Perak Vs Malinja FC | Friendly Match

Rabu 10 Jun 2009
Stadium Perak
5:00 petang

Satu perlawanan persahabatan menentang pasukan kelab, Malinja FC bakal diadakan di Stadium Perak pada pukul 5 petang ini. Penonton dijemput hadir menyaksikan perlawanan ini dan masuk adalah percuma.

Likes(0)Dislikes(0)

3 thoughts on “Perak Vs Malinja FC | Friendly Match

  1. sunrise

    Salam...

    Satu persembahan yang amat membosankan yang telah dipersembahkan oleh pemain pemain pada perlawanan persahabatan kali ini. Dimana ketiadaan Nazri dan Wan Hossein diposisi tengah pergerakkan posisi tersebut agak kurang kemas. Banyak hantaran hantaran yang dilakukan tidak tepat dan kurangnya idea yang bernas diperagakan. Dibahagian pertahanan agak huru hara setelah dengan kehadiran semula Puvindran.

    Pada pandangan teman Chun Keng Hong,Hafizuan,Shazwan dan Nor Hazrul adalah gandingan yang paling mantap. Memandangkan Nor Hazrul mengalami kecederaan diharap M.Karuthu dapat meletakkan Ariff Fadzlie penggantinya. Varathan bukanlah calon yang sesuai untuk mengambil alih tempat Nor Hazrul.

    Dibahagian serangan pula banyak peluang yang terhidang memandangkan M.Karuthu tidak meletakkan pemain yang sepatutnya diposisi itu maka hanya 2 gol sahaja dapat diterjemahkan oleh pemain pemain.

    Kamarul Effendi - Telah menunjukkan satu peningkatan yang cemerlang

    Puvindran Naidu - Mutu permainan yang teramat hambar

    Varathan - Tiada sebarang peningkatan yang dipersembahkan

    Chun Keng Hong - Mantap

    Shazwan - Mantap

    Hafis - tidak sesuai untuk diletakkan diposisi tengah,beliau seharusnya diletakkan di sayap kiri atau di bahagian serangan dan mungkin untuk di pertahanan kiri sahaja.

    Khalis Ibrahim - Prestasi kali ini agak kurang menyengat,jelas di riak wajahnya agak keletihan.

    Hafizuan - Pemain yang bagus,letaklah dimana saja posisi pasti beliau mampu menggalas cabaran dengan jayanya

    Thinagaran - Ada sedikit perubahan,walaupun corak permainan beliau suka bermain seorang diri(tamak)

    Zafran - Agak lembab dalam pergerakan beliau,cuma apa yang menarik tentang beliau segala hantarannya adalah
    tepat kepada kawan bukan lawan.

    Bennedict - Terlalu banyak menari diatas padang(menggelecek), lambat menghantar bola kepada kawan.

    Sarath Babu - Teramat teruk dan suka bermain syok sendiri. cara permainan dan gerakan yang merapu sahaja.

    Zahir - Tidak mempamerkan mutu persembahan yang sebenar.

    Saufi Sa'audi - Agak gelojoh apabila berhadapan dengan penjaga gol, yang menarik beliau mempunyai larian yang pantas.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. miez3

    Salam semua..

    Dah lama teman memerhatikan rentak pasukan Perak Junior ni..kalau dulu teman rasa teman le antara paling lantang mengakui akan kehebatan deme tatkala bermain dalam pasukan Piala Presiden & Piala Belia..ketika itu memang rasanya deme le bakal pengganti player2 senior untuk masa hadapan..hingga le ke musim 2008/2009 hati teman masih mengharap..

    Tapi harapan rasanya tinggal harapan belaka...teman sampai sekarang masih tak faham apa sebenarnya yang berlaku..

    Hingga ke hari ni selepas beberapa perlawanan Liga Super dan rentetan perlawanan persahabatan terakhir iaitu perlawanan menentang Malinja FC ni komen yang teman dapat tetap sama..takkan lah tiada langsung perubahan yang agak ketara ke atas posisi pemain2??

    Apa yang telah berlaku?Harap ini dapat dijawab oleh pihak pengurusan PAFA dan para barisan jurulatih..

    Teman akui masih ada harapan sekiranya ada percaturan semula oleh pihak yang bertanggungjawab dalam membimbing barisan muda Perak ini...

    Jagailah dan semailah mereka ini supaya menjadi hasil yang berbaloi untuk dituai..

    Kepada jurulatih dan para pemain Perak junior..keputusan memenangi perlawanan persahabatan ke atas Malinja FC dan yang sebelumnya bukan titik tolak bahawa anda semua sudah bagus...banyak lagi yang perlu diperbaiki..

    Sekian dari teman,Wassalam.
    Skor Yob Skor!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.