TM Liga Super – Kelantan Vs Perak (review)

TM Liga Super 2009

Sabtu 27 Jun 2009
Stadium Sultan Mohamed Ke-IV
8:45PM

Perlawanan ke-21 untuk pasukan Perak dalam saingan TM Liga Super 2009 adalah bertemu dengan pasukan Kelantan di Kota Bahru. Pada perlawanan pertama 10 Februari yang lalu Perak tewas tipis 3 – 2 di Ipoh hasil jaringan lewat Nor Farhan.

Gol terakhir itu disifatkan sebagai penuh kontroversi kerana telah didakwa keluar di garisan belakang gol oleh pemain Perak namun tidak diendahkan oleh pengadil untuk disudahkan oleh penyerang lawan ketika pemain Perak tidak bersedia sepenuhnya.

Namun kekalahan itu sebenarnya telah menjadi satu pengajaran yang berguna buat anak didik M. Karuthu supaya sentiasa fokus kepada permainan sepanjang masa dan tidak sewenang-wenangnya memberhentikan permainan jika pengadil tidak berbuat demikian.

Pasukan Perak yang dijangka bertolak pagi ini ke Kota Bahru diramal tidak menghadapi banyak masalah berkenaan pemain yang bakal diturunkan kelak. Hanya Mohd Hafiszuan sahaja yang tidak bersama pasukan kerana menerima kad merah tempohari.

Selain itu kecederaan Nor Hazrul juga sedikit membimbangkan namun dijangka mampu diturunkan pada perlawanan itu kelak. M. Karuthu mungkin mengekalkan barisan yang serupa ketika pasukan mencatatkan kemenangan ke atas pasukan Negeri Sembilan selasa lalu.

Formasi 4-5-1 dilihat cukup berkesan untuk pasukan Perak mencipta kemenangan dengan meletakkan penjaring terbanyak pasukan ketika ini iaitu Razali Umar sebagai penyerang solo sambil dibantu 5 pemain tengah termasuk pemain kelahiran Kelantan, Saufi Sa’aidi.

Berdasarkan pemerhatian penulis pada beberapa perlawanan sebelum ini yang melibatkan pasukan Kelantan, percaturan Peter Butler lebih kepada permainan menyerang dengan perhatian lebih ditumpukan kepada jentera tengah yang membantu serangan.

Tidak mustahil pasukan Perak mampu menewaskan pasukan Kelantan di Kota Bahru jika jentera serangan yang diketuai oleh Razali Umar mampu menterjemahkan peluang-peluang yang terhidang sebaiknya terutama melalui serangan balas pantas nanti.

Kesebelasan Kemungkinan:

GK | Kamarul Effandi
RB | Nor Hazrul
CB | K. Puvinderan
CB | Chun Keng Hong
LB | Syazwan Roslan
RM | Khalis Ibrahim (B20)
CM | Nazri Kamal
CM | K. Thinagaran
LM | Isma Alif
AM | Saufi Sa’aidi
FW | Razali Umar

YB Corner

Nota: Lintas langsung perlawanan akan disiarkan oleh KREW bertugas di ruangan Shoutbox.

Likes(0)Dislikes(0)

6 thoughts on “TM Liga Super – Kelantan Vs Perak (review)

  1. zul_united

    Salam....

    Jadikan Kelantan mangsa pasukan Seladang Jr. yang seterusnya.Jika lawan kita sebelum ini(Negeri Sembilan) mampu menumbangkan pasukan yang digelar "The Red Warrior" itu sebanyak dua kali musim ini iaitu satu di dalam Liga Super dan satu di dalam Piala FA,dan menumbangkan Kelantan di gelanggang keramat mereka,Stadium Sultan Muhammad IV,tidak mustahil kita juga mampu untuk melakukannya.

    Malah,jika mengikut rekod perlawanan musim ini,pasukan 'bintang' mereka hanya mampu mencatat kemenangan tipis bertemu kita pada awal musim ini dan serta hanya memerlukan gol 'bantuan' pengadil pada minit-minit akhir perlawanan untuk membawa pulang tiga mata penuh.(Jaringan didakwa dilakukan selepas bola melintasi garisan di belakang gol).

