan pelawat menjadi tuan rumah pada perlawanan kali ini setelah stadium yang mereka gunakan telah dipakai oleh pasukan lain.

Pada perlawanan pertama 10 Januari yang lalu, Perak hanya mampu menang tipis 1 – 0 hasil jaringan Razali Umar pada minit ke 60. Skuad seladang perlu mengutip 3 mata penuh untuk menjarakkan lagi kedudukan dari pasukan yang berada di tangga bawahan liga.

Untuk perlawanan kali ini Perak akan mendapat semula khidmat 2 orang penyerang tetap mereka iaitu, Razali Umar yang mencetuskan sedikit kontroversi sebelum ini serta Saufi Sa’aidi yang tamat menjalani penggantungan permainan.

Kehadiran semula Syazwan Roslan di bahagian pertahanan mengukuhkan lagi benteng pasukan Perak yang kehilangan Nor Hazrul akibat kecederaan. Sepanjang kempen Liga Super 2009 ini, Perak hanya bolos sebanyak 22 biji gol dari 18 perlawanan.

Ini jelas menunjukkan bahawa barisan pertahanan Perak sudah cukup baik dalam bertahan namun malangnya barisan serangan pula agak tumpul apabila hanya mampu meledakkan 18 gol dengan 10 gol daripadanya dijaringkan oleh Razali Umar.

Sewajarnya jurulatih M. Karuthu sudah mampu merencanakan strategi terbaik pasukan berdasarkan tenaga pemain yang ada kini dan bukannya terus-terusan melakukan eksperimen yang gagal membuahkan hasil.

Wake Up Karuthu !!!

Kesebelasan Kemungkinan:

GK | Kamarul Effandi
RB | Nor Hazrul
CB | Mohd Hafiszuan
CB | Chun Keng Hong
LB | Syazwan Roslan
RM | Khalis Ibrahim (B20)
CM | Nazri Kamal
CM | K. Thinagaran
LM | Isma Alif
FW | Muhammad Zafran
FW | Razali Umar

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

4 thoughts on “TM Liga Super – PDRM Vs Perak (review)

  1. zul_united

    Salam.
    Jadikan perlawanan ini sebagai titik kebangkitan skuad Seladang Jr.Walaupun sudah agak terlewat,namun ini mungkin dapat menggembirakan hati kebanyakan penyokong yang sudah mula gusar dengan kekalahan demi kekalahan yang dialami.
    Namun,jangan terlalu memandang rendah keupayaan skuad PDRM kerana mereka juga kini sedang memburu mata maksimum untuk terus kekal di dalam Liga Super.
    Apapun yang terjadi,teman tetap akan berdiri di belakang kalian semua.AYUH!!!BUKTIKAN KEMAMPUANMU!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi

    Salam...

    Berdasarkan line up yang bakal diturunkan, saya yakin kita boleh menang, WAJIB menang. Semua sedia maklum siapa PDRM? Kalau kalah? Fikirlah sendiri. Ikut kira-kira matematiknya memang patut menang.

    Pemain-pemain seharusnya mengekalkan disiplin yang tinggi. Disiplin ibarat akar tunjang dalam diri. Lumpuh akarnya maka akan memberi kesan kepada semua bahagian-bahagian lain. Saya faham, semua pemain masih muda, cuba berpandangan jauh dan fikirkan 'one step above' agar orang lain nampak kita lebih matang dari usia sebenar.

    Untuk tujuan itu, bukan lah susah. Ianya bergantung kepada persekitaran dan diri sendiri yang paling utama.

    Saya doakan Perak menang nanti. Insya Allah saya akan turun ke Stadium nanti untuk saksikan kehebatan anda dan memberi sokongan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. taufiq

    Salam..

    Teman amat berharap agar pasukan Perak bangkit dari menjadi pasukan yang lebih banyak tewas kepada menang. Jadikan kemenangan di pihak kita. Kita mampu melakukan yang terbaik, biar pun pengalaman menjadi titik sebab tetapi itu bukanlah alasan yang perlu diguna pakai. Bangkitlah wahai pasukan kesayanganku. Walaupun tidak berada di negeri sendiri, teman tetap menyokong dengan penuh semangat.

    Jangan toleh ke belakang lagi, masa depan amat penting untuk difikirkan. Ayuh buktikan kemampuan kita.

    Skor Yob skor...Perak Pasti Gemilang!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. ayop

    salam semua,

    semoga perak perolehi kemenangan pada perlawanan menentang pdrm sabtu ni, insyallah,
    KEJOR YOP KEJOR

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.