TM Liga Super – Kelantan Vs Perak (result)

TM Liga Super 2009

Sabtu 27 Jun 2009
Stadium Sultan Mohamed Ke-IV
8:45PM

Kelantan 4 – 0 Perak

Perak mengalami kekalahan terbesar malam tadi apabila tumpas 4 – 0 kepada pasukan Kelantan dalam saingan TM Liga Super 2009 yang dilangsungkan malam tadi dengan jaringan hattrik dari Indra Putra Mahayuddin.

Perlawanan banyak dikuasai oleh pasukan tuan rumah dengan sekali sekala Perak membuat serangan balas namun tiada sebarang gol yang berjaya dihasilkan.

Gol pertama pasukan Kelantan dijaringkan oleh Indra Putra pada minit ke 33 melalui satu sepakan percuma dari jarak 35 meter yang deras kepenjuru kanan pintu gol pasukan Perak yang dikawal oleh Kamarul Effandi.

Minit ke 39 pasukan Perak membuat pertukaran yang pertama apabila mengeluarkan Saufi Sa’aidi yang gagal beraksi baik dengan memasukkan Wan Hossen.

Peluang terhidang kepada Razali Umar apabila berjaya meloloskan diri kedalam kotak penalti Kelantan dan berjaya menggelecek penjaga gol Kelantan. Ini memaksa Shahrizan Ismail menarik baju Razali Umar hingga terjatuh namun pengadil tidak memberikan sepakan penalti kepada pasukan Perak.

Tamat separuh masa pertama dengan kedudukan kekal 1 – 0 dengan pasukan tuan rumah mendahului pasukan Perak. 5 minit bermula separuh masa kedua Nor Farhan hampir menjaringkan gol kedua Kelantan tetapi rembatan beliau sedikit tersasar.

Gol kedua Kelantan dijaringkan oleh Indra Putra pada minit ke 51 sebelum Nor Farhan menambah gol ketiga pada minit ke 69. Gol terakhir pasukan tuan rumah disudahkan oleh Indra Putra pada minit ke 74.

Pada lewAT masa tambahan 2 minit Khalid Jamlus dilayangkan kad kuning kerana mengasari penjaga gol Perak didalam kotak penalti Perak. Keputusan muktamad pasukan Kelantan menang bergaya 4 gol tanpa balas di Kota Bharu.

Kesebelasan Utama:

Kamarul Effandi (PG)
K. Puvinderan
Chun Keng Hong (K)
A. Varathan
Syazwan Roslan
Mohd Nazri Kamal
Isma Alif
Khalis Ibrahim (B20) – 3
K. Thinagaran – 2
Razali Umar
Saufi Sa’aidi – 1

Pertukaran:

Wan Hossen  – 1
Arsyah Ayob – 2
Muhammad Zafran – 3

Keputusan Perlawanan Lain 27 Jun 2009:

Johor FC 3 – 0 Negeri Sembilan
Stadium Jcorp Pasir Gudang

Perlis 0 – 0 Selangor
Stadium Utama Negeri, Kangar

Plus FC 0 – 0 Kedah
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur

My Team 2 – 1 Pulau Pinang
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Kuala Muda 4 – 1 Pahang
Stadium Darul Aman, Alor Setar

PDRM 1 – 4 Terengganu
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Likes(0)Dislikes(0)

3 thoughts on “TM Liga Super – Kelantan Vs Perak (result)

  1. syidi

    Salam..

    Memang mendukacitakan. Apakan daya, perkara dah pun terjadi. Prestasi yoyo sebegini seharusnya dielakkan. Selepas ini, kita bakal berdepan situasi yang sukar untuk meletakkan sasaran samada, menang, kalah atau seri.

    Terpulanglah kepada siapa yang main, dan siapa yang sepatutnya bertanggung jawab dalam hal ni

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. sunrise

    salam..

    teman dapat rasakan bahawa pemain pemain bermain dalam keadaan yang teramat gugup,kerana dikelilingi penyokong fanatik kelantan. mana tidaknya pemain pemain kebiasaan bermain dalam keadaan penyokong yang teramat sedikit dan terasa seperti bermain dalam situasi perlawanan yang biasa. Disini teramat jelas mentaliti pemain pemain anak didik M.Karuthu tidak kuat untuk menghadapi sebarang cabaran yang diberi.Kini hanya tinggal 5 perlawanan saja lagi, masih belum nampak sebarang perubahan dari segi percaturan jurulatih terhadap pasukan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. belanak

    Salam

    Masih belum terlambat untuk memperbaiki kedudukan dalam liga... Semoga pada perlawanan akan menghasilkan satu keputusan yang positif dan semoga kedudukan kita selepas perlawanan hari Selasa nanti tidak akan berubah (tempat ke - 9); jika tidak pasti akan terjun ke aras yang tidak kita semua inginkan...

    Momentum yoyo yang dipertonjolkan amat merisaukan dan semoga baki perlawanan akan datang dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya... jangan ambil mudah dan percayalah bahawa kalian adalah insan teristimewa dalam team Selandang..

    Semoga maju jaya... Kami sentiasa mendoakan kejayaan kalian... Teruskan perjuangan kalian tanpa putus asa...

    Apa yang penting... KERJASAMA...
    Apa yang penting... KERJASAMA...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.