    Apapun,teman berharap,kalian berjaya mencatatkan keputusan yang positif untuk pertemuan malam esok(Sabtu) dan teman percaya kalian mampu melakukannya.AYUH!!!BUKTIKAN KEMAMPUANMU!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. ayop

    salam..

    tahniah sekali lagi untuk pemain-pemain Perak 2009. kerana berjaya kalahkan pasukan Negeri Sembilan tempohari.. semangat macam ni lah yang peminat dan penyokong setia yop harapkan, semangat untuk menang, TAHNIAH........ untuk game esok, lawan Kelantan, buat persiapan awal, Kelantan tidaklah segah mana, cuma mereka banyak mesin buat gol di depan gawang, kita cuma ada 1 @ 2 mesin je, dimasa inilah kita menggunakan mesin buat gol kita dengan sebaik-baik nye... buktikan mesin kita mesin yang original...bukan mesin yang mengharapkan bantuan si gagak hitam di tengah padang... buktikan yop!!! deme boleh... Perak boleh.... insyallah mike.. ""bismillahiwaalabarakatillah""

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. keristujuh

    salam warga SDN

    ayuh Skuad Seladang jr., ciptakan satu lg kejutan dengan menewaskan Kelantan. insyaallah pasukan kita boleh dan tidak mustahil jika mahu menewaskan pasukan yang lebih kuat dari kita. Tetapi perlu bekerja keras, mentaliti pemain perlu fokus, corak permainan memerlukan tektikal yang menggunakan akal yang bijak bukan hanya menggunakan kudrat semata-mata untuk lawan. teman doakan Perak dapat mencipta kemenangan dengan Kelantan...usaha meniti kejayaan, sokongan padu kami berikan, kemenangan demi kemenangan penyokong setia perak harapkan, doa tetap diiringi, semoga PERAK BERJAYA.

    - PERAK fa DI HATIKU -

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. sunrise

    salam....

    Diharapkan pemain pemain Skuad Perak akan bermain dengan penuh semangat dan bermain mati matian untuk terus kecapi 3 mata yang teramat berharga kali ini. Nasihat teman kepada semua pemain yang bakal dipilih untuk kesebelasan utama dan pemain gantian,agar dapat melakukan hantaran hartaran yang kemas dan tidak malu untuk merebut bola ketika di udara. seandainya perkara sebegini rupa dapat dilakukan dengan baik tidak mustahil pasukan Perak akan dapat mengawal permainan dengan bagus dan akan mendapat satu keputusan yang cemerlang.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. anip

    Salam.

    Pertembungan ke-21 dan seharusnya segala teknik dan pemain terbaik digunakan sebaik mungkin. Teruskan kecemerlangan dan usaha kalian. Jangan pandang ke belakang lagi.

    Kejor Yob Kejor!!!
    Skor Yob Skor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. belanak

    Salam...

    teruskan usaha kalian dalam mencari kemenangan yang amat bermakna... kemenangan demi kemenangan akan membuatkan pihak lawan akan lebih berhati-hati dan agak sedikit gerun apabila bertemu dengan skuad Seladang Jr.! Namun demikian, kita jangan ambil mudah serta sambil lewa dalam setiap perlawanan kerana segala tumpuan dan usaha yang gigih amat diperlukan dalam menghasilkan satu keputusan yang positif....

    peningkatan pasukan yang membanggakan serta kemenangan demi kemenangan akan dapat memperbaiki kedudukan pasukan dalam liga seterusnya tidak mustahil untuk mencapai target dalam mencari 5 pasukan terbaik! InsyaAllah kita akan berjaya sekiranya kerjasama antara satu sama lain dapat diterjemahkan degan gol yang menarik dan seterusnya kemenangan sepasukan....

    ayuh yob... teruskan rentak kecemerlangan kalian... usaha tangga kejayaan.. ayuh buktikan kepada pihak lawan bahawa seladang kini bakali digeruni...

    apa yang penting... KERJASAMA...
    apa yang penting... KERJASAMA...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.